Assalamualaikum blog yang sudah lama ditinggalkan..
Rasa macam nak menulis kat sini so bear with my bebelan. Actually, aku baru ja balik ni. Aku dah day 2 Orthopaedic, my fourth posting. OMG! WHAT! Fourth poster? Aku pun tak sure bila la aku habis belajar dan bilalah aku dah jadi doktor ni. Weh aku dah jadi doktor. Rasa macam in denial. But, there you goes, another three rotations before I will be a MO (medical officer).
So long but not so long. Aku dah melalui tiga rotations sebelum ni, Obs Gynae is first, then Surgical, then Paediatrics. Kalau ditanya yang mana aku minat? Tak tahu. Aku just go with the flow, semua pun not bad. Menangis ja kalau stress, tapi buat ja la keja. Macam tu la. Haha not that I dont have passion, tapi aku memang sangat ada low confidence. Kadang kadang aku tahu, tapi aku diam. Aku tak loud, tapi aku tak confidence. tak tahu la sampai bila aku nak macam ni.
Kadang kadang kalau letih sangat, aku muntah. Aku demam teruk.. haha. Family kata immuniti badan aku tak kuat, aku cepat lembik. Memang pun. Tapi, aku happy sebab aku dapat bekerja dan berbakti dengan pesakit aku. The best part is aku boleh sembang share dan tahu cerita, masalah orang lain dan share 'kesakitan'. Aku tak tahulah, but that makes me happy. I guess everyone have their own favourite part of being a doctor. Kadang-kadang rasa bebal, rasa nak marah rasa macam tak function pun ada masa kerja. Named it! Semua perasaan ada. Takut banyak kali lah rasa. Bila kau kena present depan specialist, consultant. Benda yang hafal lupa habis semua.
Nak cerita jadi doktor ni take time jugak lah. Overall, aku rasa kerja ni mulia, kau tolong orang, kau dapat pahala. Kerja ini memang tak mudah, tersangat tak mudah. Kau kena kuat, kental dan tadah telinga kau yang bagai dihiris hiris bila kena tengking, tempik, dipanggil bodoh dan sebagainya. Dah banyak kali aku kena, sampai aku dah lali, tu pun still nangis kalau tak tahan. Memang sampai sekarang rasa bodoh lagi. hahaha.. apa aku tahu dan tak tahu pun aku tak tahu. So aku rasa mulai sekarang, baik aku study betul betul, sebab once dah jadi medical officer, kau tak boleh nak tanya bos all the time. Kau kena tahu management, dan fikir what are the differential diagnoses and know each managements. Okay aku rasa nak pitam. Banyak weh.
Tak apalah. Wish me luck! Esok first official day aku kat Orthopaedics sebab dua hari ni cuti, so aku tak jumpa lagi specialist. Okay, assalamualaikum. keyboard-off.
NURUL.IYLNI
Gadis.Doktor.Travelog.Diari
Saturday, October 13, 2018
Wednesday, May 31, 2017
Cara daftar sebagai houseman :)
Assalamualaikum semua.. this is a post for those yang tak tahu apa nak buat lepas grad especially yang graduate dari UCC.. :)
First of all, congratulations! Syukur Alhamdulillah sebab sudahpun bergelar Doktor! You've made it! :)
Okay, let's the journey begin..
Benda pertama sekali doktor sekalian kena buat adalah make sure your certificate is in English version. Sebab kita punya cert dalam bahasa Latin kan kalau tak silap. This should be done awal awal lepas grad.. (make sure lepas grad ye, sebab kalau sebelum grad, tak akan dilayan hehe) Because its gonna be faster and easier untuk pihak universiti uruskan.. For UCC graduates, open this link http://www.nui.ie/services/document-services.asp dan download borang yang English version. I will show you how I isi my borang. lek lek je isi.. hehe.. and you have to pay 50 Euro for this. And tak payah susah susah nak post kan borang ni. Just scan and email them. Email kat certs@nui.ie... simple..

Contoh email : abaikan my grammar mistakes... :P
this is their reply
contoh cara isi borang :)
Okay, lepas tu tunggulah sampai cert tu sampai. Tapi lambat jugak la nak tunggu kan kan kan? So, nak buat cmna? Macam iylni haritu of course la dia post ke Malaysia, jadi memang take time. Lebih baguslah kalau korang tunggu kat Ireland for about two weeks ke after grad cepat sikit dapat translate cert ni.
Lepas tu, make sure bukak link ni... https://www.ucc.ie/en/registration/certs/, download borang academic transcript, laju laju isi.. dan teruslah ke west gate kat Main Campus. Cakap saya nak academic transcript(dalam English lahh), harganya kalau dia yang print : 25 euro campur postage ke Malaysia tak ingat.. tapi kalau yang tunggu kat Ireland dua minggu after grad baru balik, sempat la kot dapat so just bayar 25 euro. Tapi, iylni mintak dia email je, balik iylni print sendiri. Kena bayar jugak, tak ingat but tak sampai 25 euro.
Next! Kalau ada case macam iylni, case dapat result terus balik tiga hari lepas tu.. hahaha.. lepas korang apply through email nak degree translate, korang email pulak medical school, cakap nak dean's letter. Sebab MMC okay je kalau kita sertakan deans letter tak payah cert dan translation pun inshaAllah okay. Okay, same case. Korang email medical school kalau malas nak menapak dari Wilton ke Brookfield. So this is how I emailed them :
Tipu je gitau kata nak interview kena ada deans letter haha.. padahal interview jauh lagi..
Yeay dah dapat! Alhamdulillah! Best betul email mengemail pihak uni ni.. because they are super duper fast!
The end.
Okay, dah dapat kan deans letter :) tapi make sure untuk yang daftar MMC nanti bagi yang original yang dia pos ke rumah bukan salinan. Setel. Habis takpayah buat apa dah kat Ireland. Balik Malaysia pulak..
Next is MMC, buat SPA online tak boleh lagi ye selagi tak buat MMC, sebab kita perlukan nombor pendaftaran sementara dari MMC untuk isi borang SPA. So, MMC first!
Okay.
Apa yang diperlukan untuk daftar MMC?
1. Gambar berukuran passport (2 keping) (prepare je banyak2)
2. http://www.mmc.gov.my/index.php/downloadable-forms --- bukak link ni dan download provisional registration form. I will show you macam mana nak isi.
3. Salinan kad pengenalan yang disahkan
4. Salinan sijil kelahiran yang disahkan
5. Salinan sijil SPM yang disahkan
6. Salinan Cert Perubatan yang disahkan OR ORIGINAL DEAN'S LETTER ( yang ori ye.. jadi kalau boleh, photostat siap siap lebih lima keping ke untuk simpanan sendiri)
7. Transkrip peperiksaan yang disahkan (from first to final year punya transkrip kena sah)
8. Yuran Pendaftaran RM20.00 (Wang Pos, Bank Draft, Cek)
atas nama Pendaftar Pengamal Perubatan
9. Surat akuan sumpah ( ni cuma untuk sesiapa yang nama dapat deans letter ke, cert ke, tak sama dengan nama dalam IC)
okay!! Lets take a look cara isi borang MMC
Semua di atas ini ada dalam borang MMC tu ye.. sapa tak jumpa aku karate! Hahaha.. just kidding. Boleh tanya ye adik adik..
Borang borang dan salinan dokumen nak kena sah dengan siapa? Pegawai gred 41 dan ke atas atau pengamal perubatan yang sah... :)
MMC tu kat mana? Ada apa apa landmark tak nak ke sana? sat nak google earth.
klik link di atas ni.. belek belek la kat mana MMC.. landmark dia masjid negara :)
Okay, lepas tu.. tunggulah sampai 2 minggu untuk dapatkan sijil sementara. Dia akan bagitau tarikh bila nak ambil. And lebih elok kalau anda sendiri yang ambil sijil tu. Saya sarankan tak payah suruh MMC pos ke rumah.. IT IS A BIG NO! sebab dorang tak akan pos pun. peram je sijil tu kat situ. Jadi silalah pergi ambil sendiri kat MMC. Oh and in case korang kena cop apa apa dari pegawai gred 41, benda yang korang lupa nak cop atau sign atau kena photostat something masa kat MMC, jangan risau, korang boleh visit satu sekolah area situ. sekolah perempuan tak ingat nama. dekat je ngan MMC. jalan pun boleh. tapi ada waktu melawat. tak ingat pukul berapa. 12.00 ptg sampai 2.00 ptg ke.. cmtulah..
Okay next!
KKM ke... SPA?
Mana mana pun boleh. Macam iylni haritu straight ke KKM lepas amek sijil pendaftaran sementara MMC. Boleh je kalau nak email atau pos, tapi nak bagi by hand untuk rasa secure borang tu sampai kat KKM, iylni pun menapakkan kaki jugak ke putrajaya untuk ke kementerian kesihatan Malaysia.
Apa yang diperlukan waktu di KKM?
1. Senarai Semak Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan
(Lantikan Baru)
(Lantikan Baru)
2. Gambar Berukuran Pasport (1 Keping)
3. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
4. Salinan Sijil Kelahiran yang disahkan
5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia yang disahkan atau yang setaraf
6. Salinan Ijazah MBBS/MD/MBBcH/MBChB yang disahkan
atau Surat Asal Dekan ( masa ni dah dapat cert dengan translation from Ireland)
7. Transkrip Peperiksaan bagi keseluruhan pengajian yang disahkan
8. Sekiranya dokumen asal bukan dalam BM atau BI:
- Dokumen terjemahan
- Salinan dokumen dalam bahasa asal yang disahkan
9. Salinan Sijil Pendaftaran Sementara dengan Majlis Perubatan
Malaysia yang disahkan
10. Surat Nikah/Sijil Perkahwinan yang didaftarkan di Malaysia
(sekiranya ada)
11. Jika nama anda di dalam ijazah/surat dekan/transkrip dan kad
pengenalan berbeza, sila kemukakan Surat Akuan Sumpah yang
menyatakan bahawa individu dengan nama tertera pada salinan
ijazah/surat dekan/transkrip dan kad pengenalan tersebut adalah
orang yang sama.

Okay ni tricky sikit nak cari tempat nak letak dokumen tu.. hahaha.. pegi bangunan KKM, cakap nak bagi borang ni tunjuk je.. dia akan bagi pas masuk dan tingkat berapa.. pepandaila hidup dalam bangunan tu hahahaha.. macam maze nak cari tempat letak borang tu..
Nahh ... untuk nak download borang KKM tu..
yang SPA tu teruslah boleh buat dah.. ni link dia..
tekan server 1 boleh, server 2 pun boleh...
Haritu iylni rajin siap pegi bangunan SPA kat putrajaya dan buat depan pegawai SPA, yang mana tak tau eden tanya terus je kat pegawai tu.. pegawai tu siap call sana sini minta kepastian betul ke tak iylni isi.. hahaha.. so done!
lepas dah buat SPA tu, make sure call pihak SPA dan tanya dorang dah dapat ke permohonan online tu, sebab biasala Malaysia... internet dia.. HMM.. no komen.. kang korang isi tiba tiba dia tendang keluar.. cam tulaa...
Oh dan MARA!
lepas dah setel semua KKM, SPA DAN MMC, jangan dilupakan bayaq hutang MARA nahh.. hahaa
Okay semua kena pergi ke Pejabat MARA dekat dengan Sogo tu, lepas tu, terus ke bahagian kawalan kredit. Malas dah nak tulis check this out!
kredit : Isya Nadziha hahaha
Okay done!!
Harapnya membantulah post ni untuk graduates UCC ataupun graduan graduan doktor lain.. InshaAllah this is a beginning for a new life.. Cuti tu manfaatkanlah sebaiknya, lepas ni dengar cerita nak cuti pun susah..
and buatlah salinan banyak banyak sikit.. and kalau boleh sediakanlah fail siap siap dan asingkan untuk KKM, MARA dan MMC.. buat checklist, tanda yang mana dah ada dan yang mana belum. mudah dan tersusun untuk ambil dan bawa je.. :)
OKAY! penat dah menaip ni.. keyboard-off dulu.. :) Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak!
Apa-apa boleh tanya Iylni atau PM kat FB
016-7373194 (whatsapp preferred)
Sunday, August 7, 2016
TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 8)
Farish menunggu Burhan di dalam kereta.
Petang itu dia dan Burhan akan pulang meninggalkan matrikulasi yang banyak memberi mereka berdua kenangan. Alhamdulillah kedua duanya lulus dengan cemerlang. Sekarang, hanya menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
"Bila Far boleh jumpa Ainan lagi?", Farish menegur Ainan yang leka meninjau kawasan matrikulasi di atas kerusi panjang. "Eh Far, tak perasan. InshaAllah kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Tak akan lari gunung dikejar Far", Ainan menjawab, senyuman manis dilemparkan. Farish tersenyum hambar. Dua hari sebelum, Farish telah meluahkan isi hatinya selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Tetapi, isi hatinya tidak berbalas. Ainan membiarkan soalan Farish tiada jawapan.
"Far! Kau termenung lagi?", sergah Burhan yang sudahpun berada di sebelahnya di dalam kereta.
"Han, aku kena reject...", perlahan suara Farish memberitahu Burhan. Burhan seraya tadi membetulkan kedudukan dan memasang tali pinggang keledar, terkedu. Merah muka menahan ketawa. Dipandang Farish lama lalu ketawa berdekah dekah. "
"Kurang asam punya kawan. Ini cara kau pujuk aku", Farish meninggikan suara, tersengih menahan malu. "Sorry Far, aku tak sengaja. But, nice bro, baru sekarang aku tahu kenapa kau ni dari sem akhir start hari tu, asyik sengih ke sana ke mari. Tak apa, tak lari gunung dikejar. Aku doakan kau dengan dia ada jodoh", Burhan menahan tawa, cuba serius. Sepanjang perjalanan pulang, Farish bercerita panajng dari awal sampai akhir tentang Ainan dan kisah cintanya yang tak menjadi. Diselangi gelak tawa Burhan yang langsung tidak sangka sahabat karibnya jiwang sebegitu.

Tuesday, May 10, 2016
TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 7)
"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkau tempat aku berlindung, tempat aku meminta pertolongan. Aku insan yang lemah Ya Allah, Kau berikanlah daku kekuatan untuk menempuh semua ini. Ya Allah, kau ampunilah dosa dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat di dunia ini Ya Allah. Ya Allah, aku tahu aku tidak layak meminta apa-apa dariMu, cuma satu yang aku ingin pohon kepadaMu, pertemukan aku dengan ibuku ya Allah. Sesungguhnya, diri ini terlalu merinduinya. Jagalah makan dan minum, jagalah dia walau dimana pun dia berada. Aku terlalu sayangkan ibu. Permudahkanlah jalan bagiku untuk bertemu dengan ibu ya Allah, amin ya rabbal alamin..", tulus Burhan mengaminkan doanya. Lama dia berteleku di sejadah. Pelbagai perkara menyelubungi kotak fikiran. Satu per satu peristiwa yang berlaku terimbau dalam masa yang singkat. Tak lama lagi, dia akan tamat matrikulasi. Fokus utamanya hanyalah untuk mencari Puan Saliha.
Air mata bergenang di kelopak mata Burhan. Mulutnya beristighfar seraya mengelap air matanya dengan lengan baju melayu yang dipakainya. Teringat kali terakhir dia bertentang mata dengan Puan Saliha. Sewaktu itu, Puan Saliha baru pulang dalam keadaan mabuk, terhuyung hayang berjalan ke arah bilik. Burhan cuba menegur ibunya, tapi badannya ditolak ke tepi. Burhan menggelengkan kepala. Dia mengintai dari luar bilik ibunya. Puan Saliha menghempaskan diri ke atas katil, bercakap cakap sesuatu dan ketawa mengilai."Aku kaya tak lama lagi, aku nak berambus dari rumah ni. Aku kaya, banyak duit!".
Puan Saliha ketawa lagi kemudian termuntah di tepi katil. Burhan pantas ke bilik air mendapatkan baldi dan tuala basah. "Ibu, baring ibu... Burhan lapkan muntah ibu", ujar Burhan cuba menenangkan ibunya yang mabuk. "Kau siapa? Oh... anak aku.. eh bukan, kau anak si setan tu! Hahaha! Anak aku semua pandai pandai. Bukan bodoh macam kau! Hey budak! Aku akan tinggalkan kau tak lama lagi. Pandai-pandailah kau hidup!", ibunya ketawa mengilai sambil menolak nolak kepala Burhan. Burhan memendam tangisannya. Selepas ibunya tertidur, dia keluar dari bilik, tersandar di dinding menangis teresak-esak. Bukannya tidak biasa mendengar dia dipanggil anak syaitan, tapi kali ini, dia terlalu kecil hati dengan ibunya. Tidak sanggup tunggu di situ, malam itu juga Burhan ke rumah nenek Ayang. Nenek Ayang dipeluk dan dia menangis sepuas hati di bahu nenek Ayang. Nenek Ayang turut menangis mendengar keluhan cucunya itu. Hanya ungkapan sabar yang meniti di bibir.
"Nek, Allah tak sayangkan Han..."
"Han... Tak baik..... Tuhan marah sayang...."
Sendu mereka silih berganti. Nenek Ayang tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menasihati Puan Saliha. Malam itu, Burhan tidak pulang ke rumah. Dia bermalam di rumah Nenek Ayang. Keesokan pagi, apabila dia pulang ke rumah, ibunya sudah tiada. Barang-barang ibunya juga tidak satu pun yang tertinggal. Burhan terjelepok di atas lantai. "Ibu! Ibu! Sampai hati.... ibu tinggal... tinggal Han....", Burhan teresak-esak. Semenjak itu, dia tinggal bersama nenek Ayang.
******************************************
Sekarang, Burhan sudah menjadi semakin matang. Dia mula berfikir untuk mencari ibunya. Burhan bangun melipat sejadah. Dia duduk di sisi katil mencapai telefon bimbitnya. Tangannya mendail nombor rumah Nenek Ayang.
"Assalamualaikum nek.. Han ni..."
"Waalaikumussalam, Ya Allah cucu bertuah! Lama tak telefon nek ni. Ada kekasih hati ke, sampai lupa nenek", suara nenek Ayang ceria, masih seperti biasa.
"Eh, mana nek tahu ni? Hahaha, gurau nek. Siapalah yang berkenan kat cucu nenek yang tak hensem ni... Maafkan Han nek.. Han busy betul belakangan ni.. esok Han dah start peperiksaan sem terakhir. Han janji Han nak buat sungguh-sungguh, lepas tu balik boleh duduk lama sikit dengan nenek...Nek suka tak?", ujar Han, berseloroh. " InshaAllah Han.. nek yakin Han boleh buat. Nek selalu doakan yang terbaik untuk Han. Balik ni Han cakap je Han nak makan apa, nek masakkan", ujar nenek Ayang. "Yeh! Nenek Han memang terbaik! Baiklah nek, doakan Han ye. Han dah kena bersiap ni. Ada tutorial tambahan. Got to go! Assalamualaikum dan jaga diri baik-baik tau".
Selepas bercakap dengan nenek Ayang, dia berasa dia mendapat satu semangat yang baru. dia menarik nafas panjang, tersenyum lebar. Lepas juga rindu pada nenek kesayangannya itu.
Bersambung...

Monday, May 9, 2016
TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 6)
Petang Ahad itu, hujan turun dengan lebat membasahi negeri jelapang padi. Farish sibuk menelaah di dalam biliknya di Blok Cendekia. Sesekali, matanya mencuri melihat skrin telefon pintarnya. Setiap kali bunyi aplikasi 'whatsapp' masuk, dia tersenyum. Dicapai telefon itu lalu membalas 'whatsapp' yang diterima dengan gembira. Setelah itu, dia duduk bersandar di kerusi, melemparkan pandangan ke luar tingkap. "Ainan...", tanpa disedari nama itu meniti di bibir Farish. Dia teringat detik pertama berjumpa Ainan. Gadis berkulit kuning langsat dan lemah lembut itu ditemui sewaktu menyertai forum kelab keusahawanan. Ainan ialah salah seorang fasilitator sepertinya dan mereka bertugas di dalam satu kumpulan. Dia banyak berhubung dengan Ainan bagi menyelesaikan tugas sewaktu forum berlangsung. Tiada langsung terdetik di hati untuk menaruh perasaan pada Ainan, namun, lama kelamaan hatinya goyah setelah dia mula berminat mengenali Ainan dengan lebih rapat. Bagi Farish, Ainan ialah perempuan yang sederhana, manis dan bijak, cukup serba serbi.
"Hoi, kau! Berangan apa?!", sergah Burhan dari belakang. Farish tersentak dari lamunan. Cepat cepat ditepis tangan Burhan yang singgah di bahunya. "Kurang asam kau Han! Bagilah salam kalau ya pun!", cebik Farish, termalu sendiri. Burhan mengekek ketawa melihat muka Farish merah padam. Farish menyelak rambutnya ke belakang. Sejurus, dia mencapai telefon lalu membalas 'whatsapp' Ainan. Ainan bertanya jika dia masih menyimpan baki duit perbelanjaan sewaktu forum, dia mahu menyerahkan wang tersebut kepada kelab keusahawanan. Farish mengajaknya keluar minum petang itu. Ainan tidak menolak. Dia mahu mengajak seorang lagi rakannya, tidak selesa keluar hanya berdua, dan Farish setuju. Burhan tidak tahu hal itu, ini kali pertama Farish berahsia daripada sahabat dunia akhiratnya itu. "Kau dah kenapa? Aku bagi salam nak dekat sepuluh kali kat pintu, tak ada orang jawab, dah kebetulan tak kunci, aku masuk lah", Burhan bersuara setelah penat ketawa, mencapai nota nota di hadapan Farish. " Sorry Han, aku betul betul tak perasan tadi. Aku fokus sangat tadi", balas Farish mula mengemas buku buku di atas meja. " Fokus lah sangat. Aku tengok kau akhir akhir ni, tak renggang langsung dengan telefon. Tapi, 'whatsapp' aku lambat pulak kau 'reply', kau 'whatsapp' siapa ni?", tanya Burhan, memandang wajah Farish yang selamba. "Tak ada siapa pun, aku tengah try game baru ni. Sebab tu kau nampak aku dengan handphone memanjang", Farish cuba memberi alasan. Burhan menjuihkan bibir, tidak berpuas hati. Namun, dia tidak memaksa sahabatnya. Biarlah, mungkin ada masa yang lebih sesuai untuk Farish berkongsi dengannya kelak.
"Kau nak ke mana Farish? Aku nak beritahu sesuatu", Burhan mula bersuara mengenai tujuan kedatangannya ke bilik Farish. Farish sibuk membuka almari memilih baju untuk 'dating' petang itu. "Ha, cakaplah. Aku dengar ni", Farish membalas tanpa berpaling dari almari pakaiannya. Dicapai sehelai baju T-shirt formal berkolar, hitam putih pemberian ibunya. "Camni Farish, aku cuba 'contact' Aunty Liza, dia cakap ibu aku memang dah lama tak datang pejabat. Kali terakhir, dia nampak ibu aku datang dua tahun lalu, itu pun untuk ambil barang-barangnya di pejabat. Dia tak cakap atau beritahu siapa-siapa kenapa dia berhenti. Muka dia pun tak ada riak sedih atau happy, biasa sahaja".
Farish duduk di atas katil, merenung sahabatnya. "Han, kau tak putus asa lagi. Ibu kau dah teruk buat kau macam anak pungut. Anak anak emas dia pun tak ambil tahu Han... Kau pula yang susah. Aku betul-betul tak faham", ujar Farish. Burhan menyelak rambut, memangku tangannya di atas meja. " Kau tahu kan kakak dan abang aku macam mana. Kakak aku tu lepas dah kahwin dengan orang kaya, aku ni pun tak jumpa dah dengan dia. Penat aku cuba hubungi, tak ada pun dia balas atau telefon aku semula. Abang aku, entah lah Farish. Sibuk sahaja dengan kerja dia kat pelantar minyak tu. Balik rumah, tak pernah ada kat rumah. Nenek aku naik pening dengan perangai dia. Perempuan keliling pinggang. Hmm.. nek...", Burhan terkedu apabila dia menyebut nama Nenek Ayang. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Tamat matrikulasi, dia mahu berjumpa dengan nenek yang disayanginya.
" Sabar Han.. kau anak yang soleh, inshaAllah syurga ganjaran untuk kau. Bilalah aku boleh kuat macam kau. By the way, mana kau dapat nombor siapa tu, Aunty Liza? Kawan kerja mak kau ke?", Farish membalas, bangun mencapai telefon pintarnya. "Aku lepak kat cyber cafe tadi. Tiba-tiba teringat nak cari syarikat ibu aku kerja. Ada contact number, aku cuba telefon. Katanya nama dia Liza. Dia tahu ibu aku. Itulah yang aku kenal Aunty Liza tu. Tapi, nak tanya banyak dia pun tak tahu sangat. Sebab katanya, ibu aku memang tak ada kawan rapat di pejabat. Risau juga, mana ibu aku pergi selama ni, kalau dia hidup senang, aku tumpang gembira Farish. Tak susah aku cari macam ni", ujar Burhan, mengenang nasib hidupnya. Farish menepuk nepuk bahu Burhan. Mereka terdiam seketika. Farish faham apa yang sedang dilalui Burhan, dia selalu menjadi pendengar sewaktu Burhan memerlukan selain Nenek Ayang.
Petang itu, Kafe Bayu...
" Assalamualaikum, sorry lambat. kami baru balik dari study group", suara lembut itu menerjah masuk ke telinga Farish. Dia mengangkat muka, berbalas senyuman dengan Ainan. Pipinya terasa hangat. " Walaikumussalam, eh tak apa. Saya pun baru saja sampai, order lah dulu nak minum apa", balas Farish. Rakannya, Munira duduk di sebelah Ainan. Setelah memesan minuman, Ainan bersuara, " Kenalkan, Munira, kawan sekelas saya. Munira, ini lah Farish, jejaka idaman melaya", seloroh Ainan, ketawa sopan. " Oh, inilah dia. Hum boleh tahan", Munira mengusik. Farish tersengih lebar, menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang benar Farish boleh dikatakan popular di matrikulasi. Ulat buku, 'legend', 'gentleman' dan macam-macam lagi panggilan positif untuk dirinya. Farish sering mendapat surat dari 'secret admire', namun perempuan di hadapannya telah berjaya mencuri hati lelakinya. Cuma empunya badan tidak tahu.
"Taklah, mana ada. Saya biasa sahaja. Orang minat kita tak boleh halang", balas Farish, bersahaja. Dia menghirup teh tariknya. "Dah bersedia nak final ni?", sambung Farish, tunak memandang Ainan. Ainan menghirup air teh o ais di hadapannya. "Nak kata seratus peratus belum lagi lah, tapi inshaAllah masih ada masa, Far macam mana?", tanya Ainan. Perbualan tersebut berlarutan sehingga pukul 7 malam. Mereka pulang ke matrikulasi, kerana bimbang dimarahi warden sekiranya lambat pulang. Mujur, minggu hadapan ialah minggu 'study week', jadi tiada kelas.
Malam itu, Farish tersengih-sengih keseorangan di atas katil. Sedikit sebanyak dia berjaya mengetahui latar belakang Ainan. Ainan anak kedua daripada dua orang adik beradik. Dia tinggal dengan ayahnya dan ibunya telah meninggal sejak dia berumur 12 tahun. Setakat itu, dan selainnya mereka banyak berbual tentang pelajaran dan perancangan selepas matrikulasi. Malam itu, Farish rasa sedikit bersalah. Dia tidak menceritakan cerita cintanya kepada Burhan. Dia berteka teka untuk membuat keputusan. Patutkah dia memberitahu Burhan, atau perkara ini masih terlalu awal? Farish membiarkan lamunannya tenggelam dan matanya perlahan lahan tutup.
"Sampai hati kau buat macam ni Farish? Tergamak kau!", lembaga itu bersuara dari kejauhan. Farish memandang kiri dan kanan. Gelap gelita, pekat kehitaman. Farish berpeluh peluh. Dadanya berombak ketakutan. Dia tersandar pada dinding yang hitam. Lembaga itu menghampiri, berlumuran darah. Kepalanya sedikit teleng. Lembaga itu kemudian menangis air mata darah. "Siapa kau!?", Farish menggenggam rambutnya, dia berteriak menahan ketakutan. "Kau tak kenal aku? Kau yang bunuh aku!" Lembaga itu menjerit, mengilai ketawa. Suaranya berubah-rubah.
"Bukan aku!"

Subscribe to:
Posts (Atom)