Wednesday, November 27, 2013

WOMEN SLAVES IN LONDON

Assalamualaikum semua...

Pukul 4 pagi, naik mereng dah kepala aku ni tak tido tido lagi, so aku amek kesempatan ni untuk hupdate.. tepu dah otak aku, tapi still aku rasa hari ni tak progresif sangat pon, sangat lembab okay, esok yoshh.. kena laju sikit..

okay, aku rasa semalam aku stay sampai dua pagi duk baca dan diskus dengan kawan aku pasal seorang perempuan ni. Haha.. bunyi macam kitorang bergosip entah apa apa kan.. tapi, tangan aku ketagih ja nak menaip kat sini, untuk aku ceritakan pada korang semua, kejadah apakah aku stay up semata mata pasal perempuan ni.. Sekarang ni, tengah bising dan panas kat Malaysia pasal kisah seorang wanita yang hilang 30 tahun lamanya, Siti Aishah yang dipercayai telah menjadi hamba kepada sebuah persatuan berhaluan kiri di London. So, kisahnya, Aishah ni yang sekarang baya baya aku ni dah panggil nenek kot, merupakan seorang student yang genius, bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah yang mendapat biasiswa Komanwel dan melanjutkan pelajaran di London dalam urusan juruukur binaan. Dia berangkat ke London dengan tunang dia. Then, sesampai kat sana, lepas je habis study, dia terlibat dengan sebuah ideologi berhaluan kiri iaitu parti komunis yang diketuai oleh Balakrishnan dan pasangannya Chanda. Kiranya, pertubuhan ni sangat kuatlah kat sana, dorang buat tayangan filem, edar risalah dan sebagainya. Aishah terlalu taksub dengan ideologi ni dan ceritakan benda ni dengan family dia. But, of courselah family dia tak terima. So, dia rasa yang family pinggirkan dia, dan rasa left out. Jadi, sejak hari tu, dia refuse untuk contact dengan family dia kat Malaysia, sampai sekarang tak tahu berita. Pernah je abang dia pergi cari kat London, tapi dia taknak jumpa time tu. Nak dijadikan cerita jugak, dia ambil keputusan untuk putus tunang, dan buang cincin tu ke dalam Sungai Thames. Dramatik gila...

Pastu, kiranya sampai sekaranglah tak jumpa. Sedih sangat sebab mak dia sayang gila kot kat Aishah ni, sampai masa mak dia meninggal pun, mak dia asyik sebut pasal Aishah. Nak dijadikan cerita, baru baru ni, polis kat London ni berjaya jumpa lokasi parti berhaluan kiri ni kat sebuah kawasan perumahan di London, kalau tengok dari luar, rumah biasa biasa saja dan kebanyakan penduduk kat situ Africans. Sampai sekarang ni, 37 orang pegawai polis berkawal di sekeliling tempat tu, tapi Balakrishnan dan wife dia dah pun ditahan. Bersama sama mereka, akhirnya ada 3 orang wanita berjaya di bebaskan daripada menjadi hamba selama 30 tahun yang dipercayai salah seorangnya adalah Siti Aishah, manakala dua lagi adalah perempuan Britain dan Irish. So, kakak dia dah berangkat pun ke London untuk buat pengecaman, bersama sama dengan Hishamudin, seorang aktivis bebas. Macam mana tetiba boleh tahu semua ni? Semuanya sebab seorang aktivis ni, iaitu Hishamudin yang memberitahu kemungkinan besar wanita yang dimaksudkan menjadi slave selama 30 tahun itu ialah Siti Aishah. Hishamudin penah disuruh ahli keluarga aishah untuk cari dia di London, sebab masa tu dia ada di sekitar tempat yang sama, malangnya dia gagal jumpa Aishah. Malah, mereka tinggal di daerah yang sama di Malaysia. Hishamudin juga merupakan anak murid kepada kakak Siti Aishah. Siti Aishah merupakan perempuan yang agak berpengaruh dalam ideologi ni.

Menurut polis, mereka bukan sahaja didera secara emosi, malah juga secara fizikal. Ya Allah, rasa penatnya nak hadapi semua tu selama 30 tahun, fikiran diasuh dengan cara yang entah macam mana. Polis cakap, tempat tu jumpa pun sebab salah seorang daripada mereka curi curi telefon Freedom Charity report pasal benda tu. Macam tu lah ceritanya pasal Aishah ni, sampai sekarang pun tak tahu lagi betul ke tak perempuan tu adalah Siti Aishah. Ini disebabkan sampai sekarang polis tak mahu mendedahkan identiti ketiga tiga mangsa, selagi kes ni belum selesai. Banyak benda yang polis kena kaji sebab lama kot benda ni berlaku, 30 tahun. Sekarang, baru semua terbongkar.

Okay done! Setakat tu je aku nak membebel, btw, ni adalah link kalau korang nak baca lebih lanjut, siap dengan video lagi...

http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/crime/10467140/South-London-slave-investigation-live.html

menarik sangat isu ni.. sejarah, and everything is about sejarah.. Aku memang minat sangat benda yang berbentuk misteri ni...
Jadi detektif mungkin? hehe..
Okay, jumpa next entry, Assalamualaikum...

No comments: