JAULAH : ITALY (PART 2)

Tinta ini diteruskan dengan lafaz bismillahirrrohim...

Alhamdulillah, setelah dikatakan saya dan seorang lagi sahabat tidak sempat menaiki bas tersebut, akhirnya, pemandu bas itu membuka kembali pintu bas, setelah diberitahu beberapa penumpang Italian tentang kami yang berada di luar.Saya tersenyum gembira dalam kepenatan. Sempat saya menoleh ke arah pemandu bas, dia tersengih sengih dan mengakui kesilapannnya. Tiada kata yang terucap, hanya membalas dengan senyuman yang penuh 'makna'. Sewaktu di dalam bas, ada juga kami menjenguk jenguk peta yang tertampal pada dinding bas. Saya hanya memandang kosong, tiada idea untuk bersuara ke mana bas itu akan bergerak. Masing-masing seperti berserah pada takdir. Kalau ditakdirkan sampai, sampai jugalah.. Pasrah betul, kan?

Setelah beberapa ketika, bas tersebut berhenti di hadapan sebuah kawasan yang luas. Saya cuba menyingkap ke luar. Kelihatan seperti tembok putih yang besar. Kemudian, saya memandang kakak-kakak, cuba mencari kepastian. Dah sampai ke? Kedengaran kawan-kawan yang lain juga bertanya. Kak Haidar mendekati pemandu bas untuk bertanya. Walaupun saya tidak menangkap butir kata yang cuba diterangkan, tetapi saya yakin apa yang pemandu bas itu cuba menyampaikan bahawa inilah tempat yang kami cari-cari. 
"This is where the tourists always come..." lebih kurang begitulah...

Kami tujuh serangkai turun dari bas dan sempat menoleh kembali. Tidak terlintas pula di fikiran saya bahawa kami sepatutnya perlu membayar dan mengambil tiket bas. Hehe, pelik kan? Kami menaiki bas tanpa membayar satu sen pun. "Ya Allah, hanyalah Engkau tempat kami memohon perlindungan!" Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami. Sekali lagi, hati saya tersentuh dengan segala pertolonganNya. Kami mahu berjalan di atas muka bumi Allah yang indah, dan dengan niat berserta doa, insyaAllah dia akan selalu mempermudahkan jalan bagi hamba-hambaNya. Barangkali juga, pemandu bas tadi rasa bersalah kerana menutup pintu bas terlalu cepat tadi, Wallahualam...

Di hadapan kami, tersergam sebuah tembok putih yang besar. Masing-masing masih tertanya-tanya, "yang ni ke Pisa? Tak nampak pun". Saya semakin 'blur', teringat kembali perbualan kawan-kawan study group tentang Pisa. Mungkin saya seorang saja yang tidak faham apa-apa...Sedih, kan?
Akhirnya, kami melonjak keriangan setelah dapat melihat dengan kepala mata sendiri. Ya! Pisa beberapa meter di hadapan setelah melintasi tembok putih yang besar itu. Dalam hati, saya bermonolog sendirian,
"Oh, yang ni ke Pisa..."... Betapa 'blur' nya saya, kurang sangat pengetahuan am... -.-"

Seperti biasa, kami mengambil gambar dengan pose yang bermacam-macam di Pisa. Selain Pisa, ada dua lagi bangunan menarik, kemungkinan besar gereja. Sayangnya, kami tidak membaca apa-apa info tentang Pisa dan dua lagi bangunan tersebut. Ilmu kurang ditimba dan betapa ruginya masa yang terluang, pengajaran buat diri sendiri juga. Hati saya melonjak keriangan apabila melihat sederet kedai-kedai yang menjual souvenirs di sepanjang jalan. Namun, niat saya terbatal apabila dikatakan harga-harga barang yang dijual tidak berpatutan.  Kawan-kawan yang terlebih dahulu tiba mencadangkan kami untuk membeli cenderamata di kawasan luar. Lebih murah katanya, dan saya akui itu.. :)

Betapa gembiranya kami apabila dapat bersua kembali dengan kumpulan jaulah. Kami kembali bersama-sama berlima belas. Kakak-kakak berpelukan gembira. Oh, betapa berharganya nilai ukhwah itu tidak dapat saya gambarkan. Sungguhlah dikatakan, melalui jaulah, akrab persahabatan menjadi lebih utuh dan mekar. Saya dapat merasakannya... :')

Setelah penat berjalan-jalan dan mengambil gambar, kami berhenti di sebuah kedai makan sambil masing-masing menceritakan pengalaman selama beberapa jam terpisah. Saya dan sahabat mengambil kesempatan untuk berwudhuk sebelum meneruskan perjalanan. Tidak kami sedari, seorang lelaki Italian sedang menunggu di luar tandas. Setelah beberapa ketika, kami mendengar ketukan pintu dari luar tandas. Namun, kami hanya tergelak kecil... "Abang, ada orang nak kacau kita lah, saje la tu..." usik sahabat saya.  Sengaja kami ber'abang' 'ayang'... Memang pelakon terbaik... :P Kami sangkakan kawan-kawan yang lain sengaja mengusik.

Seketika, kami terdengar ketukan, kali ini makin kuat. Tiba-tiba sahabat saya berkata, " Eh, entah-entah orang lain..." Sejurus pintu tandas dibuka, sah! seorang lelaki Italian berada di luar. Perasaan bersalah menyelubungi diri sahabat saya. Namun tidak bagi saya. Entah mengapa, saya hanya tersenyum ceria, seolah-olah puas dapat mengenakan lelaki Italian itu. Mungkin, disebabkan kejadian yang berlaku sebelum itu...

Suatu kejadian telah berlaku ketika kami berjalan-jalan di sekitar kawasan Pisa. Seorang lelaki Italian yang berbasikal sengaja cuba melanggar saya. Sudah lazim apabila terkejut, perkataan 'Ya Allah!' terkeluar dari mulut. Namun, lelaki itu hanya terus berlalu mengayuh basikalnya sambil mengangkat tangan menunjukkan simbol lucah ke arah kami. Terlopong saya pada waktu itu. Iman saya amat lemah pada waktu itu, akhirnya turut terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya... Seketika, saya terfikir pula, bagaimana orang Malaysia melayan pelancong luar? Bermuhasabah diri kembali, menilai diri dan istighfar kembali meniti di bibir.
Mungkin kejadian itulah yang menyebabkan saya merasa puas dapat mengenakan lelaki Italian yang berada di luar tandas sebentar tadi. Saya meletakkan kesalahan kepada orang lain. Tidak patut, bukan? -.-"

Sejurus, lelaki itu keluar dari tandas sambil merungut-rungut dan berkata sesuatu kepada tuan kedai makan. Saya hanya membatukan diri dan buat-buat tidak menghiraukan situasi, keras kepala! Kawan-kawan lain pula bertanya apa yang kami lakukan di dalam tandas sehingga mengambil masa yang begitu lama untuk mengambil wudhuk, saya hanya tersenyum. Tidak pula saya jangkakan bahawa kami mengambil wudhuk dalam tempoh yang begitu lama. Mungkin kami leka berbual dan membetulkan tudung. Setelah bersiap-siap dan selesai menjamah sedikit 'maggi' yang dibawa, kami meneruskan perjalanan ke stesen tren. Dalam perjalanan, sempat saya melihat bangunan universiti di situ. Untungnya kawan-kawan yang tiba terlebih dahulu. Sementara mereka menunggu kami, mereka sempat meninjau kawasan universiti...

Di dalam train, masing-masing kepenatan. Kenangan yang lepas dibiarkan terulit dengan mimpi masing-masing. Kami bertolak malam, dengan harapan dapat tiba di Venice keesokan harinya. Namun, disebabkan tiada tiket dari Pisa untuk terus ke Venice, kami perlu berhenti di suatu tempat, Florence kalau tak silap, ke Bolognaise.. Entahlah, saya sendiri tidak pasti. Hanya mengikut rancangan kakak-kakak, yang mana dirasakan terbaik, baik jugalah untuk saya dan rakan-rakan. Sewaktu dalam perjalanan ke Venice, pelbagai perkara ditempuh. Pengalaman yang berharga banyak mendewasakan kami.

Pengalaman menaiki tren...

Pernah di sebuah stesen tren dalam perjalanan ke Venice, kami terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk menaiki tren berikutnya.Sementara itu,kami bercadang untuk mengisi perut yang lapar. Saya makan spagethi dan piza. Banyak juga saya berhabis untuk makan di situ. Entah mengapa, nafsu makan saya kuat waktu itu. Beli saja semua yang nampak menarik di pandangan mata. Di tempat itu juga, kawan-kawan yang belum bersolat, mengambil kesempatan untuk bersolat. Seperti biasa, kami menjadi perhatian orang sekeliling. Bersolat di dalam restoran, suatu perkara yang janggal dirasakan. Di Malaysia, sudah tidak menjadi masalah untuk bersolat, ini kerana kemudahan untuk bersolat berada di mana-mana. Namun, berada di negara Eropah, melatih diri untuk terbiasa menunaikan solat di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dan bersih. Tiada masalah dan alasan untuk tidak bersolat.

Usai makan dan bersolat, kami masih tidak tahu bagaimana untuk mengisi waktu yang terluang, dengan kesejukan suasana. Kami mengambil keputusan untuk tidur di kerusi-kerusi yang disediakan di kawan tren. Saya tidak dapat melelapkan mata walau sedetik. Kerusi besi tersebut sangatlah sejuk... Entah berapa kali, saya dan kawan-kawan bertukar-tukar tempat. Menjadi perhatian sekeliling, diabaikan sahaja perkara itu. Kawan-kawan saya banyak yang bertukar-tukar tempat, setelah berasa takut dan mengambil langkah berhati-hati daripada orang-orang yang mencurigakan. Lama-kelamaan, kami didatangi oleh seorang lelaki. Dia berbual-bual dengan kakak-kakak. Saya tidak menangkap butir kata lelaki itu. Setelah diterangkan, barulah saya faham, lelaki tersebut menanyakan kenapa kami tidur di situ, dan memberitahu kawasan tren tersebut akan tutup tidak lama lagi. Dia tidak kisah sekiranya kami mahu terus tidur di situ, cuma dia risau sekiranya pihak polis datang mengusir kami.

Sekiranya kami mahu tinggal di hotel, amat-amatlah dirasakan tidak berbaloi kerana harganya yang amat mahal untuk cuma beberapa jam. Pada waktu itu, saya nekad untuk ke hotel. Walaupun saya sedar kami semakin kehabisan wang, saya bertekad mahu tidur di hotel berbanding berada di kawasan tren, kerana kesejukan yang tidak dapat ditahan ditambah pula badan saya yang makin sakit-sakit. Namun, ada yang membantah. Akhirnya, saya perlu akui, saya tidak boleh bersikap pentingkan diri, rakan-rakan yang lain juga punya alasan yang kukuh. Saya serahkan semuanya pada kakak-kakak, sekali lagi, apa yang dirasakan terbaik, baiklah juga untuk kami semua. Kakak-kakak mengambil keputusan untuk ke hotel dan mahu merayu kepada pemilik hotel untuk mengurangkan bayaran bilik.

Terharunya hati dengan usaha kakak-kakak, mereka tidak pernah merungut melayan karenah kami, namun berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kami. Saya bertekad mahu membantu, namun, kurangnya sikap keyakinan membuatkan saya hanya terdiam setelah berhadapan dengan pemilik hotel. Kakak-kakak dan dua orang lagi sahabat cuma memujuk, namun, kami kalah dengan alasan-alasan yang diberikan.
" I understand you dear... But this is all about law... I can't, sorry..."
Akhirnya, kami tidur juga di hotel itu dengan bayaran yang agak mahal, walaupun telah dikurangkan daripada harga asal. Saya berasa bersyukur ke hadrat Ilahi... Alhamdulillah...

Kami bertolak seawalnya dari hotel untuk menaiki tren. Sepanjang perjalanan itu, kami berbual-bual kosong dan akhirnya tertidur. Perkara yang lucu masih terbayang di ingatan setelah secara tiba-tiba saya dan rakan-rakan dikejutkan. "Iylni! Iylni! Bangun! Kita kena tukar tren... Kita transit.. "
Saya masih mamai waktu itu. Bangun terus bergegas berkemas dan menurunkan beg. Rakan-rakan yang lain turut bergegas. Tidak dapat saya bayangkan betapa kelakarnya sikap kami, hanya menurut apa yang di arahkan. Berlari ke arah tren dalam keadaan pra sedar. Saya menarik beg yang dibawa dengan dua botol air yang terkepit di tangan, tanpa sempat memasukkan ke dalam beg. Otak saya tidak berfungsi dan lambat berfikir setelah bangun dari tidur. Akhirnya, dirasakan susah memegang botol-botol air itu, saya hanya meletakkan botol-botol di tengah-tengah jalan, tanpa membuangnya ke dalam tong sampah yang berdekatan.
"Aduh! Otak saya betul-betul 'jam'!"

Rakan saya pula tersalah terminal, hehe.. macam-macam... Namun begitu, alhamdulillah, kami selamat menaiki tren berikutnya. Setelah masing-masing duduk, kami ketawa bersama-sama. Bagaimana 'blur' nya kami sebentar tadi dengan gelagat masing-masing. "Kalah roll call asrama!" kata sahabat saya, serentak dengan ketawa beramai-ramai. "Baiklah, semua dah boleh tidur dengan aman..." kata kakak, tersenyum. Seketika, kami lena diulit mimpi, tertidur keletihan.

Pernah juga dalam perjalanan ke Rom balik dari Venice, kami menghadapi masalah kerana tiada tiket tren yang murah. Kami terpaksa membeli tren tiket yang first class! Alhamdulillah sekali lagi, kami bersama-sama kakak yang yang sangat memahami. Kami sudah 'kekeringan' untuk membeli tiket yang mahal itu, namun kakak-kakak sanggup mengorbankan duit mereka menggunakan debit card untuk membeli tiket kami. Saya berpelukan dengan kakak, mahu menangis. Kakak berkata, " Tak mengapa... ada duit nanti, bayarlah balik, dah sampai sini, kenalah jalan-jalan, bila lagi nak sampai kan... rugilah kalau tak boleh berjalan... " nangis dalam hati... Terima kasih kak... :')

Pengalaman di tren akan bersambung.... InsyaAllah...
Assalamualaikum, yang mana baik dijadikan tauladan, yang tidak baik sebagai peringatan dan pengajaran untuk semua.. Wallahualam..

No comments: