Thursday, March 21, 2013

Result spm!

Assalamualaikum... hari ni hari sejarah buat mereka mereka yang ambik sijil spm.. tahniah semua sebab dapat result yg cemerlang.. sukses berjaya dengan bergaya.. kepada yang kureng.. ataupun cita cita tak tercapai.. tidak mengapa.. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk anda.. teruskan berusaha... kerana di hadapan anda ada jalan yang lebih luas terbentang lepas ni.. pilihlah jalan yang anda betul betul minat dan teruskan sampai berjaya.... in shaa Allah..

Kepada sepupu beta... hehe.. yang disayangi lagi dichentai.. Nurlina Hanis.. tahniah sekali lagi.. atas result yang awesome.. daebak lagi perghhh.. bagi kak...hang dah buat yang terbaik.. walaupun duk sakit.. kena makan ubat... kena pergi hospital... still.. u done a great job sis! walaupun tak dapat straight A.. anda lulus! that makes me proud of you... :)

Lepas ni, kak nak hang study betul betul... kuat semangat... jadi contoh untuk adik adik yang lain.. biiznillah.. Allah beri ujian pada hanis.. tapi, bersabarlah.. ujian untuk menguatkan... bukan melemahkan.. kalau tak ada ujian dalam hidup, tak adalah umphh hidup tu.. bosan je.. ye dak??

Sakit tu Allah bagi sebagai penghapus dosa.. in shaa Allah.. ada hikmah dalam setiap ujian.. tabahlah menghadapi.. Allah is always near... keep holding on Him.. He knows the best! sepupu saya, Hanis dah lama menghidap SLE.. sejenis penyakit autoimmune disease... semalam dia dimasukkan ke dalam hospital sebab kena operation mata... pernah sebelum ni buat operation kat mata sebab ada glaucoma.. kali ni tak pasti sebab apa... kawan-kawan, pray the best for her! :)

pernah sekali dia datang jenguk saya kat maktab.. dia cakap.. "best nya kan kalau boleh study macam kak iylni..." -heartbreak- tak tahu nak cakap apa.. kalau tengok dia makan ubat masa mula mula dulu.. perghh.. sekali telan.. nak dekat berbelas biji.. sampai dia dah tahu sikit selok belok dunia farmasi.. hafal nama ubat.. dah lali masuk keluar hospital dengan macam macam complicatons.. mata, paru paru, kidney.... awal remaja dah menghidap penyakit yang serius macam ni.. but, i do sure this is not the end..

I know she can endure all the pain to prove she can done the best in every single steps in her life.. nangis aku dan kakak masa tahu dia dapat straight A dalam upsr..walaupun dia sakit... dia boleh berjuang macam orang lain.. subhanallah! kita yang kuat sihat lagi bergaya ni macam mana??

Tepuk dada tanya iman... Assalamualaikum...

No comments: