JAULAH : ITALY (PART 1)

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Jam menunjukkan pukul 6.36 di Cork! HEHE..

Kepada sesiapa yang masih lagi tak tahu penulis berada di mana.. Cewah.. Penulis.. Penulis berada di Ireland, sedang menelaah dalam bidang perubatan tahun pertama di University College Cork.. Alhamdulillah setelah 11 bulan penantian sewaktu berada di Malaysia, pelbagai dugaan, onak liku telah pun ditempuhi bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain, kami diberi kesempatan untuk berpijak di bumi Eropah ini bagi meneruskan pengajian.... Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernyawa di muka bumi ini bagi meneruskan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar disusuli pelbagai tanggungjawab... Umur penulis pun semakin menganjak... Hilang sudah angka 1 pada umur.. Menjangkau usia 20 tahun ini, terasa diri cukup dewasa untuk menilai sesuatu dan berfikir dengan lebih matang dan terbuka.. InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan... Amin... :)

Sekarang musim winter ye sedara sedari... Walaupun takde snow kat sini, namun masih jelas terasa kesejukan yang menggigit tubuh... Awal awal winter hari tu, saya dan beberapa rakan yang lain mengadakan ekspedisi ke Italy!! Wahh.. Italy? Mesti best kan? mesti lah kan? kan? HEHE... kalau ditanya kepada penulis.. banyak coretan kenangan yang nak diluahkan... rasa seronok, sedih, takut... semua bercampur baur... Bermulanya perjalanan kami dari Cork ke Rom, hati masing-masing seronok, bersemangat dan memikirkan macam-macam benda yang bakal dilalui di Italy nanti.. Bagi penulis sendiri, penulis mahu melihat negara orang.. Sama tak macam kat Ireland? Pisa? Apa tu? Harap-harap semua selamat pergi dan balik.. Itulah yang penulis harapkan dan fikirkan... Dua minggu sebelum tu, kawan-kawan penulis yang lain semua dan google macam macam pasal Italy... Penulis tak buat apa apa... Hanya menunggu hari untuk ke sana tanpa apa apa expectations.. Hanya mahu melihat dunia luar...

Hari Pertama - ROM

Sampai di Rom waktu tu pagi lagi, turun dari flight Aer Lingus, sejuk sangat! Waa.. tak tahu dah nak cakap... Kakak kakak yang ikut serta, sampai sampai dah sibuk kena cari tiket bas untuk ke hostel... Dan sejak itulah saya sedari, stamina amat diperlukan sepanjang lima hari ni... Bermulalah perjalanan yang agak challenging.. Cewah! Mana taknya, kami perlu mengejar masa untuk sampai ke tempat tempat yang dah dirancang.. Rom, Pisa dan Venice... Ku ingatkan dekat dekat, rupanya jauh sangat antara satu sama lain.. Betul lah.. penulis memang tak google langsung pasal Italy... Setibanya kami di Leonardo Da Vinci Airport, kami dihujani rasa ketakutan dan janggal apabila orang-orang di situ seperti tidak pernah jumpa manusia seperti kami berdua belas.... Sekali lagi, buat penulis terfikir... Apalah yang menyebabkan pandangan Italian terhadap kami sehingga sebegitu sekali? Syazwani, sahabat saya juga memikirkan perkara yang sama... Kami berbincang lalu datang kepada suatu kesimpulan... "Ah.. mungkin diorang ni tak pernah tengok orang-orang pakai tudung macam kita... Kalau ya pun, cool lah.. aduh.. rasa takut pulak diperhatikan..."

FIRST THING TO BE LEARN! :)
"Islam itu datang secara berdagang, dan akan kembali semula dengan cara berdagang"
Apabila kita diperhatikan dan dianggap pelik oleh orang sekeliling, begitulah bagaimana Islam dirasakan asing pada mulanya... Namun, Islam adalah agama yang syumul, meliputi cara hidup yang sebenar... Menuju ke arah keredhaanNya.. Biarlah apapun tanggapan orang sekeliling, asalkan kita berpegang teguh dengan agama kita... Bangga menjadi Muslim, kerana kita unik, kan? Kalau mereka semua tidak bertudung, kita bertudung... Lebih manis, kan? :)

Sepanjang berada di Rom, kami banyak melihat keunikan bangunan-bangunan di situ, dan dapat menilai sikap penduduk Italy...Banyak patung patung di setiap jalan.. Dan kebanyakannya.. ewww.. seksi... yang ni, memang dah expect awal awal lagi... Italy memang terkenal dengan pelbagai patung yang stidak berbaju... -.-" haish... bangga sangat dengan aset masing masing, baik lelaki mahupun perempuan... Bangunan-bangunan di situ kebanyakannya gereja! Yep.. gereja... Kadang-kadang terbayang, kalaulah semua gereja ni digantikan dengan masjid... Hurm.. How great will it be? senang sikit nak solat time jalan jalan kat Italy... Makanan? Hari pertama di Rom, alhamdulillah.. tak susah cari makanan, banyak makanan halal terjual di sekitar Roma Termini... Hari pertama dah makan kebab... Sedap sangat dan kepedasan yang teramat! Nyesal letak sos cili banyak! T.T

Aiskrim kat situ pun sedap sangat.. Kebanyakan aiskrim mereka homemade tau... Nama pelik pelik, nak pilih pun tak tahu yang mana satu.. Sesetengah kedai letak jugak translation Bahasa Inggeris.. Yang tak letak tu, kenalah tanya satu satu ye... :) Tempat dekat Rom yang menarik adalah Collaseoum, waterfront kat situ, tapi tak ingat nama, sorry! :) Kami tak masuk pun Collaseoum, sebabnya sangat mahal dan tidak berpatutan dengan budget yang dibawa.. HEHE... Perjalanan kami mengelilingi Rom berhenti sekitar pukul 6 lebih.. masing-masing kepenatan dan mahu balik tidur dengan cepat.. On the way balik hostel, kami terserempak dengan kakak dan abang dari Galway, a married couple I think! Rasa happy sangat... Dapat jumpa orang Malaysia di Italy, study kat Ireland jugak... Penulis tak banyak borak pun, sebab penat... senyum senyum je.. HEHE.. Balik je hostel, semua terus rebah kepenatan... Esok, dah kena target untuk bangun awal... That's only the beginning.. PISA! WAIT FOR US!

Hari kedua - PISA

Masa sungguh pantas berlalu.. Tidur yang nyenyak terganggu dengan panggilan kakak-kakak... "Bangun! Kita dah lambat!" Bersiap dengan pantas, namun masa lebih hambat mengejar... Boleh bayangkan tak? Kami berlari ke Roma Termini dari hostel... penat tak terkata... Asyik asyik tengok jam.. Perghh! Lagi sepuluh minit   tren akan bergerak... Kami masih lagi berlari dan berlari... dengan beg segala.. Aduhh.. Penat sangat! Beberapa rakan-rakan dah selamat sampai ke tren yang sepatutnya, dan malang sekali, tren yang patut kami naiki berada di lokasi yang paling jauh... menambahkan kelajuan berlari... Pedulikan apa orang sekeliling fikir tentang kami... Saya berlari sambil tergelak gelak sorang sorang... Rasa macam baru bangun tido.. HEHE... Yang lain semua dah panik..... Bila berlari tu, tetiba teringat beberapa kawan yang lain yang belum sampai.. Terhenti saya di tengah perjalanan... Tak boleh jadi ni! Takkan nak tinggal mereka yang kat belakang... Tak boleh! kak Atiqah dan saya berpatah balik ke arah hostel, nak pastikan mereka tidak sesat... Sewaktu tu saya tahu harapan dah makin tipis untuk kami mengejar tren... Saya dan kak atiq membiarkan dulu kawan-kawan yang sudah pun naik tren... Fikiran saya berserabut.. Ahhh! Tak apalah, asalkan kawan -kawan saya yang ketinggalan di belakang selamat... itu sahaja yang saya fikir...

Akhirnya, ketinggalan lah kami berenam di belakang... Setibanya di terminal yang sepatutnya, jalan keretapi dipandang sepi dengan hampa dan lucu.. Saya sengih je sorang sorang... Dah agak pun kami akan tertinggal tren... :) Kepala semua dah buntu waktu tu... Otak saya dah tak berfungsi... Oh, betapa berharganya pengalaman! Termengah mengah tiba di terminal dengan harapan dapat mengejar tren... Boleh pulak saya berlari sekencang ni... Memang terbaik! :) Peluh tak terasa menitik sikit pun, sebab sejuk lebih menguasai.. Sejuk sangat... Ditambah pula dengan rasa lapar... Perut berkeroncong minta diisi sesuatu.. Namun, tuntutan yang wajib lebih didahulukan.. solat Subuh... Dalam waktu kekalutan, hanya Allah tempat kita memohon perlindungan kan? kami berenam solat di situ juga... Dengan harapan, semua urusan dipermudahkan.. Kami yakin, Allah akan membantu... Kakak-kakak banyak bertanya kepada orang-orang disitu, amat susah untuk difahami apa yang diterangkan... Mereka lebih selesa menggunakan bahasa ibunda.. Macam-macam 'signs' yang kami tunjuk untuk buat mereka faham...

Maka, ketahuilah bahawa kami perlu menunggu lagi lima jam kalau tak silap, untuk menunggu tren seterusnya.... Untuk  ke Pisa, ada tren satu lagi yang memang pantas dan akan bertolak pada waktu yang terdekat, cuma... kosnya sangatlah tidak berpatutan! Kami mengeluh bersama melihat harga tiket... Batalkan saja niat... Baik tunggu untuk lima jam lagi... Lima jam berada di termini! Bosan sangat... Ditambah dengan kesejukan yang amat.. Tak tahu nak ke mana... Rasa macam semua tempat dah explore.. Setiap sudut termini.. HEHE...Akhirnya, kami plan untuk bersarapan di suatu restoran dengan harapan dapat berlindung dari kesejukan di luar... Makanan sudah pun dibeli sejak semalam, kami mengambil port yang agak lengang, boleh dikatakan hanya kami yang berada di sudut tu.. Tak lama lepas tu, kami keluar dari restoran sebelum sempat menghabiskan makanan. Kami menyedari beberapa pekerja sudah memandang dengan rasa tidak selesa apabila kami makan makanan luar dalam kawasan restoran... Huh, hati saya bengkak betul..Apa salahnya tumpang makan sebentar.. Lagipun, kami beli juga makanan di situ... Namun, masing-masing beringat kami di negara orang... Sebelum dihalau, lebih baik kami berundur...

Saya decide untuk ke tandas bersama kawan sorang lagi.. Ah! Tambah pelik.. Nak cari toilet tak jumpa jumpa... Sampai ke tempat yang bukan bukan, tetiba naik lif sampai ke restoran... HEHE... Nasib baik ada sorang lelaki yang baik hati ni tolong tunjukkan jalan untuk ke toilet... Lega rasa ada jugak orang yang berbudi bahasa kat sini..Keluar dari lif, saya berjalan terus mencari toilet meninggalkan kawan saya di belakang... Yes! Dah jumpa toilet! Tiba-tiba saya dengar kawan saya memanggil...
"Iylni! Iylni! Toilet kat sini lah... "
OH, SANGAT MALU! Saya berada di toilet lelaki... Perghh! HEHE..
Tersengih sengih jalan ke arah kawan saya sambil garu-garu kepala... " Mana aku tau doe! Weh.. malu...!" HAHA... rupanya pakcik yang tunjukkan jalan ke toilet pun ada kat situ.. gelak gelak je tengok saya..

Sangatlah tidak selesa bila diperhatikan, masuk toilet... jadi tumpuan semua orang dalam toilet... Ish, rimas betul.. masuk toilet pun kena bayar 1 euro! mahal kot.. bukannya nak tido pun dalam toilet.. geram betul.. siap ada pintu automatik lagi bhaii... kena letak 1 euro baru pintu tu terbukak... pelik dan pelik... nasib baik bawak duit.. tergelak gelak kami fikir... kalaula ada orang yang memang tak tahan sangat nak membuang air kan... entah entah belum sempat nak masukkan syiling lagi, dah terbuang dulu... HEHE... Macam-macam..

Memang menyakitkan hati betul sikap orang-orang kat sini.. Itulah pada mulanya saya berfikir.. sebab apa? Hurmm.. macam biasalah.. Dah masuk toilet kat negara Eropah ni... Mana ada paip air dalam toilet.. diorang pakai tisu je.. saya pun mintaklah botol air kat kawan saya, dan isikan dengan air paip kat sinki sebelum masuk tandas.. on the way nak masuk tandas, rupanya dah lama seorang makcik ni perhatikan saya, tetiba rasa dipanggil seseorang, " Hey! No bottle please..." tu je dia ckp.. rude kan? dah la hey hey kat orang... terkejut gak saya... plus takut... Dia suruh buang botol tu masa tu jugak... GERAM! Terus saya hempaskan dengan kuat botol tu ke dalam tong sampah sambil senyum senyum cakap sorry... *sengaja*...

Lepas kami keluar tu, saya dan kawan menyedari makcik tu sedang marah-marah dalam bahasa Italy... Mungkin dia marah pada seorang pengunjung toilet kat sini yang dah basahkan lantai toilet dengan air... Lantak kau la... Geram gila.... Itu je yang saya fikir waktu tu... Namun, dalam perjalanan pulang semula ke tempat duduk kami, saya terfikir... "Hurm... mungkin dia dah penat bekerja membersihkan toilet tu sejak beberapa lama... mestilah dia marah bila ada orang yang basahkan lantai... Hmm.. kalaulah saya di tempatnya? Boleh ke kita tahan dan bersabar? Belum tentu, kan? Cuba nilai balik diri sendiri... "

Setelah makan dan minum, akhirnya sudah tiba masa untuk bertolak.....

Sepanjang perjalanan menaiki tren, saya lebih banyak tidur dan membaca buku yang dibawa... nak dengar lagu, battery hp dah low..... sepanjang empat jam berada di dalam tren, kami mengambil masa untuk bersolat... alhamdulillah.. berjaulah tidak pernah menghalang kita daripada menunaikan kewajipan... solat apatah lagi... Islam telah menggariskan cara yang mudah bagi mereka yang berada dalam perjalanan.. Sungguh! Islam agama yang mudah, mengapa perlu disusahkan? :)

Setibanya di Pisa...

Saya dan rakan-rakan berasa sangat bersyukur kerana telah tiba dengan selamat di Pisa.. Namun, apa yang kami cari masih belum ditemui... Bangunan Pisa! Mana dia? Mana dia? Saya agak hampa pada mulanya, dan terfikir.. Rom jauh lebih cantik... Tak tahu kat mana nak capture gambar-gambar yang menarik.. Nampak macam pekan biasa... Akhirnya, kami decide untuk menaiki bas ke bangunan Pisa tersebut... Ayuh atlet Cork! Bersedia! Macam rusa masuk kampung, tak tahu nak ke mana.. Kami berlari ke sana sini cari bas.. Oh, lupa nak bagitahu...Setibanya di Pisa, beg tarik yang kami bawa disimpan dahulu di tempat yang selamat sebelum memulakan perjalanan... Jadi, tak adalah kami berlari dengan beg yang banyak.. :)

Sejurus, kami terlihat sebuah bas berhenti... Kami berlari ke arah bas tersebut, tanpa berfikir panjang... Agak mengejutkan, belum sempat saya dan seorang lagi kawan naik bas tersebut, pintu bas telah tertutup.. PAPP! Saya hampir mahu meraung ketika itu... Ternganga luas mulut... Jerit suruh bukak.... Sedangkan kawan-kawan yang lain sudahpun berada dalam bas...



















Apa kesudahannya? Nantikan entri berikutnya... *lenguh tangan menaip...*
Gambar gambar kat atas ni semua jumble up antara Pisa dan Venice. HEHE... anyway, enjoy :)
Assalamualaikum... :)

No comments: