Assalamualaikum..
Lama lama lama lama sangat tak menulis di sini semenjak ditutup... Humm.... bukan busy, tapi agak tak ada mood untuk menulis.. sebabnya internet lambat... bosan rasa nak menaip..
Tambahan, dah nekad dengan diri tak mahu lagi berblogging.. Cuma kali ini, rasanya tak salah untuk mencurahkan semua isi hati. Sebab blog ni private. HEHE..
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dapat sambung pengajian kat sini. Kali ini, aku rasa aku betul betul kena survive.. aku taknak repeat. Sumpah tak nak! Aku boleh nangis kot. Allah, aku harap Engkau tak menguji ku lebih dari kemampuan. Sekarang ini, bukannya aku tak belajar, it just that masih di awang awangan. Belajar.. tapi, nak faham dan fokus secara berterusan memang susah.. kena ulang ulang dan ulang.. Sebab?
Aku tak dapat faham dengan term term yang baru aku jumpa.. Sedang adaptkan diri bila belajar mengenai otak, banyak benda baru aku discover. Manusia, memang complicated. Segala emosi, sikap semua bergantung pada otak. Bahkan, motivasi juga. Oh awak... kadang kadang, bila aku belajar benda ni, aku tertanya, memang otak aku ada masalah? terutama di bahagian motivasi?
Sebab apa aku kata macam tu? sebabnya aku bila cakap pasal semangat kat orang lain memang berapi-api.. nak jadi macam inilah.. macam itulah, senang cakap yang baik-baik belaka.. Tapi, kenyataannya bila nak buat memang susah. Betullah orang ckp, senang nak cakap, tak mudah nak lakukan. Contoh? banyak sangat. Aku geram dengan diri aku sendiri yang suka sangat mengutuk orang. Padahal, aku rasa apalah sangat salah orang tu pada aku. Bila dah buat, baru menyesal. Iylni, bersangka baik boleh?
Susah sangat nak maintain jadi perempuan yang baik. Yahh.. memanglah aku tak minum arak, tak hisap rokok, tak keluar dengan jantan, tak tengok wayang... But that doesnt mean aku ni baik. Aku rasa aku banyak sangat kekurangan. Sikap malas, sikap suka buat muka, kutuk atau mengumpat, cakap pasal artis yang aku rasa tak berfaedah pun, aku rasa rimas.. rimas dengan diri aku sendiri. Ya Allah, bimbinglah aku... bagaimana nak jadi isteri orang kalau begini?
Awak.. layakkah saya? Huaaa.. nak nangis rasa. Sikap menangguh memang dari dulu tebal dalam diri ini, nak basuh pun tak boleh. Awak.. di mana harus saya lakukan untuk perbaiki semua ni? Tahajud pun dua minggu pertama saja buat, sekarang dah tak buat. Humm.. Iylni, how??
Lepas ni, rasanya kena buat list.. oke taknak cakap panjang. Nanti tak jadi, let see how it goes tomorrow.. Oke.. nak tido awal.. Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment