Tuesday, March 11, 2014

TAK BAIK... TUHAN MARAH.... (PART 1)

“ Busuk gila budak ni. Pergi main jauh jauh!”, Lokman mencebik. Hidungnya ditutup rapat. Beberapa rakan yang lain sudah beranjak pergi meninggalkan meja makan. “Woi budak! Boleh blah tak dari sini? Dah la busuk, mual aku”, Lokman sekali lagi bertempik apabila melihat Burhan masih di situ. Burhan hanya melihat. Tersengih seperti kerang busuk. “ A…aku.. aku.. nak… nak makan dengan korang jugak”, tuturnya dengan nada ceria, tapi gagap seperti biasa. “Tak paham bahasa ke budak ni?!”, Lokman hilang sabar lalu sengaja menolak pinggan Burhan yang terletak di atas meja sehingga jatuh ke bawah. Habis jatuh nasi berlaukkan ayam goreng berselerak di atas lantai kantin. Semua pelajar yang berada di situ terdiam melihat reaksi Lokman yang biadap.  Burhan tertunduk melihat nasi yang dibelinya sudah berselerak di atas lantai lalu melutut sambil mengutip sisa sisa nasi dan dimasukkan semula ke dalam pinggan yang tertiarap. Dia mendongak memandang Lokman yang sudahpun berdiri untuk meninggalkan tempat itu. “ Lok… lokman… tak baik… tau.. kau.. kau.. buang… rezeki.. Tu.. Tuhan marah…”.

“ Ah! Kalau dah biul tu, biul jugaklah.. Aku tak faham kenapa mesti mak kau hantar kau pergi sekolah. Dah la lembab, bodoh, bingai…”, hambur Lokman lalu meninggalkan Burhan yang terkial kial mengutip nasi. Burhan membebel keseorangan, “Aduh, lapar ni. Nak.. nak.. makan apa...”. Sejurus habis Burhan mengutip nasi, loceng sudah berbunyi. Waktu rehat telah tamat. Burhan terpaksa ikat perut sepanjang kelas sesi petang. Sejak pagi dia tidak makan apa apa memandangkan dia lewat bangun dan terpaksa mengejar bas. Puas dimarahi ibunya akibat bangun lambat. Petang itu, dia pulang dengan muka yang masam. Tidak tergambar betapa laparnya dia pada waktu itu. Hendak dibeli makanan ringan yang dijual di gerai gerai luar sekolah, dia tidak mempunyai wang. Wangnya habis dibelanjakan untuk nasi dengan ayam goreng di kantin sekolah. Air? Burhan sudah biasa hanya minum air paip. Dia tidak punya cukup wang untuk membeli air.

Burhan juga tiada kawan yang rapat. Dia selalu dijauhi kerana bau badannya yang busuk. Tetapi, dia tidak marah atau tersinggung dengan semua kawan-kawannya. Tidak pernah juga dia berhenti untuk cuba mencari dan mendekati kawan kawannya jika berkesempatan. Ada kawan yang kononnya memahami, dan cuba sedaya upaya untuk tidak berterus terang mengutuknya, cuma seringkali Burhan mendengar cemuhan mereka di belakang, selalu juga Burhan menegur, “ Kawan-kawan, tak… tak.. tak baik mengata… Tuhan marah…”, sambil tersenyum dia mengangkat jari telunjuknya. Namun, seperti biasa kawan-kawannya buat tidak tahu dan berpura-pura tidak mendengar.  Burhan sudah terbiasa dan dia tidak kisah, kerana dia selalu bersangka baik. Katanya manusia tidak sempurna, semua manusia buat salah, itu pesan nenek.

Dari kejauhan, Burhan terbau bau masakan nenek Ayang yang sedap. Petang itu, dia bercadang mahu singgah di rumah neneknya, kemudian barulah pulang ke rumah. Burhan sudah biasa meluangkan masa bersama neneknya. Jika dibandingkan dengan ibunya, nenek lebih menjaga dan menatangnya bagai minyak yang penuh. Kalau Burhan kena marah atau pukul dengan ibunya, dia selalu lari ke rumah Nenek Ayang menangis dan mengadu. Ketidaksempurnaan Burhan tidak pernah dilihat Nenek Ayang. Walaupun Burhan tidak cerdik, hatinya lebih terang untuk menerima ilmu agama dan dia patuh dengan setiap teguran dan ajaran. Nenek Ayang percaya, Burhan ada keistimewaannya tersendiri. Dia budak yang istimewa!
“Nenek! Nenek! Burhan… ba.. balik ni…”, tergopoh gapah Burhan menanggalkan kasut.
“Ya sayang nenek! Nenek kat dapur ni… mari cepat kita makan sama-sama”, sahut Nenek Ayang dari arah dapur.

Seraya bersalaman dengan neneknya, Burhan terus mencapai pinggan lalu disenduknya nasi untuk dia dan Nenek Ayang. Perlahan lahan dia melafazkan doa makan, walaupun gagap, dia tidak pernah melupakan amalan membaca doa sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Nenek Ayang tersenyum melihat cucu kesayangannya, sayang sungguh dia pada Burhan. Burhan tidak sama dengan cucu-cucunya yang lain. Fatah dan Shima, kedua-duanya susah mahu mendengar kata dan suka ikut kepala sendiri. Mereka ialah kakak dan abang kepada Burhan. Keduanya tidak pernah melayan adik mereka dengan baik, ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mereka apabila melibatkan Burhan. Sungguh rasa benci pada Burhan kerana dia tidak sempurna dan tidak bijak pandai seperti mereka. Fatah merupakan pelajar yang sangat pintar di sekolahnya, dan kini menuntut di sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur, begitu juga dengan Shima, yang baru sahaja mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM dan masih menunggu peluang untuk mendaftar di mana-mana universiti. Kedua-dua menjadi anak emas kepada Puan Saliha, dan layanan yang diberi kepada Burhan tidak seperti kakak dan abangnya.

Namun begitu, Burhan selalu menyayangi ibu dan adik-beradiknya, dia tidak pernah lupa berdoa untuk mereka setiap kali usai solat. Dia tidak pernah tersinggung mahupun berkecil hati. Dia yakin Allah Maha Adil dan Nenek Ayang ada bersama-samanya. Dia sudah berasa disayangi apabila masih diterima dalam keluarga yang terkenal dan bangga mempunyai adik beradik yang bijak.

“ Sedap tak nek masak?”, ujar Nenek Ayang setelah melihat Burhan yang tidak panggung kepala menghadap makanan yang tersedia.

Burhan mengangkat ibu jari, isyarat ‘best’ pada neneknya. Nenek Ayang tersengih melihat kelaku cucunya. Dia menggelengkan kepala. “Budak ni mesti tak makan dari pagi… Leha.. Leha…”, Nenek Ayang bermonolog di dalam hati. Nenek Ayang sudah faham dengan perangai menantunya itu. Kalau ditegur pun, bagai mencurah air ke daun keladi. Selagi dia masih hidup, dia akan selalu menjaga Burhan. Itu janjinya pada arwah anaknya, Sulaiman. Sulaiman selalu risau dengan isterinya. Dia tidak tahu mengapa Saliha terlalu membenci anak mereka yang bongsu itu. Tidak pernah sekali ada ibu yang membenci darah daging sendiri. Dia berharap suatu hari isterinya itu akan berubah, namun terlebih dahulu Sulaiman meninggalkan keluarganya menyahut seruan Ilahi. Burhan menjadi mangsa keadaan, selalu dilemparkan kata kata maki hamun apabila Puan Saliha sedang tertekan dengan masalah kewangan atau kerja. Apabila Burhan cuba bersuara, dia diherdik dan dipukul. Pernah sekali ibunya pulang dengan muka yang masam dan kepenatan, Burhan membancuh air untuk ibunya. Akibat tergopoh membawa air, dia tertumpahkan air yang panas itu ke atas riba ibunya, apalagi, Puan Saliha menjerit lalu memukul Burhan. Burhan menangis sambil merayu-rayu meminta maaf. Tidak pernah sekalipun rayuannya didengar puan Saliha. Syaitan lebih menguasai fikiran dan marah serta benci meluap-luap melihat Burhan.

 “Nenek…Nek… oh.. nek… eh.. menge… mengelamun… teringat… A.. atuk ye…”, usik Burhan mengejutkan Nenek Ayang yang sedang mengelamun jauh. Usai makan tadi, mereka berjemaah menunaikan solat Asar. Kemudian, nenek Ayang duduk di serambi rumah, bersantai sambil menjahit baju kurung. Burhan melabuhkan punggung di hadapan Nenek Ayang. “Nek… Burhan ni… bu.. busuk ke?”, tanyanya sambil menggarukan kepala. Sesekali, dia tersengih menampakkan barisan giginya yang kuning. “Kawan-kawan masih mengusik ke?”, soal pula Nenek Ayang. Dia sudah biasa dengan soalan seperti itu daripada Burhan. “ Ha ah. Dorang cakap Burhan macam bau kambing. Bau kambing macam mana nek?”, sengihnya.

“ Burhan… burhan.. Burhan cakap kat dorang.. Alhamdulillah… lepas tu burhan diam, burhan jangan cakap apa-apa. Orang baling batu, kita balas buah. Ingat tu”, pesan Nenek Ayang, satu per satu. Burhan mendengar sambil dahi berkerut. “Tapi, dorang tak baling batu nek, nenek salah dengar ni. Burhan cakap dorang cakap burhan busuk macam kambing!”, kali ini dia menjerit sikit, kerana dia menganggap Nenek Ayang kurang mendengar soalannya. Tergelak Nenek Ayang mendengar kata-kata Burhan. Kadangkala, sikap lurus Burhan amat mencuit hati. “ Maksud nek, kalau dorang buat jahat dekat kita, kita janganlah balas dengan benda yang jahat jugak. Kita balaslah dengan kebaikan”, terang Nenek Ayang sambil merenung jauh ke dalam anak mata Burhan. “Ooo……..”, Burhan mengangguk faham, kemudian dia menggigit kukunya.

Mata Burhan liar memandang ke petak sawah. Rumah neneknya betul betul di tengah petak sawah. Dari kejauhan, dapat dilihat rumah batu kepunyaan keluarganya, iaitu di petak sawah yang lain. Di sudut lain, dia ternampak sekumpulan budak-budak kampung sedang memasang perangkap untuk menjerat burung. Dia kenal semua budak-budak itu, Lokman, Syah, Haidir dan Mamat, semua rakan sekelasnya. Dia tersengih, keceriaan. Tanpa berlengah, Burhan bingkas bangun menuruni tangga rumah, berlari ke arah kawan-kawannya. Nenek Ayang tidak sempat menanyakan cucunya, dia hanya mengekori Burhan dengan gerak mata sehingga Burhan sayup jauh ke tengah sawah padi. Sejurus itu, dia menyambung menjahit baju kurungnya.

Di tengah sawah….


“Lokman! Lokman yang gagah, kacak dan manis… ada Syah, Haidir dan Mamat jugak.. korang buat apa?”, ramah Burhan menegur sambil tersengih. Akibat ditiup angin sawah yang sejuk, Burhan selsema. Sesekali, dia menyedut hingus yang mengalir. “Lah.. budak kotor lagi busuk ni. Sibuk kau ni. Kau duduk sajalah diam diam”, kata Lokman, sambil menyambung memasang perangkap. “Korang nak bunuh burung ke? Eh… tak baiklah.. Tuhan.. Tuhan.. Tuhan marah…”, Burhan sudah bertinggung sebelah Lokman.  “ Taklah, kitorang nak bunuh kau! Diamlah!”, Syah tiba tiba naik angin. Benci betul mereka dengan Burhan yang selalu menganggu agenda mereka. “ Lagi lah tak baik… Tuhan marah…”, jawab Burhan sambil mendongak memandang Syah. Puihh… kahak hijau berlendir jatuh di atas muka Burhan. Burhan terbangun, terpisat-pisat mengelap kahak yang melekat di mukanya. Mamat meludahkan kahak ke atas muka Burhan yang sedang mendongak memandang mereka. Lokman dan kawan-kawannya ketawa beramai-ramai melihat gelagat Burhan yang kegelian. Matanya berair menahan kesedihan, tapi sedaya ditahan. Dia tersengih sengih. “ Hihi.. korang melawak dengan aku…”, itu sahaja yang mampu dikatakan. “Memang sah bodoh, haha…”, Lokman ketawa, lalu mereka berlalu meninggalkan Burhan yang terpinga di situ. Bau kahak yang busuk itu menyebabkan Burhan termuntah. Dia bergegas pulang dan mandi. Langsung tidak diceritakan perkara itu pada Nenek Ayang. Sejurus itu, dia meminta izin untuk pulang ke rumah. 

Bersambung....

Tuesday, March 4, 2014

PARIS

Assalamualaikum.. aku tahu cerita ni dah basi.. hehe.. cerita masa aku jalan jalan dengan kawan ke PARIS.. hehehe.. kami berempat pergi time hari raya AidilAdha.. betapa gilanya kami.. hahaha..

Tetiba je satu malam ni kawan aku ajak ke Paris sebab ada satu hari bank holiday iaitu masa hari Isnin. So, pergi hari Sabtu kot kalau tak silap, pastu balik Isnin, tak ingat dah wey.. lama sangat.. kat Ireland ni ada cuti bank holiday tau.. bes sangat boleh lama lama cuti... hehehe..

So, sebelum bertolak tu, kami makan makan dulu kat rumah raudhah, nama rumah tu raudhah suweet kan? hehehe.. dorang ada buat makan makan sempena raya aidil adha ni.. dan kami ni sebelum bertolak, singgahla kejap.. sedap ok? dorang buat bihun sup, pastu apatah lagi.. sedap.. bihun sup je aku ingat sebab feveret aku.. so, lepas tu kami pun bergegas ke airport dan fly ke France. hihi..

Tak banyak tempat pun la kami sempat singgah, al maklumlah dua hari je nak jenjalan. so, sesampainya kami kat airport France tu, terus kami ambik train untuk ke... ke mana lagi kalau bukan ke Eiffel Tower, yang kononnya ada lah lambang cintan cintun kat situ, time tu sejuk lagi, kami tak naik pun sampai atas, posing je lebih depan tower tu.. ramai la jugak time tu.. macam macam posingla.. sampai la nak dekat malam, kami rasa lapar yang teramat, so carilah kedai halal kat situ... takjumpa pulak lol.. dah la orang kat situ tak reti nak cakap English sangat, nak isi perut, kami beli lah pastry and makan.. Perghhh sedap siot.. sedap tak terhingga.. alhamdulillah.. pastu jalan punya jalan, tak jumpa jugak kedai makan, kami singgah la kat kedai yang jual seafood. so okaylah.. makan seafood pizza dan apatah.. aku memang tak ingat dah..

Kami plan malam tu terus nak bertolak ke Disneyland, yang ni jangan cakaplah. aku sangat lah excited mengalahkan budak kecik. HAHA.. disneyland kot.. best sangatttt... so kami stay kat hotel yang memang area disneyland tu, so senang, ada shuttle bas dan teksi siap siap untuk bergerak dari hotel ke disneyland, dan jugak outlet dia.. hehe.. lawa sangattt bilikk dia.. rasa cam dalam fairytale.. lol... overr.. pastu, esok tu, sebelum ke disneyland park, kami pergi outlet dulu, hehe.. tapi aku taklah shoping beria.. just beli barang2 murah kat Guess dengan Puma dan jugak longchamp. Kawan kawan shoping handbags yang banyak. Lepastu, baru kami bertolak ke Disneyland dengan riang ria gembira. Tapi lol.. tak banyak pun game yang kami masuk, sebab dia ada masa, dan kena beratur panjang gila.. tapi memang bes sangat2.. tak larat nak share benda apa yang kami naik, tapi aku naik dua roller coaster, yang first tu laju nak mati... yang second tu best la.. sebab tepi tasik, pastu masuk rumah hantu, pastu tengok ada show malam tu pukul 10 kalau tak silap... best gilaaa...

nangis aku tengok projection show tu.. kreatif gila disney ni... sebab cantik sangat dan awesome.. :')

otw, dalam flight... tak lama pun..tak sempat tidoq...

dah sampai, sekarang nak naik tren pulak...

tengah tunggu train sampai.. nak ke Eiffel Tower...

belum pergi dekat lagi dah eksaited.. muahahaha..

dari jauhh.. 

dah dekat, memasing busy duk selfie...

kali ni syai tolong snap.. hahaha

selfie again... ahahaha..

lapar.. makan pastry, nak dekat malam dah...

Kedai jual seafood.. sedap la jugak.. tapi mahal... -.-" area Eiffel Tower..

pose bersuapan... lol..

ni yang aku makan kat kedai tu.. taktaulah.. sedap lah jugak...

so here come second dayyy... :DD

gamba dalam bilik..

bilik jugak... malangnya.. aku tak snap banyak.. T.T

breakfast like a King! :)

ngeh3.. kumpul tenaga nak shoping...

gambar dalam hotel.. kat lobby...

waterfront depan hotel... 

yeahhh.. ini dia hotelnya..


shoping time! La Valet Outlet....

mampu bergambar je...

barang Israel ye kawan kawan.. sila boikot...

yeayy!



Disneyland gang! pengembaraan bermula...



tak sempat masuk pun.. kenapa ntah...

oh roller coaster yang sangat terbaikkk.. 

pening2 tengok peta.. luas baq hang disneyland ni.. 

lawa langit...

tengok Cars punya performance.. mantoppp...

makan lepas tengok performance.. tak sedap langsung.. wekk.. tapi comel la dia punya restoran.. ala2 disney gakk..

makan jangan tak makan...

depan restoran tu ada moto besauu.. so kami tumpang posing.. ramai duk tunggu turn.. haaa.. 

dah jum naik roller coaster lagi...

hasilnya.. -.-" aku pejam... 

dah nak malam dah...

cuba teka mesin apa ni... mesin jerit kumpul tenaga untuk bekalan elektrik.. hahaha.. MONSTER INC...

tu dia Mike..

suasana malam kat Disneyland.. masuk part lain plak..

makan dulu... letih berjalan.. 

fish and chip!

esok tu balik dahhh... byeeee Pariss... 

p/s : Disney pun Israel punya barang sebenarnya.. so boikot eh lepas ni.. aku baru tau lepas dah balik.. hahaha.. merasa la jugak pegi Disneyland.. 


video masa dalam train nak ke disneyland...

video bengang teksi tak sampai sampai.. hahahaha... 


video masa performance Cars.. entahlah korang nampak ke idokk.. :D

Thursday, December 19, 2013

CARA UNLOCK HANDPHONE...

Assalamualaikum.. so lewat lewat malam macam ni, sebelum tidur aku nak kongsi sikit cara nak unlock handphone. First of all, macam mana handphone korang boleh lock? apa itu lock unlock?

Okeh, perkara ni akan berlaku kalau korang beli handphone kat syarikat komunikasi. Aku tak pasti kat malaysia macam mana, tapi this is the second time aku beli handphone kat METEOR, one of the telecommunication agent in Ireland. Ini gara gara handphone s2 kesayangan ku tercampak ke dalam lautan.. ohh sadisss.. so, aku balik Malaysia hari tu tak sempat nak unlock handphone baru ni. sebelum ni, handphone s2 aku tu aku unlock kat one of the chinese punya kedai kat Ireland and they charged me about 50 euro kalau tak silap. Mahal kan? huu.. tapi aku rasa kalau unlock kat Malaysia pun macam lebih kurang harga dia.. ke macam mana.. Ada je senior lelaki yang offer nak unlock kan handphone free of charge, tapi aku ni jenis malas sikit nak jumpa senior lelaki.. Segan... (overrr sangat kan....) Handphone korang lock maksudnya hanya simkad syarikat tu je yang boleh hidup dengan hp tu, contohnya aku beli kat meteor, so simkad meteor je lah aku boleh pakai... huuu..

So, haritu dengan exam semua, aku tak sempat nak unlock handphone ni, so aku ingat nak unlock kat Malaysia... malangnya, kena pergi samsung centre kat Sunway sebab handphone aku beli kat europe, so kononnya tak boleh buat kat kedai phone biasa. So this is the easiest steps... hanya perlukan handphone yg dalamnya ada simkad syarikat yg korang beli hp tu, laptop, internet dan kad kredit atau kad debit dan sbgnya...

1. kat handphone tu, tekan *#06# pastu dail... dia akan keluar nombor yang panjang gila... ada EMEI kot atas tu tulis.. it is 15 numbers, then (/) with another 2 numbers.. so tulis la kat mana mana 15 number yg depan tu sahaja... kita nak pakai yang tu...

2. pastu, korang google unlockriver.com.... so ikut je step yang kena isi..


kat bahagian imei tu korang isi 15 digit tu.. pastikan semua details betul... kalau tak, rugi je bayar... dan ianya lebih murah daripada buat kat kedai.... huhuhu... pastu dia akan bagi email kat korang.. so korang kena tunggu dapat unlock code, pastu dah dapat, laju laju pegi tuka sim, dan masukkan unlock code tersebut, tadaaaaa... ^_____^ dah unlock!

selalunya amek masa sampai sehari or it can be 5 days...kalau nak laju sikit dapat code untuk unlock handphone.. korang reply email dorang... aku tak pasti option handphone yang aku pilih sama ada s3 atau s4, nyanyuk betul... so aku tanya dorang balik... sejurus itu, dorang layan aku... terus bg unlock code.. korang tak perlu risau jugak kalau tak boleh, sebab boleh refund duit korang... :)

Oke, that's all! :) semoga berhasil.. in shaa Allah.. assalamualaikum...

Wednesday, December 18, 2013

MALAYSIA KU...

Assalamualaikum... nak bebel apa entahlah ni.. mata tak mengantuk sebab aku telan satu cawan kopi putih tadi..

Aku habis exam 13/12 hari tu, tepat pukul 1.30 tengah hari. Dan, buat pengetahuan semua, aku terus balik rumah capai beg untuk ke Cork Airport. Aku balik Malaysia! Yeayy! Kenapa aku buat keputusan drastik macam ni? Sebab aku sangat stress study. Kali ni, winter punya exam ada tiga subjek yang final, Clinical Practice, BH and also pharmacology. Kalau tak, selalunya winter aku pegi jenjalan Europe, tapi aku end up balik Malaysia. Sebelum ni, aku takda plan pun nak pegi mana mana, memang aku cakap kat kawan kawan aku nak stay kat rumah je... Sekali, amek kauu.. aku balik Malaysia.. hehehe.. Mula mula patutnya exam kami ada final untuk pathology jugak, which carries another 70%, aku sangatlah nervous tahap infiniti. Sebab result aku untuk continuous assessment sangatlah macam ape ape.. Kali ni, aku kena pulun gila.. Tiga bulan aku duk Ireland memang sangat hectic, masuk hospital, exam yang berterusan dan direct for a week, everyday ada exam... fuhhhh.. letih sangat...

Aku rasa aku macam tak bagi all out untuk exam, sebab aku rasa letih sangat kepala. Apa pun semua aku dah buat, sekarang kita berserah la pada Allah.. ye? ye? hehe.. sekarang kat Malaysia, aku rahsiakan daripada family yang aku balik. Aku sampai dalam 3 ptg macam tu, pastu aku jenjalan dalam airport sampai pukul 5.. aku keluar kakak aku amek... aku komplot dengan kakak aku ja.. Semua taktau yang aku balik.. sampai sampai Malaysia, aku n kakak straight away ke Midvalley mengejar bulgogi brothers. hehe.. aku teringin gila nak makan, terpengaruh dengan seorang blogger ni.. Haduss... So, aku pesan chicken bibimbap dan satu lagi tak ingat.. melantak gila sebab kebetulan aku tengah lapar tahap nak mampus.. pastu balik tu, aku pegi kenduri sepupu aku kat Selama, Perak, makan daging kerbau... HEHE... disebabkan culture shock dengan weather malaysia yang panas.. (melampau betul...) aku kena bengkak gusi dua hari. Terbantut aku nak makan.. haha.. by the way, esok maybe aku akan ke talk Ammar... Aku akan share more lepas ni... Assalamualaikum...