Saturday, December 19, 2015

WINTER HOLIDAYS TERAKHIR UOLS!

Assamualaikum...

Bersawang laman sesawang aku ni. Lama tak menerjah ke ruangan blog kesayangan. Aku nak tidur, tapi tak tertidur, mata aku letih menatap laptop terlalu lama. Tapi, bila nak tidur, mata tak letih pulak, macam burung hantu. Adakah ini efek kopi aku minum? Atau adakah kerana hadirnya makhluk bernama Mamoru dalam bilik aku? Mamoru ni kucing kawan aku. Kawan aku tu pergi jalan jalan Europe, tinggalkan kucing beliau kat aku. So far, bagus Mamoru ni, Tak buat hal as in tak berak or tak kencing merata rata. Lepas makan je, dia duk miauuu kat aku seperti tanya, "Toilet mana kak?", HAHA. So, aku bawak dia ke toilet pasir dia. Dia tak faham faham, sampai kali ke enam aku letak dia kat situ, akhirnya dia mengerti. Alhamdulillah. Lega sikit aku. Tak payah rungsing dah fikir kalau dia melepas merata. Aku yang nak tidur sangat sangat, last last dia yang nyenyak terbongkang atas katil aku. HAHAHA..

Sekarang winter break! Kiranya cuti last winter aku kat Ireland. Aku tak pergi mana mana. Nak memerap je dalam bilik. Tengoklah kalau ada mood nanti mungkin jalan jalan dalam Ireland. Tapi setakat ni, interest tu zero. Dengan nak exam final ni, aku tak ada mood or planning nak merantau bersuka ria. Tak adalah stress pun, tapi not in mood. Sebab banyak benda kena setel. Wahh, Iylni dah matang ni... tak suka bersuka ria sangat dah.. UWEKK.. muntah hijau. HAHA.. Baru tadi karaoke beberapa buah lagu. Aku tak tahu lah bila aku boleh stop menyanyi. Bagi aku, menyanyi adalah satu hobi yang tak matang. Eh ye ke? Apa pendapat you alls? Bagi aku, itu adalah part of big things I want to stop, dan sampai sekarang tak berjaya. Im so tempted to sing loudly and test vokal kata orang. Lagi high pitch lagi aku suka. Bila lepas menyanyi tu, baru rasa, eh bisingnya aku, sangat tak matang. HAHA.. gitu..

Penting ke jadi matang? Aku tak tahulah apa orang lain fikir. Tapi, bagi aku sejujurnya yes. Sebab aku dah banyak tengok sikap sesetengah orang yang bagi aku matang. Hidup dorang tersusun. InshaAllah setakat ni. Dorang bijak bertindak, setiap benda dorang buat, ada rasional, tak nampak serabut. Susah aku nak describe, but I really hope I can achieve that. Be a smart and organize person inside out. Matlamat hidup jelas, duniawi dan ukhrawi.

Dua minggu cuti aku kena focus on study. Medicine dan Paediatrics 20 credit each paper. Aku memang kena struggle lebih sikit. Abah call masa aku tengah stress rotation surgery hari tu. Rasa nak burst air mata, tapi tahan, tahan... Aku kena kuat dalam bidang ni. Kadang kadang kalau rasa nak give up, aku cepat cepat ingatkan diri aku sendiri, belajar untuk ilmu belajar untuk ibu abah, belajar untuk tolong ummat. And I remembered my surgeon said, "You know what the last person in the class called? A doctor". Means that, apa pun pencapaian kita waktu medical school, once dah graduated, all of us are doctors. Tak sabar nak tunggu waktu tu... inshaAllah.. four months to go...

My hubby-to-be.. LOL.. (amin.. amin ya rabbal alamin..) ...
Dia dah kerja almost five months kalau tak silap. Bagi aku, dia sangat kuat. Jarang dia cerita masalah kat pejabat, walaupun aku tahu sebenarnya dia ada masalah, and walaupun sebenarnya dia sangat letih, dia tak pernah merungut bila aku ajak borak pasal masalah aku. Full support plus advices dia bagi. Aku memang sangat degil dan kuat bebal, mujurlah dia tak cepat melatah kali ni. He tried to communicate, and if he failed, he will stop texting me and straight away went to sleep and try to aproach me again the next day. Until when he reached his patience limit, aku buat perangai jugak, he will 'left' me, sampai aku sedar balik what I have done.

Monday, September 7, 2015

AKU FREE HARI INI

Assalamualaikum..

weehuu rakyat sejagat.. yang di Malaysia atau di Ireland..
Aku baru nak mula study kejap lagi.. pagi tadi aku bermalas malasan buat kerja lain..

Kejap lagi nak keluar pinjam buku dan jumpa junior yang tolong aku buat final year project. Lagipun aku tak buat apa apa, jumpa dia kejap just untuk belanja secawan kopi.

Sambil aku menaip ni.. aku dengar lagu siti.. Galau.. korang tau tak? HAHA.. ke aku je yang tahu..
Okay, hari ni aku target nak study Orthopaedics and ECG.. Aku nak make sure aku paham betul betul ECG.. Sebab penting, kalau exam, mesti dia akan selit satu data interpretation pasal ECG ni. Pastu nak go on a few notes pasal respiratory diseases : COPD, Lung cancer, TB, Sarcoidosis, Asthma, Pneumonia. That is my plan for today. Enam buku yang aku pinjam, belum sempat aku go through cases dalam tu. Petang ni nak pinjam lagi buku kat Cork University Hospital. Bajet rajin je kan.. Aku suka ada buku walaupun aku tak baca. HAHA.. boleh gitu?

Dah seminggu ni, aku baru nak godek godek study, cannot!! Aku target nak sentuh jugak semua specialties kalau boleh sampai habis rotation ni, time ni je nak buat nota semua. Nanti dah tak sempat.
Okaylah, got to go. :)

p/s : palpitation betul sebab minggu ni ada perjumpaan MARA.. and the thing yang buat aku neves, dia nak jumpa year by year. siap kena bawak result weh!!

AND.. aku tak tahu kenapa.. lately aku betul betul suka warna kuning.. HAHA.. mungkinkah aku otak kuning?

Beg kuning kakak bagi.. tudung kuning.. 

Warna kusyen pun kuning.. aku suka..excuse my baby tidoq..

Bilik aku,.. aku cat kuning sebelah.. sebelah lagi aku buh wallpaper.. kuning.. T.T

Tudung Aidijuma bakal abang ipaq bagi hadiah.. Aku pilih kuning gak..

tudung kuning waktu photoshoot ngan Tasha kat main campus..


Saturday, September 5, 2015

BUANG MASA?

Salam guys..

Simple thing.. Harini aku sangatlah bosan. Tak produktif hidup aku hari ini. Banyak main sampai ke sudah. Chill. Malam ni aku start balik study. Letih tu taklah sangat kalau nak diikutkan minggu ni punya jadual, it just that I don't have time to pamper myself. Sibuk dengan first years yang baru datang. Aku bawak dorang beli barang barang kat town. Tolong dorang kenal tempat tempat kat sekitar Cork ni. Aku rasa tu lah first time ever aku berjalan lama sepanjang kat Cork ni, tapi asalkan dorang dapat adapt dengan selesa kat Cork ni, that is my intention. Lagipun ada anak kawan ibu aku yang datang first year, so okay jugak aku bersua kenal.

Aku target malam ni nak habiskan dua main topics. Kalau boleh, inshaAllah. Nak main dulu puas puas petang ni, malam ni aku study puas puas jugak. Ada satu hari tu aku malas betul nak study, and ask syahmi kenapa malas sangat aku ni.. And he said, cuba ingat balik macam mana kau boleh sampai sini? Macam mana dan kenapa kau ada kat sini.. mula mula dulu? Aku diam lama.. Lepastu aku blah mandi, dalam shower tu banyak benda aku fikir. Setengah jam jugak aku tahan kepala aku bawah shower, fikir matlamat aku, fikir family aku yang datang nanti. And I'm back to my room texting him.. "Thanks weh.. kau ingatkan aku.." and he replied me with a smile. Best jugak ada partner yang sanggup dengar hempas pulas aku hidup kat sini. He is supportive and he is really my everything after Allah and parents.

There goes my nagging... HAHA.. Okaylah. got to go.. Assalam...


MELOMPAT LEBIH TINGGI

Assalamualaikum... and halo halo to visitors..

Fuhh... berhabuk habuk blog aku... Lama gila tak jenguk blog kesayangan hamba ni...
Sebelum dia menjadi markas labah labah buat sawang.. baik aku menaip..

Aku baru lepas naik ke bilik dari memasak sup ayam dan sambal belacan. No idea nak masak apa. So just masak menda alah yang simple dan cepat. Mata aku dah heavy sangat sekarang. Padahal awal lagi. Tadi tengok satu video ni, menangis pulak.. Lagi la heavy mata aku. Berhingus siap.. HAHA..

Tunggang terbalik aku belajar selama empat tahun ni, akhirnya aku dah sampai ke fasa tenat yang terakhir lagi mendebarkan lagi menakutkan dan lagi lagi lagi mencabar. Im in FINAL YEAR! Final year med guys! Aku pun tak sangka sepantas ni masa berlalu meninggalkan kenangan demi kenangan bergelut dalam bidang yang maha susah ni. Makin lama, makin menurun semangat untuk aku belajar, tapi aku cepat cepat pulihkan semangat aku tahun ini mengenangkan perjalanan ini yang bakal berakhir tahun depan, inshaAllah.. dengan izinNya..

Aku terfikir, aku ni dah matang ke untuk bekerja nanti? Boleh ke aku handle patients aku sendiri nanti? Orang yang tak pernah rapat dan tahu aku, mesti ada tanggapan yang aku ni serius. Sebabnya aku memang jarang senyum kalau jumpa orang yang aku tak rapat. Kadang-kadang aku cuba ubah perangai aku, jadi orang yang suka senyum semanisnya, tegur, ramah tamah. So, kadang-kadang ok je.. aku boleh je nak jadi ramah, tapi bila aku tahu ada aura aura yang kuat keliling aku, aku akan diam. automatik weh,, padahal aku kadang kadang tu boleh je nak cakap.. tapi aku malas mulut aku berat nak sembang panjang panjang. Aku akan diam dan blah dari situ. Itu memang perangai aku.

Padahal kalau seseorang tu rapat dengan aku dorang pasti akan tau perangai separuh gila aku. Aku sangat gila.. sangat sangat.. ceh! mengaku gila.. HAHA.. aku suka buat sesuatu benda spontaneous, Tak suka sangat ikut plan. Kalau study pun ikut mood.. macam mood aku malam ni, aku nak berblogging,,., so aku tulis la kat blog.. Buat apa nak jadi nerd? Aku tak suka jadi nerd.. Aku lagi suka jadi free soul.. Enjoy apa yang aku buat,. Tak payah nak force diri sangat.. Mungkinkah medik bukan bidang aku?

Aku paling pantang kalau ada orang jenis risau over ni.. Rilek sudah.. Aku pun ada masalah.. tapi tak perlulah nak gelabah sampai affect orang lain. HAHA.. orang macam ni aku akan jauhi dulu.. Dan sebenarnya penyakit gelabah ni sedikit sebanyak dah affect aku.. Kadang kadang aku yang gelabah monyet, And next person yang aku pantang, adalah orang yang bajet tahu dan bajet pandai. HAHA.. aku rasa bila aku masuk medik ni, banyak jenis ni aku jumpa. Kononnya, taknaklah mengaku tak tahu nanti orang cop kita ni low confidence lah.. tak pandai lah.. *talktothehand* Bagi aku, tak tahu tak semestinya bodoh, Jujur tu lagi bermakna dari bajet tahu. Tak payah la nak over competitive sangat sampai pandang rendah kat orang lain. Orang yang kena repeat year atau reseat paper, tak semestinya dia tak pandai, Allah nak uji, bahkan nak bagi kelebihan untuk faham lagi sesuatu subjek tu. Jadi buat sesiapa yang selalu reseat, chill guys! Allah knows better dari manusia yang asyik menilai.

Haha bebel pulak aku... lama tak bebel so biarlah kat aku.. Dah la.. aku nak sambung study..tak tahu dah nak cakap apa.. lain entri pulak.. zzzz

Assalamualaikum..

Wednesday, April 8, 2015

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 3)

Puan Saliha tersenyum kembali. Anak mata Datuk Kamsan dipandang lama. “You kena yakin dengan I.. I promise everything will be end soon. I pun tak sabar nak hidup dengan you”, balas Puan Saliha. Dia menghirup Vanilla Latte yang dipesan sebentar tadi.

Datuk Kamsan hanya tersenyum bahagia. Agak lama mereka berada di kafe itu. Setelah satu, satu lagi topik dibuka. Puan Saliha beria-ia menceritakan kepada Datuk Kamsan tempat berbulan madu mereka kelak. Perbualan mereka berakhir apabila Puan Saliha menerima panggilan telefon.

“Ibu, ibu balik… tak malam ni?”, satu suara yang amat dibenci Puan Saliha kedengaran di telefon.
“Eh, aku nak balik ke tak suka hati aku… Kau tak payah sibuk. Bye!”, terus Puan Saliha meletakkan telefon. Dihempasnya telefon itu di atas meja. Kembali menghirup sisa sisa Vanilla Latte yang tertinggal.

“You ni.. kenapalah benci sangat dengan budak tu? Apalah salah dia dengan you? Take it easy ok?”, Datuk Kamsan bersuara, menghembuskan asap rokok.
Puan Saliha menjeling tajam, jari telunjuknya diletakkan di bibirnya yang merah menyala. “Shh.. diam ok? You tak tahu apa apa..”.

Di rumah…

“Ibu ok ke x ni? Aku tidur dulu lah… “, monolog Burhan. Usai membaca doa tidur, Burhan membiarkan matanya yang kian berat tertutup rapat setelah berhadapan dengan hari yang agak meletihkan. Petang tadi, dia menolong neneknya membuat kerja rumah setelah ke kedai.

Burhan tersenyum lama…
“Ayah! Ayah buat apa kat sini?”

Susuk tubuh itu amat dikenali. Berpakaian kemeja putih, di hadapan kereta Inspira putih. Seketika, tubuh itu berpaling menghadap Burhan. Tangannya melambai lambai ke arah Burhan.
“Burhan, nak jumpa ayah tak? Sini”

“Nak ayah. Ayah, Burhan rindu ayah…”, dipeluk kemas susuk tubuh itu. Air mata menitis. Ayahnya membelai rambutnya. Tapi… tapi… Burhan perasan, tubuhnya lain. Dia sudah dewasa. Ayahnya sudah beruban. Raut muka ayahnya sayu, kedut muka jelas terpapar.

“Burhan, kalau Burhan dah berjaya, Burhan jangan lupa diri. Walaupun Burhan tidak seperti orang lain, ayah percaya Burhan boleh membuktikan Burhan layak mendapat kejayaan yang sama seperti orang lain. Burhan janji dengan ayah, jaga ibu kakak dan abang, boleh?”, suara ayahnya sama.

Burhan tersedu. Raut wajah ayahnya dibelai belai. Hanya anggukan sebagai jawapan kepada ayahnya. Dia kelu tidak mampu berkata-kata. “Ayah, tak boleh kah ayah kembali?”, Burhan masih tersedu, anehnya dia tidak gagap, langsung tidak.

Ayahnya hanya menggeleng, tersenyum. Tiba-tiba, wajah ayahnya kian pudar. Tubuh ayahnya hilang. Burhan memanggil manggil ayahnya beberapa kali.

“Ayah!!!!”, Burhan terbangun dari tidur. Dia beristighfar beberapa kali. Dipandangnya jam di dinding. Pukul 2 pagi. 

Burhan bangun, dia mahu memastikan ibunya sudah pulang. Lampu di ruang tamu terbuka. Dia tersenyum, mengetahui bahawa ibunya sudah pulang. Puan Saliha terbaring di sofa, tertidur keletihan. Dipandang lama wajah ibunya, berbaur perasaan, sayang, sedih dan terkilan. Mengapa dia amat dibenci oleh ibunya sendiri? Mungkinkah ada sebab di sebalik kebencian yang menebal terhadapnya?

Dia tersedar dari lamunan apabila terlihat ibunya berubah posisi tidur. Dia agak ibunya tidak selesa. Segera diambilnya selimut dan bantal. Dia agak cuai dan tergelincir ketika mahu menyelimutkan ibunya. Akhirnya dia terjelopok jatuh ke atas ibunya.

“Aduhhh! Hoi! Apa kau buat ni? Bodoh lah kau ni!”, menyinga Puan Saliha, apabila tidurnya terganggu.

“Maaf ibu, maaf… ma.. maaf… Burhan nak.. nak selimutkan ibu….”, Burhan melutut di hadapan ibunya, terketar ketar menggenggam kedua dua tangan memohon maaf.

“Eee..!! Kalau dah bodoh tu, tak pandai pandai jugak!Buat orang sakit hati”, marah Puan Saliha, tangannya mencubit cubit Burhan, mengetap bibir. Ditarik rambut Burhan lalu tapak tangannya menampar pipi Burhan. Burhan menangis memohon maaf. Dibiar tangan Puan Saliha hinggap di tubuhnya. Puan Saliha menarik nafas dalam, puas setelah memukul anaknya. Dia berlalu ke bilik, memijak badan Burhan yang terbaring menangis.

Penderitaan Burhan tidak pernah terhenti… Selama hidupnya, tiada satu hari pun yang aman.

Sekolah Menengah Dato’Onn..

Loceng berbunyi buat kali kedua. Waktu rehat untuk semua kelas. Burhan menghela nafas. Ditutup buku latihan matematik tambahan. Dikesat hingusnya yang mengalir. Burhan meletakkan kepalanya di atas meja, matanya cuba ditutup rapat. Dia mendengar bunyi tapak kaki perlahan-lahan menapak ke arahnya. Dia makin menutup matanya rapat. Malas untuk melayan karenah orang sekeliling. Dia penat dengan segala pertanyaan. Dari pagi, apabila melihat mukanya bengkak bengkak kerana menangis dan tidak cukup tidur, rakan-rakan mahupun guru asyik bertanyakan soalan. Dia muak memberi jawapan. Mujur dia tidak berjumpa dengan Lokman dan kawan-kawannya yang lain, kalau tidak, lagi teruk bengkak mukanya, sama ada ditumbuk, ditampar atau disepak sesuka hati.

“Eh, saya tanya boleh? Ni kelas 5 Lambda, betul?”, satu suara yang asing menujah telinga Burhan.
Burhan mengamati suara itu. Bukan suara Hisyam, bukan juga suara Lokman. Dia tidak pernah mendengar suara itu. Dipaksa matanya untuk buka, kepingin tahu.

Dia melihat seraut wajah yang pertama kali dilihatnya. Matanya digosok beberapa kali. “Eh, sia.. siapa ni..? Saya min.. minta maaf.. sa… saya ingat.. ka…kawan kelas tadi. Oh, ya ya.. ni kelas 5 lambda. Awak.. awak siapa?”, ujar Burhan, mendongak melihat pelajar lelaki di hadapannya. Pelajar lelaki itu kemas. Rambutnya tersikat rapi, baju kemas, lengan panjang disinting rapi, dikira kira ada aura menjadi popular dalam kalangan pelajar perempuan.

Pelajar lelaki itu tersengih lalu menarik kerusi ke hadapan meja Burhan, lalu duduk. “saya pelajar baru. Baru sahaja sampai hari ni. By the way, saya bukan kelas ni, saya kelas sebelah, 5 Sigma. Saja saya lalu sini tadi, tak nampak signboard kelas, saya konfius, saja nak tahu kelas apa ni.. kebetulan saya tengok kau ada. Nama saya Farish. Ada H kat hujung. Bukan Faris”, ramah Farish memperkenalkan diri, di suakan tangan ke arah Burhan. Burhan terpinga pinga. Inilah kali pertama seseorang melayannya sebegitu. Dikesat hingusnya lagi. Farish menjeling kegelian. 

“Eh tak payah salam lah, nah tisu”, Farish mengeluarkan tisu dari poket kemejanya, dia baru lepas makan di kantin. “terim…Terima kas..kasih..Min..ta maaf.. saya tak… senga.. ja..”, kekok Burhan bersuara.

“rileks ok? Kau nampak takut sangat ni. Saya makan nasi je, tak makan orang. Cool bro…”, ditepuk belakang Burhan beberapa kali. Burhan hanya tersengih, malu. “Oh, Burhan.. Nama kau Burhan? Cool! Oklah sori saya kacau. Kau tidur ke tadi?”, tanya Farish, sambil melipat kembali lengan panjang baju kemejanya supaya kemas. Mereka berbual lama sehingga tamat waktu rehat.

Burhan lega. Akhirnya, ada seseorang sebagai kawan yang mahu menerima dirinya seadanya.


Bersambung....