Saturday, March 30, 2013

Post exam!

Bismillah.... yey! Bermula lah cuti spring break aku yang amat amat... amat apa ha? haha.. apa apa lah.. tapi yang pasti semalam.. bila aku belek belek balik nota aku.. perghh! there are a lot to revise for the upcoming final.. humm.. iylni.. dont be too happy! there is a battle in front of you... chill.. balik malaysia.. baru enjoy... hehe..

So, hari ni aku plan nak buat essay public health dlu.. and start ringan ringan baca nota.. sebab aku tak join mana mana spring camp.. agak bosan dan membazir masa kalau tak buat apa apa.. humm.. should plan from now.. supaya tak serabut exam nanti.. layan running man and layan we got married.. and layan masterchef korea.. semua variety shows aku tengok.. sampai letih biji mata aku mengadap notebook.. haha..

But then, habis exam OSCE tu, my 'someone' ajak tengok livestreaming ustaz azhar idrus.... alhamdulillah.. ada jugak pengisian untuk aku yang dah lama tak dengar apa apa ni... but sad and suprisingly, ustaz cakap tak boleh ada bears sebagai hiasan.. waaa.. aku banyak bears kot.. how maa.. perempuan... memang la.. tambah tambah ada bear yang orang tersayang bagi.. ustaz cakap tak apa kalau simpan.. tapi jangan pamerkan atas katil.. nak main dengan budak budak yang belum baligh boleh.. tapi kalau yang dah besar... tak boleh main dah.. kena simpan.. ottoke.. T.T

Tunggu my juniors la macam ni.. baru boleh main.. heeee... lepas masak sambil tengok ustaz live dari terengganu aku naik atas.. karaoke.. haha... yeahh.. nyanyian adalah hobi aku yang utama.. kalau stress, bagi aku menyanyi adalah terapi yang sangat memuaskan.. tambah tambah lagu high pitch macam azimat cinta, atas nama cinta, terlalu cinta... (jiwang? i know..) aku prefer dengar lagu lagu melayu dan korea more than english... lagu english terbaru aku tak berapa tahu sangat.. kalau terpengaruh pun itu sebab kawan, family, radio... i like most upbeat songs.. kalau tangkap leleh untuk menyanyi.. aku suka la.. untuk dengar masa study.. lagu upbeat lebih berkesan untuk buat aku fokus..

Ok! dah melalut.. aku nak cerita yang semalam aku dan kawan yang lain sambut birthday party untuk kawan aku yang sorang ni.. hehe.. awesome and kagum dengan masakan dorang yang simple but nice.. for me, the thoughts that count.. walaupun tak lah beramai ramai sambut.. tapi, we enjoy all the food and the party for izyan.. hehe.. may Allah bless you yan.. semoga dipanjangkan umur murah rezeki.. actually, birthday dia hari first kami exam pharmacology.. surprise lambat sikit.. Sambut after exam.. i didnt plan this.. i attend as a guest only.. teruk betul iylni.. aishh..

Hari ni akhir fear factor.. wahh.. cant wait to see who are the winners! minggu lepas punya episod aku tengok masa tension study menghafal bacteria smua.. what make me euww.. bila aaron aziz sebagai hos, bahasakan diri dia abang dengan elfira loy.. haha.. kelaka.. jauh beza umur, should be uncle.. tapi, bahasakan diri dia abang.. "el, pandang abang...." melompat aku kegelian.. masa tu, Elfira menangis sebab ingat tersingkir.. rupanya tak pun, all of them masuk final.. haha.. aku support 'ikram' and 'watak dalam adamhawa'... haha.. aku tak kenal dan selalu lupa nama sebenar dorang... but they are the one! Hehe..

Okay! Got to go! mandi, solat,ngaji and off to essay.. Assalamualaikum....

Thursday, March 21, 2013

Result spm!

Assalamualaikum... hari ni hari sejarah buat mereka mereka yang ambik sijil spm.. tahniah semua sebab dapat result yg cemerlang.. sukses berjaya dengan bergaya.. kepada yang kureng.. ataupun cita cita tak tercapai.. tidak mengapa.. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk anda.. teruskan berusaha... kerana di hadapan anda ada jalan yang lebih luas terbentang lepas ni.. pilihlah jalan yang anda betul betul minat dan teruskan sampai berjaya.... in shaa Allah..

Kepada sepupu beta... hehe.. yang disayangi lagi dichentai.. Nurlina Hanis.. tahniah sekali lagi.. atas result yang awesome.. daebak lagi perghhh.. bagi kak...hang dah buat yang terbaik.. walaupun duk sakit.. kena makan ubat... kena pergi hospital... still.. u done a great job sis! walaupun tak dapat straight A.. anda lulus! that makes me proud of you... :)

Lepas ni, kak nak hang study betul betul... kuat semangat... jadi contoh untuk adik adik yang lain.. biiznillah.. Allah beri ujian pada hanis.. tapi, bersabarlah.. ujian untuk menguatkan... bukan melemahkan.. kalau tak ada ujian dalam hidup, tak adalah umphh hidup tu.. bosan je.. ye dak??

Sakit tu Allah bagi sebagai penghapus dosa.. in shaa Allah.. ada hikmah dalam setiap ujian.. tabahlah menghadapi.. Allah is always near... keep holding on Him.. He knows the best! sepupu saya, Hanis dah lama menghidap SLE.. sejenis penyakit autoimmune disease... semalam dia dimasukkan ke dalam hospital sebab kena operation mata... pernah sebelum ni buat operation kat mata sebab ada glaucoma.. kali ni tak pasti sebab apa... kawan-kawan, pray the best for her! :)

pernah sekali dia datang jenguk saya kat maktab.. dia cakap.. "best nya kan kalau boleh study macam kak iylni..." -heartbreak- tak tahu nak cakap apa.. kalau tengok dia makan ubat masa mula mula dulu.. perghh.. sekali telan.. nak dekat berbelas biji.. sampai dia dah tahu sikit selok belok dunia farmasi.. hafal nama ubat.. dah lali masuk keluar hospital dengan macam macam complicatons.. mata, paru paru, kidney.... awal remaja dah menghidap penyakit yang serius macam ni.. but, i do sure this is not the end..

I know she can endure all the pain to prove she can done the best in every single steps in her life.. nangis aku dan kakak masa tahu dia dapat straight A dalam upsr..walaupun dia sakit... dia boleh berjuang macam orang lain.. subhanallah! kita yang kuat sihat lagi bergaya ni macam mana??

Tepuk dada tanya iman... Assalamualaikum...

Saturday, March 16, 2013

Wordless week..

Assalamualaikum.. punya banyak revision menanti...

Semoga Allah permudahkan.. exam direct tiga hari... 26/27/28 bulan ni... ya Allah permudahkanlah... aminn..

Badminton!

Assalamualaikum sahabat...

Semalam aku dan kawan buat buat rajin nak ke gym berdekatan dengan kampus.. hehe.. tahun ni kali pertama aku jejakkan kaki ke gym.. hahaha..

Aku dengan kawan mula mula nak main squash.. terpengaruh dengan cetita korean my girl ni.. haha.. tapi dah penuh tak boleh book.. so.. aku dengan kawan aku ni plan nak main badminton.. happy gila orang kat reception kata boleh.. raket dengan bulu tangkis dia bagi percuma.. best gila.. hehehe..

Masalahnya tadaaa.. rupanya net dengan tiang kena pasang sendiri.. hahaha.. terkejut den.. haha.. tak kisah lah.. lepas pasang tu, main puas puas.. tapi tak lama.. sejam dah pancit.. hehehe..

Lepas tu, pergi masuk spa dengan sauna.. dok dalam sauna tu nak dekat sejam.. puas gak la.. hehe.. rasa nak pergi lagi.. humm.. okep.. got to go.. Assalam..

Nasi goreng cina bersosej

Assalamualaikum..hari ni aku nak share satu resepi yang macam senang je lah sebenarnya.. tak susah mana pun... hehehe..

First, potong bawang.. sosej, dan udang basuh.. apa2 lagi nak bubuh pun boleh.. macam aku, aku pakai gak cili hijau tiga.. sebab lumrah orang kat rumah aku ni memang suka pedas.. oke.. next.. aku letak.minyak dalam pan.. panaskan..

Yang penting sekali nasik la.. kalau style tok aku, gaul siap siap nasi dengan garam.. tak payah dah letak garam masa goreng nasi tu nanti... oke.. lepas tu bahan bahan yang dah dipotong tadi.. masukkan semua.. bawang.. sosej.. udang... letak sayur pun boleh.. tapi aku pakai apa yang ada..

Lepas tu kalau dah masak semua benda tu.. baru masuk nasi.. goreng gaul semua... lepas tu.. masukkan perencah nasi goreng cina satu paket setengah yang saiz kecik tu.. aku prefer pakai perencah meggi.. terserah la kat anda anda nak letak brand apa.. hehe... pecahkan sebiji telur masa tengah goreng.. awesome sedap!!

Then gaul sampai sebati...Siapp!!!
selamat makan.. bersama teh tarik hehehehe..

Thursday, March 14, 2013

Meet doctor last visit!

Assalamualaikum... sekarang aku tgh tunggu bas kat skehard road, blackrock..

Tadi hari last aku pi gp attachment.. apa itu gp? gp ialah general practitioner ataupun senang cakap.. doctor la.. setiap sebulan kami kena jumpa seorang doktor kat mana mana medical centre yang telah ditetapkan untuk praktis sesi ambil history dari patients sambil ditolong doktor.. aku dan dua kawan aku yang lain dapat kat medical centre kat blackrock ni..

kali ini last punya visit.. alhamdulillah.. semua berjalan lancar.. aku dah makin konpiden.. kalau tak serius aku neves gila nak cakap.. sampai berapa kali kena tegur dengan doktor.. banyak la yang aku belajar..

Dua esei kena siapkan tentang mana mana dua patients yang kami jumpa.. alhamdulillah dah siap.. tawakal lah dengan apa yang aku dah buat.. hehe.. menarik visit ni sebab kalau tengok patients kadang kadang tu tak nampak macam depa ni tak banyak diseases pun.. sekali ambil history, punya lah banyak diseases.. still sanggup datang untuk jumpa dengan kami... terharuuu...thanks a lot kepada patients yang sudi jumpa kami untuk diambil history dan doctor kami yang ala ala James Bond.. hehehe...Dr.David Lane sebab sudi tolong kami waktu history taking.. :)

sebelum balik, sempat lagi kami bagi sekeping kad terima kasih kat doktor.. sweet tak? Haha..

Okelah.. till then, jumpa lagi..

Gula tiruan..

Assalamulaikum.. semalam tak sempat update apa apa dan busy pulak.. ada AGM untuk ISOC... dorang serve pizza domino masa waktu rest.. memang mahsyuk la kan.. hehehe..

Aku takmau cerita panjang pasal tu.. apa yang aku nak tunjuk kat sini adalah gula tiruan seperti dalam gambar di bawah.. semuanya bermula sejak aku pergi jumpa patient yang ada masalah diabetes. Dia guna gula ni dalam daily life.. minum makan semua.. sebabnya gula ni bukanlah gula betul.. tak sihat minum manis manis sangat ni..

Aku yang memang gila minum benda manis apa lagi..memang terus lah cari kat tesco benda alah ni.. yalah.. kononnya nak sihat.. hehe.. aku pun beli lah jenama tesco punya.. dengan harapan sedapla air teh dan teh tarik aku.. ceh! sekali.. rasa dia memang la manis.. tapi.. tapi.. tekak aku tak boleh terima.. manis dia manis yang pelik..

Aku pun try la beli lagi satu jenama lain nama dia Splenda.. jenama ni yang patient aku pakai.. so pagi ni aku pun gunalah.. hummm.. impressive! sedap lah teh tarik aku.. hehehehe..

Oke.. nak habiskan minuman lepas tu bersiap nak pergi buat patient visit.. hari ni last jumpa doctor yeayy!!!

Monday, March 11, 2013

Montaj spring camp di burren!


credit to Adib Safwan

mempersembahkan! enjoy........

Sweet memo in burren

Assalamualaikum.. sekarang aku kat kelas bh.. yang agak bosan tapi tak mengantuk pulak.. jadi.. aku decide untuk menaip kat sini.. hehe..

Semalam aku balik dari burren galway.. sampai kat rumah pukul 5 lebih... overall.. aku rasa camp yang aku pi kali ni adalah yang paling aku paham sekali pengisian dia... sebelum pi, ada gak aku listkan apa yang aku target untuk dapat masa kat sana.. alhamdulillah semua dah terjawab rasanya.. terima kasih daun keladi la buat mereka mereka yang menjemput aku untuk join program ni...

In shaa Allah kalau ada kesempatan dan diberi peluang, kewangan yang mencukupi.. aku nak join other programs.. lama lama dok kat rumah bosan gak.. kalau jalan jalan at least nampak gak la dunia luar.. bak kata mereka.. mentadabbur alam.. cewahh.. hehe..

Okep.. nanti update lagi.. oh! result dah keluar.. alhamdulillah.. aku bersyukur sangat dan aku percaya Allah memang Maha Pemurah.. tak expect dapat markah macam tu.. ya Allah.. peliharalah diriku dari riak ujub dan takbur.. pathology, pharmacology and osce - in progressssss... hehehehe..

Assalamualaikum...

Kelas microbiology!!

Assalamualaikum.. hey hey hey!

Pagi ni kami ada kelas lab microbiology.. jauh nun dari rumah.. dahsyat betul lah jauhnya.. tak tergambar dan sedar tak sedar sampai jugak lab tu.. hehehe.. aku pulak bertuah betul la tak bawak lab coat.. nasib baik pakcik tu bagi aku guna lab coat yang student tinggal kat situ.. alhamdulillah la tak kena denda.. menarik la jugak jadi microbiologist ni.. :)

once aku dengan kawan dapat fokus gram negative bacteria tu.. perghhh.. ceria tak terkata.. happy gila sebab dapat tengok bacteria.. buat sendiri tau slide.. hehehe..

Tambah best sebab budak melayu je semua kat dalam kelas tadi.. sebab program tu hanya untuk aucms students.. aku tak pastilah kenapa dia asingkan.. tapi aku rasa mungkin mirobes Malaysia tak sama dengan ireland.. pendapat..

Okep.. got to go.. see you!!!
Assalamualaikum....

Laptop kesayangan rosak!

Assalamualaikum.. aku tengah bersedih lagi bermuram durja ni.. laptop aku rosakk.. wuuwuu..

Semuanya terjadi lepas sehari aku kat camp.. aku letak kat bawah.. maybe ada orang terpijak atau aku sendiri yang pijak sebab mamai.. skrin yang rosak, tapi kat dalam still ok.. punyala sedih.. sedih bukan sebab rosak sangat..(tapi, alasan ni agak kukuhlah jugak untuk aku bersedih..) yang lebih sedih sebab essay yang aku buat kat dalam laptop tu.. dah banyak kot..

Penat la aku nak karang balik dari mula.. aku mengadu la kat sorang ni.. aku whatsapp dia.. dia cakap la.. apa susah.. tak payah buat essay baru.. pakai je cabel yang masuk ke pc.. lepastu copy semua benda.. save dalam hard disk.. done!

Aku pun tampar la dahi.. haa.. betul jugak.. haha.. tak terfikir.. tapi kena beli cabel.. macam malas je nak beli.. takut mahal.. nk repair takut jugak.. hadoii.. tak tau macam mana.. last last kawan aku dari dublin ni suruh aku guna projector kat camp tu.. hoyeahh! bijak!

Aku pun mintaklah tolong kawan lelaki aku ni sampai setel.. sekarang file tu kat dia lagi.. hari ni lupa nak bawak pendrive.. esoklah kot.. malu gila sebab guna pendrive ustaz.. nasib baik ustaz bagi.. alhamdulillah....

Sedihnya.. berat ujian ni kalau takda laptop.. sedih la.. sedih.. sekarang pakai notebook je lah.. tu pun keyboard dia dah gelong..
Assalamualaikum...

Friday, March 8, 2013

Dah sampai burren!!

Assalamualaikum... aku dah sampai burren galway setelah lebih kurang lima jam perjalanan.. agak mabuk la dalam bas tadi.. pening pening.. jalan kat ireland ni.. pedalaman dan berliku liku.. humm.. kadang kadang aku wonder gak.. macam mana lah dorang ni nak beli barang barang rumah.. sebab tu lah agaknya ada online shopping kot..

Ohh.. kenyangnya dah makan.. alhamdulillah.. lepas ni aku nak siapkan essay lepas tu tido.. ada sesi taaruf dengan pendaftaran kat bilik.. hehe... semoga aku cekal nak buat esei sebelum tido.. baru lah namanya perjuangan..

Okeylah.. got to go.. Assalamualaikum.. :)

Going to galway!

Assalamualaikum.... sekarang ni aku dalam bas on the way ke galway.. agak agak dalam empat jam la  jugak dari cork untuk sampai.. hehehehe..

Aku nak attend satu program yang dinamakan how to be an excellent person.. aku mula mula hesitate jugak nak pegi.  Tapi kawan aku yang sorang ni nak aku pegi siap sponsor tiket bas lagi.. heheheee... apalagi rezeki jangan ditolak..

Aku dah nak sampai galway dah ni.. penceramah jemputan dari UK.. tak ingat pulak nama dia.. nanti aku kabo ke kome semua.. okeh la.. nak sambung tidur.. sementara nak sampai ni.. sempat lagi.. hehe.. assalamualaikum..

Sandwich ala ala o'brien

Assalamualaikum.. semalam lepas makan nasi yang kawan aku masak.. aku dengan syai, housemate aku gatal gatal tangan nak buat sandwich homemade.. hehehehe..

Semuanya bermula sebab ternamoak dan beli turkey slices kat kedai halal...... pastu, kami beli la cheese.. then.. tadaa.. bermulanya perjuangan buat sandwich.. haha..

Mula mula toast dua keping roti..
Lepas tu.. letak sekeping cheese atas roti.. masukkan dalam microwave.. kejap je sebab nak bagi melt cheese tu..
Boleh gak kalau nak letak atas pan.. sama ja.. ;)

lepas tu.. letak la turkey slice tu.. boleh terus makan tau sebab dia dah masak sebenarnya.. kalau nak panaskan letak je atas pan tanpa minyak.. okehh??

Lepas tu, letak la lettuce.. pastikan u olls basuh dulu.. kebersihan diutamakan.. hehe.. lepastu letak satu lagi slice turkey.. pattern lain pulak.. haha.. pon boleh.. lepas tu letak la ketchup dan mayonaise.. tadaaa... sedia di makan.. nyum nyum..

Jangan lupa recite bismillah.. lepastu.. makan lah.. dengan aman.. hehehehe...

Okie.. ada kelas ni.. assalamualaikum..

Thursday, March 7, 2013

Lecturer pathologyku..

Assalamualaikum...

Hari ini aku rasa leisure sangat sebab kelas ada dua ja.. so, agak fokus la dalam kelas.. memandangkan aku tak mengantuk sangat.. effect bangun tengah hari.. namun begitu.. entah kenapa kalau subjek pathology ja otomatik dahi aku berkerut kerut cuba paham kejadah apa yang disampaikan oleh pakcik tu.. sebab accent dia ke arag british sikit..

Kemuncam dia tadi tetiba dia mengamuk.. tapi mengamuk yang bukan membebel tau.. unik cara amukan dia.. tengah2 lecture berjalan.. tetiba dia angkat kepala dari tengok skrin kat depan.. dia tengok students kat atas.. lepas tu.. tetiba dia berlari ke arah students kat atas.. aku dan kawan kawan yang lain berpandangan.. tanda soal penuh atas kepala.. kenapa pakcik ni?

rupanya dia nak sound seorang budak irish ni.. dia tak marah.. tapi dia tengok direct kat skrin budak tu.. "oh, i thought there was something interesting.." tu ja dia cakap.. perghhh.. menakutkan.. lepas tu dia turun sambung mengajar macam biasa.. terdiam kami.. tak fokus sekejap aku buat beberapa ketika..

Haha.. kelakar.. tapi aku rasa memang patut pun buat macam tu.. students irish kat sini kurang respect sikit la lecturers.. geram betul.. bising gila bila dah akhir akhir kelas.. kesian lecturer kat depan yang tengah explain.. huhu..

Okelah.. nak usyar kawan masak kat dapur.. see you soon!

Wednesday, March 6, 2013

Birthday ibu dan open house tak rasmi..

Assalamualaikum.. sebelum tidur ni ingat nak update la sikit pasal aktiviti siang tadi.. secara tetiba dapat kunjungan dari kawan kawan yang stay kat belakang kolej.. hahaha..

Jadi, aku dan housemate aku, syai keluar lah shoping barang barang untuk dimasak.. hehe.. cadang nak masak ayam masak lemak cili api dengan kuih ketayap.. as always resepi tok yam.. haha.. aku dah minat pulak buat kuih ni.. kat malaysia punya lah liat nak tolong tok.. sebab aku rasa macam susah nk buat.. dapat resipi.. and i tried it myself.. perghh.. best gak sebenarnya.. tak lah susah mana.. cuma first second trial memang jadi roti kirai la dia punya kulit.. hahaha..

Syai masak ayam masak lemak.. sedap siot.. aku suka masak lemak dia buat.. terbaik dan simple.. aki tak ingat pulak resepi.. kalau tak boleh la share.. nanti aku tanya housemate aku tu.. ;) kawan-kawan aku datang lepak agak lama la.. sambil sambil makan.. borak.. rasa macam buat unofficial open house.. jarang jugak orang datang rumah sebenarnya... kami tak selalu undang orang.. err.. maaflah kekawan ye..

Haaaaa... tadaaa... hari ni jugak hari lahir ibu aku yang ke? Err.. tahun 1961.. kiralah sendiri. Malas nak mencapai kalkulator atas katil dah ni.. hehe.. pemalas betul.. kali ni aku tak buat video macam tahun pertama.. haha.. lawak gila kalau tengok video yang aku buat tu.. serius lawak.. malu gila..

Apa pun.. ibu.. happy birthday to you.. nak bagi hadiah tak sedap lagi la.. nak pakai duit mara ni.. tunggu duit sendiri ibu eh.. hehehe.. i love you eternity.. May Allah bless you ibu... ;) oh aku dah 21 tahun.. hmmm.. esok lusa dah nak nikah.. makin banyak tanggungjawab.. namun begitu.. ibu tetap dalam mata hati dan jiwa.. dan untuk aku sendiri yang bakal jadi ibu.... for me, she is an idol.. forever.. :) saranghaeyo!!

okelah.. me want to sleep.. goodnight everybody.. assalamualaikum.. bismikallah...

Wordless wednesday

:) my dear friends
:) classmate and housemate
:) AUCMS

Perjumpaan student MARA AUCMS

Assalamualaikum... good morning.. hehe.. kat ireland baru pukul 10.30 pagi.. tadi lepak kejap kat cafe.. makan makan.. sekarang kat surau.... nak study sikit sebelum ke kelas pukul 12 kejap lagi..

pukul 8 pagi tadi dah bertolak dari rumah sebab ada perjumpaan dengan Anne Haris.. irish yang mengawasi student Malaysia Aucms kat sini.. hehehe.. dalam perjumpaan tadi, dia ada tunjuk beberapa gambar tentang campus kami kat taiping nanti..

Klinikal akan dibuat di Hospital Taiping dan jarak 200 m cam tu dari kampus tempat belajar.. aku dah excited dah bila dia tunjuk pelan bangunan yang bakal siap sebagai tempat belajar nanti.. ada yang tanya bila tarikh balik Malaysia? Annr Haris cakap maybe dalam 30/31 Januari... cepat gila.. tak rasa lama pun stay kat Ireland ni.. huhu..

Katanya kat Ireland dua tahun setengah..ni rasanya dua tahun tiga bulan je ni.. hehe.. tak sabar rasanya nak masuk hospital nanti.. mesti best.. tadi Anne Haris ada cakap jugak maybe balik hari jumaat ke Malaysia, and then ada bas direct ke Taiping.. kami semua dah macam... what????

hahaha.. konfirm la semua orang jetlag tak habis lagi kalau tetiba kelas buat hari isnin... takkanlah.. impossible.. tak tahu lah.. mungkin tak tetap lagi perihal tu.. nasib gak rumah aku dekat.. haha.. aku rasa ibu aku confirm direct follow aku ke taiping..

Oke lah nak sambung study.. tapi mengantuk la.. mengantuk gila... fikir nak balik nak balik 30 May ni.. go go!!! Assalamualaikum...

Tuesday, March 5, 2013

Sup ayam special..

Haa.. tadi baru lepas masak sup ayam.. as always.. kalau turn aku masak, mesti aku masak sup.. sebab aku rasa benda ni paling senang nak buat.. plus.. kat sini sejuk.. sesuai la makan sup.. at least dapat panaskan badan...
Senang je nak buat.... bahan-bahan dia macam...
- ayam.. ikut suka nak berapa
- Bawang satu biji..
- bawang putih 3 ulas
- Halia seinci

Tumbuk la semua benda ni.. nak blend pun boleh jugak..
Lepas tu.. ambil la buah pelaga tiga, kulit kayu manis satu, bunga cengkih 2, bunga lawang 4 ke.. lepas tu rendam la semua tu dalam air panas.. biar kejap..
Panaskan minyak.. masukkan semua bahan2 tumbuk tadi.. tumis.. lepas tu masukkan rempah ratus tadi.. tapi air rendam tu jgn buang pulak.. masukkan ayam.. lepas tu gaul la.. biar sampai semua tu sebati.. dalam 5 minit cam tu..

Kalau nak letak sayur.. boleh gak.. letak la carrot ke.. potatoes.. aku letak sebelum letak air.. cepat sikit lembut.. hehehehe..

Lepas tu.... bubuh la air.. letak kiub ayam.. letak garam secukup rasa... siapp!!! tunggu sampai mendidih tauu.. dan pastikan ayam masak dan carrot empuk..

So.. dah siap la resepi sup ayam kali ini.. aku dulu macam tak reti la jugak nak masak sup ni... memanjang ikut resepi.. tapi lama2 ok la dah.. practice makes perfect.. selamat mencuba!!

p/s : rasanya kalau letak rampai macam daun sup ngan daun bawang lagi sedap.. aku tak letak sebab tak beli.. muehehehe..

Assalamualaikum...


jangan letak air lagi.. gaul dengan rempah..

masukkan sayur awal.. kalau aku la.. sebab nanti lambat nak lembut..

masukkan air.. tunggu sampai mendidih..

antara bahan-bahan asas.. :)

makan makan! depan lappy.. hehe..

ayam banyak mana pun tak apa.. pandai-pandai la..