Assalamualaikum guys...!
howouuu you? Hehehe. Ce cita cuti ni korang buat apa? aku ni dah ada kat rumah hampir sebulan.. tak lama lagi nak masuk bulan 7... then, puasa, then ghayaaa.. yeayyy! huhu.. dan balik ke Ireland semula... so short days di Malaysia ni aku plan la berbagai benda nak buat... antaranya, aku nak amek lesen.. benda ni passs! aku dah buat... sekarang tengah tunggu turn aku masuk belajar yakni 29,30,1 and 2nd of july... no feeling, ill just go through it! Hehe. Semoga urusan dipermudahkan. And, other things macam nak baca buku itu ini adalah jugak dalam planning, dan adalah juga beberapa lain yang aku rasa kena buat, dan rahsia lah itu semua. Biar daku dan Allah sahaja yang tahu.hehehe.
Tadi pagi aku keluar dengan my abah sebab nak ke klinik kulit dr.khoo. aku nak pakai produk miracle tab, yang dipromote oleh seorang blogger ni, tapi lepas baca satu testimoni ni aku dah macam kureng yakin sikit. So, aku ingat nak constant je dengan ubat doctor sampai ok. haha. Aku cerita melalut ni padahal korang taktau pun apa masalah aku. hadoi. Dah nama pun remaja, masalah ape lg der.. jerawat dan sebagainyalah. Hee. Sebagai perempuan uols, mestilah mendambakan kulit yang secantik dalam camera360.. ye tak? aku actually, takdalah kisah sangat beria nak kulit putih bagai. Aku selesa je kulit aku gelap sikit, kata orang tu sawo matang.. cuma aku rasa kalau muka ni takde jerawat, sedap sikit mata orang memandang. Bukan nak kutuk orang yang ada jerawat, lols!aku pun ada prob ni. Bila dewasa, kita akan rasa nak ada usaha jaga kulit muka, haa macamtulah. Penat bebel.. hehz!
Lepas dah ambik ubat tu, yakni di sg.petani, aku n abah singgah makan kat kedai nasi beriyani depan hotel emerald puteri. Not bad, pi la try naa.. masa kami sampai tu, naseb bek ada lagi. Cuma gulai kambing je yang dah habis, ayam and daging still ada... balik je rumah, terkejut pulak tok call ada bewak masuk rumah.. bewak? Biawak lah.. haha.
Macam mana bole terlepaih pun tak taulah.. dia dah pening cari rumah tak jumpa, sesat la tu gamaknya. Tok pulak memang selalu buka pintu, beliau pun masuk lah dengan tak sengaja dek terkejut tengok kucing aku tercongok depan rumah. Habih bising panggil seorang jiran ni mai buang, nak bunuh tak berani.
Setel la jugak menghalaunya, cuma dapur tunggang terbalik la sikit bewak tu redah suka hati.. haha.. kelako pulak. Okie la.. nak siap siap sebab nak ikut kakak ke uitm Shah Alam. Dia ada interbiu master esok.. master in accountancy. Doakan beliau. Okie...assalamualaikum.. :)


