Saturday, January 23, 2016

EXPERIENCE AJAR THIRD YEAR MEDICAL STUDENTS

Salam semua. Hopefully sihat.

Aku masih lagi menatap laptop walaupun jam dah pun pukul 2 pagi. Weekend, nak memanfaatkan masa sebaik baiknya. Waktu rotation dah tak boleh nak stay up, kena tidur awal, so that esok tu lebih bertenaga nak ke hospital.

Sekarang aku dah nak mula dengan geriatric rotation. So banyak aku akan jumpa patients orang tua. Orang tua ni common la dengan penyakit neurology, contoh yang common, parkinson dengan stroke. Lung problems pun adalah salah satu famous disease dalam golongan macam ni. Aku tengah cuba nak ulang balik baca Medicine yang mana aku punya rotation adalah awal awal dulu masa masuk final year. Pejam celik, pejam celik tinggal 79 hari lagi nak final. Tak ada lah aku harapkan dapat markah yang tinggi langit, gayat kang.. hahaha.. aku dah cukup bersyukur kalau lulus sebab dengan sikap pemalas aku yang semakin membuak buak, andai kata aku pass pun aku akan melompat nangis kesyahduan kerana terharu.

Aku tak pernah kan cerita macam mana rotation aku tahun ni? Dasar pemalas nak update. hehe.. setakat ni aku rasa lega sikit sebab dah pun habis benda utama, long case surgery dan medicine. Surgery bagi aku memang best. Aku memang minat surgery, Cuma, aku tak pasti kalau aku minat surgery, boleh tak aku cope dengan praktikalnya nanti? Minat belajar tak sama dengan apa yang kita mampu buat. Dah la, taknak fikir lagi. Bagi lepas dulu exam ni. Longcase surgery aku, aku dapat case hernia, alhamdulillah.. everything went well. Dia cuma tanya aku pasal pump yang ada kat perut patient tu, nasib baik aku sempat tanya kawan aku pasal pump tu, basically pump tu put negative pressure kat scar operation tu supaya cepat heal. Patient ni buat open surgery untuk repair hernia. Besar scar tu, sebab tu kena pakai pump tu.Supaya cepat sembuh. Lepas aku present history, dua orang surgeon tu tanya pasal hernia mostly, jenis hernia, jenis infection, apa signs of bowel obstruction.

Dan lepas surgery, aku intern shadow dua minggu. Intern shadow, basically macam kau kena ikut intern kemana pun dorang pergi untuk belajar macam mana nak ambil darah, nak masukkan ubat, nak cucuk orang. Aku suka buat benda benda macam ni, mencabar, dan once bila jadi apa kita buat, rasa suatu kepuasan yang tak terhingga. Tapi, cucuk orang ni,jangan main sedap kita ja, sakit tau tak? Take it gently. Sebab, aku penah kena reject dengan sorang makcik ni time nak amek darah, dia kata aku buat dah la tak dapat darah, sakit pulak. Time tu aku nak cepat, lupa aku kena lebih careful sebab kita deal dengan patients yang dah memang sakit, kau tak payahlah nak tambahkan kesakitan dia lagi.

Rileks la jugak intern shadow, sebab kau tak buat apa pun sebenarnya. Disebabkan itu, aku volunteer untuk tolong surgeon ajar budak third year. Seriously, apa yang buat aku tertarik nak join bukan sebab aku nak ajar sangat, aku nak upah. kahkahkah.. aku tengah sengkek bulan ni, jadi aku baca siapa yang join dapat 20 euro sejam, musuh jangan dicari, rezeki janganlah ditolak. Aku bajet macam OSCE PPMC buat, which aku just kena layan sorang sorang student ikut station. Petang tu, aku lambat, memang terus siap dan pegi, Nak dijadikan cerita,  hujan baru reda, jalan yang aku lalu berlopak lumpur, habis kasut aku. Tapi, memang tak sempat dah nak basuh, aku terus cari station aku nak start ajar. "Here is your room, Jacque is inside. You can start now and I will give you three minutes warning before it ends", Aku terkebil kebil buka pintu bilik tutor dan masuk.

Aku terkejut. Terdiam. Senyap. Budak budak tu semua tengok aku.

Terus aku cakap sorry, aku keluar bilik. Aku tanya orang yang jaga masa. "This is not my station, I think you are wrong. I supposed to do hernia station for osce"
Last last dia explain, memang ada lapan orang students sekali kat dalam tu, you have to be a tutor. Ambik kau! aku macam... blur..... Lapan? Lapan?
Weh.. pecah peluh aku time tu. Lapan orang ke aku kena ajar sekali gus. Lama-lama baru aku dapat grasp situation. Rupanya ni GIT workshop, memang stail macam ni. Students akan tukar tukar station lepas 15 minit. Dibahagikan secara group group kecil.

Dengan langkah menggagahkan diri, aku step inside. Gila kau! First time aku jadi tutor, bayangkanlah waktu PPMC buat, aku tak pernah volunteer untuk ajar kat depan ke apa, sebab aku memang takut... takut nak mengajar, ilmu didada dah la cetek, memang apa yang belajar dari OHCM, topup sana sini dari tutorial dan Surgery Recall, yang tu ja bekalan aku. Aku tarik nafas, aku duduk kat depan, scan muka sorang sorang yang ada depan aku. Ada student melayu buat aku tarik nafas lega sikit, at least I know someone can be related to me, hahaha jangan tanya kenapa lega, I dont really know how to answer.

Lepas perkenal diri, senyum sikit lepastu aku tarik nafas and so, acah acah garang sikit. "Who wants to be a volunteer to take history? From there, we will discuss the topic"
Diam, sorang pun taknak.

"Come on, this gonna be a good practice for you" ( lol padahal kau pun tak pernah berani volunteer waktu tutorial.. jangan tiru seperti saya...)
last last aku point sorang budak tu ambil history, sumpah dalam hati aku dupdap dupdap,, apa pulak nak buat lepas ni..
Take a deep breath... aku start dengan ulas macam mana dia ambil history, tapi tak banyak pun aku boleh komen sebab aku memang tak fokus sangat time tu.
Aku move on dengan differential diagnosis. aku tanya sorang sorang. Dan aku cuba deliver sikit ilmu surgery yang aku tahu kat dorang pasal hernia.

Bila next dan next group sampai group ke lapan, aku makin selesa dengan apa yang aku buat dan lama-lama rasa best pulak. Best rupanya mengajar orang, kita pun belajar sikit sebanyak daripada apa yang kita cakap dan soalan soalan dari students. Ada juga yang teror sangat tanya pasal Hesselbach Triangle, terpaksa lah aku melukis kat whiteboard pulak figure tu. Sebab kalau aku nak explain, muka dorang berkerut kerut cuba nak imagine.

Alhamdulillah.. apa yang aku boleh cakap, bila kita tak cuba force diri kita sendiri untuk cuba sesuatu, kita tak tahu kita mampu ke tak buat. Memang priceless memory aku sebagai final year student kat Ireland ni. Sebab aku dah pun volunteer, takkanlah aku nak tarik diri, sapa pulak nak ajar dorang. Seronok seronok seronok, itu ja aku boleh describe. Turun jugak instinct mengajar dari ibu aku, kahkahkah..

Dah la. Aku stop bebel dulu kat sini. Kena sambung study, esok ada tutorial cardiology dengan GIT. Dah la tadi doktor tu 'fire' aku baikkk punyaaa.. Dalam 200 lebih students dia drill aku dengan soalan soalan yang aku terawang awang nak jawab, tak konfiden sebab tak revise balik lagi respiratory, berbekalkan long term memory aku kat Mallow General Hospital, aku bedal je lah jawab. hahaha... best jugak dia drill, at least aku ingat. sebab pernah kena DRILL.

dengan Jacque, role player kat station aku, dia cakap kat aku.. "Oh we will meet again Nurul for Paeds OSCE this April".. hahahahaha.. gelak cuba tenangkan hati... 


Okey, chow dulu. Assalamualaikum. xoxoxo

No comments: