Sunday, August 8, 2010

bILa UsTAz BerSuaRa....

Dear awak, blink2!!


Ustaz dan bebelannya... Bermula pukul 5.30 p.m,, hehe.. tapi, selalunya start lebih lambat lagi, kadang-kadang terlajak sampai pukul 6.00 p.m... Maklumlah, ustaz agak sibuk.. Beliau bertugas di Pusat Urus Zakat sebelum balik mengajar pukul 5.00 p.m... Ustaz terpaksa ambil masa yang lama untuk sampai ke Auditorium Taman Seri Serdang dan menunaikan solat Asar. Boleh dikatakan kelas agama, adalah kelas favourite aku.. Tapi, yang pasti port aku dalam Auditorium yang belakang sekali... hehe... bukan apa, aku rasa pandangan aku lebih meluas sampai ke depan... Tengok ragam kawan-kawan aku sambil dengar ustaz bersyarah.. Actually, itulah ustaz sedang lakukan, mengajar sambil berdakwah... Sehingga itu juga, buat kesekian kalinya, aku tak pernah jemu mendengar... Alhamdulillah...


Penyampaian ustaz sangat berhemah disokong dengan hadis sahih yang mantap, ustaz ni simple, berterus terang, walaupun kadang-kadang isi yang dibawakan dalam majlis ilmu tu agak kompleks, ustaz huraikan dengan mudah melalui contoh-contoh yang berlaku pada zaman kini... That's why I love the subject...
Fakta-fakta yang ustaz bawakan memang menarik... Contohnya, ustaz nyatakan sifat Al-Qauf, yakni cemas.. Sifat ini merupakan antara kelemahan yang sememangnya ada dalam diri manusia. Tetapi, ustaz kaitkan sifat ini yang lebih menjurus kepada wanita.. Antaranya, isterinya sendiri.. Hehe, time ni kitorang ketawa tengok aksi ustaz bercerita dengan bersahaja, tetapi cukup membuktikan wanita memang lebih mudah berasa cemas. Malah, kata ustaz lagi, kebanyakan wanita yang ingin menjadi pilot, gagal dalam ujian praktikal gara-gara cemas.. Hehe... dah la aku ni tergolong dalam golongan yang mudah gabra ni... hehe,,, bak kata ustaz, 'gelabah bewak'!! Adeii,, kena batang idung sendiri... ish3..


Sebelum ni, ustaz ada bercerita tentang fesyen tudung zaman sekarang.. hehe.. sekali lagi, terkena batang idung sendiri, aiyak!! ustaz ckp, kalau tgk pmpuan sekarang, fuh... bergaya lagi.. Kalau pakai tudung, tak sah kalau tak paku kat bahagian kanan, bahagian kiri, tak cukup lagi, lilit pulak letak paku atas kepala.. Adeii.. lawak btul... Ustaz gunakan istilah 'paku' untuk kerongsang.. hehe.. Dah menjadi trend anak muda sekarang, pakai tudung, mesti nak kemas kat bahagian atas... Abeh tu, apa lagi?? Tiup la habis-habisan... hehe... Memang tak tahan,, kitorang enam sekawan kat belakang, gelak sampai tak ingat dunia... Adeii... dalam hati menyumpah-nyumpah, ish, macam mana ustaz tau plak ni?? hehe...


Tapi, ustaz memulakan dengan persoalan? kenapa kita perlu bergaya? Yang perempuan, kenapa perlu pakai tudung berpaku kiri dan kanan? kalau iyalah untuk diri sendiri, kenapa tidak pakai semasa tidur? hehe.. lucu kan? kalau betul lah untuk diri sendiri, kenapa tidak ber'kot' atau mekap sewaktu tidur? kan untuk diri sendiri... hehe... tapi, kata ustaz, tak mengapa, bergayalah... asalkan kita tidak melanggar syariat.... Ini kerana kita berubah mengikut perkembangan tamadun... Takkanlah kita nak ke pejabat dengan berkain pelekat, mesti orang usyar pelik... hehe... renungkan...


Kata ustaz lagi, hidup ni perlu ingat-mengingati... Tapi, bila sebut pasal berdakwah, mesti semua orang terbayangkan tudung labuh, berkopiah, berjubah dan sebagainya... Tetapi, perkara dakwah ini bukanlah sesuatu yang sukar. Contohnya, sewaktu hari lahir seseorang. Selalunya, apa yang kita bagi untuk meraikan hari lahirnya? Tak lain dan tak bukan patung beruang, coklat, bunga... hehe (cam aku je tuh... kena lagi...)...
Jadi, ustaz minta kami renungkan perkara ni.. apa kata, sebagai tanda mengingati hari lahirnya yang menunjukkan seseorang itu semakin meningkat usianya, kita hadiahkan sepasang batu nisan, tak pun kain kapan... WAKAKA!! Dalam kad hari lahir tu, tulis sesuatu utk mengingatkannya tentang hari kiamat.. contohnya, " Tahniah.. usia anda sudah meningkat setahun lagi bermakna anda semakin menghampiri hari kematian... Jangan berlengah lagi, tambahkan amal ibadah anda dari sekarang, gud luck!" hehe... lawak2.. tapi, bernas idea tu... blink2!! ~


Semua orang takut apabila disebut tentang hari kematian, tetapi, perkara ini sebenarnya suatu hakikat... Manusia tidak boleh lari daripada hakikat ini... Maka dengan itu, ustaz dengan bangganya berkata, " Kenapa tidak kita memesan batu nisan untuk diri kita sendiri? Nanti, bolehlah pilih yang cantik-cantik... " Hahaha... kitorang ketawa lagi... adeii... sampai keluar air mata, tapi, muka ustaz constant je... Kata ustaz lagi, siapkan semua sekali, kain kapan, air mawar, kapur barus, letak dalam satu beg, siap-siap... Sampai masanya nanti, senang kerja orang lain... Hehe,, cayalah ustaz!


Topik ni paling menarik, ustaz menyentuh mengenai mahar dalam sesuatu perkahwinan... Hal ini yang paling bez aku dengar... Ustaz menceritakan pengalamannya sewaktu berkahwin dahulu.. Asalkan kita tau, bahawa trend zaman sekarang, harga mahar lebih rendah daripada wang hantaran. Kenapa begitu? Standard mahar hanya puluhan ringgit, tetapi, lain pula ceritanya dengan wang hantaran, sampai kadang-kadang mencecah beratus ribu ringgit... kenapa tidak kita tinggikan harga mahar? Ini kerana mahar menunjukkan betapa berharganya seseorang wanita. Duit mahar akan menjadi milik wanita seutuhnya. Ustaz menyatakan bahawa wang hantaran yang paling mahal adalah di Kelantan, keduanya di Kedah dan yang paling rendah adalah di Sabah. Time ni, semua tengok Dayang, kawan serumah aku... Aiyak! Kesian dya... hehe... Oleh itu, ustaz pesan kat kitorang, time nak kawin nanti, ckp kat bakal suami, letak semua duit hantaran tu dalam mahar... baru oke!! hehe ~


Ustaz punya leteran sampai seminggu pun aku sanggup dengar.. hehe.. bez bez...Sekian sahaja coretan kali ni ~ kita bersua lagi, di lain waktu!!! ^_^ Salam MAHABBAH.... xoXo~

DueT HiLang? Ke MaNAkaH?

Dear awak, blink2!!

Bila mulut bercakap tentang duit, huh.... mesti mengeluh... Bab duit ni aku mmg lemah skit.. Tak pandai nak manage.. nak kata aku ni jenis membazir,, hmm... ye ke?? Entahla.. sbbnya aku tak pernah buat buku simpan kira-kira dan buat budjet kalau pegi mkn atau beli-belah... Hehe,, boros la tuh yea??

Bab makan memang aku tak pandai budjet, bila dah lapar, semua aku hentam... hehe... Teh ais wajib ada,, dah try weyh nak tahan nafsu untuk beli air tu, kata orang time lunch, makan nasi berlauk je, air bawak sendiri, air mineral... Aku? Agak susah nak tahan diri ni.. hehe... Betul la kata orang, perempuan ni ada 9 nafsu, satu akal... Antaranya, bab makan ni, well... hehe...



Faktor duit aku melayang terbang jugak, adalah kerana sifat malas nak ambil peduli dengan harga-harga barang dan faktor diri aku sendiri yang mudah memberi, mcm kata-kata orang tu, jenis hulur duit tu, pejam mata je... Tak kisah dah... hehe... Contohnya, baru-baru ni aku banyak fotostat set nota kawan aku untuk sesi pembelajaran dlm klas.. Malangnya, duit aku semakin berkurang gara-gara aku malas nak minta duit fotostat kat kawan-kawan aku. Huhu ~ Kadang-kadang tu, aku malas nak fikir dan takes note bila ada yang dah bayar dan ada yang belum.. Dengan itu, aku dengan penuh konpidennya, " SEMUA AKU BAYAR... TAK PA.. TAK PA...." ( dalam hati aku, huh... sabar je la.. insyaAllah, banyak pahala ni...) Sekali, bila aku bukak dompet, alamak! Tinggal RM50.00... hehe,, senyum je la~

Kat parents tak mintak ka?? persoalan ni selalu gak bermain di fikiran aku.. Kalau dah poket kering ni, sesetengah tu mesti mintak kat parents punya.. tapi, yang ni pun salah satu masalah aku. Tak suka meminta, tapi suka menerima.. hehe... Selagi ibu aku tak bagi duit, mesti aku terus membatu je, walaupun anaknya ni makan Megi je tetiap hari.. Bila ibu tanya, " Adik, ada duit lagi?", aku takkan jawab tiada... Mesti jawab, "Ada lagi, dalam RM50...", padahal aku sendiri tak tahu berapa yang ada dalam dompet aku. Kadang-kadang tinggal RM3.. tapi, tak sampai hati nak mintak duit.. Memanglah orang cakap, tugas kita sebagai anak, study je.. Tapi, aku nak belajar berdikari, tak mau terlampau bergantung pada parents, melainkan parents yang nak bagi, atau beli apa-apa untuk aku. Kalau duit aku semakin kering, itu kerana cara aku berbelanja dan bagaimana aku kena uruskan perbelanjaan aku sendiri sebaik-baiknya.

Sekarang, bila beli barang-barang, aku belajar untuk mengasingkan antara kemahuan atau keperluan. Tapi, kalau ada duit lebih, aku beli jugak yang tak berkenaan. Berkenaan makan dan minum, aku ngan kawan-kawan yang lain lebih banyak masak sendiri dari makan luar buat masa sekarang. Masak benda yang simple tapi mengenyangkan. Of course nasik dan lauk-pauk yang sederhana, macam ikan goreng, telur atau sardin. Sebut pasal kawan-kawan, masing-masing tertanya-tanya bilala elaun MARA nak masuk. Nampak gaya, semua students tak sabar nak elaun masuk dalam masa terdekat ni, sebabnya tak larat dah nak menatap sardin ngan telur goreng.. wakaka~!!

And, kalau korang nak tahu, aku prnah gak terfikir nak cari kerja part time.. Bukannya pa, aku fikir, jadual kelas aku bukannya pack sangat pun, ada masa luang yang banyak... Jadi, aku boleh curi sikit masa tu untuk bekerja. Dapat income lebih, tak payah susahkan parents sgt. Tapi, bila fikirkan balik, kalaula parents aku dapat taw, abeh la aku.. Mesti marah punya.. Aku ni tak suka dimarah, dan sekali mak ayah dah meninggikan suara, aku rasa bersalah pulak... huhu~ so,, cara ni cancel....

Nampaknya, aku kena tunggu jugak duit MARA, sementara tu, aku kena lebih jimat spending money on things... Jalan yang mudah, adalah berpuasa... Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelang, aku nak mengisi bulan ni sebaiknya... insyaAllah, beramallah selagi punya waktu...

-THE END-

Friday, August 6, 2010

Yok Geng!! Kasi BerSih,, yeAh!! ^_^




The StoRy BegInS....



Dear awak, blink2!!

Uisy,, serius lama ni xmenulis kat blog ni... ReasonS yang kukuh,, BUSY~ hehe... Busy pe??
- Busy TiDo... Wee~
- Busy dengan Buku CampBell... EnTaH Bila khatamnya...
- Klas?? Tak Kot...
- Busy tambah berat BaDan,, makAn3!! ^_^

Batu HamPar, YaN, KedAh


Batu HamPaR, YaN, KedAh

Berbuat baik dengan alam semulajadi yang dah banyak berbakti pada kita... Satu kepuasan bagi aku! Yalah, tanpa oksigen, mana mungkin manusia dan hidupan lain boleh bernafas, tumbuh-tumbuhan menjalankan fotosintesis bagi menukarkan karbon dioksida dengan oksigen... Dengan tumbuh-tumbuhan juga, kita dapat sumber makanan... Pokok-pokok yang besar banyak gunanya... ish,, kalau nak sembang pasal kegunaan flora ni, sampai taun depan malam raya pun belum tentu abeh... hehehe....
Kami serumah join satu program pemuliharaan alam sekitar... dalam kata yang lain, aktiviti gotong royong.. Program ni under MD UKM... Katanya, program khidmat masyarakat ni wajib dijalankan oleh students MD UKM... Pengalaman baru bagi aku yang belum pernah join program khidmat masyarakat... So, I enjoyed myself there and really, its fascinating!!


Kami dibahagikan kepada beberapa group, student second year MD UKM yang lead... Kakak yang lead group aku tu orang Ipoh... Seronok group dengan dia... walaupun tak lama aku kenal dia.. Orangnya 'sweet' ramah, baik sangat... Just nice.. Ops!! Lupa nak gtaw lokasi kami gotong-royong,, adeii... hehe... kami buat kerja amal ni kat Batu Hampar, Yan, Kedah... Kawasan air terjun tapi, taklah tinggi sangat pun air terjunnya.. Macam biasa ja.. tapi, biasalah, suasananya nyaman, cool...


Sayangnya manusia tak pandai menjaga alam sekitar, khazanah yang perlu dipelihara ni... Boleh dikatakan berpuluh 'pampers' budak aku kutip kat situ... Pakai tangan plak tu, betul2 pegang punya... Ceit!! Jijik abis la... Benda lain yang aku jumpa :


~ Kulit durian
~ Pinggan dengan cawan plastik
~ botol sos, kicap, air...
~ Lipan ( Fuhh... Besar gila... )
~ tapi, yang banyaknya still 'pampers'... woot2!!

Nampaknya, kempen alam sekitar yang kerajaan heboh-hebohkan belum boleh menyedarkan rakyat Malaysia... Huhuhu.. Sedikit sebanyak terkesan pada diri aku sendiri... Sedih tengok alam sekitar yang tercemar...

Aku cadangkan pihak berkaitan sediakan lebih banyak tong sampah untuk kegunaan awam... Yalah, aku rasa faktor utamanya ialah tong sampah yang terhad.. Sepatutnya, setiap gazebo disediakan kemudahan ni... Tandas kat situ tak dapat bekalan air... Ini pun perlu diambil kira.. Ish, mcm wakil rakyat plak aku ni... hehe..
But, that's my suggestions, depends on them to decide...


Majlis penutup 'simple' dan tidak membosankan... Ada cabutan bertuah dengan majlis perasmian kawasan perkelahan kat Batu Hampar sebagai 'kawasan angkat' ACMS dan UKM. Kiranya, bila-bila masa students ACMS dan juga MD UKM boleh datang dan menjalankan aktiviti seumpamanya untuk kebaikan... I'm lucky on dat day! Dapat hadiah cabutan bertuah... hehe...
GrouP Pre MedIk!! SmiLe ~

Me and Fateen... SeInDah TamaN FirDausi.. lalala ~


PeaCe SEmua!! Kiut2 ~


LiPan HuTan... Hahaha...


HerE AgAIn.. PeNghuNi 1-27-E...


Nak TuRun Ke Air TerJuN...


TiGa DaRa PinGiTan.. Wauu!! MwAhaha


PoSe di JamBaTaN KaYU... ContRol Ayu.. MainTaiN..


GoTong RoYong Kat DeWAn...

DaYang AnD AwiN... Superb2!!

BerSaMalaH kiTa MemeLihaRA ALAm... hehe

Overall, it was a fresh new experience with good moral values ~ Juz SwEet!!

Friday, July 9, 2010

KiSaH PeNghUni RuMaH 1-27-E... ^^

Hari RabU,, HaRi Yg BerseJarah.. hehehe...

Rabu yg lepas,, Penang dpt cuti.. hehehe... so,, kitorang plan nak kluar mkn chicken chop laa kononnya... hahaha... Dalam pukul 3.00 kitorang berENAM... Aku, Dayang, Ika, Awin, Liyana ngan Linda... hehehehe...

Aku laa ckp kat diorang yang chicken chop kat BERTAM KIOSK tuu sedap... so,, diorang pun nak la mrasa gak kesedan yg aku uar-uarkan tuu... ops!! sblum tuh,, lupa nak kenalkan kekawan rumah aku yg kiut miut neyh... hehe... ^^.. First,, kwn aku yg dtg dari Tawau,Sabah... Dayang Ezaimah..Dulu,, MRSM Tawau... Dya nih byk cakap skit... Then,, loghat dya ala-ala Indon.. Kitorang yg lain kekadang tergelak gak dgr dya ckp.. hehehe... aku pon apa kurangnya... Diorang pon kekadang rsa pelik gak dgr aku ckp penang... hahahaha...

Yang sorang lagi pon satu bilik ngan aku,, Zulaikha datang dari Terengganu... Tapi,, dya ckp biasa2 je... sebab dah lma gak duk Kedah.. so,, biasa je.... ^^ kdg2 pelik skit.. suka buat lawak... hehehe... Dulu sekolah agama... kat Terengganu... Then,, here come other girls.... -----Liyana dan jugak Awin ( Dazuin)...
Diorang nih dulu satu skolah.. no wonder aku tgk cam dah lama kenaii... hahahaha... Skolah kat Bangi... hehehe.. ^^... Diorang nii baik, cool n lawak... hahaha... Yg sorang lagi asal dari Banting,, Linda... Dari MRSM Beseri.. MUNET!! Ang knai x?? kwn ang neyh.... hahaha.. Cam hang gak... suka jenjalan...!! hehe...

Overall,, diorang easy going... bez... ^_^...

Berbalik pada citer tadi... kitorang pon tggu la bas rapid penang nak g Bertam Kiosk... hehe... Lama gak laa tunggu... Then,, bas yg dinanti-nantikan pun smpai... Apa lagi,, mmg excited gler laa... Tambah2 kitorang nii bukannya kaki nek bas...Siap amek gambaq lagi... lawak2... hahaha... Sesampai kat Bertam Kiosk... frust gla sebab kedai yang jual chicken chop yang sedap tuh tutup... isy,, pesal la hari nih gak dya nak tutup... aku menyumpah dalam hatii... hehehe.. ^^

Laz2,, kitorang trus heading ke NOODLE STATION.. mwahahaha... semua bersedia utk mengeluarkan sejumlah wang yang besar.. hahaha...

OrDEr PleAse!! HeHe...

Bleyh katakan aku melantak byk gak laa... aku order chicken chop black pepper ngan chicken wings.. hahaha... kwn aku punya mknan pon aku sebat gak semua.. hahaha... Takde masa nak cover2 dah!! hahaha... Lapaq gla kot...

Sedih btul... Tyme nak balik plak bas rapid xde... kitorang semua bengang gla.... dah dekat setengah jam tunggu bas rapid xmuncul2... dah la hari nak hujan,, tension punya psl... kitorang plan nak jalan kaki je balik.. bila pk2 balik cam x logik,, jauh gla weyh.... nak mrentasi kelapa sawit plak tuh.. gila2!!


Then,, kitorang nekad gak nak jalan kaki!! By hook or by crook!! walaupun dlm hujan.. HuHuhU...

Kitorang jalan, jalan dan trus berjalan.. Kejap ke tengah jalan,, kejap jalan kat tepi jalan... hahahaha... mcm org hilang arah je... hehe...


sampai la kat depan Abedeen Resort.. Tetiba ada sebuah kereta stop depan aku... Hisy,, dalam hati Tuhan je la yg tahu,,, takot btul.. tapi,, aku buat cool je... hehehe...


Alhamdulillah ada gak org yang baik kat dunia nii.... Abang PLUSLINE tuu tolong tumpangkan kitorang balik ke hostel.. Fuhhhhh.. lega... hehehe..

Cam tuh la cternya... hahaha.. memang cari pasal betuiii..... ^^


PiC Yang KiToRanG AmeK...


ari first,, dgr taklimat.. bla bla bla...


tyme orientasi... cmna nak letakkan enam paku atas satu paku??


hahaha.. pusing jgn tak pusing... Rahimi yg nak try pusing paku2 tuh prangai sbijik cam Hafiq...


Nih kwn serumah.... Ika ngan Liyana...


Kat Hotel Flemington,, Taiping...


Ika ngan aku having tea in Flemington Hotel... mwahahaha


tggu bas rapid nak pi ke Bertam Kiosk...
- Awin, Liyana, aku, Linda ngan Dayang-


atas bas rapid.. Yok!! hahaha


Ika, aku ngan AwIn... PosE!!!


Linda, Dayang ngan Ika... AgaIn!! Huh!! hahaha...


Tggu bas lagi nih.. minit ke-10... hehehe...


kat Noodle Station.... Dayang ngan Liyana.. Liyana pesan coke!!


kat Noodle Station,, tgh mam Chicken Wings!!


setel!!! Baguih... Licin2!! hahaha...


Licin ak aku makan?? Sedap OoO.. Duit yg kuar pon Sodap gak!! hahaha

THE END~

Friday, July 2, 2010

ACMS?? WoW2!!! hehe...

Dear awak, blink2!!



Alhamdulillah.. Akhirnya aku dah setel dengan jayanya untuk mendaftar sebagai student ACMS dan menyetelkan hal-hal pendaftaran kat ACMS... HohOho...

Bercrita bab hostel kat sini.. hurmm.. nama dah ckup gempak,, bukan men lagi.. HosTeL PuTra ViLLaS... Dengan megahnya!! mwahahaha... rumah teres lg... hehehe... tapi,, kat dalam rumah,, erggghhh... sedih gak laa.. sbb byk bnda yang tak boleh pakai.. antaranya,, lampu bilik air rosak,, aku punya wardrobe plak xboley kunci... hahaha.... suis kat ruang tamu plak xbley pakai...katil cam nak patah... air karat... geram btl laa... cam nak nangeh je..

dpt room mate plak ngan org Sabah ngan Ganu,, tension btul... tapi,, diorang okeyh!! blum knal lagi mula2,, mmg agak gelabah laa... tapi,, dah lma tuu diorang nii bez gak,... kool.... ^^ kaki blajar diorang neyh!! hehe

tapi,, experience tuu yang penting... bez,, idop cam survivor... bru thrill skit,, x bosan... hehe...

Okeyh2!! setel hal hostel,, aku nak cter plak kat korang suma pasal orientation days!! mwahaha... aku igtkan takde dah orientasi,, hehe.. trus blajar je... hurm,, ada gak laa nmpaknya... dua ari je,, naseb baik... Alhamdulillah tak lama... but,, I enjoy with da orientation,, more to explanation bout our course,, pre-medic and rules in AcMS... LDK tyme yg bez gak laa... Guess wat.. first nite kat ACMS,, kitorang ada LDK,, aku ngan roommates cipta rekod pkai baju kurung sdangkan lain lngkap sports attire... hahaha... semua org usyar pelik je... hehehe...

Ari first,, byk dgr taklimat... bla bla bla... letih btl dgr.... sebab smua asyik ulang bnda yg sma... Tyme En. Basir bg taklimat,, rasa release sket.. enjoy... ^^ He told us something bout our CEO in ACMS dat is Dato' Dr. Zainuddin... His journey throughout life is so challenging and sweet... Byk susah yg dya terpaksa confront sebelum jadi somebody... At dat tyme I thought to myself,, I MUST BE SOMEBODY LIKE HIM!! itu pasti!! HOUYEA!! hehe...

Tyme LDK,, abang2 ngan kak2 senior yang handle,, fun btl laa... bez2... kitorang tak rasa tertekan lgsung... cuma,, ngantuk je... hehe... normal lah tu kan?? hehe... tapi,, overall... okeyh!!

Wokeyh,, tiggalkan hal2 orientasi,, kita bcerita plak tentang course aku kat sini,, dat is pre-medic.. atau sngkatannya, pre-med...

For diz course,, kitorang ada tiga semester utk difinishkan dgn jayanya.. hehe... and utk pngetahuan korang cuti mmg singkat gler beb!!! aku kena btul2 fokus utk studi!! no time to play2... must focus!! For diz year, we are the fourth batch.. and yg dpt sponsor MARA, insyaAllah... semua sebyk 112 org akan dihantar ke Ireland,, sama ada NUIG atau UCC....

Utk menjayakan diri,, kitorang kna target at least dpt 3.65... dan lulus interview ( interviewers semua org Ireland!! mwahahaha.. ) silibus, lecturer, exam semua drpada IRELAND!! Fuhhhh.. I must ready from now on!!

Mengikut perancangan,,, cewah!! hehe.. aku akan stay kat ACMS selama sethun smpai bulan 6 taOn dpan... then,, fly ke Ireland selama dua tahun setengah,, then continue klinikal kat ACMS selama dua tahun lg... Then buat HouSeMAn kat Hospital Taiping... InsyaAllah... kita hnya mampu merancang,, namun Allah yang menentukan... Keep your faith!!!

Bgitulah al-kisahnya perjalanan kehidupan aku sekarang.... Untuk itu,, lgu kat bwh nii I dedicate to myself!! How I feel rite now!!


Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

( ulang korus )

~ THE END ~