Assamualaikum...
Bersawang laman sesawang aku ni. Lama tak menerjah ke ruangan blog kesayangan. Aku nak tidur, tapi tak tertidur, mata aku letih menatap laptop terlalu lama. Tapi, bila nak tidur, mata tak letih pulak, macam burung hantu. Adakah ini efek kopi aku minum? Atau adakah kerana hadirnya makhluk bernama Mamoru dalam bilik aku? Mamoru ni kucing kawan aku. Kawan aku tu pergi jalan jalan Europe, tinggalkan kucing beliau kat aku. So far, bagus Mamoru ni, Tak buat hal as in tak berak or tak kencing merata rata. Lepas makan je, dia duk miauuu kat aku seperti tanya, "Toilet mana kak?", HAHA. So, aku bawak dia ke toilet pasir dia. Dia tak faham faham, sampai kali ke enam aku letak dia kat situ, akhirnya dia mengerti. Alhamdulillah. Lega sikit aku. Tak payah rungsing dah fikir kalau dia melepas merata. Aku yang nak tidur sangat sangat, last last dia yang nyenyak terbongkang atas katil aku. HAHAHA..
Sekarang winter break! Kiranya cuti last winter aku kat Ireland. Aku tak pergi mana mana. Nak memerap je dalam bilik. Tengoklah kalau ada mood nanti mungkin jalan jalan dalam Ireland. Tapi setakat ni, interest tu zero. Dengan nak exam final ni, aku tak ada mood or planning nak merantau bersuka ria. Tak adalah stress pun, tapi not in mood. Sebab banyak benda kena setel. Wahh, Iylni dah matang ni... tak suka bersuka ria sangat dah.. UWEKK.. muntah hijau. HAHA.. Baru tadi karaoke beberapa buah lagu. Aku tak tahu lah bila aku boleh stop menyanyi. Bagi aku, menyanyi adalah satu hobi yang tak matang. Eh ye ke? Apa pendapat you alls? Bagi aku, itu adalah part of big things I want to stop, dan sampai sekarang tak berjaya. Im so tempted to sing loudly and test vokal kata orang. Lagi high pitch lagi aku suka. Bila lepas menyanyi tu, baru rasa, eh bisingnya aku, sangat tak matang. HAHA.. gitu..
Penting ke jadi matang? Aku tak tahulah apa orang lain fikir. Tapi, bagi aku sejujurnya yes. Sebab aku dah banyak tengok sikap sesetengah orang yang bagi aku matang. Hidup dorang tersusun. InshaAllah setakat ni. Dorang bijak bertindak, setiap benda dorang buat, ada rasional, tak nampak serabut. Susah aku nak describe, but I really hope I can achieve that. Be a smart and organize person inside out. Matlamat hidup jelas, duniawi dan ukhrawi.
Dua minggu cuti aku kena focus on study. Medicine dan Paediatrics 20 credit each paper. Aku memang kena struggle lebih sikit. Abah call masa aku tengah stress rotation surgery hari tu. Rasa nak burst air mata, tapi tahan, tahan... Aku kena kuat dalam bidang ni. Kadang kadang kalau rasa nak give up, aku cepat cepat ingatkan diri aku sendiri, belajar untuk ilmu belajar untuk ibu abah, belajar untuk tolong ummat. And I remembered my surgeon said, "You know what the last person in the class called? A doctor". Means that, apa pun pencapaian kita waktu medical school, once dah graduated, all of us are doctors. Tak sabar nak tunggu waktu tu... inshaAllah.. four months to go...
My hubby-to-be.. LOL.. (amin.. amin ya rabbal alamin..) ...
Dia dah kerja almost five months kalau tak silap. Bagi aku, dia sangat kuat. Jarang dia cerita masalah kat pejabat, walaupun aku tahu sebenarnya dia ada masalah, and walaupun sebenarnya dia sangat letih, dia tak pernah merungut bila aku ajak borak pasal masalah aku. Full support plus advices dia bagi. Aku memang sangat degil dan kuat bebal, mujurlah dia tak cepat melatah kali ni. He tried to communicate, and if he failed, he will stop texting me and straight away went to sleep and try to aproach me again the next day. Until when he reached his patience limit, aku buat perangai jugak, he will 'left' me, sampai aku sedar balik what I have done.