Thursday, December 19, 2013

CARA UNLOCK HANDPHONE...

Assalamualaikum.. so lewat lewat malam macam ni, sebelum tidur aku nak kongsi sikit cara nak unlock handphone. First of all, macam mana handphone korang boleh lock? apa itu lock unlock?

Okeh, perkara ni akan berlaku kalau korang beli handphone kat syarikat komunikasi. Aku tak pasti kat malaysia macam mana, tapi this is the second time aku beli handphone kat METEOR, one of the telecommunication agent in Ireland. Ini gara gara handphone s2 kesayangan ku tercampak ke dalam lautan.. ohh sadisss.. so, aku balik Malaysia hari tu tak sempat nak unlock handphone baru ni. sebelum ni, handphone s2 aku tu aku unlock kat one of the chinese punya kedai kat Ireland and they charged me about 50 euro kalau tak silap. Mahal kan? huu.. tapi aku rasa kalau unlock kat Malaysia pun macam lebih kurang harga dia.. ke macam mana.. Ada je senior lelaki yang offer nak unlock kan handphone free of charge, tapi aku ni jenis malas sikit nak jumpa senior lelaki.. Segan... (overrr sangat kan....) Handphone korang lock maksudnya hanya simkad syarikat tu je yang boleh hidup dengan hp tu, contohnya aku beli kat meteor, so simkad meteor je lah aku boleh pakai... huuu..

So, haritu dengan exam semua, aku tak sempat nak unlock handphone ni, so aku ingat nak unlock kat Malaysia... malangnya, kena pergi samsung centre kat Sunway sebab handphone aku beli kat europe, so kononnya tak boleh buat kat kedai phone biasa. So this is the easiest steps... hanya perlukan handphone yg dalamnya ada simkad syarikat yg korang beli hp tu, laptop, internet dan kad kredit atau kad debit dan sbgnya...

1. kat handphone tu, tekan *#06# pastu dail... dia akan keluar nombor yang panjang gila... ada EMEI kot atas tu tulis.. it is 15 numbers, then (/) with another 2 numbers.. so tulis la kat mana mana 15 number yg depan tu sahaja... kita nak pakai yang tu...

2. pastu, korang google unlockriver.com.... so ikut je step yang kena isi..


kat bahagian imei tu korang isi 15 digit tu.. pastikan semua details betul... kalau tak, rugi je bayar... dan ianya lebih murah daripada buat kat kedai.... huhuhu... pastu dia akan bagi email kat korang.. so korang kena tunggu dapat unlock code, pastu dah dapat, laju laju pegi tuka sim, dan masukkan unlock code tersebut, tadaaaaa... ^_____^ dah unlock!

selalunya amek masa sampai sehari or it can be 5 days...kalau nak laju sikit dapat code untuk unlock handphone.. korang reply email dorang... aku tak pasti option handphone yang aku pilih sama ada s3 atau s4, nyanyuk betul... so aku tanya dorang balik... sejurus itu, dorang layan aku... terus bg unlock code.. korang tak perlu risau jugak kalau tak boleh, sebab boleh refund duit korang... :)

Oke, that's all! :) semoga berhasil.. in shaa Allah.. assalamualaikum...

Wednesday, December 18, 2013

MALAYSIA KU...

Assalamualaikum... nak bebel apa entahlah ni.. mata tak mengantuk sebab aku telan satu cawan kopi putih tadi..

Aku habis exam 13/12 hari tu, tepat pukul 1.30 tengah hari. Dan, buat pengetahuan semua, aku terus balik rumah capai beg untuk ke Cork Airport. Aku balik Malaysia! Yeayy! Kenapa aku buat keputusan drastik macam ni? Sebab aku sangat stress study. Kali ni, winter punya exam ada tiga subjek yang final, Clinical Practice, BH and also pharmacology. Kalau tak, selalunya winter aku pegi jenjalan Europe, tapi aku end up balik Malaysia. Sebelum ni, aku takda plan pun nak pegi mana mana, memang aku cakap kat kawan kawan aku nak stay kat rumah je... Sekali, amek kauu.. aku balik Malaysia.. hehehe.. Mula mula patutnya exam kami ada final untuk pathology jugak, which carries another 70%, aku sangatlah nervous tahap infiniti. Sebab result aku untuk continuous assessment sangatlah macam ape ape.. Kali ni, aku kena pulun gila.. Tiga bulan aku duk Ireland memang sangat hectic, masuk hospital, exam yang berterusan dan direct for a week, everyday ada exam... fuhhhh.. letih sangat...

Aku rasa aku macam tak bagi all out untuk exam, sebab aku rasa letih sangat kepala. Apa pun semua aku dah buat, sekarang kita berserah la pada Allah.. ye? ye? hehe.. sekarang kat Malaysia, aku rahsiakan daripada family yang aku balik. Aku sampai dalam 3 ptg macam tu, pastu aku jenjalan dalam airport sampai pukul 5.. aku keluar kakak aku amek... aku komplot dengan kakak aku ja.. Semua taktau yang aku balik.. sampai sampai Malaysia, aku n kakak straight away ke Midvalley mengejar bulgogi brothers. hehe.. aku teringin gila nak makan, terpengaruh dengan seorang blogger ni.. Haduss... So, aku pesan chicken bibimbap dan satu lagi tak ingat.. melantak gila sebab kebetulan aku tengah lapar tahap nak mampus.. pastu balik tu, aku pegi kenduri sepupu aku kat Selama, Perak, makan daging kerbau... HEHE... disebabkan culture shock dengan weather malaysia yang panas.. (melampau betul...) aku kena bengkak gusi dua hari. Terbantut aku nak makan.. haha.. by the way, esok maybe aku akan ke talk Ammar... Aku akan share more lepas ni... Assalamualaikum...














Wednesday, November 27, 2013

WOMEN SLAVES IN LONDON

Assalamualaikum semua...

Pukul 4 pagi, naik mereng dah kepala aku ni tak tido tido lagi, so aku amek kesempatan ni untuk hupdate.. tepu dah otak aku, tapi still aku rasa hari ni tak progresif sangat pon, sangat lembab okay, esok yoshh.. kena laju sikit..

okay, aku rasa semalam aku stay sampai dua pagi duk baca dan diskus dengan kawan aku pasal seorang perempuan ni. Haha.. bunyi macam kitorang bergosip entah apa apa kan.. tapi, tangan aku ketagih ja nak menaip kat sini, untuk aku ceritakan pada korang semua, kejadah apakah aku stay up semata mata pasal perempuan ni.. Sekarang ni, tengah bising dan panas kat Malaysia pasal kisah seorang wanita yang hilang 30 tahun lamanya, Siti Aishah yang dipercayai telah menjadi hamba kepada sebuah persatuan berhaluan kiri di London. So, kisahnya, Aishah ni yang sekarang baya baya aku ni dah panggil nenek kot, merupakan seorang student yang genius, bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah yang mendapat biasiswa Komanwel dan melanjutkan pelajaran di London dalam urusan juruukur binaan. Dia berangkat ke London dengan tunang dia. Then, sesampai kat sana, lepas je habis study, dia terlibat dengan sebuah ideologi berhaluan kiri iaitu parti komunis yang diketuai oleh Balakrishnan dan pasangannya Chanda. Kiranya, pertubuhan ni sangat kuatlah kat sana, dorang buat tayangan filem, edar risalah dan sebagainya. Aishah terlalu taksub dengan ideologi ni dan ceritakan benda ni dengan family dia. But, of courselah family dia tak terima. So, dia rasa yang family pinggirkan dia, dan rasa left out. Jadi, sejak hari tu, dia refuse untuk contact dengan family dia kat Malaysia, sampai sekarang tak tahu berita. Pernah je abang dia pergi cari kat London, tapi dia taknak jumpa time tu. Nak dijadikan cerita jugak, dia ambil keputusan untuk putus tunang, dan buang cincin tu ke dalam Sungai Thames. Dramatik gila...

Pastu, kiranya sampai sekaranglah tak jumpa. Sedih sangat sebab mak dia sayang gila kot kat Aishah ni, sampai masa mak dia meninggal pun, mak dia asyik sebut pasal Aishah. Nak dijadikan cerita, baru baru ni, polis kat London ni berjaya jumpa lokasi parti berhaluan kiri ni kat sebuah kawasan perumahan di London, kalau tengok dari luar, rumah biasa biasa saja dan kebanyakan penduduk kat situ Africans. Sampai sekarang ni, 37 orang pegawai polis berkawal di sekeliling tempat tu, tapi Balakrishnan dan wife dia dah pun ditahan. Bersama sama mereka, akhirnya ada 3 orang wanita berjaya di bebaskan daripada menjadi hamba selama 30 tahun yang dipercayai salah seorangnya adalah Siti Aishah, manakala dua lagi adalah perempuan Britain dan Irish. So, kakak dia dah berangkat pun ke London untuk buat pengecaman, bersama sama dengan Hishamudin, seorang aktivis bebas. Macam mana tetiba boleh tahu semua ni? Semuanya sebab seorang aktivis ni, iaitu Hishamudin yang memberitahu kemungkinan besar wanita yang dimaksudkan menjadi slave selama 30 tahun itu ialah Siti Aishah. Hishamudin penah disuruh ahli keluarga aishah untuk cari dia di London, sebab masa tu dia ada di sekitar tempat yang sama, malangnya dia gagal jumpa Aishah. Malah, mereka tinggal di daerah yang sama di Malaysia. Hishamudin juga merupakan anak murid kepada kakak Siti Aishah. Siti Aishah merupakan perempuan yang agak berpengaruh dalam ideologi ni.

Menurut polis, mereka bukan sahaja didera secara emosi, malah juga secara fizikal. Ya Allah, rasa penatnya nak hadapi semua tu selama 30 tahun, fikiran diasuh dengan cara yang entah macam mana. Polis cakap, tempat tu jumpa pun sebab salah seorang daripada mereka curi curi telefon Freedom Charity report pasal benda tu. Macam tu lah ceritanya pasal Aishah ni, sampai sekarang pun tak tahu lagi betul ke tak perempuan tu adalah Siti Aishah. Ini disebabkan sampai sekarang polis tak mahu mendedahkan identiti ketiga tiga mangsa, selagi kes ni belum selesai. Banyak benda yang polis kena kaji sebab lama kot benda ni berlaku, 30 tahun. Sekarang, baru semua terbongkar.

Okay done! Setakat tu je aku nak membebel, btw, ni adalah link kalau korang nak baca lebih lanjut, siap dengan video lagi...

http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/crime/10467140/South-London-slave-investigation-live.html

menarik sangat isu ni.. sejarah, and everything is about sejarah.. Aku memang minat sangat benda yang berbentuk misteri ni...
Jadi detektif mungkin? hehe..
Okay, jumpa next entry, Assalamualaikum...

Monday, November 25, 2013

UPDATE DRAMA

Assalamualaikum...

so aku nak straight to the point yang novel feveret aku, wedding breaker akan jadi drama in real! so, pelakonnya ada lah Nur Fathia, as I want! and the guy, Keith Foo as Tengku Adam Kamil.. aku tak berapa tengok sangat actor ni berlakon, but, let's give them a try! heeee..

Tapi, tajuk cita ni bukan The Wedding Breaker, instead, tajuknya adalah Ariana Rose.. heee.. Cant wait this January.. it will be on aired! ^^

sumber google image

sumber google image.. :)sweet fathia..



Tuesday, November 5, 2013

LEPAKING WITH HOUSEMATES! :)

Assalamualaikum..

Rasa gatal jari jemari nak menaip kat sini.. heeee.. Anyways.. sekarang aku tengah menonton runningman yang terbaru episod 170.. hehe.. tapi, aku pause sebentar untuk menaip kat sini.. Nak release kan minda kejap.. lepas ni baru setadi.. HIHI..

Okey, minggu lepas, seminggu aku cuti sebab aku pun tak tau kenapa.. nak bagi rest kejap kot untuk third year. Ada yang ambil peluang untuk berjimba jimba seperti aku ni. Hishh, patutnya study.. tapi, aku berjimba pulak. HEHE.. sekali sekala.. lagipun, kali ni aku keluar dengan housemates.. first time la kami lepak bersama.. sebelum ni takde pun.. sebab masing masing busy dengan kelas dan sebagainya.. kali ni, kami ambil masa ni untuk keluar berjimba.. Actually, tak pi mana pun.. takdanya nak pi vacation jauh jauh.. kami jenjalan cork city jehh..

Memula sampai city tu, pergi makan dulu.. kat EDEN restaurant.. tempat yang aku sangat suka noodle soup dia.. Thai style! :) tapi, masa aku pegi tu, perut dah kenyang.. so aku melantak tomyam biasa je.. hehe..

Tomyam biasa.. patutnya makan dengan nasik! kenyang.. 

air kosong letak lemon... nice..

belek menu... hehe..

C-ra and her dishes! :) tak ingat nama apa..



Selfie..! :) Dentist and doctor.. 

Then, lepas makan.. aku dan kekawan.. continue lah berjalan jalan kat town.. aku plan nak beli kasut sukan.. sebab hari tu, teringin satu kasut ni, takde saiz pulak.. So, aku singgahlah Maher Sport tu, beli kasut sukan baru.. hehe.. aku pilih yang paling murah sekali.. sebab aku pakai untuk ke kelas.. takpun gym je ponn.. hahaha :)

Lepas tu, barulah kami pegi men bowling.. aku tak habis habis addicted dengan game bowling ni.. tangan aku yang main haritu pun sakit tak habis lagi.. haha.. ni nak main jugak.. tapi, aku enjoy je setiap kali main.. walaupun perit menahan sakit... tangan aku dah macam bengkak je.. lol.. 

Malam tu, kami makan pulak kat Ginos... Basically, tempat ni jual aiskrim dengan pizza.. tapi, kitorang lapo sangat, so masing masing decide nak makan pasta.. tapi, sangatlah tak sedap, aku rasa aku buat sedap lagi.. :P haha.. apapun, eskrem memang terbaik, tamak punya pasal.. aku order banana split jugak.. hahahahaha.. abeh duit aku.. 


Tasha and C-ra.. :)

makan eskremmmm... blueberry + chocolate chips vanilla

bahagiaaaaaaa

terbbaiiikkkkk... !

with Amal Hayati

wani and tasha...

** My Lucky Star **
By : Danielle M. McQuaid

The day she is not with me
is the day that I die
following her always,
with no frown or no sigh.

My life would not be complete
without my very best friend
I know she'll always be here,
until the very end.

I thank her for life
and all the joys so far
praying to God always,
on a lucky star.

I love you so, so much
you are my everything
thanks for being you,
and taking me under your wing.

Raindrops on roses
and a few of my favorite things
her face would always glisten,
each time she would sing....