Friday, May 24, 2013

GOODBYE SECOND YEAR MEDIC!

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog yang disayangi... :)

Alhamdulillah hari Isnin yang lepas dengan rasminya aku dah menamatkan second year medic di UCC.. HUAAA.. seronok bukan kepalang lagi.. mana taknya, penyeksaan selama seminggu lebih sudah berakhir.. Overall, ada yang aku puas hati ada yang tak berapa nak puas hati sebab aku rasa aku boleh bagi lebih lagi. Tapi, enggak apa.. aku yakin in shaa Allah itu yang terbaik buat aku. So, balik ja dari exam, terus kami bertiga sekali dengan housemates makan makan kat town. HAHA.. aku taknak pi pun sebenarnya, pokai seyh.. malas nak makan kat luar, but then kawan aku kata dorang nak belanja.. why not? HIHI.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan pepandai cari.. ^___^

Aku start belajar sebulan sebelum exam. Start cuti Spring sebulan tu, memang aku nekad nak fokus belajar. Stay kat Brookfield, ataupun kitorang punya kampus tu dari pagi sampai lah petang. Tiap tiap hari lunch aku sandwiches.. Kurus kedekiang dah aku.. (kurus sangat lettew... -.-") Study ikut minggu ikut topik.. Haaa... memang serius nak termuntah, loya dan sebagainya.. Kemuncaknya time study pathology.. Menatang apa tuh pathology? buat mereka mereka yang tak tahu, boleh la google.. untuk budak medik, subjek ni dah biasa kan?kan? buat aku yang baru tahun ni belajar memang pufffffffffff... tension kemuncak time exam.. Allah ja yang tahu betapa aku pressure sampai nangis tiga baldi... haha.. overrr kauu... Banyak sangat kena recall.. banyak sangat new terms, banyak sangat nak kena paham.. aku baca kali ketiga pun belum tentu boleh tangkap semua benda.. Ada jugak yang ingat ingat lupa.. Effect makan megi banyak sangat gamaknya.. -.-"

Sekarang, saya sudah bebas... bebass... bebassssss.... untuk sementara waktu ja pun. Budak medik pernah ke free? But, ini choice aku, so this is my life.. Memang hectic.. tapi, aku macam biasala.. buat buat rileks.. kemuncak dia memang burst la ayaq mata... Doakan aku lepas semua exam kali ni.. tak sabo den nak masuk third year! AND yang paling penting, boleh balik malaysia... uuuyeahhh... aku balik 30 Mei ni.. yabedabeduuu.. Sehari sebelum tu, kalau ditakdirkan aku kena oral untuk subjek neuro or bone and renal metabolism, terpaksa lah aku study balik untuk pass oral pulak.. Ya Allah, lindungilah aku dari Oral ya Allah... :') Lepas tu, ada perjumpaan dengan Anne Harris.. yang handle kitorang bebudak AUCMS ni untuk balik Malaysia.. nak jumpa Dean katanya..

Cuti cuti nih kalau tak isi dengan sesuatu yang berfaedah rugi jugak, so, first of all, aku nekad, balik ni aku nak amek lesen.. HAHAHA.. gelak la gelak la.. aku tau aku lambat gila amek lesen.. ramai sahabat handai aku amek lesen lepas SPM.. But, peduli apa aku, better late than never.. :) Jadi, berbalik pada aktiviti cuti aku, dalam planning jugak ingat nak buat reunion gegirls sekolah lama kat Sedim or Bukit Merah, not sure.. aku ikut cakap dorang je.. and.. I think most of my time will be with my family la kan.. of course.. Adik aku tu, nak amek SPM tahun ni.. Sapa lagi nak ajar dia kalau bukan aku, sebagai kakak, mana bole lepas tangan... my lil bro! satu satunya, kena la support... ye dak?

Sepuluh hari sebelum balik Malaysia ni, aku banyak spend masa kat rumah ja.. tak pi jenjalan mana pun, nak simpan duit amek lesen.. hehe.. kalau boleh, takmau harapkan ibu dan abah sangat.. selama ni pun aku pakai duit sendiri.. tak pernah pulak minta abah support.. kecuali abah yang nak bagi, eden terima ja laa.. HIHI.. oh ya! cakap pasal abah, aku ada hadiah spesial buat beliau.. takda la surprise sebab beliau dah tau pun kehadiran hadiah berkenaan.. I bought him S3 mini kaler putih.. Aku beli online, murah sikit.. Harga not bad, biarlah rahsia... Yalah tahun lepas, aku tak bagi apa pun kat abah, setakat wallet yang aku beli kat Italy, itu ja.. Aku ada beli satu raincoat ni ada lambang Ireland sebab aku tengok abah selalu pakai raincoat pergi kerja masa naik moto.. Sekali, salah saiz la aku beli, kecik sangat.. Sian abah... last last dapat kat uncle aku.. hek..

After all, aku rasa paling penting sekali untuk aku ni sebagai seorang muslim yang belum tentu lagi mukmin, mestilah kena jaga jugak diri, mohon jangan lah tersimpang jauh dari landasan syarak.. Apa-apa yang kita buat pun, agama mesti didahulukan. Ok? So, aku banyak habiskan jugak masa kat rumah baca buku buku agama, or at lest novel tauhid yang aku ada. Berusaha keras jugak nak habiskan walaupun berkerut seribu cuba nak paham. HIHI.. AlQuran pun kena baca selalu, tak boleh tinggal. Barulah tenang hidup, aman dan damai.. :)

Sekian coretan yang melalut... Assalamualaikum..:)

Counting days to go back to Malaysia!! Tanah tumpah airku... heeeeee...

No comments: