Assalamulaikum semua...
Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi dengan anda semua, rakan-rakan bloggers mahupun stalkers yang lalu sebentar di blog saya ini, mengenai sedikit perkongsian ataupun teladan yang saya peroleh di mana-mana sahaja saya berada...
Semalam, ada satu perjumpaan dengan OHANA saya.. Jadi, di samping kami makan-makan, dan berkongsi tentang rutin harian yang dilakukan, kak Atiqah telah berkongsi sesuatu yang beliau peroleh melalui buku motivasi yang dibacanya, bertajuk Apa Ertinya Menganut Agama Islam?. Buku ini telah ditulis oleh Fathir Yakan, seorang alim ulama yang hebat dan terkenal pada masa dulu... Kupasan dalam buku ini sangatlah menarik kerana kita mudah memahami isi yang cuba disampaikan dan juga ringkas tapi padat...
Semalam, Alhamdulillah, kami selesai mengupas tajuk yang pertama.. Mengenai akidah...
Dalam buku ini, terdapat beberapa isi penting yang dapat kita hayati dan amalkan untuk memantapkan akidah kita walau di mana pun kita berada... Seperti yang kita sedia maklum, akidah merupakan tunjang kepada pegangan kita dan cara hidup yang kita amalkan. Selagi kita yakin dengan Allah dan berpegang padaNya, insyaAllah.. Hidup kita akan terus diberkati dan dipermudahkan... InsyaAllah, sama samalah berpesan pesan ke arah kebaikan... :)
1. Saya mesti mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan.
InsyaAllah... kita kena yakin bahawa Allah telah menciptakan kita sebagai sebaik baik makhluk untuk menjadi khalifah di atas muka bumi, serta mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar.. Pesanan kepada diri sendiri dan juga semua, dunia bukanlah pengakhiran kepada kehidupan.. Tetapi, jadikan kehidupan di dunia ini sebagai paltform untuk berjaya juga di akhirat, kelak... :)
2. Saya mesti meyakini dan mengimani bahawa Allah mengutus para Rasul dan menurunkan kitab untuk mengajar manusia.
Kita sedia maklum bahawa Allah telah menurunkan 25 Rasul mengikut keadaan masyarakat dan waktu ketika itu. Bagaimana Allah menceritakan kisah kisah Rasul yang terdahulu di dalam Al Quran, dan menyuruh kita menjadikan kisah kisah terdahulu sebagai iktibar dan pedoman buat kita, khususnya sebagai umat yang terakhir. Kita mempunyai garis panduan tersebut, cuma kita perlu membuat pilihan, itu semua terpulang kepada diri kita sendiri...
3. Saya mestilah meyakini dan mengimani matlamat hidup manusia dalam kehidupan di dunia adalah untuk mengenal Allah.
Maksudnya di sini, apa pun perkara yang kita lakukan, sama ada kita tidur, belajar, mahupun bersukan, haruslah kita berniat melakukan perkara tersebut kerana Allah.. Bagaimana? InsyaAllah.. pada sesi yang lain, kita akan mengupas kembali perkara ini... :)
4. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga dan neraka adalah balasan mutlak.
Perkara ini tak perlu dibahaskan kerana setiap orang yakin bahawa akan ada suatu masa nanti, kita akan dibangkitkan semula di padang Mahsyar untuk pengadilan. Syurga dan Neraka adalah destinasi hidup yang hakiki, manusia tidak dapat lari daripadanya.
5. Saya mestilah mengimani dan meyakini manusia dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui usaha, ikhtiar.
Manusia telah dikurniakan dengan akal yang bijaksana, yang dapat membezakan perkara yang benar dan salah. Sekali, lagi, hidup ini adalah pilihan. Sama ada kita berubah ke arah kebaikan, atau kita terus berada dalam kebatilan. Kalau kita mengikuti surah As-Syam, ada ayat Allah yang menyebut, Allah mengilhamkan kefasikan dan ketakwaan, beruntung bagi orang yang mensucikannya, dan rugilah bagi orang orang yang mengotorinya... Fikir-fikirkanlah... :)
6. Pengsyariatan undang-undang hak mutlak Allah
Kita mestilah meyakini dan mengikut segala undang undang yang telah ditetapkan adalah kepunyaan Allah... Manusia hanya mampu merancang, tetapi Dia yang menentukan... :)
Okeh... Nanti kita buat perkongsian lain.. Ada banyak sebenarnya, tetapi tangan tak dah penat menaip semua kupasan yang menarik tu... HEHE... InsyaAllah.. Jumpa lagi di sesi yang lain.. Assalamulaikum... :)