Wednesday, April 8, 2015

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 3)

Puan Saliha tersenyum kembali. Anak mata Datuk Kamsan dipandang lama. “You kena yakin dengan I.. I promise everything will be end soon. I pun tak sabar nak hidup dengan you”, balas Puan Saliha. Dia menghirup Vanilla Latte yang dipesan sebentar tadi.

Datuk Kamsan hanya tersenyum bahagia. Agak lama mereka berada di kafe itu. Setelah satu, satu lagi topik dibuka. Puan Saliha beria-ia menceritakan kepada Datuk Kamsan tempat berbulan madu mereka kelak. Perbualan mereka berakhir apabila Puan Saliha menerima panggilan telefon.

“Ibu, ibu balik… tak malam ni?”, satu suara yang amat dibenci Puan Saliha kedengaran di telefon.
“Eh, aku nak balik ke tak suka hati aku… Kau tak payah sibuk. Bye!”, terus Puan Saliha meletakkan telefon. Dihempasnya telefon itu di atas meja. Kembali menghirup sisa sisa Vanilla Latte yang tertinggal.

“You ni.. kenapalah benci sangat dengan budak tu? Apalah salah dia dengan you? Take it easy ok?”, Datuk Kamsan bersuara, menghembuskan asap rokok.
Puan Saliha menjeling tajam, jari telunjuknya diletakkan di bibirnya yang merah menyala. “Shh.. diam ok? You tak tahu apa apa..”.

Di rumah…

“Ibu ok ke x ni? Aku tidur dulu lah… “, monolog Burhan. Usai membaca doa tidur, Burhan membiarkan matanya yang kian berat tertutup rapat setelah berhadapan dengan hari yang agak meletihkan. Petang tadi, dia menolong neneknya membuat kerja rumah setelah ke kedai.

Burhan tersenyum lama…
“Ayah! Ayah buat apa kat sini?”

Susuk tubuh itu amat dikenali. Berpakaian kemeja putih, di hadapan kereta Inspira putih. Seketika, tubuh itu berpaling menghadap Burhan. Tangannya melambai lambai ke arah Burhan.
“Burhan, nak jumpa ayah tak? Sini”

“Nak ayah. Ayah, Burhan rindu ayah…”, dipeluk kemas susuk tubuh itu. Air mata menitis. Ayahnya membelai rambutnya. Tapi… tapi… Burhan perasan, tubuhnya lain. Dia sudah dewasa. Ayahnya sudah beruban. Raut muka ayahnya sayu, kedut muka jelas terpapar.

“Burhan, kalau Burhan dah berjaya, Burhan jangan lupa diri. Walaupun Burhan tidak seperti orang lain, ayah percaya Burhan boleh membuktikan Burhan layak mendapat kejayaan yang sama seperti orang lain. Burhan janji dengan ayah, jaga ibu kakak dan abang, boleh?”, suara ayahnya sama.

Burhan tersedu. Raut wajah ayahnya dibelai belai. Hanya anggukan sebagai jawapan kepada ayahnya. Dia kelu tidak mampu berkata-kata. “Ayah, tak boleh kah ayah kembali?”, Burhan masih tersedu, anehnya dia tidak gagap, langsung tidak.

Ayahnya hanya menggeleng, tersenyum. Tiba-tiba, wajah ayahnya kian pudar. Tubuh ayahnya hilang. Burhan memanggil manggil ayahnya beberapa kali.

“Ayah!!!!”, Burhan terbangun dari tidur. Dia beristighfar beberapa kali. Dipandangnya jam di dinding. Pukul 2 pagi. 

Burhan bangun, dia mahu memastikan ibunya sudah pulang. Lampu di ruang tamu terbuka. Dia tersenyum, mengetahui bahawa ibunya sudah pulang. Puan Saliha terbaring di sofa, tertidur keletihan. Dipandang lama wajah ibunya, berbaur perasaan, sayang, sedih dan terkilan. Mengapa dia amat dibenci oleh ibunya sendiri? Mungkinkah ada sebab di sebalik kebencian yang menebal terhadapnya?

Dia tersedar dari lamunan apabila terlihat ibunya berubah posisi tidur. Dia agak ibunya tidak selesa. Segera diambilnya selimut dan bantal. Dia agak cuai dan tergelincir ketika mahu menyelimutkan ibunya. Akhirnya dia terjelopok jatuh ke atas ibunya.

“Aduhhh! Hoi! Apa kau buat ni? Bodoh lah kau ni!”, menyinga Puan Saliha, apabila tidurnya terganggu.

“Maaf ibu, maaf… ma.. maaf… Burhan nak.. nak selimutkan ibu….”, Burhan melutut di hadapan ibunya, terketar ketar menggenggam kedua dua tangan memohon maaf.

“Eee..!! Kalau dah bodoh tu, tak pandai pandai jugak!Buat orang sakit hati”, marah Puan Saliha, tangannya mencubit cubit Burhan, mengetap bibir. Ditarik rambut Burhan lalu tapak tangannya menampar pipi Burhan. Burhan menangis memohon maaf. Dibiar tangan Puan Saliha hinggap di tubuhnya. Puan Saliha menarik nafas dalam, puas setelah memukul anaknya. Dia berlalu ke bilik, memijak badan Burhan yang terbaring menangis.

Penderitaan Burhan tidak pernah terhenti… Selama hidupnya, tiada satu hari pun yang aman.

Sekolah Menengah Dato’Onn..

Loceng berbunyi buat kali kedua. Waktu rehat untuk semua kelas. Burhan menghela nafas. Ditutup buku latihan matematik tambahan. Dikesat hingusnya yang mengalir. Burhan meletakkan kepalanya di atas meja, matanya cuba ditutup rapat. Dia mendengar bunyi tapak kaki perlahan-lahan menapak ke arahnya. Dia makin menutup matanya rapat. Malas untuk melayan karenah orang sekeliling. Dia penat dengan segala pertanyaan. Dari pagi, apabila melihat mukanya bengkak bengkak kerana menangis dan tidak cukup tidur, rakan-rakan mahupun guru asyik bertanyakan soalan. Dia muak memberi jawapan. Mujur dia tidak berjumpa dengan Lokman dan kawan-kawannya yang lain, kalau tidak, lagi teruk bengkak mukanya, sama ada ditumbuk, ditampar atau disepak sesuka hati.

“Eh, saya tanya boleh? Ni kelas 5 Lambda, betul?”, satu suara yang asing menujah telinga Burhan.
Burhan mengamati suara itu. Bukan suara Hisyam, bukan juga suara Lokman. Dia tidak pernah mendengar suara itu. Dipaksa matanya untuk buka, kepingin tahu.

Dia melihat seraut wajah yang pertama kali dilihatnya. Matanya digosok beberapa kali. “Eh, sia.. siapa ni..? Saya min.. minta maaf.. sa… saya ingat.. ka…kawan kelas tadi. Oh, ya ya.. ni kelas 5 lambda. Awak.. awak siapa?”, ujar Burhan, mendongak melihat pelajar lelaki di hadapannya. Pelajar lelaki itu kemas. Rambutnya tersikat rapi, baju kemas, lengan panjang disinting rapi, dikira kira ada aura menjadi popular dalam kalangan pelajar perempuan.

Pelajar lelaki itu tersengih lalu menarik kerusi ke hadapan meja Burhan, lalu duduk. “saya pelajar baru. Baru sahaja sampai hari ni. By the way, saya bukan kelas ni, saya kelas sebelah, 5 Sigma. Saja saya lalu sini tadi, tak nampak signboard kelas, saya konfius, saja nak tahu kelas apa ni.. kebetulan saya tengok kau ada. Nama saya Farish. Ada H kat hujung. Bukan Faris”, ramah Farish memperkenalkan diri, di suakan tangan ke arah Burhan. Burhan terpinga pinga. Inilah kali pertama seseorang melayannya sebegitu. Dikesat hingusnya lagi. Farish menjeling kegelian. 

“Eh tak payah salam lah, nah tisu”, Farish mengeluarkan tisu dari poket kemejanya, dia baru lepas makan di kantin. “terim…Terima kas..kasih..Min..ta maaf.. saya tak… senga.. ja..”, kekok Burhan bersuara.

“rileks ok? Kau nampak takut sangat ni. Saya makan nasi je, tak makan orang. Cool bro…”, ditepuk belakang Burhan beberapa kali. Burhan hanya tersengih, malu. “Oh, Burhan.. Nama kau Burhan? Cool! Oklah sori saya kacau. Kau tidur ke tadi?”, tanya Farish, sambil melipat kembali lengan panjang baju kemejanya supaya kemas. Mereka berbual lama sehingga tamat waktu rehat.

Burhan lega. Akhirnya, ada seseorang sebagai kawan yang mahu menerima dirinya seadanya.


Bersambung....