Tuesday, October 22, 2013

BEBELAN HIDUP

Assalamualaikum... di waktu tinggal beberapa jam lagi aku nak masuk exam, izinkan aku untuk membebel kat sini melepaskan stress.. haha.. boleh cenggitu?

Bagaimanalah aku boleh tercampak dalam kos perubatan? aku pun tak tahu... Tetiba ja, aku dah third year sekarang, dan adakah medik satu cabang yang memang aku minat? Kejap.. cuba selongkar balik dari mula.. apa aku nak sebenarnya? Waktu kat sekolah menengah, aku seorang student yang biasa sahaja. Tak adalah teror mana.. Sebelum aku masuk ke sekolah menengah, aku dah target nak masuk MRSM ataupun SBP lepas UPSR. Benda ni cliche kot bagi semua orang. Aku bersekolah tadika sampai darjah 6 di tempat ibu aku kerja as teacher, dan buat pengetahuan semua, memang ibu aku yang ajar kelas aku dari darjah 4, sampai darjah 6. Memang aku spoil habis masa kat sekolah. Anak teacher lah kononnya... sapa pun tak boleh buli aku.. tapi aku boleh buli orang... HAHA.. jahat betul.. Dah dapat 5A, aku terus mohon MRSM tanpa berfikir panjang, rasa kembang gila sebab layak untuk memohon. Malangnya, aku tak dapat pun.. sedih jugak time tu, tapi maybe sebab aku ni budak hingusan lagi time tu, dan dunia aku sangatlah kecil, aku banyak berkepit dengan kawan kawan sekolah rendah, aku taknak pun berpisah dengan dorang semua. Sebelum tu, ada interview untuk masuk sekolah agama. And, aku rasa loser tahap mati masa tu sebab soalan sesimple rukun iman dan rukun islam pun aku fail, sebab terlalu nervous. Ini menunjukkan juga tahap ignorance aku yang sangat tinggi waktu aku budak budak.. PFFTT.. lepas keluar tawaran masuk sekolah menengah, aku sangatlah sedih dan inferior nak mati sebab aku kena berpisah dengan kawan kawan yang dah lama aku kenal, most of them kawan dari tadika kot, membesar sama-sama, dan anak cikgu semua.. Aku memang seriyes tak bersedia nak masuk sekolah menengah, dan aku dapat tahu sekolah yang aku dapat ni, SMK DATO' ONN, sekolah campuran, ada malay, indian and chinese and others. Aku rasa macam tak boleh nak adapt mula mula...

Dan nak dijadikan cerita, kawan kawan yang rapat dengan aku mostly masuk SMKA Al-Irshad, which is sekolah kakak aku jugak, dan sekolah ni femes dengan kecemerlangan student nya. Aku rasa envious + inferior dan sebagainyalah time tu. Dalam kepala otak aku, aku rasa macam menyesal gila tak jawab dan prepare betul betul waktu interview masuk sekolah agama dulu. Buat pengetahuan kalian jugak, aku masuk asrama masa Form 1 aku kat SMK Dato'Onn. Waktu tu, aku rasa sangatlah tak enjoy, dan rasa sangat lah tak best, sebab semua benda kena buat sendiri. Kerisauan aku bertambah bila dengar cerita pasal ragging dan sebagainya. Dan aku terfikirkan macam mana aku nak survive dalam study, sebab selama ni aku study je, tak buat pun benda lain, tapi kali ni aku kena pandai arrange masa untuk study, basuh baju, lipat baju, main, dan sebagainya. Sangatlah tak bebas kehidupan aku, dan tetambah aku tengok orang lain boleh balik, aku terkurung kat asrama ni... STRESS! aku hanya berpengalaman duduk kat asrama selama sehari.. HAHA.. lepas tu, aku menangis call ibu aku suruh ambek.. Betapa spoilnya aku.. dan aku bagi alasan terkurung kat dalam asrama sebab lambat keluar ke kelas prep.. HAHA.. padahal aku homesick nak mampos. HELLO!! rumah aku dekat kot.. bila sekarang fikir, aku rasa macam WHAT?? apa-apalah aku ni... Perabis duit mak bapak beli barang asrama sehari je stay.. -.-"

Then, lepas tu hidup bertambah stress lagi sebab jumpa kawan kawan yang berlainan races dari aku. sebelum ni aku kawan dengan budak melayu je, sekolah kampung, mana pandai kawan dengan Indian, Chinese.. HAHA.. but then, aku start develop relationship sikit sikit, walaupun beberapa kali aku bebal bila balik sekolah, dan aku nangis kat ibu aku mintak nak masuk SMKA Al-Irshad. Aku tetap bertahan jugak. Salah satu sebabnya, aku ada besfren kat sekolah tu, kami berdua je yang terlepas kat situ. So, aku bertahan. Dia pun macam ok je, kenapa aku tak boleh, so aku decide untuk stay. Bila Form 2, Form 3 aku dah memang rasa ngam dah dengan sekolah tu, dan aku pun menjalani kehidupan aku sebagai student biasa. Masuk kelas tarian, masuk pesta pantun, jadi timbalan ketua murid (ceh! bangga muka kat board lembaga pengawas sekolah.. hehe... ni je alasan terima tanggungjawab tu, lagi satu sebab sijil...) padahal aku bukannya rajin manapun nak pergi ronda atau tegur orang, aku buat tak nampak je kalau orang tu buat salah, aku pun bawak benda terlarang, so chill lah.. Bila lepas Form 3, alhamdulillah aku dapat straight A's. Walaupun aku bukanlah jenis yang rajin belajar, lagi banyak main, aku yakin Allah memang banyak tolong aku. Cikgu cikgu pun banyak draftkan soalan untuk aku yang sangat lemah ni. Alhamdulillah jugak, aku dapat kawan yang jenis rajin belajar dan mereka banyak bagi aku motivation. Pendorong aku untuk jadi rajin jugak.. Then, again, aku apply MRSM. Dengan harapan kali ni, aku betul betul dapat, dan aku nekad.

Malangnya, aku tak dapat jugak. Akhirnya aku teruskan hidup aku kat SMK Dato'Onn, dan aku ambik macam macam subjek sampingan selain sembilan subjek yang wajib. Aku dan Alia, sepakat nak ambik 13 subjek kalau tak silap, dapat buku teks free kan, apa lagi, memang aku rembatlah semua buku teks yang ada. HAHA.. A tak A belakang cerita, yang penting aku nak cabar diri aku. Tapi, tak lama lepas tu, kawan aku ramai yang dapat tawaran MRSM dan beberapa sekolah lain, macam MCKK dan SBPI, aku rasa depressed sikit. Kawan baik aku pulak tu semuanya. Tak lama tu, aku dapat surat tawaran ke MRSM Kepala Batas, second intake..muahahahahaha.. dekat je dengan rumah aku, bak kata kawan kawan aku kat MRSM dulu, kentut pun orang rumah dengar. Semangat lah aku berkemas semua, dan aku pun masuklah sekolah berkenaan dengan harapan baru, tapi aku batalkan niat untuk ambil akaun bila masuk MRSM, dan gantikan dengan hanya menambah tasawwur, sebab mengikut ura-ura orang, life di mrsm sangatlah busy, so takut tak ter'catch-up' dengan study. Nak dijadikan cerita, masa memula aku masuk mrsm ni, aku rasa inferior gila tengok dorang semua, wowww.. muka muka bijak, genius dan sebagainya.. itu apa yang aku nampak kat muka kawan-kawan aku ni..

Walaupun lambat lagi exam, aku punyalah pulun study siang malam, tetambah spek aku tengah dalam mood old school time tu, bingkai beso gila, memang terserlah lah betapa nerd nya aku. Malam pukul 11.00 kena light off, aku akan study dekat corridor sebab lampu corridor je yang bukak. Dan paling epic sekali, aku menangis sorang sorang kat belakang masa kelas Fizik sebab tak paham langsung apa yang cikgu ajar. Aku rasa noob tahap melampau sebab aku tengok kawan kawan aku yang lain macam faham je cikgu ajar, takda soalan pun. Aku menangis tahap yang teruk, sampai cikgu perasan. Lepas kelas, cikgu panggil aku ke depan, dan tanya slow slow. Lepas tu, cikgu explain balik dari awal apa yang aku tak faham. Thank you my dearest teacher, Iylni takkan lupa... :') dan yang paling kelaka sekali, dan sampai sekarang aku boleh imagine muka kawan kawan aku, yang datang tanya kat aku...

Geng 403 : Iylni, apasal kau nangis tadi?
Aku : Weh, kenapa aku rasa looser gila.. aku tak faham langsung kenapa kita kena belajar tarik kereta tu, kira titik semua.. tak faham!!Aku tengok korang semua macam faham je...
Geng 403 : Lahhhhh... ko tak tau ke? kitorang buat buat paham je.. kitorang lagi tak paham...

*Ceh!*

Begitulah ceritanya... tahap ketakutan aku time nak adapt dengan suasana asrama ni. Aku beberapa kali jugak mengalami somatism kat sekolah di mana aku buat buat senggugut, sakit perut untuk balik rumah. Bila aku rasa homesick, aku buat perangai. Kawan-kawan aku yang duk KL, Selangor semua jeles tahap nak mati sebab tiap tiap minggu aku balik. HEHE... waktu mock-interview MARA, aku dah tetapkan untuk ambil farmasi sebagai kerjaya aku kelak. Tapi, lain pulak jadi sekarang. Rezeki lain-lain kan.. hehe.. waktu exam SPM, ada beberapa halangan yang aku rasa aku pun tak tahu macam mana aku boleh survive. Masalah dengan kawan, masalah dengan cikgu, masalah batch. Memang sesak sangat kepala. Banyak kali gak menangis time tu. Aku ada problem yang sangat kritikal dalam Modern Mathematics. Aku pun tak tahu kenapa.. Aku pernah dapat C, dan A pulak untuk Add Maths. Tapi, alhamdulillah atas ajaran cikgu maths yang sangat berdedikasi dan sabar, aku berjaya jugak paham solusi kepada soklan soklan berkenaan. Kimia pun sangat menyesakkan kepala aku. Tapi, aku memang minat belajar kimia, bila time buat soalan aku blank. Fizik jangan cakaplah, blur semedang. Bio jugak yang dekat dihati.. gituewww..

Pengalaman aku minum lima tin kopi satu malam sangatlah aku rasa tak wajar, dan sampai sekarang aku terfikir, macam mana aku boleh telan lima tin sekali.. tanpa muntah, dan waktu tu perut kosong. Dan bagaimana aku boleh selesaikan masalah aku dengan kawan, aku menangis sampai pukul 4 pagi, padahal esok tu exam kimia SPM, aku pun tak pasti. Yang pasti, lepas aku menangis tu memang rasa lega gila.. then baru aku sambung study sampai lah pukul 6, dan tidur untuk tiga jam sebelum prepare untuk exam. Alhamdulillah rezeki, aku dapat 10A, dengan subjek kritikal semua A-, HAHAHAHA.. overall, alhamdulillah.. yang paling tak boleh blah.. cikgu cikgu semua takutkan aku.. kononnya aku ada C.. memang aku redha je time tu walaupun sedih... haha..

Lepas SPM tu, banyak gak la aku mintak.. petronas, sime darby, khazanah, bank negara.. ye ye oo je nak dapat, result bukannya straight A+.. tapi, aku gagahi juga. Yang mana boleh isi, aku isi.. dan yang memang main aku target adalah MARA. Ada gak aku tanya abah aku, sama ada nak amek MARA ataupun JPA.. tapi abah aku dan kekawan yang lain cakap JPA banyak sangat saingan dengan orang lain, 5 persons at a time, nanti susah nak compete. Plus, aku memang under MARA sebelum ni, why not aku go on je dengan MARA. So, aku decide untuk isi MARA. Aku tanya gak abah ada tak untuk farmasi, tapi abah aku cakap takda. Memula aku rasa musykil jugak nak amek medik ke tak. Tapi, aku teringat pulak seorang doktor yang penah merawat aku ni cakap, ala farmasi dengan medik ni sama je... cuma medik belajar lebih sikit.. tapi lebih kurang je.. kenapa nak jadi farmasi, baik jadi doktor. Aku pun fikir fikir semula,aku rasa nak cabar diri. Kalau ada rezeki, dapatlah.. kalau tak, nak buat cmna.. aku pun amekla medik sebagai choice aku yang utama..

Aku dapat interview SPC kat Ipoh. Bagi yang tak tau, SPC adalah skim pelajar cemerlang. So, aku pun pergilah interview.. Sementara tunggu result interview dalam sebulan kot, aku dapat tawaran ke metrik changlun dan jugak diploma farmasi kat UiTM Penang. Aku memang berbelah bagi tahap nak mati lah time tu. Yang interview tu awal awal aku dah tak letak harapan tinggi sangat. Last last aku decide untuk amek metrik. adalah sikit discussion dengan kawan aku. Nanti aku bagi link, sebelum ni aku dah cerita. So far, alhamdulillah aku suka sangat kehidupan di metrik. Tak macam sekolah, tak macam universiti jugak. Busy, tapi aku selesa. Lecturers semua baik sangat. Tapi, tak lama lepas tu, aku dapat call dari abah yang aku dapat MARA punya tajaan untuk ke Ireland through program AUCMS. Aku pun setuju je.. tanpa bantahan. Rasa excited gila nak pegi oversea.

Masa masuk AUCMS tu, separuh jalan ke masa awal awal entah, kami diberitahu bahawa rupanya program ni ada kuota sekali dengan bebudak KMB, memang aku benganglah jugak time tu. Tapi, aku bengang tak lama, sebab ada banyak lagi benda lain untuk fokus. Aku dah malas nak dengar ura-ura orang cerita itu ini, aku decide untuk buat je sehabis baik (macam moto pengakap gitu...), sampailah alhamdulillah... walaupun tak pernah dapat 4.00, overall aku lepas piawaian yang pihak universiti mahu, iaitu 3.94. Alhamdulillah, aku lepas jugak interview dengan Irish yang mana aku dah kongsikan sebelum ni.

Begitulah ceritaku... bagaimana aku boleh terjebak dalam bidang medik ni.. Aku lega sangat dan bersyukur berpeluang belajar kat negara orang... tapi, aku yakin ada hikmah walaupun susah sangat medik ni, mesti ada sebab Allah tempatkan aku di sini. Aku sangat tak suka bau ubat sekarang, alhamdulillah.. at least aku dah tahu kenapa aku tak layak jadi ahli farmasi :P

Sekarang, tadaaaa... dah pun third year... busy sangat life.. dan makin lama, subjek makin mencabar... Dah kena banyak praktis, dan praktis... In shaa Allah, May Allah bless us.... :)

Sekian bebelan melampau... hehehehe.. Assalamualaikum... :)


In Cork University Hospital :)

2 comments:

Anonymous said...

cantik kak long

nadtravellerina said...

lulz, ko pandai kot kat maktab. mse exam tgh tahun lpas kuar result, sume org taw nama ko, sebab pointer 3.9