

* The actors!*
Terlanjur miss tulip tengah asyik melayan satu drama baru tahun ini, miss tulip nak berkongsi dengan kalian atas faktor apakah miss tulip menggemari drama terbabit.. Ceh, macam pembaca berita pulak dah...
Miss tulip tahu kalian semua tahu kan tentang DREAM HIGH, drama korea yang hangat diperkatakan... Namun, tidak kurang juga yang kurang menggemari dan mengikuti perkembangan drama korea ni... Bagi miss tulip sendiri, miss tulip biasa biasa sahaja.. tak adalah fanatik dan taklah anti sangat..

* T-Ara (Second heroin - depan kiri )*
Miss tulip tertarik dengan drama ini sebab ini sejenis drama muzikal, dan.. memang kenalah dengan jiwa miss tulip yang minat singing and dancing... Tambah-tambah pula, miss tulip kenal la jugak pelakon-pelakonnya sebab dalam masa yang sama, they are singers!
* 2 PM ( dua yang paling kanan...)*
Heroin drama ni, daripada group MISS A ( antara lagu yang miss tulip tahu... Bad Girl Good Girl), hero kedua.. Taecyoon (2P.M).. Kenal lah sikit sikit.. Sebab housemates peminat allkpop.. Lagipun, lagu lagu dalam drama ini, serius best... OST yang menarik dan rancak, exactly my feveret GENRE!
*Song-Maybe!*
PLOT YANG NGAM!
* Lakonan yang mantap... Friendship...*
Jalan cerita yang 'cool' dan banyak tentang persahabatan di samping scene yang menarik... Tak banyak 18SX, satu pratus ja kot naa.. HEHE.. Anyway, maybe sebab heroinnya bawah umur, sebab tuh lah... Kata sahabat, masa dia berlakon ni, umur baru 17 tahun... Muda kan? Muda muda dah ada pakej yang lengkap dan menarik..

* She is young but talented!*
Kisah tentang cabaran kehidupan untuk menjadi seseorang yang glemer.. lebih kurang begitulah 'tema'nya...Elemen yang cuba diterapkan kesungguhan mereka ini yang mempunyai dream masing-masing... Nama pun dream high... Ada scene yang sedih dan watak yang dibawakan oleh hero drama ini (maap ye tak ingat nama sebenar, nama watak 'Sam Dong'), sangat sangatlah terkesan...


* Watak 'Sam Dong' yang innoncent and cool* Pencinta yang setia!*
PAKEJ!Pakej? Kebanyakan students Malaysia gemar tengok dan layan korea ini sebab fizikal mereka yang hensem dan cun.. Miss tulip akui korean ni memang anugerah Tuhan diberi fizikal yang menarik dan juga menjadi pakej sebagai tarikan penonton dan peminat seluruh dunia..
Memanglah kita pun tak tahu macam mana perwatakan korean ini yang sebenarnya di luar... Miss tulip sendiri tak tahu... Miss tulip tanya housemates pun, tiada jawapan.. Masing-masing tertanya.. Sekali lagi miss tulip katakan.. Miss tulip bukanlah fanatik dengan dunia korea, biasa-biasa sahaja.. Bosan bosan layanlah drama korea... Habis layan pun, miss tulip tengok realiti tv korea, WE GOT MARRIED.. that's all..
Kenapa perempuan suka layan drama korea? Macam miss tulip, sebab bosan... layan ja lah.. Miss tulip minat sekejap sahaja untuk suatu suatu drama, bila tengok drama baru, drama yang dulu dah tak minat dah.. HEHE.. Macam sekarang ini, drama DREAM HIGH lah...
TEKNIK PENCERITAAN!
Untuk teknik, miss tulip bagi fullmark! Drama DREAM HIGH, banyak menggunakan unsur drama dan romantik dan.. dan... oh, entahlah.. miss tulip tak pandai nak describe... Bagi miss tulip, apa yang menariknya tentang drama ini, tak mudah bagi seseorang yang jatuh hati untuk mengaku beliau jatuh hati... Jadi, bila kita mengikuti drama ini... kita akan tertunggu-tunggu hingga ke saat akhir, bilalah dia nak confess ni... bila la nak confess ni... Hadoii...
Kadang-kadang watak ego yang diterapkan betul betul meninggalkan kesan... Kesan geram dan buat kita terpacak depan laptop sehingga ke episod akhir... HEHE... Miss tulip alaminya...
Apapun, miss tulip memang enjoy tonton drama 16 episod ni.. Kalau kalian nak tonton, bolehlah.. dengan syarat, kalian kena standby untuk mengamuk bila tengok episod akhir.. HEHE.. Miss tulip macam nak hempuk ja laptop... Anyway, enjoy watching!
credit to : 4everKPOPgirL03
No comments:
Post a Comment