Sunday, April 14, 2013

My weeks!

Assalamualaikum... lama tak jengukkan diri ke dalam blog...Now, the battle begin! humm.. no more cerita korea.. no more over sleep.. no more chit chat... lepaking... its time to struggle!!

kawan aku buat countdown untuk final kat bilik dia.. and once aku terpandang benda alah tu.. perghhh! sentap! 24 days from now before final... nervous? yes! banyak benda nak cover.. serabut... sekarang aku dah mula ber'kiasu' kat tutorial room, dari 9 pagi sampai 7 ptg... everyday...

Walaupun kadang kadang rasa otak nak explode dengan banyak benda, well... aku rasa molek aku mula sekarang dari aku tergodek godek nak selak semua nota di saat akhir.. biar meletop sekarang... saat akhir, in shaa Allah.. lebih rileks dan otak tak kosong dan sarat sangat..

Well... many things happen.. bad and good things... everything have been planned by Him.. aku redha dengan segala masalah yang aku hadapi dalam hidup.. tapi, family dan dia banyak menguatkan.. i have Allah too.. ^^ so, cheer up! aku boleh lalui semua ni...

Fokus aku untuk final haruslah disertai momentum yang konsisten.. doakan aku kawan kawan.. semoga aku berjaya melepasi ujian ni untuk ke tahun tiga perubatan.. aminn..

Oh! sekarang ada wechat! Sangat awesome.. kind of walkie talkie i guess... dapat bhubung dengan kakak and adik sekerap mungkin.. heee.. me like it! rindu sama mereka di malaysia... sangat rindu... kenapa lambat sangat 30 may? humm.. may Allah protect them..

Okey.. stop! got to sleep... assalamualaikum.. jum puasa isnin! ^^

P/s : my white tulips... walah! hehe..

Saturday, March 30, 2013

Post exam!

Bismillah.... yey! Bermula lah cuti spring break aku yang amat amat... amat apa ha? haha.. apa apa lah.. tapi yang pasti semalam.. bila aku belek belek balik nota aku.. perghh! there are a lot to revise for the upcoming final.. humm.. iylni.. dont be too happy! there is a battle in front of you... chill.. balik malaysia.. baru enjoy... hehe..

So, hari ni aku plan nak buat essay public health dlu.. and start ringan ringan baca nota.. sebab aku tak join mana mana spring camp.. agak bosan dan membazir masa kalau tak buat apa apa.. humm.. should plan from now.. supaya tak serabut exam nanti.. layan running man and layan we got married.. and layan masterchef korea.. semua variety shows aku tengok.. sampai letih biji mata aku mengadap notebook.. haha..

But then, habis exam OSCE tu, my 'someone' ajak tengok livestreaming ustaz azhar idrus.... alhamdulillah.. ada jugak pengisian untuk aku yang dah lama tak dengar apa apa ni... but sad and suprisingly, ustaz cakap tak boleh ada bears sebagai hiasan.. waaa.. aku banyak bears kot.. how maa.. perempuan... memang la.. tambah tambah ada bear yang orang tersayang bagi.. ustaz cakap tak apa kalau simpan.. tapi jangan pamerkan atas katil.. nak main dengan budak budak yang belum baligh boleh.. tapi kalau yang dah besar... tak boleh main dah.. kena simpan.. ottoke.. T.T

Tunggu my juniors la macam ni.. baru boleh main.. heeee... lepas masak sambil tengok ustaz live dari terengganu aku naik atas.. karaoke.. haha... yeahh.. nyanyian adalah hobi aku yang utama.. kalau stress, bagi aku menyanyi adalah terapi yang sangat memuaskan.. tambah tambah lagu high pitch macam azimat cinta, atas nama cinta, terlalu cinta... (jiwang? i know..) aku prefer dengar lagu lagu melayu dan korea more than english... lagu english terbaru aku tak berapa tahu sangat.. kalau terpengaruh pun itu sebab kawan, family, radio... i like most upbeat songs.. kalau tangkap leleh untuk menyanyi.. aku suka la.. untuk dengar masa study.. lagu upbeat lebih berkesan untuk buat aku fokus..

Ok! dah melalut.. aku nak cerita yang semalam aku dan kawan yang lain sambut birthday party untuk kawan aku yang sorang ni.. hehe.. awesome and kagum dengan masakan dorang yang simple but nice.. for me, the thoughts that count.. walaupun tak lah beramai ramai sambut.. tapi, we enjoy all the food and the party for izyan.. hehe.. may Allah bless you yan.. semoga dipanjangkan umur murah rezeki.. actually, birthday dia hari first kami exam pharmacology.. surprise lambat sikit.. Sambut after exam.. i didnt plan this.. i attend as a guest only.. teruk betul iylni.. aishh..

Hari ni akhir fear factor.. wahh.. cant wait to see who are the winners! minggu lepas punya episod aku tengok masa tension study menghafal bacteria smua.. what make me euww.. bila aaron aziz sebagai hos, bahasakan diri dia abang dengan elfira loy.. haha.. kelaka.. jauh beza umur, should be uncle.. tapi, bahasakan diri dia abang.. "el, pandang abang...." melompat aku kegelian.. masa tu, Elfira menangis sebab ingat tersingkir.. rupanya tak pun, all of them masuk final.. haha.. aku support 'ikram' and 'watak dalam adamhawa'... haha.. aku tak kenal dan selalu lupa nama sebenar dorang... but they are the one! Hehe..

Okay! Got to go! mandi, solat,ngaji and off to essay.. Assalamualaikum....

Thursday, March 21, 2013

Result spm!

Assalamualaikum... hari ni hari sejarah buat mereka mereka yang ambik sijil spm.. tahniah semua sebab dapat result yg cemerlang.. sukses berjaya dengan bergaya.. kepada yang kureng.. ataupun cita cita tak tercapai.. tidak mengapa.. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk anda.. teruskan berusaha... kerana di hadapan anda ada jalan yang lebih luas terbentang lepas ni.. pilihlah jalan yang anda betul betul minat dan teruskan sampai berjaya.... in shaa Allah..

Kepada sepupu beta... hehe.. yang disayangi lagi dichentai.. Nurlina Hanis.. tahniah sekali lagi.. atas result yang awesome.. daebak lagi perghhh.. bagi kak...hang dah buat yang terbaik.. walaupun duk sakit.. kena makan ubat... kena pergi hospital... still.. u done a great job sis! walaupun tak dapat straight A.. anda lulus! that makes me proud of you... :)

Lepas ni, kak nak hang study betul betul... kuat semangat... jadi contoh untuk adik adik yang lain.. biiznillah.. Allah beri ujian pada hanis.. tapi, bersabarlah.. ujian untuk menguatkan... bukan melemahkan.. kalau tak ada ujian dalam hidup, tak adalah umphh hidup tu.. bosan je.. ye dak??

Sakit tu Allah bagi sebagai penghapus dosa.. in shaa Allah.. ada hikmah dalam setiap ujian.. tabahlah menghadapi.. Allah is always near... keep holding on Him.. He knows the best! sepupu saya, Hanis dah lama menghidap SLE.. sejenis penyakit autoimmune disease... semalam dia dimasukkan ke dalam hospital sebab kena operation mata... pernah sebelum ni buat operation kat mata sebab ada glaucoma.. kali ni tak pasti sebab apa... kawan-kawan, pray the best for her! :)

pernah sekali dia datang jenguk saya kat maktab.. dia cakap.. "best nya kan kalau boleh study macam kak iylni..." -heartbreak- tak tahu nak cakap apa.. kalau tengok dia makan ubat masa mula mula dulu.. perghh.. sekali telan.. nak dekat berbelas biji.. sampai dia dah tahu sikit selok belok dunia farmasi.. hafal nama ubat.. dah lali masuk keluar hospital dengan macam macam complicatons.. mata, paru paru, kidney.... awal remaja dah menghidap penyakit yang serius macam ni.. but, i do sure this is not the end..

I know she can endure all the pain to prove she can done the best in every single steps in her life.. nangis aku dan kakak masa tahu dia dapat straight A dalam upsr..walaupun dia sakit... dia boleh berjuang macam orang lain.. subhanallah! kita yang kuat sihat lagi bergaya ni macam mana??

Tepuk dada tanya iman... Assalamualaikum...

Saturday, March 16, 2013

Wordless week..

Assalamualaikum.. punya banyak revision menanti...

Semoga Allah permudahkan.. exam direct tiga hari... 26/27/28 bulan ni... ya Allah permudahkanlah... aminn..

Badminton!

Assalamualaikum sahabat...

Semalam aku dan kawan buat buat rajin nak ke gym berdekatan dengan kampus.. hehe.. tahun ni kali pertama aku jejakkan kaki ke gym.. hahaha..

Aku dengan kawan mula mula nak main squash.. terpengaruh dengan cetita korean my girl ni.. haha.. tapi dah penuh tak boleh book.. so.. aku dengan kawan aku ni plan nak main badminton.. happy gila orang kat reception kata boleh.. raket dengan bulu tangkis dia bagi percuma.. best gila.. hehehe..

Masalahnya tadaaa.. rupanya net dengan tiang kena pasang sendiri.. hahaha.. terkejut den.. haha.. tak kisah lah.. lepas pasang tu, main puas puas.. tapi tak lama.. sejam dah pancit.. hehehe..

Lepas tu, pergi masuk spa dengan sauna.. dok dalam sauna tu nak dekat sejam.. puas gak la.. hehe.. rasa nak pergi lagi.. humm.. okep.. got to go.. Assalam..