Sunday, August 7, 2016

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 8)

Farish menunggu Burhan di dalam kereta.

Petang itu dia dan Burhan akan pulang meninggalkan matrikulasi yang banyak memberi mereka berdua kenangan. Alhamdulillah kedua duanya lulus dengan cemerlang. Sekarang, hanya menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

"Bila Far boleh jumpa Ainan lagi?", Farish menegur Ainan yang leka meninjau kawasan matrikulasi di atas kerusi panjang. "Eh Far, tak perasan. InshaAllah kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Tak akan lari gunung dikejar Far", Ainan menjawab, senyuman manis dilemparkan. Farish tersenyum hambar. Dua hari sebelum, Farish telah meluahkan isi hatinya selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Tetapi, isi hatinya tidak berbalas. Ainan membiarkan soalan Farish tiada jawapan.

"Far! Kau termenung lagi?", sergah Burhan yang sudahpun berada di sebelahnya di dalam kereta.
"Han, aku kena reject...", perlahan suara Farish memberitahu Burhan. Burhan seraya tadi membetulkan kedudukan dan memasang tali pinggang keledar, terkedu. Merah muka menahan ketawa. Dipandang Farish lama lalu ketawa berdekah dekah. "

"Kurang asam punya kawan. Ini cara kau pujuk aku", Farish meninggikan suara, tersengih menahan malu. "Sorry Far, aku tak sengaja. But, nice bro, baru sekarang aku tahu kenapa kau ni dari sem akhir start hari tu, asyik sengih ke sana ke mari. Tak apa, tak lari gunung dikejar. Aku doakan kau dengan dia ada jodoh", Burhan menahan tawa, cuba serius. Sepanjang perjalanan pulang, Farish bercerita panajng dari awal sampai akhir tentang Ainan dan kisah cintanya yang tak menjadi. Diselangi gelak tawa Burhan yang langsung tidak sangka sahabat karibnya jiwang sebegitu.


No comments: