Sunday, August 7, 2016

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 8)

Farish menunggu Burhan di dalam kereta.

Petang itu dia dan Burhan akan pulang meninggalkan matrikulasi yang banyak memberi mereka berdua kenangan. Alhamdulillah kedua duanya lulus dengan cemerlang. Sekarang, hanya menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

"Bila Far boleh jumpa Ainan lagi?", Farish menegur Ainan yang leka meninjau kawasan matrikulasi di atas kerusi panjang. "Eh Far, tak perasan. InshaAllah kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Tak akan lari gunung dikejar Far", Ainan menjawab, senyuman manis dilemparkan. Farish tersenyum hambar. Dua hari sebelum, Farish telah meluahkan isi hatinya selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Tetapi, isi hatinya tidak berbalas. Ainan membiarkan soalan Farish tiada jawapan.

"Far! Kau termenung lagi?", sergah Burhan yang sudahpun berada di sebelahnya di dalam kereta.
"Han, aku kena reject...", perlahan suara Farish memberitahu Burhan. Burhan seraya tadi membetulkan kedudukan dan memasang tali pinggang keledar, terkedu. Merah muka menahan ketawa. Dipandang Farish lama lalu ketawa berdekah dekah. "

"Kurang asam punya kawan. Ini cara kau pujuk aku", Farish meninggikan suara, tersengih menahan malu. "Sorry Far, aku tak sengaja. But, nice bro, baru sekarang aku tahu kenapa kau ni dari sem akhir start hari tu, asyik sengih ke sana ke mari. Tak apa, tak lari gunung dikejar. Aku doakan kau dengan dia ada jodoh", Burhan menahan tawa, cuba serius. Sepanjang perjalanan pulang, Farish bercerita panajng dari awal sampai akhir tentang Ainan dan kisah cintanya yang tak menjadi. Diselangi gelak tawa Burhan yang langsung tidak sangka sahabat karibnya jiwang sebegitu.


Tuesday, May 10, 2016

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 7)

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkau tempat aku berlindung, tempat aku meminta pertolongan. Aku insan yang lemah Ya Allah, Kau berikanlah daku kekuatan untuk menempuh semua ini. Ya Allah, kau ampunilah dosa dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat di dunia ini Ya Allah. Ya Allah, aku tahu aku tidak layak meminta apa-apa dariMu, cuma satu yang aku ingin pohon kepadaMu, pertemukan aku dengan ibuku ya Allah. Sesungguhnya, diri ini terlalu merinduinya. Jagalah makan dan minum, jagalah dia walau dimana pun dia berada. Aku terlalu sayangkan ibu. Permudahkanlah jalan bagiku untuk bertemu dengan ibu ya Allah, amin ya rabbal alamin..", tulus Burhan mengaminkan doanya. Lama dia berteleku di sejadah. Pelbagai perkara menyelubungi kotak fikiran. Satu per satu peristiwa yang berlaku terimbau dalam masa yang singkat. Tak lama lagi, dia akan tamat matrikulasi. Fokus utamanya hanyalah untuk mencari Puan Saliha.

Air mata bergenang di kelopak mata Burhan. Mulutnya beristighfar seraya mengelap air matanya dengan lengan baju melayu yang dipakainya. Teringat kali terakhir dia bertentang mata dengan Puan Saliha. Sewaktu itu, Puan Saliha baru pulang dalam keadaan mabuk, terhuyung hayang berjalan ke arah bilik. Burhan cuba menegur ibunya, tapi badannya ditolak ke tepi. Burhan menggelengkan kepala. Dia mengintai dari luar bilik ibunya. Puan Saliha menghempaskan diri ke atas katil, bercakap cakap sesuatu dan ketawa mengilai."Aku kaya tak lama lagi, aku nak berambus dari rumah ni. Aku kaya, banyak duit!".

Puan Saliha ketawa lagi kemudian termuntah di tepi katil. Burhan pantas ke bilik air mendapatkan baldi dan tuala basah. "Ibu, baring ibu... Burhan lapkan muntah ibu",  ujar Burhan cuba menenangkan ibunya yang mabuk. "Kau siapa? Oh... anak aku.. eh bukan, kau anak si setan tu! Hahaha! Anak aku semua pandai pandai. Bukan bodoh macam kau! Hey budak! Aku akan tinggalkan kau tak lama lagi. Pandai-pandailah kau hidup!", ibunya ketawa mengilai sambil menolak nolak kepala Burhan. Burhan memendam tangisannya. Selepas ibunya tertidur, dia keluar dari bilik, tersandar di dinding menangis teresak-esak. Bukannya tidak biasa mendengar dia dipanggil anak syaitan, tapi kali ini, dia terlalu kecil hati dengan ibunya. Tidak sanggup tunggu di situ, malam itu juga Burhan ke rumah nenek Ayang. Nenek Ayang dipeluk dan dia menangis sepuas hati di bahu nenek Ayang. Nenek Ayang turut menangis mendengar keluhan cucunya itu. Hanya ungkapan sabar yang meniti di bibir.

"Nek, Allah tak sayangkan Han..."
"Han... Tak baik..... Tuhan marah sayang...."

Sendu mereka silih berganti. Nenek Ayang tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menasihati Puan Saliha. Malam itu, Burhan tidak pulang ke rumah. Dia bermalam di rumah Nenek Ayang. Keesokan pagi, apabila dia pulang ke rumah, ibunya sudah tiada. Barang-barang ibunya juga tidak satu pun yang tertinggal. Burhan terjelepok di atas lantai. "Ibu! Ibu! Sampai hati.... ibu tinggal... tinggal Han....", Burhan teresak-esak. Semenjak itu, dia tinggal bersama nenek Ayang.

******************************************
Sekarang, Burhan sudah menjadi semakin matang. Dia mula berfikir untuk mencari ibunya. Burhan bangun melipat sejadah. Dia duduk di sisi katil mencapai telefon bimbitnya. Tangannya mendail nombor rumah Nenek Ayang.
"Assalamualaikum nek.. Han ni..."
"Waalaikumussalam, Ya Allah cucu bertuah! Lama tak telefon nek ni. Ada kekasih hati ke, sampai lupa nenek", suara nenek Ayang ceria, masih seperti biasa.
"Eh, mana nek tahu ni? Hahaha, gurau nek. Siapalah yang berkenan kat cucu nenek yang tak hensem ni... Maafkan Han nek.. Han busy betul belakangan ni.. esok Han dah start peperiksaan sem terakhir. Han janji Han nak buat sungguh-sungguh, lepas tu balik boleh duduk lama sikit dengan nenek...Nek suka tak?", ujar Han, berseloroh. " InshaAllah Han.. nek yakin Han boleh buat. Nek selalu doakan yang terbaik untuk Han. Balik ni Han cakap je Han nak makan apa, nek masakkan", ujar nenek Ayang. "Yeh! Nenek Han memang terbaik! Baiklah nek, doakan Han ye. Han dah kena bersiap ni. Ada tutorial tambahan. Got to go! Assalamualaikum dan jaga diri baik-baik tau".

Selepas bercakap dengan nenek Ayang, dia berasa dia mendapat satu semangat yang baru. dia menarik nafas panjang, tersenyum lebar. Lepas juga rindu pada nenek kesayangannya itu.

Bersambung...

Monday, May 9, 2016

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 6)

Petang Ahad itu, hujan turun dengan lebat membasahi negeri jelapang padi. Farish sibuk menelaah di dalam biliknya di Blok Cendekia. Sesekali, matanya mencuri melihat skrin telefon pintarnya. Setiap kali bunyi aplikasi 'whatsapp' masuk, dia tersenyum. Dicapai telefon itu lalu membalas 'whatsapp' yang diterima dengan gembira. Setelah itu, dia duduk bersandar di kerusi, melemparkan pandangan ke luar tingkap. "Ainan...", tanpa disedari nama itu meniti di bibir Farish. Dia teringat detik pertama berjumpa Ainan. Gadis berkulit kuning langsat dan lemah lembut itu ditemui sewaktu menyertai forum kelab keusahawanan. Ainan ialah salah seorang fasilitator sepertinya dan mereka bertugas di dalam satu kumpulan. Dia banyak berhubung dengan Ainan bagi menyelesaikan tugas sewaktu forum berlangsung. Tiada langsung terdetik di hati untuk menaruh perasaan pada Ainan, namun, lama kelamaan hatinya goyah setelah dia mula berminat mengenali Ainan dengan lebih rapat. Bagi Farish, Ainan ialah perempuan yang sederhana, manis dan bijak, cukup serba serbi.

"Hoi, kau! Berangan apa?!", sergah Burhan dari belakang. Farish tersentak dari lamunan. Cepat cepat ditepis tangan Burhan yang singgah di bahunya. "Kurang asam kau Han! Bagilah salam kalau ya pun!", cebik Farish, termalu sendiri. Burhan mengekek ketawa melihat muka Farish merah padam. Farish menyelak rambutnya ke belakang. Sejurus, dia mencapai telefon lalu membalas 'whatsapp' Ainan. Ainan bertanya jika dia masih menyimpan baki duit perbelanjaan sewaktu forum, dia mahu menyerahkan wang tersebut kepada kelab keusahawanan. Farish mengajaknya keluar minum petang itu. Ainan tidak menolak. Dia mahu mengajak seorang lagi rakannya, tidak selesa keluar hanya berdua, dan Farish setuju. Burhan tidak tahu hal itu, ini kali pertama Farish berahsia daripada sahabat dunia akhiratnya itu. "Kau dah kenapa? Aku bagi salam nak dekat sepuluh kali kat pintu, tak ada orang jawab, dah kebetulan tak kunci, aku masuk lah", Burhan bersuara setelah penat ketawa, mencapai nota nota di hadapan Farish. " Sorry Han, aku betul betul tak perasan tadi. Aku fokus sangat tadi", balas Farish mula mengemas buku buku di atas meja. " Fokus lah sangat. Aku tengok kau akhir akhir ni, tak renggang langsung dengan telefon. Tapi, 'whatsapp' aku lambat pulak kau 'reply', kau 'whatsapp' siapa ni?", tanya Burhan, memandang wajah Farish yang selamba. "Tak ada siapa pun, aku tengah try game baru ni. Sebab tu kau nampak aku dengan handphone memanjang", Farish cuba memberi alasan. Burhan menjuihkan bibir, tidak berpuas hati. Namun, dia tidak memaksa sahabatnya. Biarlah, mungkin ada masa yang lebih sesuai untuk Farish berkongsi dengannya kelak.

"Kau nak ke mana Farish? Aku nak beritahu sesuatu", Burhan mula bersuara mengenai tujuan kedatangannya ke bilik Farish. Farish sibuk membuka almari memilih baju untuk 'dating' petang itu. "Ha, cakaplah. Aku dengar ni", Farish membalas tanpa berpaling dari almari pakaiannya. Dicapai sehelai baju T-shirt formal berkolar, hitam putih pemberian ibunya. "Camni Farish, aku cuba 'contact' Aunty Liza, dia cakap ibu aku memang dah lama tak datang pejabat. Kali terakhir, dia nampak ibu aku datang dua tahun lalu, itu pun untuk ambil barang-barangnya di pejabat. Dia tak cakap atau beritahu siapa-siapa kenapa dia berhenti. Muka dia pun tak ada riak sedih atau happy, biasa sahaja".

Farish duduk di atas katil, merenung sahabatnya. "Han, kau tak putus asa lagi. Ibu kau dah teruk buat kau macam anak pungut. Anak anak emas dia pun tak ambil tahu Han... Kau pula yang susah. Aku betul-betul tak faham", ujar Farish. Burhan menyelak rambut, memangku tangannya di atas meja. " Kau tahu kan kakak dan abang aku macam mana. Kakak aku tu lepas dah kahwin dengan orang kaya, aku ni pun tak jumpa dah dengan dia. Penat aku cuba hubungi, tak ada pun dia balas atau telefon aku semula. Abang aku, entah lah Farish. Sibuk sahaja dengan kerja dia kat pelantar minyak tu. Balik rumah, tak pernah ada kat rumah. Nenek aku naik pening dengan perangai dia. Perempuan keliling pinggang. Hmm.. nek...", Burhan terkedu apabila dia menyebut nama Nenek Ayang. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Tamat matrikulasi, dia mahu berjumpa dengan nenek yang disayanginya.

" Sabar Han.. kau anak yang soleh, inshaAllah syurga ganjaran untuk kau. Bilalah aku boleh kuat macam kau. By the way, mana kau dapat nombor siapa tu, Aunty Liza? Kawan kerja mak kau ke?", Farish membalas, bangun mencapai telefon pintarnya. "Aku lepak kat cyber cafe tadi. Tiba-tiba teringat nak cari syarikat ibu aku kerja. Ada contact number, aku cuba telefon. Katanya nama dia Liza. Dia tahu ibu aku. Itulah yang aku kenal Aunty Liza tu. Tapi, nak tanya banyak dia pun tak tahu sangat. Sebab katanya, ibu aku memang tak ada kawan rapat di pejabat. Risau juga, mana ibu aku pergi selama ni, kalau dia hidup senang, aku tumpang gembira Farish. Tak susah aku cari macam ni", ujar Burhan, mengenang nasib hidupnya. Farish menepuk nepuk bahu Burhan. Mereka terdiam seketika. Farish faham apa yang sedang dilalui Burhan, dia selalu menjadi pendengar sewaktu Burhan memerlukan selain Nenek Ayang.

Petang itu, Kafe Bayu...

" Assalamualaikum, sorry lambat. kami baru balik dari study group", suara lembut itu menerjah masuk ke telinga Farish. Dia mengangkat muka, berbalas senyuman dengan Ainan. Pipinya terasa hangat. " Walaikumussalam, eh tak apa. Saya pun baru saja sampai, order lah dulu nak minum apa", balas Farish. Rakannya, Munira duduk di sebelah Ainan. Setelah memesan minuman, Ainan bersuara, " Kenalkan, Munira, kawan sekelas saya. Munira, ini lah Farish, jejaka idaman melaya", seloroh Ainan, ketawa sopan. " Oh, inilah dia. Hum boleh tahan", Munira mengusik. Farish tersengih lebar, menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang benar Farish boleh dikatakan popular di matrikulasi. Ulat buku, 'legend', 'gentleman' dan macam-macam lagi panggilan positif untuk dirinya. Farish sering mendapat surat dari 'secret admire', namun perempuan di hadapannya telah berjaya mencuri hati lelakinya. Cuma empunya badan tidak tahu.

"Taklah, mana ada. Saya biasa sahaja. Orang minat kita tak boleh halang", balas Farish, bersahaja. Dia menghirup teh tariknya. "Dah bersedia nak final ni?", sambung Farish, tunak memandang Ainan. Ainan menghirup air teh o ais di hadapannya. "Nak kata seratus peratus belum lagi lah, tapi inshaAllah masih ada masa, Far macam mana?", tanya Ainan. Perbualan tersebut berlarutan sehingga pukul 7 malam. Mereka pulang ke matrikulasi, kerana bimbang dimarahi warden sekiranya lambat pulang. Mujur, minggu hadapan ialah minggu 'study week', jadi tiada kelas.

Malam itu, Farish tersengih-sengih keseorangan di atas katil. Sedikit sebanyak dia berjaya mengetahui latar belakang Ainan. Ainan anak kedua daripada dua orang adik beradik. Dia tinggal dengan ayahnya dan ibunya telah meninggal sejak dia berumur 12 tahun. Setakat itu, dan selainnya mereka banyak berbual tentang pelajaran dan perancangan selepas matrikulasi. Malam itu, Farish rasa sedikit bersalah. Dia tidak menceritakan cerita cintanya kepada Burhan. Dia berteka teka untuk membuat keputusan. Patutkah dia memberitahu Burhan, atau perkara ini masih terlalu awal? Farish membiarkan lamunannya tenggelam dan matanya perlahan lahan tutup.

"Sampai hati kau buat macam ni Farish? Tergamak kau!", lembaga itu bersuara dari kejauhan. Farish memandang kiri dan kanan. Gelap gelita, pekat kehitaman. Farish berpeluh peluh. Dadanya berombak ketakutan. Dia tersandar pada dinding yang hitam. Lembaga itu menghampiri, berlumuran darah. Kepalanya sedikit teleng. Lembaga itu kemudian menangis air mata darah. "Siapa kau!?", Farish menggenggam rambutnya, dia berteriak menahan ketakutan. "Kau tak kenal aku? Kau yang bunuh aku!" Lembaga itu menjerit, mengilai ketawa. Suaranya berubah-rubah.

"Bukan aku!"

Bersambung...

Saturday, May 7, 2016

TAK BAIK TUHAN MARAH (PART 5)

Mereka berdua terdiam di tepi petak sawah. Masing-masing tenggelam dalam emosi. Masalah keluarga, masalah pelajaran dan masalah kawan-kawan, semua berlegar di kotak fkiran. Burhan mengesat hingusnya beberapa kali.

Farish tiba tiba bangun, menepuk-nepuk seluarnya yang kotor dengan debu debu jalan. Burhan turut bingkas bangun, berjalan seiringan dengan Farish pulang ke rumah. Setelah mereka berkongsi dengan segala yang telah terjadi, dua sahabat itu terus saling menguatkan. Burhan yakin dia tidak sendiri. Meskipun saban hari, perangai Puan Salina makin menjadi-jadi, dibiarkan tubuhnya menjadi mansa keadaan melepaskan tekanan ibunya. Dia pasrah dan redha. Namun, mulutnya tak henti-henti berdoa bahawa suatu hari nanti, pintu hati ibunya akan terbuka untuk kembali bertaubat dan sedar akan kesilapan dirinya.

Tiga tahun kemudian.....

"Farish! Kau kat mana? Aku kat kafe ni. Turunlah makan dengan aku. Bosan makan sorang", suatu suara menjengah di hujung telefon bimbit. " Ye, aku datang ni. Kau pun Han.. tak sabar. aku kat library ni, siapkan assignment, kau tau kan prof nak cepat benda ni", Farish membalas, sambil sibuk mengemaskan buku bukunya di luar perpustakaan. Perbualan mereka terhenti di situ.

Tiga tahun berlalu, Farish dan Burhan berjaya menamatkan SPM mereka dengan cemerlang. Burhan berjaya membuktikan dirinya dengan kesungguhan dan kesabaran walaupun dikategorikan lembab di sekolah. Dia lulus dengan 5A-, 3B+ dan 1C, manakala Farish cemerlang dengan 7a+ dan 2A-. Farish bercita cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tetapi dibatalkan hasratnya setelah mendapat tawaran yang sama dengan Burhan untuk ke matrikulasi. Dia bercadang mahu mengambil langkah jauh, supaya dia masih dapat bersama Burhan dengan lebih lama.

Tiga tahun yang berlalu juga telah mengubah hidup Burhan, Dia pulih dari gagap dan zaman hingusnya. Farish sudah lama mengesyaki Burhan berhingus bukan kerana dibuat buat, ataupun mahu melabelnya budak hingusan, dia yakin Burhan menghidap penyakit. Terbukti setelah berjumpa dengan pakar, Burhan ada masalah sinus. Farish sanggup membiayai segala kos perubatan Burhan. Burhan bersyukur dikurniakan sahabat yang banyak membantu dirinya. Dia pulih dari sikapnya yang penakut, pengecut dan sekarang dia lebih berkeyakinan di hadapan orang ramai. Lama-kelamaan dia pulih dari gagap tanpa disedari. Ibunya, Puan Salina sudah lama tidak pulang ke rumah. Burhan nekad untuk mencari ibunya selepas tamat matrikulasi. Burhan ada bertanyakan tentang ayah Farish kepada Farish, tetapi Farish berdalih, dia enggan mencari atau bertanya kerana masih marahkan ayahnya. Apabila Burhan cuba menasihati, " Farish, tak baik.. Tuhan marah.. dia masih ayah kau. Kau kena terima baik buruk dia. Dia tak ada, kau pun tak wujud kat sini".

" Kau tahu apa Han... tak apalah, nantilah aku tanya.,..", itulah jawapan Farish setiap kali Burhan bersuara,

Bersambung....

Wednesday, February 24, 2016

CORAT CORET OBS GYNAE

Assalamualaikum..
Lagi enam minggu nak final. Nervous? Sangat nervous. Tapi aku yakin kalau aku dah start stress dari awal inshaAllah, hopefully hujung hujung nanti berkurang sikit stress aku. Sekarang aku cuba maintain untuk stoudy everyday dan buat the best for rotation. Tinggal lagi satu rotation which is paediatrics, yang sebenarnya aku tidak lah seberapa gemar, walaupun awal awal ambil medic aku nak sangat jadi paediatrician. Tapi aku suka belajar, asalkan dapat ilmu aku rasa okay, jangan masa rotation tu tak dapat apa apa yang tu memang bosan. Sebenarnya aku suka buat kerja praktikal, macam cucuk orang, ambil darah dan sebagainya, tak sabar nak jadi intern! Tapi ilmu haruslah cukup, supaya kurang di 'bash'doctor doctor kat Malaysia nanti. Dah tiga minggu aku kat Clonmel General Hospital. Aku suka sangat buat rotation kat sini. Walaupun penat sebab kena ulang alik ke Cork every week tapi pengalaman dapat belajar kat sini best! Rotation tak hectic. Basically, kami memang bebas nak buat apa pun, kami diberi pilihan. Peluang dapat tengok C section memang bernilai. Bila tengok orang bersalin, aku yang sebak. LOL. Over betul. Tapi, tu lah kan patutnya kita sayang lah mak kita betul betul. Mak kita penat tau usung kita sana sini 9 bulan. Banyak pulak risiko mengandung ni, boleh kena darah tinggi, diabetes, tambah tambah bila dah nak bersalin tu, sakitnya tak terhingga. Patutlah gugurnya dosa dosa kecil si ibu waktu bersalin.
Bila tengok ibu ibu ni datang untuk scan baby, rasa bestnya...ada baby dalam perut rasa macam a meaningful present from Allah! When they are happy.. Im literally happy too :) Salah seorang consultant kat situ bagi chance bawa balik satu gambar scan baby. Im so happy! Bila ada couple muslim yang dapat baby, it is really touching to see the husband recite iqamah to the baby's ears. Consultant kat sini pun best. They teach us in a very gentle manner. And they know what the students want. Lepas ni, rasanya nak kena banyak lagi ambil history dan practice dengan doctor. Medicine pun, Doakan kami semua dapat graduate bulan lima ni okay? Amin ya rabbal alamin.
Assalamualaikum..
xoxoxoxoxo

cuba teka CRL tu apa?
CRL is crown rump length.. ukur dari kepala sampai punggung baby.. basically untuk kira gestations
So how many weeks do you think?
:)