Burhan melangkah masuk ke rumah lalu terus masuk ke dalam
bilik. Dia mahu bersiap siap untuk solat maghrib di surau. Matanya memandang ke
arah jam dinding yang tergantung. Sudahpun pukul 7.00, ibunya masih belum
pulang. Burhan mengeluh sambil mengesat hidungnya yang tersumbat.
“Penatnya aku…. Hmm.. tido lagi bagus”, kedengaran suara
Puan Saliha mengeluh disusuli bunyi pintu bilik ditutup. Burhan tersenyum
sendirian di biliknya. Ibu yang disayangi pulang dengan selamat, barulah dia
berasa tenang. Sebelum berlalu ke masjid, Burhan mengetuk pintu bilik Puan
Saliha. “Ibu, Burhan ke mas….masjid ye… Burhan so..solat ke..ke..kejap.. lepas
tu, Burhan terus.. ba..balik..”.
Tiada jawapan. Burhan tersenyum tipis, barangkali ibu tidur.
Setibanya di masjid, Burhan lekas lekas mengambil wudhuk dan
beriktikaf. Usai solat jemaah, Burhan duduk di sudut masjid, membuka lembaran
Al-Quran, dengan perlahan melafazkan ayat ayat suci surah ArRahman. Walaupun
gagap, Burhan teliti dalam menjaga tajwid dan berusaha sedaya mungkin membaca
dengan baik.
(Tuhan) Yang Maha
Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.Dia lah yang telah mengajarkan
Al-Quran.Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan
manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar
dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;Dan tumbuh-tumbuhan yang melata
serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.Dan
langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan
peraturan neraca Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Dan
betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi
barang yang ditimbang. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia
dan makhluk-makhlukNya yang lain: Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan
dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; Demikian juga terdapat
biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang
harum; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Tiba-tiba airmata Burhan tumpah. Tergambar wajah ayahnya
diruang mata. Ayahnya selalu membaca surah ini sewaktu di hujung hayatnya.
Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? Ayahnya selalu berpesan.
Apa jua yang terjadi, teruskan perjuangan hidup. Apa jua kekurangan,pasti Allah
berikan kelebihan. Nikmat bernafas, nikmat makan dan minum, nikmat kebebasan
dan nikmat yang selebihnya tidak lain dan tidak bukan datang dari Allah swt.
Bukan kuasa kita untuk menentukan perjalanan hidup yang mendatang,namun
berusahalah mengubah hidup kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, setiap
apa yang diminta hambaNya yang soleh, pasti Allah makbulkan. Semakin lama,
Burhan semakin teresak. Dia tampak cekal dan lurus bendul, namun hatinya juga
hati seorang manusia biasa. Dia turut berasa sedih apabila dihina, dikeji, dan
diperlakukan sesuka hati.
Dari jauh, Haji Syuaib memerhatikan Burhan. Dia menggeleng
geleng kepala, turut bersimpati melihat anak yang malang itu menangis tak
henti. Didekatinya Burhan, lalu duduk bersila di hadapannya.
“ Burhan, mengucap nak.. istighfar banyak banyak.. setiap
musibah itu ada hikmahnya… Kamu anak yang soleh, tentu Allah sayang, doakan
ayahmu dalam setiap sujud. InshaaAllah ayah Burhan tenang di sana..”
Burhan mendongak melihat Haji Syuaib. Dia memeluk kemas Al
Quran yang dipegangnya, teresak esak menahan hiba. Sungguh tak tertanggung
kesedihan yang menyelubungi dirinya. Cuma Al Quran tempat dia menenangkan
perasaan, membaca kalimah Allah sungguh berkesan merawat hatinya. Haji Syuaib
menahan genang air mata, sedih melihat Burhan yang menangis. Tubuh Burhan
dirangkul erat sambil mengucapkan sabar kepada Burhan. Kepala Burhan diusap
dengan penuh kasih sayang. Burhan menangis agak lama dalam pelukan Haji Syuaib.
“Burhan sa…sayang… ka..kak.., a.. abang.. semuaa… bur.. burhan
sa..yang… Ibu Burhan.. la..lagilah.. Burhan sa… sayang…
Burhan… Burhan doakan.. semua.. ma..masuk syurga dengan
Bur.. Burhan…Burhan… sedih… Bur… Burhan.. nak…nak… jum..jumpa ayah…”
Haji Syuaib hanya mengiyakan
kata kata Burhan, dia putus kata kata. Kesal dengan perbuatan Puan Saliha yang
selalu mengabaikan Burhan, padahal Burhan anak kandungnya sendiri. Dia hanya
terencat sedikit, tapi fizikalnya sempurna. Bukankah anak itu anugerah Allah?
Pagi itu, Burhan bercadang mahu berjalan jalan sekitar kampung.
Waktu cuti sekolah sememangnya seronok. Seperti biasa, Burhan mengayuh
basikalnya laju di tepi jalan. Dia mengikat tin tin kosong pada tali lalu
diikat di tempat duduk belakang, membiarkan tin tin itu berbunyi apabila
terheret di atas jalan. Burhan menyanyi riang, sambil menyapa setiap penduduk
kampung yang dijumpainya. Ada penduduk kampung yang buat tak tahu, ada yang
membalas semula, ada yang mengusik cuba menolaknya. Burhan hanya tersengih
setiap kali dia ditolak. Seperti biasa juga, rumah nenek kesayanganmenjadi
tempat persinggahan.
“Assalamualaikum Nek!”, Burhan menegur Nenek Ayang yang
menuruni tangga rumah.
“Jom Burhan, kita ke kedai kopi Mak Limah. Nenek nak jalan
jalan juga…”, kata Nenek Ayang tersenyum menampakkan giginya yang rongak.
Burhan angguk lalu turun dari
basikal, tersengih memimpin basikalnya lalu berjalan bersama sama Nenek Ayang.
Mereka menyelusuri petak sawah yang terbentang, melihat burung burung
berkicauan menyanyi riang, Burhan mendepakan sebelah tangannya…
“ Lihatlah… sekitar alam…
Du..duniaa luas terbentang… Langit.. ting..tinggi kebiruan… pohon.. po…pohon
kehijauan..”, bait lagu Sheila Majid dinyanyikan riang. Nenek Ayang tergelak
melihat perangai cucunya. Lalu dia membalas dengan lagu Gurindam Jiwa, “Tuai
padi…. Antara nampak… esok jangan… layu-layuan….”, sambil mengibas ngibas
tangan mengikut lenggok. Burhan tergelak besar melihat neneknya, “pan..pandai
nenek… nya..nyi..”, dia menggaru kepala sambil tersengih. Mereka ketawa bersama
sama. Burhan bersyukur ada nenek yang menyayangi dirinya.
Seketika, nenek Ayang bertanya, “
Ibu ada kat rumah?”
“Taklah nek.. Ibu..
ke..kelu..keluar dengan kawan…”
“Kawan lelaki ke perempuan?”
“Lelaki…”
“ I taknaklah… U tahu kan anak I ada kat rumah…”, Puan
Saliha membetulkan mekapnya.
“ I tahu.. tapi U
janjikan nak kahwin dengan I.. lepas laki u mati..”, Datuk Kamsan memaut tangan
Puan Saliha, memandang tepat ke anak matanya.
Puan Saliha tersenyum melihat Datuk Kamsan, digenggam tangan Datuk Kamsan kemas. Datuk Kamsan merupakan pemilik Syarikat Setia
Holdings, majikan kepada Puan Saliha.
Bersambung….