Friday, August 27, 2010

BuKak Posa!!

Lokasi jalan-jalan bukak posa kali ni di Hotel Emerald Puteri
Sungai Petani, Kedah... Yeah...



Hehehe...

Makan buffet,, phieww... bleyh la tahan...
Antara juadah malam tuh...

  • Laksa penang ( Feveret neyh )
  • Daging kambing bakar... ( nyum2!! )
  • Spagetti pa ntah... lupa plak...
  • Pasta bakar... sedap nii...
  • Nasik lauk pa ntah... yg igt da ayam goreng... hehe
  • Air yg aku minum... teh bunga, air selasih, bandung and teh tarik!! perghhh... hehe



Memang enjoy laa... sedap2!! hehe... huu~

~ThE EnD ~

Thursday, August 26, 2010

CN Blue?? WhoaAA....

Dear awak, blink2!

Edisi kali ni ingin aku sorotkan and share dgn you all minat aku sekarang.... cecece... edisi la plak...
hehe... semuanya bermula bila aku ditakdirkan hidup dengan peminat-peminat fanatik korean kat putra villa...

Introducing to you olz!!! Peminat yg fanatik tuh :



*** Dayang Ezaimah!
*** Dazuin Maryam!

Hah,, minah berdua ni kalau tak bukak satu website korean ni tak sah! KPOP kot... ha'ah,, cam tu la gamaknya tajuk website tu...

Okeh guys,, berbalik pada minat aku sekarang...
Dulu, biasa2 je, first group Korean yang aku kenal, Super Junior... hehe...
Tapi, aku taklah suka sgt... bila lama-lama dgr.. dah tak minat plak... sebab dah bosan...

Then, kat maktab dulu, kredit to Atiqah Adni!! Dia kenalkan aku dengan Wondergirls,Nobody! hehe... suka gak tuh... sampai sekarang suka lg.... ^_^

Boleh la.. overall okeyh2 saja... quiet interesting to hear their songs~

But now, I am more addicted to CNBlue...

When talking about them, the one I admired the most is Yung Jong Hwa, the vocalis... Sebabnya, dia sangat kiut plus vocal dia yg sedap, before this, he once acting in one of the Korean drama that is You Are Beautiful, playing as Kang Shin Woo. Hmm... Become more addicted when I know about one of Korean reality show, We Got Married, featuring him and Seo Hyun from SNSD as a couple in the show.. How cute!!! hehe...


Here they are....


PheeWitt!!!

Jong Hwa and SeoHyun... CecE...

PoSe Time We Got MaRriED!

Kiut x? Jong Hwa... hehe

CNBlue...

Let me introduce to you..... Yong Hwa..... hehe...

Profile





Name: Jung Yong Hwa (정용화)
Birthdate: June 22, 1989 ( dekat ngan bufday aku!! hehe... CAnCEr)
Birthplace: Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea
Blood Type: A
Height: 180cm
Weight: 63kg
Skills: Clarinet, Beatbox

Enjoy this song, LOVE.... Tell me why!! why!! why!! hehe....


~ The End ~

Wednesday, August 25, 2010

UnTuk TaTaPan SeMUa... Jeng3!! Hehehe... CerKon~

Andai Itu Takdirnya… Ku Terima…

Oleh : Nurul Iylni Mohamad Noor


Bayu desa berhembus lembut di petak sawah. Sepasang mata terhibur tatkala melihat unggas terbang bebas membelah ruang atmosfera. Senyuman terukir di bibir, menyingkap seribu makna. Melihat suasana yang begitu indah, hati wanitanya terusik. Dirinya turut bahagia menikmati keindahan alam. Jauh di sudut hati, hanya dirinya yang mengerti perit kehidupan yang dialaminya. Tidak seindah yang disangka. Mujurlah dia tidak mudah rebah menghadapi onak duri yang menjalar di setiap liku-liku perjalanan.


“ Kak Nurul, sibuk?”, suatu suara menyapanya dari belakang.


Nurul Iman tersentak dari lamunan. Nostalgia lama yang bermain di mata, semakin kabur, sejurus hilang dari pandangan. Matanya beralih arah kepada seseorang di hadapannya. Nursyura, manis berkurung hijau memegang sekeping kertas dan sebatang pen di tangan kanan, tersenyum manja. “ Eh, tak adalah. Kak tak sibuk pun. Kenapa dik?”, lembut Iman menyahut adiknya.


“ Adik nak tanya kak Nurul satu soalan, boleh?”


“ Ye adik, apa soalannya. InsyaAllah kak Nurul jawab”, jawab Iman, sejurus melabuhkan punggungnya di hujung katil. Nursyura ikut duduk di tepi kakaknya. Iman tidak pernah jemu mengajar adik-adiknya pada waktu lapang. Masanya sentiasa terbuka untuk mendengar masalah mereka sama ada berkaitan mata pelajaran sekolah, mahupun sekadar luahan perasaan tentang kehidupan mereka yang semakin menghimpit. Nursyura, seorang adik yang paling kompetitif. Dalam ketiga-tiga adiknya yang lain, Nursyura paling menonjol di sekolah. Bukan itu sahaja, wajahnya yang manis dan budi pekertinya yang sopan, sering menjadi bahan bualan pelajar dan guru di sekolahnya. Nurul Iman jua begitu. Kata kawan-kawannya, Nursyura banyak mewarisi sifat Nurul Iman.


Nurul Iman hanya tersenyum apabila mendengar komen sebegitu. Namun, tidak siapa tahu susah dan payah melalui ranjau kehidupan yang nyata mematangkan diri mereka. Nurul Iman bersyukur dikurniakan adik-adik yang memahami keinginannya untuk terus belajar hingga ke menara gading. Sepeninggalannya ke universiti, dia sering berpesan kepada adik-adiknya agar terus belajar memajukan diri agar dapat membela nasib keluarga.


Kehimpitan yang dialami Nurul Iman dan adik-adiknya semakin bertambah sejurus pemergian ayahanda tercinta. Iman tidak dapat menidakkan Qada’ dan Qadar Ilahi, malah, dirinya sentiasa berdoa agar ibu dan ayahnya bahagia bersemayam di sana. Tiap kali dia berdoa, tiap kali jua air matanya tumpah membasahi pipi.


Betapa dia menghargai saat-saat bersama ibu dan ayah. Sungguh dia tidak menyangkal tanpa mereka, mana mungkin dia mampu bertatih dan akhirnya berjalan di atas kaki sendiri. Apabila memikirkan nasib dirinya, Nurul Iman tetap bersyukur, kerana dia masih mempunyai adik-adik yang begitu sayang kepadanya. Jua seseorang yang hadir dalam hidupnya, menambahkan lagi kekuatan untuknya menongkah arus kehidupan.


Ikmal Syafiq… ketulusan hatinya telah sedikit sebanyak menambat hati Nurul Iman. Perkenalan mereka sejak di Tingkatan Tiga, berdiri utuh sehingga sekarang. Persahabatan yang terjalin kerana jawatan yang dimiliki di sekolah, sentiasa mendapat perhatian rakan-rakan sekeliling. Mereka sering diusik apabila berselisih di jalan. Sekali lagi, setiap kali Nurul Iman diusik, dia hanya tersenyum. Bisu seribu kata. Dia tidak mahu terlalu menaruh harapan, kerana Ikmal memiliki segala-galanya yang tidak mampu diraihnya. Apabila fikirannya asyik memikirkan Ikmal, sejurus dia beristighfar, mengembalikan ingatannya pada yang Esa. Ikmal bukan calang-calang orang.


Dia bukan sahaja bijak di sekolah, tetapi juga mempunyai kepimpinan dan keperibadian yang menyenangkan. Namun begitu, hatinya tidak mudah dipancing mana-mana perempuan. Ikmal boleh dikatakan popular di sekolah. Dia mendapat banyak surat cinta daripada peminat misteri. Tetapi, ternyata hanya seseorang yang telah singgah di hatinya, dulu, kini dan selamanya Nurul Iman. Sewaktu di universiti, Ikmal kerap menanyakan khabar Nurul Iman melalui sahabat baiknya yang turut menuntut di universiti yang sama.


Tiap kali Nurul Iman mendapat salam daripada Ikmal, hatinya menguntum mekar. Tidak putus-putus bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang begitu mengambil berat dan menerimanya seadanya. Bertahun sudah berlalu, sehingga kini dia sudahpun menjadi tunang Ikmal Syafiq, lelaki yang telah merantai hatinya.


Awalnya, dia agak khuatir kerana dirinya yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan kehidupan Ikmal Syafiq yang jauh lebih mewah dan berharta. Benarlah kata pepatah, cinta tidak mengenal sesiapa, Ikmal ternyata begitu ikhlas menyayanginya dan menerima dirinya yang sederhana. Tiap kali Nurul Iman bertanyakan soalan, “ Fiq, kenapa Fiq pilih Iman, sedangkan banyak lagi wanita di luar sana, yang lebih cantik, lebih pandai, lebih berharta dari Iman? Iman nak Fiq tahu, Iman tidaklah secantik mana, tidaklah sepandai mana, tidaklah juga berharta, Iman tiada apa yang Fiq miliki…”






“ Dah ke, Iman? Okay, dengarkan Fiq pula. InsyaAllah, Iman cantik kerana budi dan iman, Iman pandai mngurus rumah, pandai menjaga diri untuk Fiq, itu sudah memadai, Iman tidak berharta, tetapi Fiq tidak memerlukan semua itu. Harta dan pangkat sementara, Iman. Yang penting kita ada ini”, jawab Ikmal, tersenyum manis sambil menghalakan telapak tangannya ke dada. Setiap kali mendengar jawapan Ikmal, Iman pasti tersenyum, anak matanya sengaja dilarikan, malu bertentangan mata. Hatinya berbunga ceria…. Dia yakin Ikmal mampu memimpinnya kelak. InsyaAllah…


************************************************

“ Kak Nurul, abang Fiq di luar. Kak Nurul dah siap ke?”, tanya Nursyura, sejurus menjenguk ke ruang kamar Nurul Iman.


Dilihat kakak kesayangannya membetulkan tudung di hadapan cermin. Nursyura hanya tersenyum. “ Cepatlah kak, abang Fiq cakap dia bagi lima minit saja. Kalau tak keluar lagi, dia balik”, muncul pula adiknya yang seorang lagi, Nurhisyam. Nurul Iman memandang adik-adiknya. Dia sudah bersedia untuk keluar bersama Ikmal hari ini. Perancangannya, mereka mahu membeli cincin untuk majlis perkahwinan. Kemudian, Ikmal mahu membawanya ke rumah bakal ibu mertuanya untuk makan tengah hari. Kesibukan Ikmal semenjak mengambil alih perniagaan ayahnya, menyebabkan mereka jarang berjumpa. Lagipun, itu permintaan Nurul Iman sendiri. Dia tidak mahu kerap berjumpa kerana khuatir fitnah melanda dirinya.


Entah mengapa, semalam Ikmal menelefonnya. Teragak-agak dia mahu mengangkat, kerana nombor itu tidak dikenalinya. Setelah diyakinkan Nursyura, dia menjawab panggilan tersebut.


“ Assalamualaikum…”


“ Waalaikummussalam, Iman….”, jawab satu suara yang amat dikenalinya. Tatkala itu, Nurul Iman tersenyum lagi. Rupa-rupanya, Ikmal menelefonnya dari pejabat. Ikmal menyatakan hasratnya untuk membawa Nurul Iman membeli kedai cincin. Perbualan mereka ringkas, tetapi di hujung perbualan, sempat Ikmal mengusik Nurul Iman,


“ Berdebar hati ni, Iman… Menunggu detik bahagia kita, tunggu ye sayang…”


“ Eh, fiq… Err… Err…, Iman banyak kerja ni, esok jumpa ye, InsyaAllah.. Assalamualaikum…”, lantas Nurul Iman mematikan perbualan. Dia beristighfar beberapa kali. “ Fiq… Fiq…”, hatinya terusik lagi. Aduhai Ikmal…


******************************************

“ Manis ye Iman hari ni… Fiq suka”, ikhlas sekali Ikmal menuturkan kata-kata. Redup matanya memandang Nurul Iman. Sehinggakan wanita disebelahnya tersipu-sipu. “ Sudah sudahlah puji Nurul, Fiq… Terima kasih, biasa-biasa saja ni…”, balas Nurul Iman, tunak memandang ke hadapan. Kereta Kia Spectra meluncur laju di jalan.


“ Ikmal ikhlaslah… Nurul Iman, seindah nama, semanis orangnya”, sekali lagi Ikmal memancing. Kali ini, Nurul Iman hanya mendiamkan diri. Malas melayan Ikmal yang semakin menjadi-jadi. Tidak lama kemudian, Nurul Iman tertidur. Ikmal Syafiq asyik melihat tunangnya yang cukup manis, sehinggakan dia tidak fokus sewaktu memandu.


Gadis itu benar-benar merantai hati lelakinya. Ikmal terpesona dengan keindahan yang terdapat pada diri Nurul Iman, sukar dicari pada pandangannya. Nurul Iman pernah melalui detik kesusahan, dia cekal menghadapi tanpa keluhan. Nurul Iman selayaknya meraih kebahagiaan yang sempurna. Dia mahu menjadi penghapus duka Nurul Iman. InsyaAllah….


Sejurus melalui satu selekoh, Ikmal terkesima! Sedang asyik dia tenggelam dalam lamunan, melihat keindahan wajah tunangnya, tiba-tiba sebuah motosikal muncul di hujung jalan. Ikmal tidak sempat mengelak, lantas melanggar motosikal tersebut. Hentaman yang kuat menyebabkan pemboncengnya tercampak jauh beberapa meter ke hadapan. Berpusing jua kereta Ikmal, akibat menekan brek dengan kuat. Astaghfirullah!! Hampir luruh jantung Ikmal. Mujurlah mereka berdua selamat. Serentak dengan itu, Nurul Iman terjaga, turut terkejut dengan situasi tersebut. “ Ya Allah, selamatkanlah lelaki tersebut… Ya Allah…”, hanya itu yang mampu diucapkan Nurul Iman tatkala Ikmal membawa lelaki yang cedera parah itu berlalu ke hospital… Pertama kali, dia melihat jelas, Ikmal tidak keruan… Semoga tunangnya sabar menghadapi semua ini, ya Allah, tabahkan hatinya…


********************************

Masuk hari ini, sudah dua minggu Ikmal tidak menghubunginya. Nurul Iman cuba memahami keadaan tunangnya, masih dirundung kekeliruan. Rasa bersalah terus-menerus menyelubungi Ikmal.


“ Maaf Encik Ikmal, pendarahan di otak mangsa sangat serius. Kami sudah sedaya upaya mencuba, tapi, Allah lebih menyayanginya, harap Encik Ikmal bersabar…”


Ikmal terus rebah ke lantai, lemah seluruh anggotanya. Tidak tergambar dengan kata-kata, kalau boleh, dia mahu mengembalikan masa itu. Dia mahu mengembalikan waktu semalam. Sekali pun dia tidak langsung menyangka, dia tersepit dalam keadaan yang amat menyesakkan. Tidak putus-putus dia berdoa memohon keampunan Rabbul Izzati, mengharapkan dia hanya bermimpi, perkara itu hanyalah mainan tidurnya.


Sejak itu juga, Ikmal banyak mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tidak mahu berjumpa mahupun berhubungan dengan sesiapa. Terus-menerus menyalahkan dirinya yang cuai. Dia betul-betul menyesal. Khilaf dengan perkara yang berlaku. Sehinggakan adakalanya, dia terasa seperti tidak mahu meneruskan hidup. Biar nyawanya diambil agar dia berasa adil terhadap lelaki tersebut.


Nurul Iman hanya mampu menanti. Puas dia memujuk Ikmal, cuba meredakan keadaan. Namun, Iman mengerti, situasi itu terlalu sukar untuk Ikmal menghadapinya, jikalau dia berada di situasi Ikmal, pasti jua dia tewas dengan emosi. Malahan, mungkin lebih tertekan daripada Ikmal. Nurul Iman kerap berteleku di sejadah, mendoakan kesejahteraan Ikmal sekeluarga. Beberapa kali air matanya menitis, mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala. Dia tidak mahu melihat Ikmal terus melawan takdir. Ikmal perlu menyedari hakikat yang sebenar. Namun, tidak tegar dia terus mendesak Ikmal kembali seperti sediakala. Ikmal perlu ruang secukupnya. Jauh di sudut hati, Nurul Iman begitu yakin, Ikmal bukanlah pemuda yang mudah goyah dengan ujian Ilahi.


*********************************************

Air sungai yang tenang menggamit hati Nurul Iman. Dingin terasa apabila bayu petang berhembus menggigit tubuhnya. Dia hanya mampu memeluk tubuh. Terasa damai seketika dengan fatamorgana ciptaan Yang Maha Kuasa. Petang itu, Nurul Iman sudah berjanji untuk bertemu dengan Ikmal Syafiq setelah enam bulan lamanya hubungan mereka terpadam seketika kerana kehendakNya.


Nurul Iman, ringkas berjubah hitam dengan motif bunga kuning keemasan, duduk di batu-batu besar yang terdampar sekitar sungai. Sesekali, jari jemarinya asyik bermain dengan air sungai yang deras mengalir ke kuala. Tatkala itu juga, dia mendongak ke langit, memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi, Yang Maha Mengasihi, kerana membuka ruang kepada Ikmal untuk berfikir dengan lebih rasional, walaupun pada hakikatnya, dia percaya Ikmal masih terbayangkan peristiwa hitam tersebut.


“ InsyaAllah, mudah-mudahan dia beransur pulih…”, doa Nurul Iman, terdetik di hati kecilnya.


“Assalamualaikum, Iman….”. Nurul Iman tersedar dari lamunan. Lantas, dia berdiri, namun masih tidak menoleh. Senyuman mula terukir. Perasaannya bercampur baur, antara gembira dan sedih. Gembira kerana dia dapat bersua kembali dengan seseorang yang sudah lama dinantinya. Tetapi juga sedih mengenangkan nasib yang menimpa mereka berdua sehingga terpaksa berjauhan sementara. Air matanya mula bergenang, namun dibiarkan perasaan gembira menguasai diri.


“ Waalaikumussalam…”, jawab Nurul Iman, tersenyum manis melihat pemuda di hadapannya, benar-benar Ikmal Syafiq. Ikmal jua tersenyum, tetapi tidak seceria Nurul Iman. Ada gelodak di jiwanya yang belum terungkap dengan kata-kata. Gusar hatinya terus memaksanya membatukan diri di hadapan tunang kesayangannya. Ikmal mengetap bibir, menahan pedih di hatinya. Nurul Iman menyedari tingkah laku Ikmal, lantas menghampirinya. “ Fiq, ada masalah untuk kita kongsi?”, tanya Iman, lembut.


Ikmal menarik nafas sedalamnya. “ Maafkan Fiq, Iman… Kadang-kadang kita tidak mampu memiliki sesuatu walaupun ianya hampir berada dalam genggaman”, lancar sekali Ikmal memulakan bait bicara. Nurul Iman hanya terdiam, memikirkan kata-kata yang keluar dari mulut Ikmal. Matanya dilemparkan ke sekeliling, sejurus memandang Ikmal kembali. Mata mereka bertautan, Ikmal dicengkam perasaan serba salah. Mulusnya wajahnya, kesetiaan padanya, kehalusan budi pekerti dan kasih sayangnya, mana mungkin dia melupakan gadis bernama Nurul Iman. Namun, keadaan memaksanya bertindak sedemikian, walaupun hakikatnya, dia terpaksa melukakan Nurul Iman. “ Arghhh…. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku, Kau berikanlah ketabahan buat Nurul Iman, betapa aku menyayanginya Ya Allah… Kau peliharalah dirinya…”, Ikmal terus berdoa jauh di sudut sanubari.


“ Maksud Fiq? Maaf, Iman tidak dapat memahaminya…”, Iman bersuara, memecah kebisuan di antara mereka. “ Mampukah Iman menanti Fiq di sana nanti? Bersama kita meraih bahagia di sana. Bolehkah Nurul Iman? Fiq… Fiq… tidak mampu memiliki Iman di dunia ini, Fiq bukan milik Iman lagi…”, tutur Ikmal, perlahan-lahan, bagaikan berbisik. Nurul Iman mendengar dengan jelas butir kata Ikmal.


Lantas, air mata mulai bergenang di ruang mata. Namun, dia masih berupaya menahan kepedihan yang dirasakan mula menyesakkan dada. “ Fiq mahu memutuskan pertunangan kita? Kenapa? Iman buat salah pada Fiq?”, bertubi-tubi soalan Nurul Iman pada Ikmal. Ikmal hanya tertunduk. Dia memahami kekecewaan yang mula menyelubungi Iman. Dia jua tidak mampu melawan kesedihan. Andai ini takdirnya, Ikmal berserah segalanya pada Yang Esa. Jikalau dia sudah mengetahui itu suratannya, tidak akan dia membenarkan Nurul Iman hadir dalam hidupnya. Tidak sama sekali.


Ikmal terdiam seketika, masih mencari sisa-sisa semangat meneruskan kata-kata. Namun, masih dia membiarkan sepi angin berlalu menyelubungi rahsia antara mereka. Nurul Iman mengesat air matanya. Dia memeluk tubuh, melihat sungai yang terus deras mengalir melalui batu-batu yang terdampar di kanan dan kiri. Hampir dia rebah, tidak mempercayai Ikmal. “Ikmal, kenapa diam?”, soal Nurul Iman, mula hilang sabar. Namun, dia cuba bertenang, beristighfar beberapa kali. “ Iman, jujur Fiq katakan Iman satu-satunya wanita yang masih ada di hati Fiq. Tetapi, Fiq terpaksa melepaskan Iman atas rasa tanggungjawab dan belas kasihan Fiq yang masih tergalas sehingga kini”, jelas Ikmal, satu persatu, mengharapkan Nurul Iman betul-betul memahami dirinya.


“ Maksud Fiq?”


“ Ini… Fiq harap Iman faham… Fiq sentiasa mendoakan kebahagian Iman, maafkan Fiq, Iman… Percayalah, Fiq terpaksa, mungkin bukan jodoh kita Iman, tetapi, Fiq berjanji, hanya Iman yang pertama dan terakhir… Fiq pergi dulu, InsyaAllah… jikalau diberi waktu dan peluang, kita bersua lagi… Assalamualaikum…”, balas Ikmal, sambil menghulurkan sekeping sampul surat kepada Nurul Iman, sejurus dia berlalu meninggalkan Iman yang masih bingung dalam percaturan kata-kata Ikmal. Masih lagi dia kabur dengan penjelasan Ikmal. Yang pasti, dia mulai lemah. Dirasakan tubuhnya tidak sekuat dan secekal dahulu, kehilangan Ikmal jelas terasa.


“ Waalaikumussalam, Ikmal…”, balas Nurul Iman, hanya telinganya yang mendengar. Dia menghantar Ikmal pulang dengan pandangan yang sayu. Berat rasa dia melepaskan Ikmal pergi. Bagaikan semalam dia mengenali Ikmal, kini lelaki tersebut berlalu meninggalkannya. Hatinya benar-benar pedih. Sampul di tangannya tidak terus dibuka. Dia hanya menatap sampul itu dengan linangan air mata. Tanpa di sedari, sampul tersebut hampir basah dengan air mata, betapa berat lara yang ditanggung. “ Ya Allah, kuatkanlah hatiku…”, doa Iman, mendongak ke langit yang terbentang luas. Jelas, kesakitan jelas terpapar di ruang mata.


*****************************************
Assalamualaikum Nurul Iman….

Iman, Fiq ingin meminta maaf atas segalanya… Sukar bagi Fiq menyatakan perkara yang sebenar kepada Iman, nyata perkara ini amat memedihkan. Fiq terpaksa Iman, percayalah.. Andainya Fiq tahu Qada’ dan Qadarnya begini, Fiq tidak mungkin melamar Iman. Tak mungkin jua membenarkan perasaan kasih dan sayang ini terhadap Iman. Fiq pernah berjanji, bukan? Ingin membahagiakan Iman, ingin membina keluarga yang sakinah bersamamu, Iman.. Namun, mengertilah Iman, kenapa Fiq bertindak sebegini… Fiq selalu menyayangimu.. Tetapi, Fiq tidak dapat lari dari hakikat bahawa diri ini masih lagi tersepit dalam tanggungjawab yang Fiq harus galas. Fiq ingin berkahwin bukanlah kerana Fiq ingin mengambil kesempatan, tetapi Fiq betul-betul berasa bersalah Iman… Sudah Fiq katakan, Fiq terpaksa… Iman, kalau bukan kerana perasaan belas kasihan yang ada pada Fiq, kalau bukan kerana Fiq telah merampas kebahagiaan mereka, tidak akan Fiq melepaskan Iman… Hanya ini caranya untuk Fiq menebus kembali dosa semalam…


Iman,


Fiq jua menderita terpaksa membiarkan Iman pergi… Fiq jua menanggung laranya… Fiq jua merasa kepedihannya… Fiq jua kesal dengan apa yang berlaku… Fiq bersalah Iman, Fiq bersalah. Fiq bersalah bukan sahaja padamu Iman, tetapi jua pada anak-anak kecil ini yang kehilangan bapa mereka. Jua khilaf terhadap isterinya yang sarat mengandung. Iman… minta maaf… Andai Fiq mampu memutarkan masa lampau, mungkin keadaan tidak sebegini… Iman, Fiq khilaf terhadapmu…


Iman,


Fiq yakin, Iman wanita yang pasak dengan keimanan, hanya satu pesanan Fiq, peliharalah keimananmu… peliharalah akhlakmu, Iman… Janganlah kerana Fiq, Iman kecundang dengan emosi, Fiq yakin Iman akan mendapat seseorang yang lebih baik, jauh lebih baik dari Fiq, asalkan Iman sentiasa berdoa, insyaAllah… Usah ditangisi pemergianku, Nurul Iman… Fiq mendoakan kebahagiaan Iman… selalu mendoakan kesejahteraan Iman sekeluarga…


Akhir kata, Iman… kau sentiasa bersemadi di hati, dulu, kini dan selamanya… Salam sejuta kemaafan…


Usai membaca warkah terakhir Ikmal, tika itu jua, air mata Nurul Iman tumpah lagi, betapa terhimpitnya perasaan yang melanda jiwa. Telekungnya basah dengan air mata, sudah berapa lama dia menangis, berteleku di sejadah, dirinya sendiri jua tidak pasti. Emosinya benar-benar terganggu, hancur luluh hatinya mengenangkan dirinya yang hiba. Benar, masa telah meragut kebahagiaannya. Baru sahaja, dia mengimpikan hari-hari yang indah berlalu bersama kenangan yang pahit dalam hidupnya, namun, semuanya bagaikan igauan semalam, tidak dapat digapai meskipun Iman terus menangisi segala yang terjadi.


Iman mendapatkan gambar ibu dan ayahnya. Lantas diciumnya beberapa kali. Sebak di dada tidak tertahan lagi, terus dia memeluk gambar bonda dan ayahanda tercinta, merindui saat-saat lalu… “ Ibu, ayah… Nurul rindu… Temankan Nurul ibu… Nurul tak kuat…”, rintih Iman di dalam hati, tersedu sedan dengan tangisan yang terus menyelubungi diri. Nursyura yang memerhati sejak tadi, terus mendapatkan kakaknya, merangkul erat tubuh kakaknya yang mulai longlai, bila-bila sahaja rebah menyembah bumi….


“ Kak Nurul, sabar, insyaAllah… Syura faham, kak… Allah sedang menduga kita.. Kak, jangan begini… Kak dan Hisyam sajalah harta paling berharga buat Syura, Syura sayangkan kak… Kak Nurul, kak masih ada Syura… masih ada Hisyam…. Kak bukan keseorangan… Syura di sini…”, pujuk Nursyura, turut sebak melihat keadaan Nurul Iman. Iman terus rebah dalam pangkuan adiknya. Dirinya terus diasak kesedihan, meskipun dia sedar, perkara itu terjadi kerana ketentuanNya. Dia harus pasrah… Tatkala itu, dia tersedar, dirinya masih disayangi….


******************************

Ikmal terhibur melihat keletah anak-anaknya, sejurus membiarkan anak-anak kecil itu berlari mengelilinginya. Seketika, anak-anak kecil itu merapatinya. “ Abah, mengantuk, temankan Hakim dengan Husna tidur, boleh?”, rengek anak kecil itu, manja. “ Mari, abah temankan… Tapi, janji dengan abah, tidur pejam mata rapat-rapat, tak nak main-main tahu?”, balas Ikmal, lembut. Hakim dan Husna berlari-lari anak menuju ke bilik tidur. Ikmal hanya menggelengkan kepala. Turut tersenyum.


Namun, jauh di sudut hati, dia masih terkenangkan Nurul Iman. Apakah khabarnya dia? Masih lagi seperti dahulu? Nurul Iman yang cekal dan kental dengan setiap cubaan? Iman, andai kau tahu… Tidak pernah ku lupakan dirimu, setiap hembusan nafasku, kau sentiasa berada dalam ingatan… Biarpun kita terpisah, aku tidak akan melemparmu jauh dari jiwa ini, akan ku terus biarkan namamu terukir di ruang hati ini, tanpa ada sesiapa yang menjadi galang gantinya… Iman, mengertilah… Hanya kau di hati… Untuk selamanya…….


Terlarut aku
Dalam kesendirian
Saat aku menyadari
Tiada lagi dirimu kini


Sampai kapankah
Aku mampu bertahan
Tertatih aku jalani
Semua kisah hidupku ini


Tak akan terganti
Setiap kenangan yang telah terukir
Yang terendap indah
Dan melekat di hati


Akankah berakhir
Semua rasa yang telah tercipta
Didalam benakku
Dan didalam asa-ku


made specially by Tulip Biru... Enjoy it!

Sunday, August 8, 2010

bILa UsTAz BerSuaRa....

Dear awak, blink2!!


Ustaz dan bebelannya... Bermula pukul 5.30 p.m,, hehe.. tapi, selalunya start lebih lambat lagi, kadang-kadang terlajak sampai pukul 6.00 p.m... Maklumlah, ustaz agak sibuk.. Beliau bertugas di Pusat Urus Zakat sebelum balik mengajar pukul 5.00 p.m... Ustaz terpaksa ambil masa yang lama untuk sampai ke Auditorium Taman Seri Serdang dan menunaikan solat Asar. Boleh dikatakan kelas agama, adalah kelas favourite aku.. Tapi, yang pasti port aku dalam Auditorium yang belakang sekali... hehe... bukan apa, aku rasa pandangan aku lebih meluas sampai ke depan... Tengok ragam kawan-kawan aku sambil dengar ustaz bersyarah.. Actually, itulah ustaz sedang lakukan, mengajar sambil berdakwah... Sehingga itu juga, buat kesekian kalinya, aku tak pernah jemu mendengar... Alhamdulillah...


Penyampaian ustaz sangat berhemah disokong dengan hadis sahih yang mantap, ustaz ni simple, berterus terang, walaupun kadang-kadang isi yang dibawakan dalam majlis ilmu tu agak kompleks, ustaz huraikan dengan mudah melalui contoh-contoh yang berlaku pada zaman kini... That's why I love the subject...
Fakta-fakta yang ustaz bawakan memang menarik... Contohnya, ustaz nyatakan sifat Al-Qauf, yakni cemas.. Sifat ini merupakan antara kelemahan yang sememangnya ada dalam diri manusia. Tetapi, ustaz kaitkan sifat ini yang lebih menjurus kepada wanita.. Antaranya, isterinya sendiri.. Hehe, time ni kitorang ketawa tengok aksi ustaz bercerita dengan bersahaja, tetapi cukup membuktikan wanita memang lebih mudah berasa cemas. Malah, kata ustaz lagi, kebanyakan wanita yang ingin menjadi pilot, gagal dalam ujian praktikal gara-gara cemas.. Hehe... dah la aku ni tergolong dalam golongan yang mudah gabra ni... hehe,,, bak kata ustaz, 'gelabah bewak'!! Adeii,, kena batang idung sendiri... ish3..


Sebelum ni, ustaz ada bercerita tentang fesyen tudung zaman sekarang.. hehe.. sekali lagi, terkena batang idung sendiri, aiyak!! ustaz ckp, kalau tgk pmpuan sekarang, fuh... bergaya lagi.. Kalau pakai tudung, tak sah kalau tak paku kat bahagian kanan, bahagian kiri, tak cukup lagi, lilit pulak letak paku atas kepala.. Adeii.. lawak btul... Ustaz gunakan istilah 'paku' untuk kerongsang.. hehe.. Dah menjadi trend anak muda sekarang, pakai tudung, mesti nak kemas kat bahagian atas... Abeh tu, apa lagi?? Tiup la habis-habisan... hehe... Memang tak tahan,, kitorang enam sekawan kat belakang, gelak sampai tak ingat dunia... Adeii... dalam hati menyumpah-nyumpah, ish, macam mana ustaz tau plak ni?? hehe...


Tapi, ustaz memulakan dengan persoalan? kenapa kita perlu bergaya? Yang perempuan, kenapa perlu pakai tudung berpaku kiri dan kanan? kalau iyalah untuk diri sendiri, kenapa tidak pakai semasa tidur? hehe.. lucu kan? kalau betul lah untuk diri sendiri, kenapa tidak ber'kot' atau mekap sewaktu tidur? kan untuk diri sendiri... hehe... tapi, kata ustaz, tak mengapa, bergayalah... asalkan kita tidak melanggar syariat.... Ini kerana kita berubah mengikut perkembangan tamadun... Takkanlah kita nak ke pejabat dengan berkain pelekat, mesti orang usyar pelik... hehe... renungkan...


Kata ustaz lagi, hidup ni perlu ingat-mengingati... Tapi, bila sebut pasal berdakwah, mesti semua orang terbayangkan tudung labuh, berkopiah, berjubah dan sebagainya... Tetapi, perkara dakwah ini bukanlah sesuatu yang sukar. Contohnya, sewaktu hari lahir seseorang. Selalunya, apa yang kita bagi untuk meraikan hari lahirnya? Tak lain dan tak bukan patung beruang, coklat, bunga... hehe (cam aku je tuh... kena lagi...)...
Jadi, ustaz minta kami renungkan perkara ni.. apa kata, sebagai tanda mengingati hari lahirnya yang menunjukkan seseorang itu semakin meningkat usianya, kita hadiahkan sepasang batu nisan, tak pun kain kapan... WAKAKA!! Dalam kad hari lahir tu, tulis sesuatu utk mengingatkannya tentang hari kiamat.. contohnya, " Tahniah.. usia anda sudah meningkat setahun lagi bermakna anda semakin menghampiri hari kematian... Jangan berlengah lagi, tambahkan amal ibadah anda dari sekarang, gud luck!" hehe... lawak2.. tapi, bernas idea tu... blink2!! ~


Semua orang takut apabila disebut tentang hari kematian, tetapi, perkara ini sebenarnya suatu hakikat... Manusia tidak boleh lari daripada hakikat ini... Maka dengan itu, ustaz dengan bangganya berkata, " Kenapa tidak kita memesan batu nisan untuk diri kita sendiri? Nanti, bolehlah pilih yang cantik-cantik... " Hahaha... kitorang ketawa lagi... adeii... sampai keluar air mata, tapi, muka ustaz constant je... Kata ustaz lagi, siapkan semua sekali, kain kapan, air mawar, kapur barus, letak dalam satu beg, siap-siap... Sampai masanya nanti, senang kerja orang lain... Hehe,, cayalah ustaz!


Topik ni paling menarik, ustaz menyentuh mengenai mahar dalam sesuatu perkahwinan... Hal ini yang paling bez aku dengar... Ustaz menceritakan pengalamannya sewaktu berkahwin dahulu.. Asalkan kita tau, bahawa trend zaman sekarang, harga mahar lebih rendah daripada wang hantaran. Kenapa begitu? Standard mahar hanya puluhan ringgit, tetapi, lain pula ceritanya dengan wang hantaran, sampai kadang-kadang mencecah beratus ribu ringgit... kenapa tidak kita tinggikan harga mahar? Ini kerana mahar menunjukkan betapa berharganya seseorang wanita. Duit mahar akan menjadi milik wanita seutuhnya. Ustaz menyatakan bahawa wang hantaran yang paling mahal adalah di Kelantan, keduanya di Kedah dan yang paling rendah adalah di Sabah. Time ni, semua tengok Dayang, kawan serumah aku... Aiyak! Kesian dya... hehe... Oleh itu, ustaz pesan kat kitorang, time nak kawin nanti, ckp kat bakal suami, letak semua duit hantaran tu dalam mahar... baru oke!! hehe ~


Ustaz punya leteran sampai seminggu pun aku sanggup dengar.. hehe.. bez bez...Sekian sahaja coretan kali ni ~ kita bersua lagi, di lain waktu!!! ^_^ Salam MAHABBAH.... xoXo~

DueT HiLang? Ke MaNAkaH?

Dear awak, blink2!!

Bila mulut bercakap tentang duit, huh.... mesti mengeluh... Bab duit ni aku mmg lemah skit.. Tak pandai nak manage.. nak kata aku ni jenis membazir,, hmm... ye ke?? Entahla.. sbbnya aku tak pernah buat buku simpan kira-kira dan buat budjet kalau pegi mkn atau beli-belah... Hehe,, boros la tuh yea??

Bab makan memang aku tak pandai budjet, bila dah lapar, semua aku hentam... hehe... Teh ais wajib ada,, dah try weyh nak tahan nafsu untuk beli air tu, kata orang time lunch, makan nasi berlauk je, air bawak sendiri, air mineral... Aku? Agak susah nak tahan diri ni.. hehe... Betul la kata orang, perempuan ni ada 9 nafsu, satu akal... Antaranya, bab makan ni, well... hehe...



Faktor duit aku melayang terbang jugak, adalah kerana sifat malas nak ambil peduli dengan harga-harga barang dan faktor diri aku sendiri yang mudah memberi, mcm kata-kata orang tu, jenis hulur duit tu, pejam mata je... Tak kisah dah... hehe... Contohnya, baru-baru ni aku banyak fotostat set nota kawan aku untuk sesi pembelajaran dlm klas.. Malangnya, duit aku semakin berkurang gara-gara aku malas nak minta duit fotostat kat kawan-kawan aku. Huhu ~ Kadang-kadang tu, aku malas nak fikir dan takes note bila ada yang dah bayar dan ada yang belum.. Dengan itu, aku dengan penuh konpidennya, " SEMUA AKU BAYAR... TAK PA.. TAK PA...." ( dalam hati aku, huh... sabar je la.. insyaAllah, banyak pahala ni...) Sekali, bila aku bukak dompet, alamak! Tinggal RM50.00... hehe,, senyum je la~

Kat parents tak mintak ka?? persoalan ni selalu gak bermain di fikiran aku.. Kalau dah poket kering ni, sesetengah tu mesti mintak kat parents punya.. tapi, yang ni pun salah satu masalah aku. Tak suka meminta, tapi suka menerima.. hehe... Selagi ibu aku tak bagi duit, mesti aku terus membatu je, walaupun anaknya ni makan Megi je tetiap hari.. Bila ibu tanya, " Adik, ada duit lagi?", aku takkan jawab tiada... Mesti jawab, "Ada lagi, dalam RM50...", padahal aku sendiri tak tahu berapa yang ada dalam dompet aku. Kadang-kadang tinggal RM3.. tapi, tak sampai hati nak mintak duit.. Memanglah orang cakap, tugas kita sebagai anak, study je.. Tapi, aku nak belajar berdikari, tak mau terlampau bergantung pada parents, melainkan parents yang nak bagi, atau beli apa-apa untuk aku. Kalau duit aku semakin kering, itu kerana cara aku berbelanja dan bagaimana aku kena uruskan perbelanjaan aku sendiri sebaik-baiknya.

Sekarang, bila beli barang-barang, aku belajar untuk mengasingkan antara kemahuan atau keperluan. Tapi, kalau ada duit lebih, aku beli jugak yang tak berkenaan. Berkenaan makan dan minum, aku ngan kawan-kawan yang lain lebih banyak masak sendiri dari makan luar buat masa sekarang. Masak benda yang simple tapi mengenyangkan. Of course nasik dan lauk-pauk yang sederhana, macam ikan goreng, telur atau sardin. Sebut pasal kawan-kawan, masing-masing tertanya-tanya bilala elaun MARA nak masuk. Nampak gaya, semua students tak sabar nak elaun masuk dalam masa terdekat ni, sebabnya tak larat dah nak menatap sardin ngan telur goreng.. wakaka~!!

And, kalau korang nak tahu, aku prnah gak terfikir nak cari kerja part time.. Bukannya pa, aku fikir, jadual kelas aku bukannya pack sangat pun, ada masa luang yang banyak... Jadi, aku boleh curi sikit masa tu untuk bekerja. Dapat income lebih, tak payah susahkan parents sgt. Tapi, bila fikirkan balik, kalaula parents aku dapat taw, abeh la aku.. Mesti marah punya.. Aku ni tak suka dimarah, dan sekali mak ayah dah meninggikan suara, aku rasa bersalah pulak... huhu~ so,, cara ni cancel....

Nampaknya, aku kena tunggu jugak duit MARA, sementara tu, aku kena lebih jimat spending money on things... Jalan yang mudah, adalah berpuasa... Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelang, aku nak mengisi bulan ni sebaiknya... insyaAllah, beramallah selagi punya waktu...

-THE END-

Friday, August 6, 2010

Yok Geng!! Kasi BerSih,, yeAh!! ^_^




The StoRy BegInS....



Dear awak, blink2!!

Uisy,, serius lama ni xmenulis kat blog ni... ReasonS yang kukuh,, BUSY~ hehe... Busy pe??
- Busy TiDo... Wee~
- Busy dengan Buku CampBell... EnTaH Bila khatamnya...
- Klas?? Tak Kot...
- Busy tambah berat BaDan,, makAn3!! ^_^

Batu HamPar, YaN, KedAh


Batu HamPaR, YaN, KedAh

Berbuat baik dengan alam semulajadi yang dah banyak berbakti pada kita... Satu kepuasan bagi aku! Yalah, tanpa oksigen, mana mungkin manusia dan hidupan lain boleh bernafas, tumbuh-tumbuhan menjalankan fotosintesis bagi menukarkan karbon dioksida dengan oksigen... Dengan tumbuh-tumbuhan juga, kita dapat sumber makanan... Pokok-pokok yang besar banyak gunanya... ish,, kalau nak sembang pasal kegunaan flora ni, sampai taun depan malam raya pun belum tentu abeh... hehehe....
Kami serumah join satu program pemuliharaan alam sekitar... dalam kata yang lain, aktiviti gotong royong.. Program ni under MD UKM... Katanya, program khidmat masyarakat ni wajib dijalankan oleh students MD UKM... Pengalaman baru bagi aku yang belum pernah join program khidmat masyarakat... So, I enjoyed myself there and really, its fascinating!!


Kami dibahagikan kepada beberapa group, student second year MD UKM yang lead... Kakak yang lead group aku tu orang Ipoh... Seronok group dengan dia... walaupun tak lama aku kenal dia.. Orangnya 'sweet' ramah, baik sangat... Just nice.. Ops!! Lupa nak gtaw lokasi kami gotong-royong,, adeii... hehe... kami buat kerja amal ni kat Batu Hampar, Yan, Kedah... Kawasan air terjun tapi, taklah tinggi sangat pun air terjunnya.. Macam biasa ja.. tapi, biasalah, suasananya nyaman, cool...


Sayangnya manusia tak pandai menjaga alam sekitar, khazanah yang perlu dipelihara ni... Boleh dikatakan berpuluh 'pampers' budak aku kutip kat situ... Pakai tangan plak tu, betul2 pegang punya... Ceit!! Jijik abis la... Benda lain yang aku jumpa :


~ Kulit durian
~ Pinggan dengan cawan plastik
~ botol sos, kicap, air...
~ Lipan ( Fuhh... Besar gila... )
~ tapi, yang banyaknya still 'pampers'... woot2!!

Nampaknya, kempen alam sekitar yang kerajaan heboh-hebohkan belum boleh menyedarkan rakyat Malaysia... Huhuhu.. Sedikit sebanyak terkesan pada diri aku sendiri... Sedih tengok alam sekitar yang tercemar...

Aku cadangkan pihak berkaitan sediakan lebih banyak tong sampah untuk kegunaan awam... Yalah, aku rasa faktor utamanya ialah tong sampah yang terhad.. Sepatutnya, setiap gazebo disediakan kemudahan ni... Tandas kat situ tak dapat bekalan air... Ini pun perlu diambil kira.. Ish, mcm wakil rakyat plak aku ni... hehe..
But, that's my suggestions, depends on them to decide...


Majlis penutup 'simple' dan tidak membosankan... Ada cabutan bertuah dengan majlis perasmian kawasan perkelahan kat Batu Hampar sebagai 'kawasan angkat' ACMS dan UKM. Kiranya, bila-bila masa students ACMS dan juga MD UKM boleh datang dan menjalankan aktiviti seumpamanya untuk kebaikan... I'm lucky on dat day! Dapat hadiah cabutan bertuah... hehe...
GrouP Pre MedIk!! SmiLe ~

Me and Fateen... SeInDah TamaN FirDausi.. lalala ~


PeaCe SEmua!! Kiut2 ~


LiPan HuTan... Hahaha...


HerE AgAIn.. PeNghuNi 1-27-E...


Nak TuRun Ke Air TerJuN...


TiGa DaRa PinGiTan.. Wauu!! MwAhaha


PoSe di JamBaTaN KaYU... ContRol Ayu.. MainTaiN..


GoTong RoYong Kat DeWAn...

DaYang AnD AwiN... Superb2!!

BerSaMalaH kiTa MemeLihaRA ALAm... hehe

Overall, it was a fresh new experience with good moral values ~ Juz SwEet!!