Thursday, June 27, 2013

Teman kakak interview Master

Assalamualaikum... hai uols...solat maghrib dah? Aku tengah tunggu turn nak pakai toilet ni... maklumlah... toilet satu ja kat rumah tok ni... (pasal toilet pun nak cerita ka?gegeh betoi :p) aku baru balik dari shah alam.. nak kata gila tak gila... kami bertolak semalam pukul 8 malam, lepastu sampai la kat hotel yang kami book awal, iaitu ev world hotel yang terletak sangatlah dekat dengan i-city. Iols dah tak larat nak visit visit i city sebab waktu sampai tu pun dah pukui 2 pagi. So straight to hotel, besiap untuk lena. Pasaipa? Apa tujuan aku pi sana? sebabnya nak teman kak aku n the gang ada interview master... master of accountancy.. kakak aku sekarang ni tengah final untuk degree, last semester. So, in shaa Allah kalau ada rezeki, dapatlah sambung master yekk? haha.. cenggitulah guys...esok tu pukul 9 depa dah ready kat fakulti perakaunan uitm shah alam untuk diinterview... ramai gak la yang nak apply master and phd..
Menurut kakak aku, dia takmau kerja lepas degree dulu. Alang alang nak belajar, baik sampai master terus, lepas kawen ke nanti, belum tentu ada masa, ye tak? mostly orang yang ambik master ni, sebab nak jadi lecturer, dan kakak aku tak terkecuali. Depends on people opinion, ada yang nak kerja dulu lepas degree, ada yang nak belajar lagi. Kalau ada peluang, depa masuk master bulan 9 ni..Begitulah ye kawan.. habis je interview, kami terus blah balik ke penang, dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Penat oooo... tapi, tak berapa nak boleh lena dalam kereta, tak selesa uols.. alhamdulillah sampai la pukul 7 malam tadi..
Balik tu, aku terus grab kunci motor, tetiba.. haha. Aku nih, bukannya reti bawak moto, kereta apatah lagi. So, aku tetiba nekad berani tak pasai nak try. Not bad wehhh... tiba tiba aku rasa macam senang la pulak. Haha.. adik aku ajar senang puih. Ceh! berlagak tuh!hahahaha.. merepek lebih. Sempat lah aku pusing dua tiga kali kampung sampai nak maghrib. Mula mula kekok, lama lama makin laju pulak. Hehehe.. okaylah. I left some pictures untuk tatapan semua. Kakak aku yang pakai baju maroon tu, yang pakai baju grey, kak natalia, yang kaler purple, kak hidayah, yang lelaki tuh, kawan praktikal kak natalia, izat..
Okie, adios! Nak solat..
Assalamualaikum... ;)

Wednesday, June 26, 2013

Alkisah bewakk dan apa apalah..

Assalamualaikum guys...!
howouuu you? Hehehe. Ce cita cuti ni korang buat apa? aku ni dah ada kat rumah hampir sebulan.. tak lama lagi nak masuk bulan 7... then, puasa, then ghayaaa.. yeayyy! huhu.. dan balik ke Ireland semula... so short days di Malaysia ni aku plan la berbagai benda nak buat... antaranya, aku nak amek lesen.. benda ni passs! aku dah buat... sekarang tengah tunggu turn aku masuk belajar yakni 29,30,1 and 2nd of july... no feeling, ill just go through it! Hehe. Semoga urusan dipermudahkan. And, other things macam nak baca buku itu ini adalah jugak dalam planning, dan adalah juga beberapa lain yang aku rasa kena buat, dan rahsia lah itu semua. Biar daku dan Allah sahaja yang tahu.hehehe.

Tadi pagi aku keluar dengan my abah sebab nak ke klinik kulit dr.khoo. aku nak pakai produk miracle tab, yang dipromote oleh seorang blogger ni, tapi lepas baca satu testimoni ni aku dah macam kureng yakin sikit. So, aku ingat nak constant je dengan ubat doctor sampai ok. haha. Aku cerita melalut ni padahal korang taktau pun apa masalah aku. hadoi. Dah nama pun remaja, masalah ape lg der.. jerawat dan sebagainyalah. Hee. Sebagai perempuan uols, mestilah mendambakan kulit yang secantik dalam camera360.. ye tak? aku actually, takdalah kisah sangat beria nak kulit putih bagai. Aku selesa je kulit aku gelap sikit, kata orang tu sawo matang.. cuma aku rasa kalau muka ni takde jerawat, sedap sikit mata orang memandang. Bukan nak kutuk orang yang ada jerawat, lols!aku pun ada prob ni. Bila dewasa, kita akan rasa nak ada usaha jaga kulit muka, haa macamtulah. Penat bebel.. hehz!

Lepas dah ambik ubat tu, yakni di sg.petani, aku n abah singgah makan kat kedai nasi beriyani depan hotel emerald puteri. Not bad, pi la try naa.. masa kami sampai tu, naseb bek ada lagi. Cuma gulai kambing je yang dah habis, ayam and daging still ada... balik je rumah, terkejut pulak tok call ada bewak masuk rumah.. bewak? Biawak lah.. haha.

Macam mana bole terlepaih pun tak taulah.. dia dah pening cari rumah tak jumpa, sesat la tu gamaknya. Tok pulak memang selalu buka pintu, beliau pun masuk lah dengan tak sengaja dek terkejut tengok kucing aku tercongok depan rumah. Habih bising panggil seorang jiran ni mai buang, nak bunuh tak berani.

Setel la jugak menghalaunya, cuma dapur tunggang terbalik la sikit bewak tu redah suka hati.. haha.. kelako pulak. Okie la.. nak siap siap sebab nak ikut kakak ke uitm Shah Alam. Dia ada interbiu master esok.. master in accountancy. Doakan beliau. Okie...assalamualaikum.. :)

Friday, June 14, 2013

EXAM RESULT AND LIFE IN MALAYSIA :)

Assalamualaikum... harap harap anda semua sentiasa berada di bawah naungan limpahan rahmatNya... selamat petang buat yang ada di Malaysia and in Ireland, I bet it was still in the afternoon is it? Okay, wanna tell about things that happen for this few days... And you all know, I just got back from Ireland last two weeks.. ( I think? Haha.. lupa dah already...)

Kali ni, bila aku balik, aku dah boleh control macho, eh? control ayu.. dah tak sebak bagai... Muka sengih sengih macam kerang busuk keluar dari airport... HEEE..excited as always, sebab aku memang anak Malaysia, so, bila balik tanah air sendiri, semangat patriotik, izzah menjadi anak malaysia tu satu lumrah la.. Bila dalam flight pun, eksyen ja dengan orang sebelah sebab ni flight aku... MAS..HAHA.. macam tu lah kononnya... Okay, hal kepulangan tu dah lama pun berlalu.. melalut pulak..

Well... balik dari Melaka, aku dah bisik bisik kat parents, nak ambil lesen kereta. It is the first thing that I plan since in Ireland. So, alhamdulillah, kali ini parents aku tak tolak.. They agreed with me.. HAHA.. mulalah aku berangan nak kereta apa balik Malaysia nanti.. Aku ni tak tahu sangat jenis jenis kereta dan mahal ke tak and so whatever.. asalkan kecil, senang bawa, comel.. haaa.. melalut dah, baru lepas lesen L :P.... yahh.. aku berjaya lulus ujian berkomputer for the first trial and now dah habis lesen L. Tengah tunggu keluar lesen L, barulah tahu next schedule untuk belajar lesen P pulak. Disebabkan aku nervous sangat nak handle kereta... aku punyalah study, siap buat nota cun cun lagi... sampai abah, uncle dan adik aku tergelak gelak tengok aku... gelabah sangat.. Padahal, masa nak belajar kereta tu, aku bukan ingat apa pun aku tulis.. Still, practicing is a different thing compared to theoratical.  HEEE...

Hari yang aku habiskan belajar kereta untuk dapat lesen L, heboh kat facebook yang result dah keluar. Result second year medic... Aku punyalah gelabah, berpeluh peluh dah habaq hang... Aku cuba tenangkan diri, solat Maghrib dulu and read AlQuran... a few pages sampai rasa rileks, cool, chill habeh.. lepas tu, dengan lafaz bismillah... aku beranikan diri aku bukak portal ucc... nevesnya aku sampai letak selimut atas kepala.. ready nak tutup muka lepas tekan enter... haha.. Muka tersengih sengih depan laptop... Hoping a miracle will happen.. Tau kenapa? aku risau bebeno subjek BH... sebab serius aku cakap, aku pun tak tau apa yang aku merapu meraban tulis esei hari tu...sebab ada soalan yang aku tak expect pun dia nak tanya... aku frust tak boleh jawab keluar awal... ngeh ngeh ngeh.. bila keluar baru menyesal, ala.. kenapalah tak tunggu sampai habis.. tapi, kalau aku tunggu pun, takde benda yang aku tambah dalam esei.. baik keluar je.. HIHI.. kalau nak maklumat lebih lanjut pasal course yang kami ambil ni, sila rujuk blog kawan aku, dia ceritakan dengan details tentang enam subjek yang kami ambil sewaktu second year....

http://dunianorain.blogspot.com/2013/06/i-still-feel-like-kid.html >> klik klik... jemput... :)

Alhamdulillah, lega rasa bila tengok result... Aku lulus, meningkatlah sedikit dari first year medicine.. kalau first year dulu, kebanyakan macam cukup cukup makan je.. sadiss betul.. kali ni, ada peningkatan, more than I expect, dan my BH.. oh my... aku rasa macam nak pengsan tengok markah. 107/200?? HAHA.. thanks to that 7... kalau tak habislah aku... (nangis).. risiko jugak sebenarnya subjek ni, nampak je macam tak penting, macam ntah hapa hapa... tapi, cuba lah buat memain, jangan baca langsung, terus masuk dewan exam, mau nangis tengok soalan. sebab apa? sebab jawapan dia kebanyakan berlandaskan fakta. Kena hafal ok? Take it seriously...

And here it goes...






Alhamdulillah... aku rasa lepas ni kena usaha lebih gigih lagi... kutip first class banyak banyak sikit.. :) 

Okelah, pen-off.. haha.. sejak bila guna pen tulis blog.. tukaq2.. keyboard-off... Semoga terus diberi kekuatan menempuh hari mendatang.. Now, I want to finish reading a novel, macam kamus dewan kot nih... AWAK SUKA SAYA TAK? >.<

To my dearest... good luck exam... May Allah guide you in every steps you take... Amin... :)
Assalamualaikum...

Sunday, June 2, 2013

Cuti cuti Malaysia!

Assalamualaikum wbt...

Alhamduillah.. dah sampai Malaysia dua hari lepas, hehe... setibanya kat Malaysia, macam biasala... disambut oleh family.. family bawak aku jenjalan kat melaka dua hari, sabtu ngan ahad... hari ni hari last aku kt melaka.. semalam terlalu sesak kat bandaraya melaka sampai susah nak jalan.. ya Allah... bayangkan la... duduk dalam kereta punya la lama.. last last balik terus ke hotel pantai puteri... semalam, kami terus ke ayer keroh, masuk taman mini Malaysia, memang lama la duk kat situ... sebab pegi melawat setiap negeri punya rumah melayu dulu dulu... aku memang suka la pi situ... sebab aku boleh survey rumah mana yang aku nak untuk future dream house... aku memang suka rumah kayu... :) lepas tu, ada la pergi melawat perigi hang tuah... :) hari ni baru nak pergi river cruise melaka dan menara taming sari... maybe..and  then terus balik ke penang... yeayyy... :)

Aku tinggalkan beberapa gambar untuk tontonan umum... heee... Assalamualaikum...

Friday, May 24, 2013

GOODBYE SECOND YEAR MEDIC!

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog yang disayangi... :)

Alhamdulillah hari Isnin yang lepas dengan rasminya aku dah menamatkan second year medic di UCC.. HUAAA.. seronok bukan kepalang lagi.. mana taknya, penyeksaan selama seminggu lebih sudah berakhir.. Overall, ada yang aku puas hati ada yang tak berapa nak puas hati sebab aku rasa aku boleh bagi lebih lagi. Tapi, enggak apa.. aku yakin in shaa Allah itu yang terbaik buat aku. So, balik ja dari exam, terus kami bertiga sekali dengan housemates makan makan kat town. HAHA.. aku taknak pi pun sebenarnya, pokai seyh.. malas nak makan kat luar, but then kawan aku kata dorang nak belanja.. why not? HIHI.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan pepandai cari.. ^___^

Aku start belajar sebulan sebelum exam. Start cuti Spring sebulan tu, memang aku nekad nak fokus belajar. Stay kat Brookfield, ataupun kitorang punya kampus tu dari pagi sampai lah petang. Tiap tiap hari lunch aku sandwiches.. Kurus kedekiang dah aku.. (kurus sangat lettew... -.-") Study ikut minggu ikut topik.. Haaa... memang serius nak termuntah, loya dan sebagainya.. Kemuncaknya time study pathology.. Menatang apa tuh pathology? buat mereka mereka yang tak tahu, boleh la google.. untuk budak medik, subjek ni dah biasa kan?kan? buat aku yang baru tahun ni belajar memang pufffffffffff... tension kemuncak time exam.. Allah ja yang tahu betapa aku pressure sampai nangis tiga baldi... haha.. overrr kauu... Banyak sangat kena recall.. banyak sangat new terms, banyak sangat nak kena paham.. aku baca kali ketiga pun belum tentu boleh tangkap semua benda.. Ada jugak yang ingat ingat lupa.. Effect makan megi banyak sangat gamaknya.. -.-"

Sekarang, saya sudah bebas... bebass... bebassssss.... untuk sementara waktu ja pun. Budak medik pernah ke free? But, ini choice aku, so this is my life.. Memang hectic.. tapi, aku macam biasala.. buat buat rileks.. kemuncak dia memang burst la ayaq mata... Doakan aku lepas semua exam kali ni.. tak sabo den nak masuk third year! AND yang paling penting, boleh balik malaysia... uuuyeahhh... aku balik 30 Mei ni.. yabedabeduuu.. Sehari sebelum tu, kalau ditakdirkan aku kena oral untuk subjek neuro or bone and renal metabolism, terpaksa lah aku study balik untuk pass oral pulak.. Ya Allah, lindungilah aku dari Oral ya Allah... :') Lepas tu, ada perjumpaan dengan Anne Harris.. yang handle kitorang bebudak AUCMS ni untuk balik Malaysia.. nak jumpa Dean katanya..

Cuti cuti nih kalau tak isi dengan sesuatu yang berfaedah rugi jugak, so, first of all, aku nekad, balik ni aku nak amek lesen.. HAHAHA.. gelak la gelak la.. aku tau aku lambat gila amek lesen.. ramai sahabat handai aku amek lesen lepas SPM.. But, peduli apa aku, better late than never.. :) Jadi, berbalik pada aktiviti cuti aku, dalam planning jugak ingat nak buat reunion gegirls sekolah lama kat Sedim or Bukit Merah, not sure.. aku ikut cakap dorang je.. and.. I think most of my time will be with my family la kan.. of course.. Adik aku tu, nak amek SPM tahun ni.. Sapa lagi nak ajar dia kalau bukan aku, sebagai kakak, mana bole lepas tangan... my lil bro! satu satunya, kena la support... ye dak?

Sepuluh hari sebelum balik Malaysia ni, aku banyak spend masa kat rumah ja.. tak pi jenjalan mana pun, nak simpan duit amek lesen.. hehe.. kalau boleh, takmau harapkan ibu dan abah sangat.. selama ni pun aku pakai duit sendiri.. tak pernah pulak minta abah support.. kecuali abah yang nak bagi, eden terima ja laa.. HIHI.. oh ya! cakap pasal abah, aku ada hadiah spesial buat beliau.. takda la surprise sebab beliau dah tau pun kehadiran hadiah berkenaan.. I bought him S3 mini kaler putih.. Aku beli online, murah sikit.. Harga not bad, biarlah rahsia... Yalah tahun lepas, aku tak bagi apa pun kat abah, setakat wallet yang aku beli kat Italy, itu ja.. Aku ada beli satu raincoat ni ada lambang Ireland sebab aku tengok abah selalu pakai raincoat pergi kerja masa naik moto.. Sekali, salah saiz la aku beli, kecik sangat.. Sian abah... last last dapat kat uncle aku.. hek..

After all, aku rasa paling penting sekali untuk aku ni sebagai seorang muslim yang belum tentu lagi mukmin, mestilah kena jaga jugak diri, mohon jangan lah tersimpang jauh dari landasan syarak.. Apa-apa yang kita buat pun, agama mesti didahulukan. Ok? So, aku banyak habiskan jugak masa kat rumah baca buku buku agama, or at lest novel tauhid yang aku ada. Berusaha keras jugak nak habiskan walaupun berkerut seribu cuba nak paham. HIHI.. AlQuran pun kena baca selalu, tak boleh tinggal. Barulah tenang hidup, aman dan damai.. :)

Sekian coretan yang melalut... Assalamualaikum..:)

Counting days to go back to Malaysia!! Tanah tumpah airku... heeeeee...