Friday, March 30, 2012

SEBUAH TINTA

Assalamualaikum...

Buat pengunjung blog yang senantiasa dirahmati Allah sekalian... :) Tiada apa untuk dicoretkan melainkan apa yang telah berlaku semenjak ketiadaan diri di dalam blog ini.. Kehidupan yang semakin menghimpit dengan kesibukan dunia menyebabkan kadang-kadang diri ini lelah. Meskipun begitu, saya perlu akur dengan ketetapan yang telah diaturkan dan barangkali Allah mahu menguji seseorang itu, sejauh mana dia mengingati Allah dalam setiap langkah yang diambil. Dan sudilah kiranya saya ingin berkongsi dua ayat daripada surah Al-Isra' ayat 18 dan 19, yang bermaksud :

" Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka kami segerakan baginya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang Kami kehendaki. Kemudian, kami sediakan baginya di akhirat neraka Jahannam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir."


" Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."

Begitu terkesan dengan dua ayat ini apabila menyedari hakikat bahawa Allah selalu bersama-sama kita dan betapa Allah terlalu menyayangi hambaNya, kerana apa yang dipinta insyaAllah akan diberi tanpa batas dan tanpa mengharapkan balasan. Sungguh, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Percayalah, sekiranya terdetik di dalam hati mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan, Allah akan membimbing setiap langkah yang diambil. Berdoa dan teruslah berusaha.

Hampir tujuh bulan berada di bumi asing banyak mendidik diri ini untuk menjadi lebih matang. Kepekatan jahiliyah yang dahulunya diagungkan terasa makin jijik apabila diingatkan kembali. Walau bagaimanapun, untuk mematahkan nafsu daripada terus bergelumang dalam lumpur jahiliyah tidaklah semudah yang disangka. Kadang-kadang hiba dengan nasib diri, hanyut dalam kehidupan dunia yang hanyalah sebuah pentas permainan. Alhamdulillah, Allah bukakan jalan untuk saya bertemu dengan sahabat yang mahu menerima dan mengajak saya ke arah jalanNya.

Apa yang saya boleh katakan, saya bahagia sekarang, berada dalam titian perjuangan. Kemanisan usaha itu diraih dengan rasa syukur meskipun kadang-kala terpalit rasa sesal, sedih, penat dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, sudah tamat menjalani kelas sepanjang berada di University College Cork untuk tahun pertama, kami perlu membuat persiapan bagi summer exam nanti... Semalam, saya mendapat pengisian yang berguna oleh hamba Allah yang baru sahaja pulang dari Palestin. Terkesan dengan pengalaman yang diraih, betapa bersyukur diri ini apabila mengenangkan nasib mereka yang berada di sana. Sedih turut menyelimut hati apabila saudara seumat Islam diperlakukan sebegitu. Apa yang mengharukan, rakyat Palestin selalu bersedia untuk menghadapi syahid. Diri ini bagaikan terpukul, kita bagaimana? Fikirkanlah...

Kill them with love -Boona-

Doakan yang terbaik buat saya di perantauan... Tak sabar menjengah ke Malaysia bulan enam nanti... :)

Thursday, January 26, 2012

HEART PHARYNX LARYNX AND SO ON...

Assalamualaikum... Miss Tulip menaip entri ini di library Brookfield... Jam menunjukkan pukul 8.45 malam... Tak lama lagi dah nak blah... Aduh.. Otak makin penat ni... Tu yang berhenti kejap, update blog.. Okeh! 

Ya Allah, permudahkan urusan kami ya Allah... 
Miss tulip amat nervous sekarang ni... 
Mudah-mudahan esok boleh jawab.. :)

Sebelum ni, subjek anatomy la yang membunuh harapan miss tulip untuk dapat first class honour overall... sikit je lagi kot! dapat second class je... T.T

Buku dan nota dan fail...

penat ni... PENAT...

nota anatomy... sayang gila dengan subjek ni... paksa diri..HEK!

TULIP BIRU... TULIP!

First class honour!!! Doakan kawan-kawan... Esok exam pukul 2.30... :)

Saturday, November 19, 2011

MY DAYS...

Assalamualaikum para pengunjung blog yang sudi jejak ke blog Iylni...It has been a long time... I miss to update a new entry after a while...

Baru lepas berkunjung ke blog kengkawan yang lain.. Namun, belum sempat meninggalkan jejak.. I'll done that soon.. Wait guys! Ohh... pagi yang cerah.. but still it windy right here... Kesejukan menggigit tubuh.. HAHA.. klasik tak ayat? anyway... Saya sayang sangat bahasa sastera... :) Ohh.. tidak! bangun lewat Subuh hari ni... kelam kabut mandi dan solat... Hari makin cerah... Dan saya masih lagi berselimut... bahaya bahaya... Syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk buat kita malas nak bangun dan solat.. Dan ingatlah solat itu tiang agama... :)

Dua hari di Cork sangatlah sejuk kerana hujan yang renyai renyai diikuti angin yang sangat kuat... Pergi kelas, rasa macam nak terbang je... Sempat berpaut pada izyan time tu... Kalau tak, ish ish... nauzubillah... HEHE... takutlah nak bayangkan.. Dah la ringan beno saya ni... :) ( peringatan : kena makan banyak lagi... ) Errmm.. For this whole week, MCS or Muslim Cultural Society held an event that was Charity Week! :) Saya dan beberapa sahabat yang lain turut sama membantu untuk menjayakan program berkenaan dengan menjadi volunteers untuk menjual beberapa muffins and cupcakes! The money that we collected will be donate to the orphans in Cambodia and Pakistan.. Sedekah itu amalan yang mulia... This is my first experience to sell something for donation... Eh, ke pernah dah sebelum ni? Err... tak rasanya.. Ok.. Lupakan... HIHI...

Sedap sangat guys cupcakes and muffins tu! ^_____^ Suka sangat.. What makes me surprise was some of them are made by ourselves... Ada kakak-kakak seniors yang buat... Izyan pun buat cupcake!! Comel lah mereka... <3<3 They are so nice.... !!! And one thing yang saya perasan sepanjang dua hari membantu kutip donation tu ialah most people here sangatlah baik hati dan tidak berkira langsung untuk donation... Ada yang tak beli pun muffins tu semua... Tapi, bila tahu jualan tu untuk donation, they were willingly to give 10 Euro for just like that... Ada yang beli but they asked us to keep the change... Mereka sangat pemurah dan perkara ni seharusnya diikut oleh kita semua... :) kan kan kan?

Nanti kita cerita lagi! XD

Monday, October 24, 2011

STUDY GROUP AND SO ON...

Assalamulaikum dearest friends and family members...

Rindu nak update blog setelah sekian lama mendiamkan diri... Sebenarnya, dah banyak kali nak update, tapi ada je batu penghalang... HEHE.. alasan alasan... Sekarang ni, tumpuan lebih kepada continuous assessment yang akan datang lagi dua minggu... Kena ready betul betul ni, kena tebus kesilapan time mock exam hari tu... Teruk la jugak markah, but I'm not surprised at all because I know it is my fault.. Study last minute lagi.. Amek kau.. HAHA..

Ok.. So, apa plan untuk dapat first class honour kali ni? mestilah firstly, iylni kena ubah diri, jadi lebih rajin... Sekarang ni, iylni buat study group dengan kawan kawan yang lain, so that pembelajaran akan ebih efektif sebab banyak otak yang kita manfaatkan.. HEHE... memang rasa berkesan jugak, alhamdulllah sebab kawan kawan sangatlah membantu iylni untuk faham sesuatu perkara.. Thanks to them... <3<3 Akan mendatang, mungkin akan ada sesi tutorial dengan kakak kakak dan brother seniors yang second year. InsyaAllah, mereka akan lebih membantu dengan perbincangan mengenai soalan-soalan yang berkaitan.

Sabtu lepas, Iylni dan kawan kawan ke town untuk shoping sikit.. Tengok tengok kedai charity shop.. Basically, kedai charity shop ni akan jual baju-baju dengan harga yang sangatlah murah. And guess what? I got one! Kot hitam labuh, ZARA BASIC for only 5-6 Euro... dah tak ingat pulak... HEHE... memang puas hati sangat sangat sebab dah lama teringin kot labuh... :D alhamdulillah, rezeki kot... Makcik kat kaunter pun tak percaya tengok harga baju tu, dia tengok banyak kali, tak puas hati lerr tuh... HEHE...

Tak lupa, masa OHANA hari tu, kami sambut birthday kak Atiqah Jawati... HEHE.. sedap sangat kek yang izyan buat... :) Thanks Izyan and HAPPY BIRTHDAY TO YOU kak ATIQAH!! :D WE LOVE YOU....

p/s : nanti iylni update page perkongsian... :) Assalamualaikum...

Friday, October 7, 2011

ALHAMDULILLAH MASIH LAGI BERNAFAS...

Assalamulaikum...

Seperti hari-hari sebelum ni, tak dapat nak berkongsi apa-apa cerita dengan kalian semua, sebabnya lappy kesayangan dah pun rosak... HUHU... Rosak sebab apa entah la.. tak boleh buka pun... redha redha... Dah la sangat sangat memerlukan alat komunikasi untuk communicate dengan family.. Jadi, saya pun beli notebook baru tanpa berfikir panjang. Seriyes tak berfikir panjang, lepas je dapat tahu pagi tu lappy tak boleh bukak, terus petang tu, pergi beli notebook baru... :) Dah tak fikir nak repair pun, sebab macam complicated je prosesnya...

Alhamdulillah, saya dapat jugak beli notebook baru, yang ni ja yang tinggal.. sedihh... nak kaler pink, sold out! nak kaler biru, sold out! WAAA.. Nak nangis rasa... takpe, alhamdulillah, ada lagi yang kaler itam ni, itam pun cool kan.. hehe.. (pujuk diri.. pujuk diri... ) Kelas memang makin pack dan saya kena belajar speed lagi, sebab exam is around the corner guys! I have to get ready... :)

Anyway, minggu ni, yepp.. I've spend a lot... :) HAHA.. nak hilangkan tension, saya banyak spend.. Sepatutnya tak bolehlah macam ni, sebabnya banyak lagi benda yang nak dibuat dengan duit yang ada... But, I can't help myself buying those cute things for my room.. HAHA.. memang the big spender! :) Lepas ni, tak boleh pegi town.. serius serius... tak boleh dah... habis duit saya... hehe... :)

Saya pergi galway weekend lepas... Seronok dapat jumpa kawan kawan... Miss them so much especially Ika.. Nak nangis rasa dapat jumpa dia... Galway is far more cold than Cork... Seriously, keluar dari bas menggigil rasa... Tak tahu nak cakap... Ada kakak cakap, Cork boleh dikatakan city yang lebih 'panas' lah berbanding tempat lain kat Ireland ni... HAHA... panas panas pun kami menggigil... Inikan pula Galway yang jauh lebih sejuk... HEHE... Banyak la jugak tempat menarik kat Galway, boleh rasa suasana kampung yang cool and greenery.... We've been to Cliff of Moher and Boolin... Memang sangat menarik sepanjang perjalanan ke kedua dua tempat tu... It happens to be so excited to see many sheeps and cows... and the green scenery, seriously, it is very beautiful... :) Sebenarnya, kami ke Galway, sebab ada program BOOM, yang menggabungkan dua universiti ni dan juga students dari Dublin untuk berkongsi pengalaman dan mengumpul seberapa banyak tips menjadi seorang doktor muslim... :) InsyaAllah, saya akan buat ruangan untuk program ini dalam entri perkongsian...

Bila kita di luar negara, kita dapat belajar something that is really beautiful about Islam, dan perkara tersebut sangat menarik because we rarely done such thing before and that is truly a precious experience ever... :)  Bila sampai kat Boolin, kami sembahyang berjemaah di tengah tengah kawasan yang lapang di atas padang rumput. Boleh bayangkan tak? Rasa sifat seorang muslim itu muncul tiba tiba dari sudut hati... Rasa khusyuk, rasa seronok dan bersemangat menjadi seorang muslim... :)

Okay guys, I'll be writing again... :) nak out dulu... Assalamulaikum... :)