Wednesday, April 8, 2015

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 3)

Puan Saliha tersenyum kembali. Anak mata Datuk Kamsan dipandang lama. “You kena yakin dengan I.. I promise everything will be end soon. I pun tak sabar nak hidup dengan you”, balas Puan Saliha. Dia menghirup Vanilla Latte yang dipesan sebentar tadi.

Datuk Kamsan hanya tersenyum bahagia. Agak lama mereka berada di kafe itu. Setelah satu, satu lagi topik dibuka. Puan Saliha beria-ia menceritakan kepada Datuk Kamsan tempat berbulan madu mereka kelak. Perbualan mereka berakhir apabila Puan Saliha menerima panggilan telefon.

“Ibu, ibu balik… tak malam ni?”, satu suara yang amat dibenci Puan Saliha kedengaran di telefon.
“Eh, aku nak balik ke tak suka hati aku… Kau tak payah sibuk. Bye!”, terus Puan Saliha meletakkan telefon. Dihempasnya telefon itu di atas meja. Kembali menghirup sisa sisa Vanilla Latte yang tertinggal.

“You ni.. kenapalah benci sangat dengan budak tu? Apalah salah dia dengan you? Take it easy ok?”, Datuk Kamsan bersuara, menghembuskan asap rokok.
Puan Saliha menjeling tajam, jari telunjuknya diletakkan di bibirnya yang merah menyala. “Shh.. diam ok? You tak tahu apa apa..”.

Di rumah…

“Ibu ok ke x ni? Aku tidur dulu lah… “, monolog Burhan. Usai membaca doa tidur, Burhan membiarkan matanya yang kian berat tertutup rapat setelah berhadapan dengan hari yang agak meletihkan. Petang tadi, dia menolong neneknya membuat kerja rumah setelah ke kedai.

Burhan tersenyum lama…
“Ayah! Ayah buat apa kat sini?”

Susuk tubuh itu amat dikenali. Berpakaian kemeja putih, di hadapan kereta Inspira putih. Seketika, tubuh itu berpaling menghadap Burhan. Tangannya melambai lambai ke arah Burhan.
“Burhan, nak jumpa ayah tak? Sini”

“Nak ayah. Ayah, Burhan rindu ayah…”, dipeluk kemas susuk tubuh itu. Air mata menitis. Ayahnya membelai rambutnya. Tapi… tapi… Burhan perasan, tubuhnya lain. Dia sudah dewasa. Ayahnya sudah beruban. Raut muka ayahnya sayu, kedut muka jelas terpapar.

“Burhan, kalau Burhan dah berjaya, Burhan jangan lupa diri. Walaupun Burhan tidak seperti orang lain, ayah percaya Burhan boleh membuktikan Burhan layak mendapat kejayaan yang sama seperti orang lain. Burhan janji dengan ayah, jaga ibu kakak dan abang, boleh?”, suara ayahnya sama.

Burhan tersedu. Raut wajah ayahnya dibelai belai. Hanya anggukan sebagai jawapan kepada ayahnya. Dia kelu tidak mampu berkata-kata. “Ayah, tak boleh kah ayah kembali?”, Burhan masih tersedu, anehnya dia tidak gagap, langsung tidak.

Ayahnya hanya menggeleng, tersenyum. Tiba-tiba, wajah ayahnya kian pudar. Tubuh ayahnya hilang. Burhan memanggil manggil ayahnya beberapa kali.

“Ayah!!!!”, Burhan terbangun dari tidur. Dia beristighfar beberapa kali. Dipandangnya jam di dinding. Pukul 2 pagi. 

Burhan bangun, dia mahu memastikan ibunya sudah pulang. Lampu di ruang tamu terbuka. Dia tersenyum, mengetahui bahawa ibunya sudah pulang. Puan Saliha terbaring di sofa, tertidur keletihan. Dipandang lama wajah ibunya, berbaur perasaan, sayang, sedih dan terkilan. Mengapa dia amat dibenci oleh ibunya sendiri? Mungkinkah ada sebab di sebalik kebencian yang menebal terhadapnya?

Dia tersedar dari lamunan apabila terlihat ibunya berubah posisi tidur. Dia agak ibunya tidak selesa. Segera diambilnya selimut dan bantal. Dia agak cuai dan tergelincir ketika mahu menyelimutkan ibunya. Akhirnya dia terjelopok jatuh ke atas ibunya.

“Aduhhh! Hoi! Apa kau buat ni? Bodoh lah kau ni!”, menyinga Puan Saliha, apabila tidurnya terganggu.

“Maaf ibu, maaf… ma.. maaf… Burhan nak.. nak selimutkan ibu….”, Burhan melutut di hadapan ibunya, terketar ketar menggenggam kedua dua tangan memohon maaf.

“Eee..!! Kalau dah bodoh tu, tak pandai pandai jugak!Buat orang sakit hati”, marah Puan Saliha, tangannya mencubit cubit Burhan, mengetap bibir. Ditarik rambut Burhan lalu tapak tangannya menampar pipi Burhan. Burhan menangis memohon maaf. Dibiar tangan Puan Saliha hinggap di tubuhnya. Puan Saliha menarik nafas dalam, puas setelah memukul anaknya. Dia berlalu ke bilik, memijak badan Burhan yang terbaring menangis.

Penderitaan Burhan tidak pernah terhenti… Selama hidupnya, tiada satu hari pun yang aman.

Sekolah Menengah Dato’Onn..

Loceng berbunyi buat kali kedua. Waktu rehat untuk semua kelas. Burhan menghela nafas. Ditutup buku latihan matematik tambahan. Dikesat hingusnya yang mengalir. Burhan meletakkan kepalanya di atas meja, matanya cuba ditutup rapat. Dia mendengar bunyi tapak kaki perlahan-lahan menapak ke arahnya. Dia makin menutup matanya rapat. Malas untuk melayan karenah orang sekeliling. Dia penat dengan segala pertanyaan. Dari pagi, apabila melihat mukanya bengkak bengkak kerana menangis dan tidak cukup tidur, rakan-rakan mahupun guru asyik bertanyakan soalan. Dia muak memberi jawapan. Mujur dia tidak berjumpa dengan Lokman dan kawan-kawannya yang lain, kalau tidak, lagi teruk bengkak mukanya, sama ada ditumbuk, ditampar atau disepak sesuka hati.

“Eh, saya tanya boleh? Ni kelas 5 Lambda, betul?”, satu suara yang asing menujah telinga Burhan.
Burhan mengamati suara itu. Bukan suara Hisyam, bukan juga suara Lokman. Dia tidak pernah mendengar suara itu. Dipaksa matanya untuk buka, kepingin tahu.

Dia melihat seraut wajah yang pertama kali dilihatnya. Matanya digosok beberapa kali. “Eh, sia.. siapa ni..? Saya min.. minta maaf.. sa… saya ingat.. ka…kawan kelas tadi. Oh, ya ya.. ni kelas 5 lambda. Awak.. awak siapa?”, ujar Burhan, mendongak melihat pelajar lelaki di hadapannya. Pelajar lelaki itu kemas. Rambutnya tersikat rapi, baju kemas, lengan panjang disinting rapi, dikira kira ada aura menjadi popular dalam kalangan pelajar perempuan.

Pelajar lelaki itu tersengih lalu menarik kerusi ke hadapan meja Burhan, lalu duduk. “saya pelajar baru. Baru sahaja sampai hari ni. By the way, saya bukan kelas ni, saya kelas sebelah, 5 Sigma. Saja saya lalu sini tadi, tak nampak signboard kelas, saya konfius, saja nak tahu kelas apa ni.. kebetulan saya tengok kau ada. Nama saya Farish. Ada H kat hujung. Bukan Faris”, ramah Farish memperkenalkan diri, di suakan tangan ke arah Burhan. Burhan terpinga pinga. Inilah kali pertama seseorang melayannya sebegitu. Dikesat hingusnya lagi. Farish menjeling kegelian. 

“Eh tak payah salam lah, nah tisu”, Farish mengeluarkan tisu dari poket kemejanya, dia baru lepas makan di kantin. “terim…Terima kas..kasih..Min..ta maaf.. saya tak… senga.. ja..”, kekok Burhan bersuara.

“rileks ok? Kau nampak takut sangat ni. Saya makan nasi je, tak makan orang. Cool bro…”, ditepuk belakang Burhan beberapa kali. Burhan hanya tersengih, malu. “Oh, Burhan.. Nama kau Burhan? Cool! Oklah sori saya kacau. Kau tidur ke tadi?”, tanya Farish, sambil melipat kembali lengan panjang baju kemejanya supaya kemas. Mereka berbual lama sehingga tamat waktu rehat.

Burhan lega. Akhirnya, ada seseorang sebagai kawan yang mahu menerima dirinya seadanya.


Bersambung....

Friday, December 26, 2014

TAK BAIK.. TUHAN MARAH... (PART 2)

Burhan melangkah masuk ke rumah lalu terus masuk ke dalam bilik. Dia mahu bersiap siap untuk solat maghrib di surau. Matanya memandang ke arah jam dinding yang tergantung. Sudahpun pukul 7.00, ibunya masih belum pulang. Burhan mengeluh sambil mengesat hidungnya yang tersumbat.

“Penatnya aku…. Hmm.. tido lagi bagus”, kedengaran suara Puan Saliha mengeluh disusuli bunyi pintu bilik ditutup. Burhan tersenyum sendirian di biliknya. Ibu yang disayangi pulang dengan selamat, barulah dia berasa tenang. Sebelum berlalu ke masjid, Burhan mengetuk pintu bilik Puan Saliha. “Ibu, Burhan ke mas….masjid ye… Burhan so..solat ke..ke..kejap.. lepas tu, Burhan terus.. ba..balik..”.

Tiada jawapan. Burhan tersenyum tipis, barangkali ibu tidur.
Setibanya di masjid, Burhan lekas lekas mengambil wudhuk dan beriktikaf. Usai solat jemaah, Burhan duduk di sudut masjid, membuka lembaran Al-Quran, dengan perlahan melafazkan ayat ayat suci surah ArRahman. Walaupun gagap, Burhan teliti dalam menjaga tajwid dan berusaha sedaya mungkin membaca dengan baik.
    
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Tiba-tiba airmata Burhan tumpah. Tergambar wajah ayahnya diruang mata. Ayahnya selalu membaca surah ini sewaktu di hujung hayatnya. Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? Ayahnya selalu berpesan. Apa jua yang terjadi, teruskan perjuangan hidup. Apa jua kekurangan,pasti Allah berikan kelebihan. Nikmat bernafas, nikmat makan dan minum, nikmat kebebasan dan nikmat yang selebihnya tidak lain dan tidak bukan datang dari Allah swt. Bukan kuasa kita untuk menentukan perjalanan hidup yang mendatang,namun berusahalah mengubah hidup kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, setiap apa yang diminta hambaNya yang soleh, pasti Allah makbulkan. Semakin lama, Burhan semakin teresak. Dia tampak cekal dan lurus bendul, namun hatinya juga hati seorang manusia biasa. Dia turut berasa sedih apabila dihina, dikeji, dan diperlakukan sesuka hati.

Dari jauh, Haji Syuaib memerhatikan Burhan. Dia menggeleng geleng kepala, turut bersimpati melihat anak yang malang itu menangis tak henti. Didekatinya Burhan, lalu duduk bersila di hadapannya.

“ Burhan, mengucap nak.. istighfar banyak banyak.. setiap musibah itu ada hikmahnya… Kamu anak yang soleh, tentu Allah sayang, doakan ayahmu dalam setiap sujud. InshaaAllah ayah Burhan tenang di sana..”

Burhan mendongak melihat Haji Syuaib. Dia memeluk kemas Al Quran yang dipegangnya, teresak esak menahan hiba. Sungguh tak tertanggung kesedihan yang menyelubungi dirinya. Cuma Al Quran tempat dia menenangkan perasaan, membaca kalimah Allah sungguh berkesan merawat hatinya. Haji Syuaib menahan genang air mata, sedih melihat Burhan yang menangis. Tubuh Burhan dirangkul erat sambil mengucapkan sabar kepada Burhan. Kepala Burhan diusap dengan penuh kasih sayang. Burhan menangis agak lama dalam pelukan Haji Syuaib.

“Burhan sa…sayang… ka..kak.., a.. abang.. semuaa… bur.. burhan sa..yang… Ibu Burhan.. la..lagilah.. Burhan sa… sayang…
Burhan… Burhan doakan.. semua.. ma..masuk syurga dengan Bur.. Burhan…Burhan… sedih… Bur… Burhan.. nak…nak… jum..jumpa ayah…”

Haji Syuaib hanya mengiyakan kata kata Burhan, dia putus kata kata. Kesal dengan perbuatan Puan Saliha yang selalu mengabaikan Burhan, padahal Burhan anak kandungnya sendiri. Dia hanya terencat sedikit, tapi fizikalnya sempurna. Bukankah anak itu anugerah Allah?

   
Pagi itu, Burhan bercadang mahu berjalan jalan sekitar kampung. Waktu cuti sekolah sememangnya seronok. Seperti biasa, Burhan mengayuh basikalnya laju di tepi jalan. Dia mengikat tin tin kosong pada tali lalu diikat di tempat duduk belakang, membiarkan tin tin itu berbunyi apabila terheret di atas jalan. Burhan menyanyi riang, sambil menyapa setiap penduduk kampung yang dijumpainya. Ada penduduk kampung yang buat tak tahu, ada yang membalas semula, ada yang mengusik cuba menolaknya. Burhan hanya tersengih setiap kali dia ditolak. Seperti biasa juga, rumah nenek kesayanganmenjadi tempat persinggahan.

“Assalamualaikum Nek!”, Burhan menegur Nenek Ayang yang menuruni tangga rumah.
“Jom Burhan, kita ke kedai kopi Mak Limah. Nenek nak jalan jalan juga…”, kata Nenek Ayang tersenyum menampakkan giginya yang rongak.

Burhan angguk lalu turun dari basikal, tersengih memimpin basikalnya lalu berjalan bersama sama Nenek Ayang. Mereka menyelusuri petak sawah yang terbentang, melihat burung burung berkicauan menyanyi riang, Burhan mendepakan sebelah tangannya…

“ Lihatlah… sekitar alam… Du..duniaa luas terbentang… Langit.. ting..tinggi kebiruan… pohon.. po…pohon kehijauan..”, bait lagu Sheila Majid dinyanyikan riang. Nenek Ayang tergelak melihat perangai cucunya. Lalu dia membalas dengan lagu Gurindam Jiwa, “Tuai padi…. Antara nampak… esok jangan… layu-layuan….”, sambil mengibas ngibas tangan mengikut lenggok. Burhan tergelak besar melihat neneknya, “pan..pandai nenek… nya..nyi..”, dia menggaru kepala sambil tersengih. Mereka ketawa bersama sama. Burhan bersyukur ada nenek yang menyayangi dirinya.

Seketika, nenek Ayang bertanya, “ Ibu ada kat rumah?”
“Taklah nek.. Ibu.. ke..kelu..keluar dengan kawan…”
“Kawan lelaki ke perempuan?”
“Lelaki…”


“ I taknaklah… U tahu kan anak I ada kat rumah…”, Puan Saliha membetulkan mekapnya.

“  I tahu.. tapi U janjikan nak kahwin dengan I.. lepas laki u mati..”, Datuk Kamsan memaut tangan Puan Saliha, memandang tepat ke anak matanya.

Puan Saliha tersenyum melihat Datuk Kamsan, digenggam tangan Datuk Kamsan kemas. Datuk Kamsan merupakan pemilik Syarikat Setia Holdings, majikan kepada Puan Saliha.

Bersambung….


Saturday, August 30, 2014

NIKMAT KU SYUKURI

Assalamualaikum wbt..

Tajuk entri aku kali ini ala ala lirik lagu patah sayapku patah nyanyian Nadia Aqilah sebagai ost drama Kerana Terpaksa Aku Leraikan, tapi dalam shortform :) So nikmat yang perlu disyukuri yang pertama ialah aku masih bernafas walaupun dosa yang aku buat bergunung gunung. Allah bagi aku peluang untuk bertaubat dan menebus semua kesilapan. Thank you Allah!

Nikmat yang kedua, alhamdulillah. Malaysia merdeka hari ini. Nikmat kebebasan tanpa cengkaman penjajah, rakyat boleh bekerja keras untuk menyara keluarga masing masing tanpa apa apa sekatan. Bersyukurlah. HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIA!

Nikmat yang ketiga, aku pass repeat exam pathology third year. Dan sekarang aku bersama rakan rakanku semula di fourth year. Aku rasa lega sangat dapat tahu result aku pass. So tahun ni, in shaa Allah azam baru, jangan malas malas. Be produktif, biar ke hadapan. Yang lepas jadikan pengajaran. Concentrate, ikhlas dalam belajar sebab dah tak boleh main main dah. This is your future career, aku rasa bila dah masuk fourth year, suppose kita belajar bukan exam orientate dah, tapi, kita betul betul kena tahu pasal suatu suatu benda, sebab apa yang kita belajar bakal di apply kan masa kerja nanti. Hopefully, I can performed my best!

Itu sahaja laporan pada hari ini. xoxo..
Assalamualaikum.

Saturday, August 2, 2014

MINAL AIDIL WALFAIZIN!

Assalamualaikum semua..

sihat? sihat? hehe.. in shaa Allah semoga sihat semuanya. Aku duk melepak tengok Facebook sementara tunggu badan ni sejuk. Tadi pegi ke Changlun Kedah, sebab pergi melawat bakal mak and pak mentua kakak aku yang sulung. Panas bukan main kat Changlun, rasa macam punyalah mengantuk, dah la aku pakai contact lens rasa kering betul la mata aku ni. Pergi dan balik sepanjang perjalanan aku lena mati dalam kereta.

Selamat Hari raya ke enam uols! ^^ Tahun ni tema raya kami warna kuning ataupun lebih spesifik warna mustard. Susah tau nak cari warna ni. Tahun ni banyak butik trending jual jubah. Aku plan dengan ibu nak pakai jubah mustard. Last2 aku sorang je yang pakai. Eh ibu pakai jugak jubah tapi warna lain, warna coklat gelap. Memula sekali aku plan nak ambik jubah Bella Ammara, lama dah aku bekenan jubah dia. Tapi, fikir fikir balik, mahal sangat. RM200++ rasanya yang aku nak tu. Rasa macam tak berbaloi pulak sebab aku rasa macam aku tak la pakai sangat. Mula mula tu aku rasa nak give up dah cari baju raya. Sebab yang aku berkenan semua mahal. Kakak aku pulak duk Shah Alam time tu, Shah Alam kan banyak butik butik online ni, so dia lah yang survey survey baju raya, tapi dia cakap yang elok elok memang sangat mahal. Masa pulak makin suntuk, dia pun dah kena balik ke Penang for good. Dah tak duduk Shah Alam. Alhamdulillah nak jadikan cerita, aku follower Hunnyboutique kat instagram, dah lama aku suka follow butik ni sebab aku ingatkan dia sponsor baju baju dalam drama, paling latest aku suka baju Wawa Zainal dalam Cerita Cinta Kita, yang dia berlakon dengan hubby dia tu. Kebetulan aku tengok tengok, dia ada jual jubah mustard! ^^ Dan bonus sebab ada sequin yang macam aku nak... sequin tu sekarang memang dah trending, semua butik jual. Apalagi,terus aku whatsapp owner Hunnyboutique tu, confirm nak beli jubah sequin mustard satu! Hihi.. memula macam nak beli dua.. tapi, fikirkan balik free size.. kang kakak aku taknak, sape lagi nak jubah tu...
Lepastu, macam biasa cari jugak baju raya lain kat Mahabbah Kepala Batas, dapat jugak satu lagi kurung moden warna Mustard dengan kakak sekali. Plus sepasang lagi baju kurung moden yang makngah suruh tailor jahitkan. Alhamdulillah itu je baju raya tahun ni... ^^

Hari raya pertama

Pagi tu memang siap awal. Malam raya kami tak busy sangat sebab dah buat semua dua hari awal, bubuh langsir bagai. Tukar karpet kot.. penat terus. Nasib baik Allah sayang kat aku, dia faham je aku penat, terus bagi aku period, so no problem. Aku buat kerja tak berhenti. So hari pertama raya aku tunggu abah dengan ibu datang, bersalaman Hari raya dan berjalan jalan raya. Tak pegi mana pun, just menziarahi pak ngah yang ada kat desa murni dan tunggu je kat rumah orang datang. Begitulah sampai malam. Tengok drama feveret di hari raya rindu awak 200%.. LOL sangat. I am a typical perempuan melayu malaysia..

Hari raya kedua

Pergi ke Batu Lima Perak attend rumah terbuka Tokchik and the family! Jatuh cinta sangat dengan rumah Tokchik ni. Dulu rumah ni Tok Pah and abah aku pernah duduk, waktu abah aku kecik kecik lagi. Sekarang Tokchik dah renovate, buat lawa lawa. Lawa sungguh! Apa yang aku idamkan selama ni, memang ada depan mata, rumah impian aku. Dalam macam english style, luar still tradisional, cantik sangat ada coffee corner bagai. Dalam rumah banyak cermin cermin yang tampal kat dinding, macam lawa sangat... Aku rasa nanti aku nak buat contoh la rumah tu untuk buat rumah aku sendiri. Lepas tu, jumpa semua adik beradik yang dah lama kami tak jumpa, dan kami tak kenal pun, mostly aku dengan adik beradik rapat dengan yang betul betul sebelah adik beradik abah, sepupu sepapat yang memang rapat sangat. Yang lain macam tak tahu sangat, so masa pergi sana barulah betul betul sembang dan jumpa saudara mara. :) Plus, selfie melfie.. HAHA

Hari raya ketiga

Duduk rumah je tunggu tetamu datang. Kawan tok datang dengan family. layanlah sampai ke petang. Aku pulak ikut abah dengan ibu aku ke Sungai Petani. Jalan jalan.. TEEHEE...

Hari raya keempat

Aku pegi kenduri rumah Dr Shariff, anak dia kahwin masa belajaq.. Kak Jiah nama dia, lawa sangat... simple and sweet, dia memang lembut, so tak payah acting nak lembut, aku yang kasar ni? bedal je la eh. Kak Jiah ambik account kat China, husband dia belajar kt China jugak tapi amek medik. Sweeetttt... :)
Lepas kenduri terus kami blah ke Sungai Petani, sebab kononnya nak beli buku buku medik untuk fourth year. Semangat je aku ni, exam pathology pun tak lepas lagi. penat je pegi, rupanya tutup... *sigh*

Hari raya kelima

Aku memang dah tak pakai dah baju raya, HAHA.. t shirt dan seluar jeans je, kami pergi ke Sg petani untuk cari buku buku medik di Laguna Bookstore. Habis dalam RM400++ jugak la. Mahal kot nak jadi doktot ni.. doktot doktot... Belajar macam nak pecah otak.. Allah tau aku mampu, sebab tu dia campak aku dalam bidang ni. Aku akan buat sehabis baik! ^^ *tabik*
Malam aku pegi Tesco beli barang barang untuk di bawa balik ke Ireland.

Okeylah. Macam panjang sangat aku bebel. Lets take a look...


Sunday, July 20, 2014

LIFE MUST GO ON

Assalamualaikum..

Ni bukan post heart broken... harap maklum.

Aku baru balik dari bukak puasa kat luar, macam biasalah makan kat Hotel Emerald Puteri Sungai Petani. Disebabkan aku minum nescafe segelas besauu, mata aku tak bole lelap pulak malam ni. Kalau tak, kemain awal aku tidoq..

So, aku decide untuk study. Oh lupa. Aku tak share kan dengan korang result aku kan? Tahun ni aku takmau tunjuk ahh.. sebab teruk sangat. Aku mengaku memang aku banyak sangat main. Serius.. aku tak tipu. Banyak kelas aku ponteng. Entah kenapa aku tak boleh fokus langsung tahun ni. Dapat markah pun cukup cukup makan. Apalah nak jadi dengan aku ni.. makin tua makin malas. In shaa Allah tahun depan aku memang nak pulun habis habisan. Taubat takmau dah repeat!

Aku kena repeat pathology ni pun penat nak khatamkan kat rumah. Tak tahu lah aku ingat ke tak.. tapi aku memang kena study setiap hari. Kena betul betul bahagi masa untuk belajar dan kemas rumah. Rumah tok aku ni bukannya kecik, besauu dan banyak barang. Semput aku mengemas, sampai rasa cam nak bukak posa.. lol..

Banyak betul la dosa aku dengan Allah. Gila banyak sampai Allah kata, kau fail kali ni. padan muka aku. Bila aku muhasarawak balik apa aku buat sepanjang tahun ketiga ni, aku rasa memang hidup aku banyak diisi dengan benda lagha compared to when I was in 2nd year. Tahun ni memang macam macam jadi, bak kata Pak Najib, the worst year ever. Banyak betul dugaan aku tahun ni. In shaa Allah dugaan ni mudah mudahan menguatkan aku yang lembik cam sotong nih. kihkih..

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]

Ok lah. aku nak roger out.Cerpen aku pun tak sambung sambung. Nantilah aku tulis.
Assalamualaikum.... :)