Wednesday, June 15, 2011

APPLY LAH!

Ok! Stop kejap... Adoii... Otak ni suruh relaks...

Mengapakah? HAH? Tolong adik siapkan folio dia... peninglah... otak tepu sudaaa

Sambil berehat, goyang kaki atas kabinet di dapur...
Tengah sesedap rasa 'membelasah' manggis, teringat sebuah kisah suatu ketika...

Ibu bawak aku pergi kedai runcit.. Nak beli barang... Aku pun tumpanglah beli jugak... Bila lagi nak dapat barang preee... (HAHAHA! Selama nih pun, duit aku ka?)

Time nak membayar...

TAUKE : Okeh! Saya kila sikalang...
IBU : Ha! Lu kila...
TAUKE : Ini tiga... ampat... dua setengah... anam... (tuk tak tuk tak tekan kalkulator)

Tetiba, mata dia terfokus kat aku...

TAUKE : Anak lu ka? Sekolah mana sikalang?
IBU : Yang ni tak sekolah dah.. Baru habis belajar.. Mau sambung kat Ireland.. jadi doktor..
TAUKE : Aiyaa... Jadi doktor maa.. Manyak baguih anak lu... Muda-muda dah mau jadi doktor.. Baguih baguih...

Aku tatau nak cakap hapa... Tersengih cam kerang busuk (kenapa kerang busuk haa?)

TAUKE : Eh, lu tau ka? Orang ramai kata tanah kat SUNGAI DUA ni, manyak 'ong'! Orang kata apa tuh, tanah manyak subur... manyak elok...  Sebab tu la, lu nak tau, manyak yang jadi doktor... Engineer dengan lawyer pun adaa... Kawan-kawan saya manyak mau pindah sini... Manyak olang pandai-pandai...

Aiseyyyy... Betui ka? HAHAHAHA! Ibu tergelak sikit... Aku dah gelak banyak..

Yang pasti, sebenarnya di mana pun kita berada, siapa pun kita, kita sendiri yang menjadi penentu masa hadapan. Sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Ini kerana...

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mahu mengubah nasib mereka" :)

Teringat sejenak :
dah lama sejak aku mendapat markah kosong untuk practical test Anatomy...
dah lama sejak aku mendapat cukup-cukup makan C untuk Kimia dalam TRIAL MARA SPM
dah lama sejak aku buat dua guru aku menangis kerana kesilapan aku sendiri...
dah lama sejak aku minum lima tin nescafe dalam satu malam untuk exam esoknya...
dah lama sejak aku gagal mendapat tempat untuk interview SPC sewaktu TRIAL MARA
dah lama sejak aku menangis kerana tidak selesai menjawab kertas ADD MATH
dah lama sejak aku migrain setelah membaca dan menghafal terlalu banyak fakta Sejarah...

Sesungguhnya, pengalaman mengajar kita... YA ALLAH, aku bersyukur... :')

3 comments:

ezzati hamid said...

bestnya . rasa teharu baca kehidupan belajaq tu . banyak dugaan kan .

ehh bila nak fly ehh ?

Rooftopers said...

ilnyiiiii rindu kau! hahaha.. tibe2 je

Anonymous said...

zty : susah dlu, snang kmudian.. :) bulan 9, insyaAllah... :)

Rooftopers : rindu jugakkk!! hihi... :)

-iylni-