Tuesday, March 5, 2013

Study study... baru nak mula..

Assalamualaikum.. tadi baru habis kelas clinical practice.. kelas yang bagi aku penting la untuk bakal doktor.. sebab banyak applications yg kita belajar instead of benda yg teori.. cuma tadi memang bosan tahap gaban sebab kena dengar dua jam patient jemputan cakap..

Kali ni patient tu mengidap bowel cancer.. siap buat teks wooo.. best gak la.. cuma akhir2 tu serius mengantuk tahap gaban.. dah la ramai gila satu kelas tadi.. aku yang masuk lambat ni kena duduk atas meja.. lenguh gila.. hehehe..

Sekarang aku kat library, nak study and buat nota sikit.. immunology... aku kena start sekarang.. kalau tak tak tau lah.. jadi macam pathology exam lepas.. speed study dlm masa 7 hari... senak gak la.. last2 humm.. susah kot soklan.. tak apa.. aku rasa aku memang redha dah dengan patho tu.. yang penting.. ada sekali lagi ni.. kena pulun la betul2..

jom.. ayuh kita study.. hehehe.. mulakan dengan bismillah... hehehehe..

Yeayy... dah ada lampu balik..

Assalamualaikum.. baru td aku bagitau takda lampu kan.. nih aku baru lepas pasang..
Yeay.. alhamdulillah.. tapi dah bogel la pulak lampu aku.. takda penutup.. hehehe.. xpala.. asalkan cerah la sikit.. dari takda lampu.. meh nak tunjuk bilik kami..


Sekian.. berita melaporkan.. :) hehehe.. yeayy..

best best.. update dengan hp.. seronoknya... :)

Lampu takda...

Assalamualaikum.. readers..

yeayy!! akhirnya bila lama2 dah menyepi.. baru boleh update balik seperti biasa..

nak dekat setahun gak kot menyepi.. ahh dusta kamu.. ada sebab tertentu aku privatekan.. ni dah bukak balik.. ohh.. rindunya dunia blogging..

nak cerita ni.. lampu bilik tak boleh bukak.. waaa.. lampu dah mati..
ari tuh,ada sekali tu dia dah bagi signal signal menandakan nak mati..
tak sangka, tarikh kematian si mentol adalah semalam pukul 7.00 malam..

aku tengah makan makan and story mory dengan kawan aku ni.. aku naik-naik..
gelap gulita bilik aku.. sedihh.. T.T

malam aku gelap dan aku pun hilang lah mood nak buat kerja.. naseb bek ada lampu meja..
so, aku buat benda lain yang guna komputer..
huhuhuhu..

sebenarnya bilik aku ni bilik stor dulu, gamaknya orang tu tak tukar pun mentol semua.. waa.. sedih.. tapi aku sayang gila bilik aku ni..

p/s : oh, aku masih di Ireland.. tahun kedua.. sekarang tengah pulun nak siapkan macam-macam benda.. naik penat gak.. tapi, aku enjoy kehidupan yang busy macam ni.. agak kalut sikit.. kita bawak bertenang.. layanla apa apa dulu.. hehe.. okie.. adioss.. Assalamualaikum..

Sunday, November 11, 2012

LITTLE HOPE AND PRAY FOR ME.. :)

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama.. hey there! random update sahaja.. tak ada apa yang special.. melainkan study dan makan.. kian menghantui sekarang ialah assesment modul satu which sebulan lagi dari sekarang.. kesibukan makin menjadi-jadi. Kadang-kadang, cuba untuk menjadi tidak sibuk, namun apakan daya, aku tak lepas dari tanggungjawab. Dalam banyak-banyak tanggungjawab, tanggungjawab menjadi seorang muslim yang paling susah sekali. Komitmen untuk berdakwah, meskipun kadang-kadang aku inferior dengar perkataan tu, but still, it is in my soul since I know tarbiyah. Walaupun kita wajib menyampaikan pada orang lain, still.. diri sendiri pun perlu dibersihkan setiap hari. Muslim dan mukmin adalah dua individu yang berbeza. Susah untuk menjadi mukmin compared to muslim. Ikhlas? Sejauh manakah?

Aku berusaha untuk berubah setiap hari tapi untuk mengekalkan momentum amatlah sukar. Setiap perkara yang dilakukan mesti beserta dengan niat. Lillahhitaala.. Mudah untuk diungkap, tapi jauh di sudut hati, no one can judge.... Only Allah knows everything. How hard we try and how far we go in this path..

Okey let see apa yang aku lakukan semalam sepanjang hari. Aku bangun awal, and thats good! aku tinggal mathurat lepas subuh, bad thing.. aku tengok movie.. bad thing.. buat nota.. good! and tidur sampai terlepas zuhur.. bad thing... malam tengok movie.. masak.. tidur... phieww.. none I have done to please Allah. Jiwa aku sangat kosong semalam. Tiada semangat belajar. Hilang nekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Aku banyak menghabiskan masa melakukan perkara yang tak sepatutnya, berfikir perkara yang masih jauh dan tak ada langsung bayangan Allah dalam setiap pergerakan. Should I force myself?

*Think deeply.. How will be my end? Syurga atau neraka?*


Sunday, October 7, 2012

HEY AWAK...

Assalamualaikum..

Lama lama lama lama sangat tak menulis di sini semenjak ditutup... Humm.... bukan busy, tapi agak tak ada mood untuk menulis.. sebabnya internet lambat... bosan rasa nak menaip..

Tambahan, dah nekad dengan diri tak mahu lagi berblogging.. Cuma kali ini, rasanya tak salah untuk mencurahkan semua isi hati. Sebab blog ni private. HEHE..

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dapat sambung pengajian kat sini. Kali ini, aku rasa aku betul betul kena survive.. aku taknak repeat. Sumpah tak nak! Aku boleh nangis kot. Allah, aku harap Engkau tak menguji ku lebih dari kemampuan. Sekarang ini, bukannya aku tak belajar, it just that masih di awang awangan. Belajar.. tapi, nak faham dan fokus secara berterusan memang susah.. kena ulang ulang dan ulang.. Sebab?

Aku tak dapat faham dengan term term yang baru aku jumpa.. Sedang adaptkan diri bila belajar mengenai otak, banyak benda baru aku discover. Manusia, memang complicated. Segala emosi, sikap semua bergantung pada otak. Bahkan, motivasi juga. Oh awak... kadang kadang, bila aku belajar benda ni, aku tertanya, memang otak aku ada masalah? terutama di bahagian motivasi?

Sebab apa aku kata macam tu? sebabnya aku bila cakap pasal semangat kat orang lain memang berapi-api.. nak jadi macam inilah.. macam itulah, senang cakap yang baik-baik belaka.. Tapi, kenyataannya bila nak buat memang susah. Betullah orang ckp, senang nak cakap, tak mudah nak lakukan. Contoh? banyak sangat. Aku geram dengan diri aku sendiri yang suka sangat mengutuk orang. Padahal, aku rasa apalah sangat salah orang tu pada aku. Bila dah buat, baru menyesal. Iylni, bersangka baik boleh?

Susah sangat nak maintain jadi perempuan yang baik. Yahh.. memanglah aku tak minum arak, tak hisap rokok, tak keluar dengan jantan, tak tengok wayang... But that doesnt mean aku ni baik. Aku rasa aku banyak sangat kekurangan. Sikap malas, sikap suka buat muka, kutuk atau mengumpat, cakap pasal artis yang aku rasa tak berfaedah pun, aku rasa rimas.. rimas dengan diri aku sendiri. Ya Allah, bimbinglah aku... bagaimana nak jadi isteri orang kalau begini?

Awak.. layakkah saya? Huaaa.. nak nangis rasa. Sikap menangguh memang dari dulu tebal dalam diri ini, nak basuh pun tak boleh. Awak.. di mana harus saya lakukan untuk perbaiki semua ni? Tahajud pun dua minggu pertama saja buat, sekarang dah tak buat. Humm.. Iylni, how??

Lepas ni, rasanya kena buat list.. oke taknak cakap panjang. Nanti tak jadi, let see how it goes tomorrow.. Oke.. nak tido awal.. Assalamualaikum...