Puan Saliha tersenyum kembali. Anak mata Datuk Kamsan
dipandang lama. “You kena yakin dengan I.. I promise everything will be end
soon. I pun tak sabar nak hidup dengan you”, balas Puan Saliha. Dia menghirup
Vanilla Latte yang dipesan sebentar tadi.
Datuk Kamsan hanya tersenyum bahagia. Agak lama mereka
berada di kafe itu. Setelah satu, satu lagi topik dibuka. Puan Saliha beria-ia
menceritakan kepada Datuk Kamsan tempat berbulan madu mereka kelak. Perbualan
mereka berakhir apabila Puan Saliha menerima panggilan telefon.
“Ibu, ibu balik… tak malam ni?”, satu suara yang amat
dibenci Puan Saliha kedengaran di telefon.
“Eh, aku nak balik ke tak suka hati aku… Kau tak payah sibuk.
Bye!”, terus Puan Saliha meletakkan telefon. Dihempasnya telefon itu di atas
meja. Kembali menghirup sisa sisa Vanilla Latte yang tertinggal.
“You ni.. kenapalah benci sangat dengan budak tu? Apalah
salah dia dengan you? Take it easy ok?”, Datuk Kamsan bersuara, menghembuskan
asap rokok.
Puan Saliha menjeling tajam, jari telunjuknya diletakkan di
bibirnya yang merah menyala. “Shh.. diam ok? You tak tahu apa apa..”.
Di rumah…
“Ibu ok ke x ni? Aku tidur dulu lah… “, monolog Burhan. Usai
membaca doa tidur, Burhan membiarkan matanya yang kian berat tertutup rapat
setelah berhadapan dengan hari yang agak meletihkan. Petang tadi, dia menolong
neneknya membuat kerja rumah setelah ke kedai.
Burhan tersenyum lama…
“Ayah! Ayah buat apa kat sini?”
Susuk tubuh itu amat dikenali. Berpakaian kemeja putih, di
hadapan kereta Inspira putih. Seketika, tubuh itu berpaling menghadap Burhan.
Tangannya melambai lambai ke arah Burhan.
“Burhan, nak jumpa ayah tak? Sini”
“Nak ayah. Ayah, Burhan rindu ayah…”, dipeluk kemas susuk
tubuh itu. Air mata menitis. Ayahnya membelai rambutnya. Tapi… tapi… Burhan
perasan, tubuhnya lain. Dia sudah dewasa. Ayahnya sudah beruban. Raut muka
ayahnya sayu, kedut muka jelas terpapar.
“Burhan, kalau Burhan dah berjaya, Burhan jangan lupa diri.
Walaupun Burhan tidak seperti orang lain, ayah percaya Burhan boleh membuktikan
Burhan layak mendapat kejayaan yang sama seperti orang lain. Burhan janji
dengan ayah, jaga ibu kakak dan abang, boleh?”, suara ayahnya sama.
Burhan tersedu. Raut wajah ayahnya dibelai belai. Hanya
anggukan sebagai jawapan kepada ayahnya. Dia kelu tidak mampu berkata-kata. “Ayah,
tak boleh kah ayah kembali?”, Burhan masih tersedu, anehnya dia tidak gagap,
langsung tidak.
Ayahnya hanya menggeleng, tersenyum. Tiba-tiba, wajah
ayahnya kian pudar. Tubuh ayahnya hilang. Burhan memanggil manggil ayahnya
beberapa kali.
“Ayah!!!!”, Burhan terbangun dari tidur. Dia beristighfar
beberapa kali. Dipandangnya jam di dinding. Pukul 2 pagi.
Burhan bangun, dia
mahu memastikan ibunya sudah pulang. Lampu di ruang tamu terbuka. Dia
tersenyum, mengetahui bahawa ibunya sudah pulang. Puan Saliha terbaring di
sofa, tertidur keletihan. Dipandang lama wajah ibunya, berbaur perasaan, sayang,
sedih dan terkilan. Mengapa dia amat dibenci oleh ibunya sendiri? Mungkinkah
ada sebab di sebalik kebencian yang menebal terhadapnya?
Dia tersedar dari lamunan apabila terlihat ibunya berubah
posisi tidur. Dia agak ibunya tidak selesa. Segera diambilnya selimut dan
bantal. Dia agak cuai dan tergelincir ketika mahu menyelimutkan ibunya.
Akhirnya dia terjelopok jatuh ke atas ibunya.
“Aduhhh! Hoi! Apa kau buat ni? Bodoh lah kau ni!”, menyinga
Puan Saliha, apabila tidurnya terganggu.
“Maaf ibu, maaf… ma.. maaf… Burhan nak.. nak selimutkan ibu….”,
Burhan melutut di hadapan ibunya, terketar ketar menggenggam kedua dua tangan
memohon maaf.
“Eee..!! Kalau dah bodoh tu, tak pandai pandai jugak!Buat
orang sakit hati”, marah Puan Saliha, tangannya mencubit cubit Burhan, mengetap
bibir. Ditarik rambut Burhan lalu tapak tangannya menampar pipi Burhan. Burhan
menangis memohon maaf. Dibiar tangan Puan Saliha hinggap di tubuhnya. Puan
Saliha menarik nafas dalam, puas setelah memukul anaknya. Dia berlalu ke bilik,
memijak badan Burhan yang terbaring menangis.
Penderitaan Burhan tidak pernah terhenti… Selama hidupnya,
tiada satu hari pun yang aman.
Sekolah Menengah Dato’Onn..
Loceng berbunyi buat kali kedua. Waktu rehat untuk semua
kelas. Burhan menghela nafas. Ditutup buku latihan matematik tambahan. Dikesat
hingusnya yang mengalir. Burhan meletakkan kepalanya di atas meja, matanya cuba
ditutup rapat. Dia mendengar bunyi tapak kaki perlahan-lahan menapak ke
arahnya. Dia makin menutup matanya rapat. Malas untuk melayan karenah orang
sekeliling. Dia penat dengan segala pertanyaan. Dari pagi, apabila melihat
mukanya bengkak bengkak kerana menangis dan tidak cukup tidur, rakan-rakan
mahupun guru asyik bertanyakan soalan. Dia muak memberi jawapan. Mujur dia
tidak berjumpa dengan Lokman dan kawan-kawannya yang lain, kalau tidak, lagi
teruk bengkak mukanya, sama ada ditumbuk, ditampar atau disepak sesuka hati.
“Eh, saya tanya boleh? Ni kelas 5 Lambda, betul?”, satu
suara yang asing menujah telinga Burhan.
Burhan mengamati suara itu. Bukan suara Hisyam, bukan juga
suara Lokman. Dia tidak pernah mendengar suara itu. Dipaksa matanya untuk buka,
kepingin tahu.
Dia melihat seraut wajah yang pertama kali dilihatnya.
Matanya digosok beberapa kali. “Eh, sia.. siapa ni..? Saya min.. minta maaf..
sa… saya ingat.. ka…kawan kelas tadi. Oh, ya ya.. ni kelas 5 lambda. Awak..
awak siapa?”, ujar Burhan, mendongak melihat pelajar lelaki di hadapannya. Pelajar
lelaki itu kemas. Rambutnya tersikat rapi, baju kemas, lengan panjang disinting
rapi, dikira kira ada aura menjadi popular dalam kalangan pelajar perempuan.
Pelajar lelaki itu tersengih lalu menarik kerusi ke hadapan
meja Burhan, lalu duduk. “saya pelajar baru. Baru sahaja sampai hari ni. By the
way, saya bukan kelas ni, saya kelas sebelah, 5 Sigma. Saja saya lalu sini tadi,
tak nampak signboard kelas, saya konfius, saja nak tahu kelas apa ni.. kebetulan
saya tengok kau ada. Nama saya Farish. Ada H kat hujung. Bukan Faris”, ramah
Farish memperkenalkan diri, di suakan tangan ke arah Burhan. Burhan terpinga
pinga. Inilah kali pertama seseorang melayannya sebegitu. Dikesat hingusnya
lagi. Farish menjeling kegelian.
“Eh tak payah salam lah, nah tisu”, Farish
mengeluarkan tisu dari poket kemejanya, dia baru lepas makan di kantin. “terim…Terima
kas..kasih..Min..ta maaf.. saya tak… senga.. ja..”, kekok Burhan bersuara.
“rileks ok? Kau nampak takut sangat ni. Saya makan nasi je,
tak makan orang. Cool bro…”, ditepuk belakang Burhan beberapa kali. Burhan
hanya tersengih, malu. “Oh, Burhan.. Nama kau Burhan? Cool! Oklah sori saya
kacau. Kau tidur ke tadi?”, tanya Farish, sambil melipat kembali lengan panjang
baju kemejanya supaya kemas. Mereka berbual lama sehingga tamat waktu rehat.
Burhan lega. Akhirnya, ada seseorang sebagai kawan yang mahu
menerima dirinya seadanya.
Bersambung....