Thursday, August 22, 2013

KAHWIN? JODOH?

Assalamualaikum...

Hai stalkers! tak ada kerjalah kan aku ni. nak mengarut pasal jodoh pulak. humm.. by the way, aku ni bukanlah orang yang gila gila punya berpengalaman dalam soal percintaan ni. Dan aku akui, aku memang sangat suka dengar orang bercerita pasal kisah orang orang yang berchenta ni. Banyak orang bagi pendapat, dan banyak pasangan yang berlainan ragam. Ada yang bahagia konsisten je sampai bertahun tahun (tapi, di sebaliknya, tak taulah apa yang mereka alami.. tapi, aku tengok elok je), ada yang dah bertunang, ada yang dah kahwin pon! haa.. aku tak taulah trend ke apa sekarang ni.. semua nak kawen awal.. kawan aku dah berapa orang dah kawen.. (bunyik cam jeles ja) memang pon.. :P

Buat aku terfikir, macam mana la mak bapak dorang boleh bagi kawen awal.. ciss.. haha.. tapi, lepas fikir punya fikir.. aku rasa ada sebab Allah lambatkan jodoh aku.. mungkin sebab aku ni banyak lagi benda yang tak cukup. Dari segi persediaan mental dan rohani terutamanya. Kawen bukan bab main main.. susah tau kalau ada tanggungjawab.. tetambah macam aku ni, yang bakal nak jadi doktor.. perghhh... aku rasa aku ni belum matang lagi. asyik nak main dan nonton cerita korea ja, apa kes lah nak kawen uols? Aku tengok kebanyakan umur umur aku yang dah kawen ni mesti lelaki tu akan tua sikit lah, I mean orang tu dah kerja tetap, boleh la bagi makan bini anak.. HAHA.. kalau setakat masih belajar aku rasa susah la.. memanglah kawen tu bagus, bagi rezeki.. tapi, kita ni dah bersedia belum? kawen bukan setakat nak menghalalkan perhubungan, tapi satu tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak. perghh.. jangan buat main main. Budak muda sekarang nak kawen je tau, tapi amal ibadat kemana... camna tu nak asuh isteri? ciss.. membebel lagi aku ni..

Macam macam pendapat aku dengar pasal kawen ni.. Ada orang kata kawen awal bagus, mampos la parents aku bagi kan? but, i agreed with them.. kawen awal, no time for yourself tauu? baik enjoy duit sendiri dulu. ada rumah ada kereta, dah stabil baru go! In shaa Allah... kalau jodoh tak kemana.. Ada orang kata pulak kawan lama lama nanti tak jadi. Ishh! Tak baiklah mendoakan orang macam tu. in shaa Allah... jaga perhubungan dan batas, doa banyak banyak kat Allah.. Dia Maha Mendengar.. so, stop saying such things.. kasihan kat orang yang dah lama kawan... takut tak jadi... :') bila nak kawen awal, semua benda jadi terburu buru.. Entahlah, itu pendapat aku.. tapi, pendapat aku yang lain pulak, kalau parents dah bagi green light, dan keluarga korang memang stabil dari sudut kewangan terutamanya, no hal lah! just go for it!

Dan! Satu lagi yang aku prasan kalau geng geng aku ni kawen, mesti dorang ni jenis yang.. camne eh.. yang ilmu agama penuh di dada... HAA.. faham la kan? kalau aku kat stage dua.. dorang ni kira dah stage lapan sembilan camtu.. HAAAA.. kalau orang camni kawen, aku tak heran sangatlah. Baguslah.. tapi, aku pulak yang jeles.. hehehe.. and, most people warn kat aku, tunang jangan lama lama.. yepp.. aku setuju.. sebab waktu tunang memang banyak sangat cabaran... tapi, in shaa Allah.. aku nak cuba jaga hubungan ni... bismillah..kuatkanlah ya Allah.. :)

Dah lah, tetiba pulak aku ni kan? Ada ka abah aku nak minta hantaran rm25 ribu? tamau hakuu.. -.-"
Kalau mas kawen tinggi takpe.. hihihi.. but, for me, simple is nice... :)

p/s : Awak, kalau mahal sangat hantaran, kita kawen kat Siam je lah.. haha.. (gurau)

No comments: