Sudah beberapa hari dilanda demam yang tidaklah seteruk mana, tetapi boleh tahan penangannya. Sekalipun itu, saya bersyukur kerana sudah lama tidak sakit sebegini. Sakit jua adalah ujian, bahkan penghapus dosa, InsyaAllah... ^^ Cuaca yang agak baik pada hari ini saya manfaatkan untuk ke bandar bersama sahabat. Niat di hati untuk membeli beberapa souvenirs untuk keluarga dan saudara mara terdekat. Walaupun dirasakan agak 'sesak' dengan duit, untuk keluarga, it worth more than everything...
Namun, bukanlah itu yang mejadi tajuk utama entri pada kali ini, bukanlah tentang wang, kerana saya percaya, rezeki itu ada dimana-mana, rezeki itu milik Allah dan tugas kita sebagai hamba, berusahalah mencari dan menguruskan rezeki yang diberikan dengan baik. Seperti mana di dalam lafaz doa sewaktu solat Dhuha...
" Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah, jika ada dibumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah.... "
Sewaktu solat berjemaah tadi, saya telah diberikan amanah untuk menyampaikan sedikit pengisian sejurus selepas solat. Kira-kira sejam sebelum itu, sempat saya menjengah ke laman ILUVISLAM dan beberapa artikel dibaca namun dirasakan pengisiannya berat. Tidak pula saya letakkan target tentang tajuk yang bakal disampaikan, cuma kalau boleh saya mahukan pengisian yang ringan, tetapi ada isinya. Alhamdulillah, saya tertarik dengan artikel bertajuk Singa dan Kerusi yang Berkaki Empat.
Kata penulisnya, hidup ini perlulah mempunyai matlamat yang jelas, kerana apa? Selagi kita mempunyai matlamat yang jelas, dengan mudahnya kita dapat menepis segala cabaran dan halangan sepanjang kita berjuang ke arah matlamat yang dituju. Secara amnya, kita sebagai umat Islam, matlamat hidup kita yang jelas, mestilah mencari redhaNya, dan destinasi terakhir yang diimpikan mestilah Jannah... ^^ Secara spesifikasinya, kita sebagai manusia yang berjalan di atas muka bumi ini, sudah tentu masing-masing mahu mencapai cita-cita dan seterusnya membuat future planning untuk diri dan keluarga yang bakal terbina. Orang yang jelas matlamatnya akan lebih fokus dalam merancang perjalanan kehidupan. Berbicara tentang fokus, penulis artikel ini mengaitkan dengan kisah singa yang liar.
Sumber : Google image
Jika diperhatikan singa yang liar, bagaimana dengan mudahnya penjinak singa, menjinakkan dan mengawal singa tersebut? Terdapat dua kaedah, yang pertama, menggunakan pistol, namun, dikhuatiri agak merbahaya untuk digunakan, dan kaedah kedua yang lebih mudah adalah dengan menggunakan kerusi berkaki empat. Bagaimana? Caranya, penjinak singa menghalakan kaki kerusi ke arah singa berkenaan, menyebabkan singa hilang fokus, tidak tahu untuk meletakkan sasaran di antara keempat empat kaki kerusi tersebut. Singa yang liar dengan mudahnya tewas dan 'hilang taring'. Subhanallah.... Singa yang liar dan menjadi raja hutan hanya tewas dengan kerusi, kita bagaimana? Persiapkanlah diri dengan sebaik mungkin untuk berdepan dengan segala musibah dalam menuju matlamat yang diimpikan... (:
InsyaAllah... Semoga mendapat ibrah daripada kisah ini...
Pentingnya hidup ini berlandaskan keimanan, iman dapat mengawal nafsu dan hati... Dan hati...
adalah raja bagi tubuh... (:

No comments:
Post a Comment