Assalamualaikum...
Pukul 2 agaknya.. malas nak jenguk jam walaupun atas kepala... HEHE.. Jam notebook pulak tak betul, malas betulkan... Highlight satu perkataan di situ.. MALAS... Perkataan ni amat degil untuk ditanggalkan daripada fikiran dan tubuh badan...
Sepanjang cuti ini, aku ingat dengan mudahnya boleh istiqamah buat perkara-perkara yang lazimnya dilakukan di Ireland. Rupanya tak semudah yang disangka. Banyak alasan dan banyak halangan.. Ada yang reka sendiri diikuti faktor-faktor lain. Semakin lama, dirasakan makin malas membuka buku... malas membuka bahan-bahan ilmiah... Tengok internet, tapi tak tahu untuk apa... Kalau ibu pakai broadband ni, lagi tak tahu nak buat apa...
Keluar dengan kawan-kawan, seronok kejap saje... Lepas tu, kena beleter, HEHE... biasalah.. nak tolong tok pun, buat kerja rumah pagi je, petang dah tak tahu nak buat apa... Rasa rugi tak plan betul-betul apa nak buat cuti ni... Apalah yang aku bebel dari tadi pasal ni ntah... Tapi, tu lah nak cakap... betul-betul tak tahu nak buat apa ni... Nak keluar rumah? HUM... untunglah ibu nak bagi... Lagipun, diri sendiri tak mahu keluar. Lebih suka menghabiskan masa di rumah dengan family... Come on Iylni, umur dah 20, janganlah macam budak-budak lagi... takkan nak layan lagi kartun, cerita-cerita kat tv...
Find something to fill your leisure time... InsyaAllah... make a list now, apa nak dibuat esok... :)
Your family needs you..
Buat perkara yang berfaedah untuk family..
untuk agama kita, itu yang paling penting...
Niat, doa, ikhlas...
Jangan mudah melenting bila ditegur, jangan mudah marah, jangan mudah terasa hati...
Ubah sikap, ubah penampilan, ubah pendirian... Kuat kuat kuat...
InsyaAllah... ya Allah, permudahkan urusan hambaMu... Ameen~
No comments:
Post a Comment