Wednesday, November 27, 2013

WOMEN SLAVES IN LONDON

Assalamualaikum semua...

Pukul 4 pagi, naik mereng dah kepala aku ni tak tido tido lagi, so aku amek kesempatan ni untuk hupdate.. tepu dah otak aku, tapi still aku rasa hari ni tak progresif sangat pon, sangat lembab okay, esok yoshh.. kena laju sikit..

okay, aku rasa semalam aku stay sampai dua pagi duk baca dan diskus dengan kawan aku pasal seorang perempuan ni. Haha.. bunyi macam kitorang bergosip entah apa apa kan.. tapi, tangan aku ketagih ja nak menaip kat sini, untuk aku ceritakan pada korang semua, kejadah apakah aku stay up semata mata pasal perempuan ni.. Sekarang ni, tengah bising dan panas kat Malaysia pasal kisah seorang wanita yang hilang 30 tahun lamanya, Siti Aishah yang dipercayai telah menjadi hamba kepada sebuah persatuan berhaluan kiri di London. So, kisahnya, Aishah ni yang sekarang baya baya aku ni dah panggil nenek kot, merupakan seorang student yang genius, bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah yang mendapat biasiswa Komanwel dan melanjutkan pelajaran di London dalam urusan juruukur binaan. Dia berangkat ke London dengan tunang dia. Then, sesampai kat sana, lepas je habis study, dia terlibat dengan sebuah ideologi berhaluan kiri iaitu parti komunis yang diketuai oleh Balakrishnan dan pasangannya Chanda. Kiranya, pertubuhan ni sangat kuatlah kat sana, dorang buat tayangan filem, edar risalah dan sebagainya. Aishah terlalu taksub dengan ideologi ni dan ceritakan benda ni dengan family dia. But, of courselah family dia tak terima. So, dia rasa yang family pinggirkan dia, dan rasa left out. Jadi, sejak hari tu, dia refuse untuk contact dengan family dia kat Malaysia, sampai sekarang tak tahu berita. Pernah je abang dia pergi cari kat London, tapi dia taknak jumpa time tu. Nak dijadikan cerita jugak, dia ambil keputusan untuk putus tunang, dan buang cincin tu ke dalam Sungai Thames. Dramatik gila...

Pastu, kiranya sampai sekaranglah tak jumpa. Sedih sangat sebab mak dia sayang gila kot kat Aishah ni, sampai masa mak dia meninggal pun, mak dia asyik sebut pasal Aishah. Nak dijadikan cerita, baru baru ni, polis kat London ni berjaya jumpa lokasi parti berhaluan kiri ni kat sebuah kawasan perumahan di London, kalau tengok dari luar, rumah biasa biasa saja dan kebanyakan penduduk kat situ Africans. Sampai sekarang ni, 37 orang pegawai polis berkawal di sekeliling tempat tu, tapi Balakrishnan dan wife dia dah pun ditahan. Bersama sama mereka, akhirnya ada 3 orang wanita berjaya di bebaskan daripada menjadi hamba selama 30 tahun yang dipercayai salah seorangnya adalah Siti Aishah, manakala dua lagi adalah perempuan Britain dan Irish. So, kakak dia dah berangkat pun ke London untuk buat pengecaman, bersama sama dengan Hishamudin, seorang aktivis bebas. Macam mana tetiba boleh tahu semua ni? Semuanya sebab seorang aktivis ni, iaitu Hishamudin yang memberitahu kemungkinan besar wanita yang dimaksudkan menjadi slave selama 30 tahun itu ialah Siti Aishah. Hishamudin penah disuruh ahli keluarga aishah untuk cari dia di London, sebab masa tu dia ada di sekitar tempat yang sama, malangnya dia gagal jumpa Aishah. Malah, mereka tinggal di daerah yang sama di Malaysia. Hishamudin juga merupakan anak murid kepada kakak Siti Aishah. Siti Aishah merupakan perempuan yang agak berpengaruh dalam ideologi ni.

Menurut polis, mereka bukan sahaja didera secara emosi, malah juga secara fizikal. Ya Allah, rasa penatnya nak hadapi semua tu selama 30 tahun, fikiran diasuh dengan cara yang entah macam mana. Polis cakap, tempat tu jumpa pun sebab salah seorang daripada mereka curi curi telefon Freedom Charity report pasal benda tu. Macam tu lah ceritanya pasal Aishah ni, sampai sekarang pun tak tahu lagi betul ke tak perempuan tu adalah Siti Aishah. Ini disebabkan sampai sekarang polis tak mahu mendedahkan identiti ketiga tiga mangsa, selagi kes ni belum selesai. Banyak benda yang polis kena kaji sebab lama kot benda ni berlaku, 30 tahun. Sekarang, baru semua terbongkar.

Okay done! Setakat tu je aku nak membebel, btw, ni adalah link kalau korang nak baca lebih lanjut, siap dengan video lagi...

http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/crime/10467140/South-London-slave-investigation-live.html

menarik sangat isu ni.. sejarah, and everything is about sejarah.. Aku memang minat sangat benda yang berbentuk misteri ni...
Jadi detektif mungkin? hehe..
Okay, jumpa next entry, Assalamualaikum...

Monday, November 25, 2013

UPDATE DRAMA

Assalamualaikum...

so aku nak straight to the point yang novel feveret aku, wedding breaker akan jadi drama in real! so, pelakonnya ada lah Nur Fathia, as I want! and the guy, Keith Foo as Tengku Adam Kamil.. aku tak berapa tengok sangat actor ni berlakon, but, let's give them a try! heeee..

Tapi, tajuk cita ni bukan The Wedding Breaker, instead, tajuknya adalah Ariana Rose.. heee.. Cant wait this January.. it will be on aired! ^^

sumber google image

sumber google image.. :)sweet fathia..



Tuesday, November 5, 2013

LEPAKING WITH HOUSEMATES! :)

Assalamualaikum..

Rasa gatal jari jemari nak menaip kat sini.. heeee.. Anyways.. sekarang aku tengah menonton runningman yang terbaru episod 170.. hehe.. tapi, aku pause sebentar untuk menaip kat sini.. Nak release kan minda kejap.. lepas ni baru setadi.. HIHI..

Okey, minggu lepas, seminggu aku cuti sebab aku pun tak tau kenapa.. nak bagi rest kejap kot untuk third year. Ada yang ambil peluang untuk berjimba jimba seperti aku ni. Hishh, patutnya study.. tapi, aku berjimba pulak. HEHE.. sekali sekala.. lagipun, kali ni aku keluar dengan housemates.. first time la kami lepak bersama.. sebelum ni takde pun.. sebab masing masing busy dengan kelas dan sebagainya.. kali ni, kami ambil masa ni untuk keluar berjimba.. Actually, tak pi mana pun.. takdanya nak pi vacation jauh jauh.. kami jenjalan cork city jehh..

Memula sampai city tu, pergi makan dulu.. kat EDEN restaurant.. tempat yang aku sangat suka noodle soup dia.. Thai style! :) tapi, masa aku pegi tu, perut dah kenyang.. so aku melantak tomyam biasa je.. hehe..

Tomyam biasa.. patutnya makan dengan nasik! kenyang.. 

air kosong letak lemon... nice..

belek menu... hehe..

C-ra and her dishes! :) tak ingat nama apa..



Selfie..! :) Dentist and doctor.. 

Then, lepas makan.. aku dan kekawan.. continue lah berjalan jalan kat town.. aku plan nak beli kasut sukan.. sebab hari tu, teringin satu kasut ni, takde saiz pulak.. So, aku singgahlah Maher Sport tu, beli kasut sukan baru.. hehe.. aku pilih yang paling murah sekali.. sebab aku pakai untuk ke kelas.. takpun gym je ponn.. hahaha :)

Lepas tu, barulah kami pegi men bowling.. aku tak habis habis addicted dengan game bowling ni.. tangan aku yang main haritu pun sakit tak habis lagi.. haha.. ni nak main jugak.. tapi, aku enjoy je setiap kali main.. walaupun perit menahan sakit... tangan aku dah macam bengkak je.. lol.. 

Malam tu, kami makan pulak kat Ginos... Basically, tempat ni jual aiskrim dengan pizza.. tapi, kitorang lapo sangat, so masing masing decide nak makan pasta.. tapi, sangatlah tak sedap, aku rasa aku buat sedap lagi.. :P haha.. apapun, eskrem memang terbaik, tamak punya pasal.. aku order banana split jugak.. hahahahaha.. abeh duit aku.. 


Tasha and C-ra.. :)

makan eskremmmm... blueberry + chocolate chips vanilla

bahagiaaaaaaa

terbbaiiikkkkk... !

with Amal Hayati

wani and tasha...

** My Lucky Star **
By : Danielle M. McQuaid

The day she is not with me
is the day that I die
following her always,
with no frown or no sigh.

My life would not be complete
without my very best friend
I know she'll always be here,
until the very end.

I thank her for life
and all the joys so far
praying to God always,
on a lucky star.

I love you so, so much
you are my everything
thanks for being you,
and taking me under your wing.

Raindrops on roses
and a few of my favorite things
her face would always glisten,
each time she would sing....