Friday, December 26, 2014

TAK BAIK.. TUHAN MARAH... (PART 2)

Burhan melangkah masuk ke rumah lalu terus masuk ke dalam bilik. Dia mahu bersiap siap untuk solat maghrib di surau. Matanya memandang ke arah jam dinding yang tergantung. Sudahpun pukul 7.00, ibunya masih belum pulang. Burhan mengeluh sambil mengesat hidungnya yang tersumbat.

“Penatnya aku…. Hmm.. tido lagi bagus”, kedengaran suara Puan Saliha mengeluh disusuli bunyi pintu bilik ditutup. Burhan tersenyum sendirian di biliknya. Ibu yang disayangi pulang dengan selamat, barulah dia berasa tenang. Sebelum berlalu ke masjid, Burhan mengetuk pintu bilik Puan Saliha. “Ibu, Burhan ke mas….masjid ye… Burhan so..solat ke..ke..kejap.. lepas tu, Burhan terus.. ba..balik..”.

Tiada jawapan. Burhan tersenyum tipis, barangkali ibu tidur.
Setibanya di masjid, Burhan lekas lekas mengambil wudhuk dan beriktikaf. Usai solat jemaah, Burhan duduk di sudut masjid, membuka lembaran Al-Quran, dengan perlahan melafazkan ayat ayat suci surah ArRahman. Walaupun gagap, Burhan teliti dalam menjaga tajwid dan berusaha sedaya mungkin membaca dengan baik.
    
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Tiba-tiba airmata Burhan tumpah. Tergambar wajah ayahnya diruang mata. Ayahnya selalu membaca surah ini sewaktu di hujung hayatnya. Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? Ayahnya selalu berpesan. Apa jua yang terjadi, teruskan perjuangan hidup. Apa jua kekurangan,pasti Allah berikan kelebihan. Nikmat bernafas, nikmat makan dan minum, nikmat kebebasan dan nikmat yang selebihnya tidak lain dan tidak bukan datang dari Allah swt. Bukan kuasa kita untuk menentukan perjalanan hidup yang mendatang,namun berusahalah mengubah hidup kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, setiap apa yang diminta hambaNya yang soleh, pasti Allah makbulkan. Semakin lama, Burhan semakin teresak. Dia tampak cekal dan lurus bendul, namun hatinya juga hati seorang manusia biasa. Dia turut berasa sedih apabila dihina, dikeji, dan diperlakukan sesuka hati.

Dari jauh, Haji Syuaib memerhatikan Burhan. Dia menggeleng geleng kepala, turut bersimpati melihat anak yang malang itu menangis tak henti. Didekatinya Burhan, lalu duduk bersila di hadapannya.

“ Burhan, mengucap nak.. istighfar banyak banyak.. setiap musibah itu ada hikmahnya… Kamu anak yang soleh, tentu Allah sayang, doakan ayahmu dalam setiap sujud. InshaaAllah ayah Burhan tenang di sana..”

Burhan mendongak melihat Haji Syuaib. Dia memeluk kemas Al Quran yang dipegangnya, teresak esak menahan hiba. Sungguh tak tertanggung kesedihan yang menyelubungi dirinya. Cuma Al Quran tempat dia menenangkan perasaan, membaca kalimah Allah sungguh berkesan merawat hatinya. Haji Syuaib menahan genang air mata, sedih melihat Burhan yang menangis. Tubuh Burhan dirangkul erat sambil mengucapkan sabar kepada Burhan. Kepala Burhan diusap dengan penuh kasih sayang. Burhan menangis agak lama dalam pelukan Haji Syuaib.

“Burhan sa…sayang… ka..kak.., a.. abang.. semuaa… bur.. burhan sa..yang… Ibu Burhan.. la..lagilah.. Burhan sa… sayang…
Burhan… Burhan doakan.. semua.. ma..masuk syurga dengan Bur.. Burhan…Burhan… sedih… Bur… Burhan.. nak…nak… jum..jumpa ayah…”

Haji Syuaib hanya mengiyakan kata kata Burhan, dia putus kata kata. Kesal dengan perbuatan Puan Saliha yang selalu mengabaikan Burhan, padahal Burhan anak kandungnya sendiri. Dia hanya terencat sedikit, tapi fizikalnya sempurna. Bukankah anak itu anugerah Allah?

   
Pagi itu, Burhan bercadang mahu berjalan jalan sekitar kampung. Waktu cuti sekolah sememangnya seronok. Seperti biasa, Burhan mengayuh basikalnya laju di tepi jalan. Dia mengikat tin tin kosong pada tali lalu diikat di tempat duduk belakang, membiarkan tin tin itu berbunyi apabila terheret di atas jalan. Burhan menyanyi riang, sambil menyapa setiap penduduk kampung yang dijumpainya. Ada penduduk kampung yang buat tak tahu, ada yang membalas semula, ada yang mengusik cuba menolaknya. Burhan hanya tersengih setiap kali dia ditolak. Seperti biasa juga, rumah nenek kesayanganmenjadi tempat persinggahan.

“Assalamualaikum Nek!”, Burhan menegur Nenek Ayang yang menuruni tangga rumah.
“Jom Burhan, kita ke kedai kopi Mak Limah. Nenek nak jalan jalan juga…”, kata Nenek Ayang tersenyum menampakkan giginya yang rongak.

Burhan angguk lalu turun dari basikal, tersengih memimpin basikalnya lalu berjalan bersama sama Nenek Ayang. Mereka menyelusuri petak sawah yang terbentang, melihat burung burung berkicauan menyanyi riang, Burhan mendepakan sebelah tangannya…

“ Lihatlah… sekitar alam… Du..duniaa luas terbentang… Langit.. ting..tinggi kebiruan… pohon.. po…pohon kehijauan..”, bait lagu Sheila Majid dinyanyikan riang. Nenek Ayang tergelak melihat perangai cucunya. Lalu dia membalas dengan lagu Gurindam Jiwa, “Tuai padi…. Antara nampak… esok jangan… layu-layuan….”, sambil mengibas ngibas tangan mengikut lenggok. Burhan tergelak besar melihat neneknya, “pan..pandai nenek… nya..nyi..”, dia menggaru kepala sambil tersengih. Mereka ketawa bersama sama. Burhan bersyukur ada nenek yang menyayangi dirinya.

Seketika, nenek Ayang bertanya, “ Ibu ada kat rumah?”
“Taklah nek.. Ibu.. ke..kelu..keluar dengan kawan…”
“Kawan lelaki ke perempuan?”
“Lelaki…”


“ I taknaklah… U tahu kan anak I ada kat rumah…”, Puan Saliha membetulkan mekapnya.

“  I tahu.. tapi U janjikan nak kahwin dengan I.. lepas laki u mati..”, Datuk Kamsan memaut tangan Puan Saliha, memandang tepat ke anak matanya.

Puan Saliha tersenyum melihat Datuk Kamsan, digenggam tangan Datuk Kamsan kemas. Datuk Kamsan merupakan pemilik Syarikat Setia Holdings, majikan kepada Puan Saliha.

Bersambung….


Saturday, August 30, 2014

NIKMAT KU SYUKURI

Assalamualaikum wbt..

Tajuk entri aku kali ini ala ala lirik lagu patah sayapku patah nyanyian Nadia Aqilah sebagai ost drama Kerana Terpaksa Aku Leraikan, tapi dalam shortform :) So nikmat yang perlu disyukuri yang pertama ialah aku masih bernafas walaupun dosa yang aku buat bergunung gunung. Allah bagi aku peluang untuk bertaubat dan menebus semua kesilapan. Thank you Allah!

Nikmat yang kedua, alhamdulillah. Malaysia merdeka hari ini. Nikmat kebebasan tanpa cengkaman penjajah, rakyat boleh bekerja keras untuk menyara keluarga masing masing tanpa apa apa sekatan. Bersyukurlah. HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIA!

Nikmat yang ketiga, aku pass repeat exam pathology third year. Dan sekarang aku bersama rakan rakanku semula di fourth year. Aku rasa lega sangat dapat tahu result aku pass. So tahun ni, in shaa Allah azam baru, jangan malas malas. Be produktif, biar ke hadapan. Yang lepas jadikan pengajaran. Concentrate, ikhlas dalam belajar sebab dah tak boleh main main dah. This is your future career, aku rasa bila dah masuk fourth year, suppose kita belajar bukan exam orientate dah, tapi, kita betul betul kena tahu pasal suatu suatu benda, sebab apa yang kita belajar bakal di apply kan masa kerja nanti. Hopefully, I can performed my best!

Itu sahaja laporan pada hari ini. xoxo..
Assalamualaikum.

Saturday, August 2, 2014

MINAL AIDIL WALFAIZIN!

Assalamualaikum semua..

sihat? sihat? hehe.. in shaa Allah semoga sihat semuanya. Aku duk melepak tengok Facebook sementara tunggu badan ni sejuk. Tadi pegi ke Changlun Kedah, sebab pergi melawat bakal mak and pak mentua kakak aku yang sulung. Panas bukan main kat Changlun, rasa macam punyalah mengantuk, dah la aku pakai contact lens rasa kering betul la mata aku ni. Pergi dan balik sepanjang perjalanan aku lena mati dalam kereta.

Selamat Hari raya ke enam uols! ^^ Tahun ni tema raya kami warna kuning ataupun lebih spesifik warna mustard. Susah tau nak cari warna ni. Tahun ni banyak butik trending jual jubah. Aku plan dengan ibu nak pakai jubah mustard. Last2 aku sorang je yang pakai. Eh ibu pakai jugak jubah tapi warna lain, warna coklat gelap. Memula sekali aku plan nak ambik jubah Bella Ammara, lama dah aku bekenan jubah dia. Tapi, fikir fikir balik, mahal sangat. RM200++ rasanya yang aku nak tu. Rasa macam tak berbaloi pulak sebab aku rasa macam aku tak la pakai sangat. Mula mula tu aku rasa nak give up dah cari baju raya. Sebab yang aku berkenan semua mahal. Kakak aku pulak duk Shah Alam time tu, Shah Alam kan banyak butik butik online ni, so dia lah yang survey survey baju raya, tapi dia cakap yang elok elok memang sangat mahal. Masa pulak makin suntuk, dia pun dah kena balik ke Penang for good. Dah tak duduk Shah Alam. Alhamdulillah nak jadikan cerita, aku follower Hunnyboutique kat instagram, dah lama aku suka follow butik ni sebab aku ingatkan dia sponsor baju baju dalam drama, paling latest aku suka baju Wawa Zainal dalam Cerita Cinta Kita, yang dia berlakon dengan hubby dia tu. Kebetulan aku tengok tengok, dia ada jual jubah mustard! ^^ Dan bonus sebab ada sequin yang macam aku nak... sequin tu sekarang memang dah trending, semua butik jual. Apalagi,terus aku whatsapp owner Hunnyboutique tu, confirm nak beli jubah sequin mustard satu! Hihi.. memula macam nak beli dua.. tapi, fikirkan balik free size.. kang kakak aku taknak, sape lagi nak jubah tu...
Lepastu, macam biasa cari jugak baju raya lain kat Mahabbah Kepala Batas, dapat jugak satu lagi kurung moden warna Mustard dengan kakak sekali. Plus sepasang lagi baju kurung moden yang makngah suruh tailor jahitkan. Alhamdulillah itu je baju raya tahun ni... ^^

Hari raya pertama

Pagi tu memang siap awal. Malam raya kami tak busy sangat sebab dah buat semua dua hari awal, bubuh langsir bagai. Tukar karpet kot.. penat terus. Nasib baik Allah sayang kat aku, dia faham je aku penat, terus bagi aku period, so no problem. Aku buat kerja tak berhenti. So hari pertama raya aku tunggu abah dengan ibu datang, bersalaman Hari raya dan berjalan jalan raya. Tak pegi mana pun, just menziarahi pak ngah yang ada kat desa murni dan tunggu je kat rumah orang datang. Begitulah sampai malam. Tengok drama feveret di hari raya rindu awak 200%.. LOL sangat. I am a typical perempuan melayu malaysia..

Hari raya kedua

Pergi ke Batu Lima Perak attend rumah terbuka Tokchik and the family! Jatuh cinta sangat dengan rumah Tokchik ni. Dulu rumah ni Tok Pah and abah aku pernah duduk, waktu abah aku kecik kecik lagi. Sekarang Tokchik dah renovate, buat lawa lawa. Lawa sungguh! Apa yang aku idamkan selama ni, memang ada depan mata, rumah impian aku. Dalam macam english style, luar still tradisional, cantik sangat ada coffee corner bagai. Dalam rumah banyak cermin cermin yang tampal kat dinding, macam lawa sangat... Aku rasa nanti aku nak buat contoh la rumah tu untuk buat rumah aku sendiri. Lepas tu, jumpa semua adik beradik yang dah lama kami tak jumpa, dan kami tak kenal pun, mostly aku dengan adik beradik rapat dengan yang betul betul sebelah adik beradik abah, sepupu sepapat yang memang rapat sangat. Yang lain macam tak tahu sangat, so masa pergi sana barulah betul betul sembang dan jumpa saudara mara. :) Plus, selfie melfie.. HAHA

Hari raya ketiga

Duduk rumah je tunggu tetamu datang. Kawan tok datang dengan family. layanlah sampai ke petang. Aku pulak ikut abah dengan ibu aku ke Sungai Petani. Jalan jalan.. TEEHEE...

Hari raya keempat

Aku pegi kenduri rumah Dr Shariff, anak dia kahwin masa belajaq.. Kak Jiah nama dia, lawa sangat... simple and sweet, dia memang lembut, so tak payah acting nak lembut, aku yang kasar ni? bedal je la eh. Kak Jiah ambik account kat China, husband dia belajar kt China jugak tapi amek medik. Sweeetttt... :)
Lepas kenduri terus kami blah ke Sungai Petani, sebab kononnya nak beli buku buku medik untuk fourth year. Semangat je aku ni, exam pathology pun tak lepas lagi. penat je pegi, rupanya tutup... *sigh*

Hari raya kelima

Aku memang dah tak pakai dah baju raya, HAHA.. t shirt dan seluar jeans je, kami pergi ke Sg petani untuk cari buku buku medik di Laguna Bookstore. Habis dalam RM400++ jugak la. Mahal kot nak jadi doktot ni.. doktot doktot... Belajar macam nak pecah otak.. Allah tau aku mampu, sebab tu dia campak aku dalam bidang ni. Aku akan buat sehabis baik! ^^ *tabik*
Malam aku pegi Tesco beli barang barang untuk di bawa balik ke Ireland.

Okeylah. Macam panjang sangat aku bebel. Lets take a look...


Sunday, July 20, 2014

LIFE MUST GO ON

Assalamualaikum..

Ni bukan post heart broken... harap maklum.

Aku baru balik dari bukak puasa kat luar, macam biasalah makan kat Hotel Emerald Puteri Sungai Petani. Disebabkan aku minum nescafe segelas besauu, mata aku tak bole lelap pulak malam ni. Kalau tak, kemain awal aku tidoq..

So, aku decide untuk study. Oh lupa. Aku tak share kan dengan korang result aku kan? Tahun ni aku takmau tunjuk ahh.. sebab teruk sangat. Aku mengaku memang aku banyak sangat main. Serius.. aku tak tipu. Banyak kelas aku ponteng. Entah kenapa aku tak boleh fokus langsung tahun ni. Dapat markah pun cukup cukup makan. Apalah nak jadi dengan aku ni.. makin tua makin malas. In shaa Allah tahun depan aku memang nak pulun habis habisan. Taubat takmau dah repeat!

Aku kena repeat pathology ni pun penat nak khatamkan kat rumah. Tak tahu lah aku ingat ke tak.. tapi aku memang kena study setiap hari. Kena betul betul bahagi masa untuk belajar dan kemas rumah. Rumah tok aku ni bukannya kecik, besauu dan banyak barang. Semput aku mengemas, sampai rasa cam nak bukak posa.. lol..

Banyak betul la dosa aku dengan Allah. Gila banyak sampai Allah kata, kau fail kali ni. padan muka aku. Bila aku muhasarawak balik apa aku buat sepanjang tahun ketiga ni, aku rasa memang hidup aku banyak diisi dengan benda lagha compared to when I was in 2nd year. Tahun ni memang macam macam jadi, bak kata Pak Najib, the worst year ever. Banyak betul dugaan aku tahun ni. In shaa Allah dugaan ni mudah mudahan menguatkan aku yang lembik cam sotong nih. kihkih..

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]

Ok lah. aku nak roger out.Cerpen aku pun tak sambung sambung. Nantilah aku tulis.
Assalamualaikum.... :)

Monday, May 12, 2014

RILEKS BRADER BRADER RILEKS

Wahh... assalamualaikum uolsss.. lama nya iols xmenjengah ke ruang blog ini... hahaha.. ngada tahap 10!

Saat ni aku masih lagi di katil... bergolek sana sini.. malasnya nak bangun.... hahahahahaha.. satgi plan nak ke town dengan kawan... so kena bangun dah ni... tapi ahhh.. malasnyaaa... hahaha.. look how malas is me..

Baru habis exam.. dan sekarang tengah tunggu result oral keluar... aku rasa dah terang kan apa maksud oral? Pandai2 la korang belek balik post aku yang lama... anyway.. oke aku tau korang malas nak tgk.. so takpa.. aku cerita.. oral tu kalau hang ni borderline.. nak ke fail... so hang kena pi interview la.. depa boleh cover markah untuk hang kalau hang perform... gituuhh..

Balik malaysia 26 may ni.. waaa tak sabaq!! Duk menghitung hari ja ni... hehehe... aku dah standby macam2 plan dah.. paling utama kena jumpak buah hati aku... dia nak pi jepun tiga bulan... wuuwuuu... sedihh ooo.... take care tauu kat sana... takda duit nak pi melawat......

So semalam punya crita aku ganti turn kawan aku masak... aku masak nasi daging and pavlova... sedap siottt... okeyy over jeee... hahahaha.. puji diri sndri...puiii... tetiba pulak la mak kwn aku mintak resepi nasi daging... haha.. giloss... aku pulak yang neves...

Malam kelmarin aku habiskan masa dengan baca novel 13 jam a380... ya Allah... takdanya lelaki perfect macam syed haydar... ishhh... berangan aku dibuatnya... anyway.. omeii angat jalan cite dia... class tauu... tapi ada unsur atas 18... bebudak takbole baca patutnya... so cerita dia pasal sorang pmpuan ni umo 25.. Hana Sofea yang suka sangat dengan lelaki ni... nama dia Syed Haydar... orang kaya muda... tapi tak pernah jumpak pun... over je dok stalk kat internet... dipendekkan cerita sepanjang flight gi london dia jumpa ngat mamat ni... so new love story begins.... tapi setakat dalam flight je dorang bcinta.. pastu bawak diri masing2.. Hana jumpa lelaki lain pulak masa tu.. nama dia Fawwaz... so Fawwaz ni macam alim sikit la.. dia duk dengan fawwaz ni lama sebab dia jaga anak angkat fawwaz.. dia dah let go kisah cinta dia dengan syed haydar... sebab dia rasa mustahil untuk depa bersama.. semput aku cerita... huhuhu.. pastu nak dijadikan cerita... dia jumpak balik dengan syed haydar kat kota london... tiga bulan lepas tu.. dan syed haydar nak Hana jadi isteri dia... masa tu Hana pulak taknak.. dia dah ada Fawwaz... sampai lah balik Malaysia... dan dan dan... dah la.. penat aku nak cerita... panjang gile tauu... bole buat drama... huhuhu... novelis buku ni adalah novelis yang sama untuk wedding breaker that is evelyn rose..

Oke... tuh je lah bebelan aku untuk harini... semoga kita bertemu lagi... aku nak sambung buat kerje... kerje ape ntah... lol.. assalamualaikum... ;)