REVIEW TELEMOVIE : BIDADARI SYURGA

Assalamualaikum semua.. :)

Sapa kat sini tengok cerita ni? Angkat hidung pleaseee... HAHA.. aku! aku! aku tengok cerita ni. Tak adalah best sangat, biasa biasa sahaja, konflik tak banyak sangat. Sinopsis dia begini, bidadari syurga yang dimaksudkan lakonan Tasha Shila, merupakan seorang muslimah yang alim, solehah dan seorang perempuan yang pakai niqab. Memang solehah habislah, sampai Yaakob lakonan Fahrin Ahmad tegur pun, tak dibalasnya. Orang lelaki, biasalah kan. Yang tertutup yang nampak cantik tu lah dorang nak.. Yaakob ni berkenan la kat Ainul Mardhiah ni, tapi, nak dijadikan cerita yang memang cliche pun, Yaakob ni orang susah. Dia kerja bersihkan laman Tuan Sheikh yang merupakan ayah kepada Ainul Mardhiah. Dia jugak tolong bagi makan lembu-lembu Tuan Sheikh ni.

Suatu hari, Tuan Sheikh ni pun berkenanlah dengan Yaakob ni dan berniat untuk mengambil beliau sebagai menantu. Nak dijadikan cerita lagi, anak dia telah berjaya mencuit hati seorang Tuan Sheikh ni yang dah pun berbini tiga. Dia nak jadikan Ainul sebagai isterinya yang keempat dengan alasan mahukan seorang anak lelaki. Kalau gamaknya aku jadi ayah, aku pun takmau la bagi anak aku kat lelaki camni. HAHA.. So, dipendekkan cerita dia pun nikah la dengan Yaakob. Tapi, Yaakob telah pun diberitahu oleh Tuan Sheikh bahawa anak beliau bisu dan pekak. Ainul telah berpura-pura menjadi bisu dan pekak sepanjang perkahwinan mereka, sampailah ada satu insiden yang menyebabkan Ainul tercakap. Apalagi, mengamuk la Yaakob. Bagaimana akhir cerita ni? Dapatkah perkahwinan mereka diselamatkan? Jeng jeng jeng. Tengoklah sendiri yeh.. :)

Happy watching! ******

kan ayu kalau Tasha Shila betul betul cenggini? HEHE...
*Google*

*Google*

*Google*

No comments: