Showing posts with label ExPeRieNce Yg SyOk. Show all posts
Showing posts with label ExPeRieNce Yg SyOk. Show all posts

Monday, January 31, 2011

BERHABUK SUDA...

Asssalamualaikum all... and a very good morning... heh, nak dekat afternoon dah pun... uhuk... nevermind...


Lama tak update blog, malas bukan sebab utama... tapi, kerisauan yang teramat plus dengan keutamaan yang lebih diberikan kepada minggu peperiksaan yang amat mem'butuh'kan miss tulip berjuang habis habisan... Right now, after regain for a new spirit to blogging, I'm here straight away! wink~


Humm... corat coret hari ini nak celoteh pasal minggu sebelum exam, khususnya.. Hehe... Biasalah, kalau tak dengan study week... Yeahh... we have so much fun having a study group... Seriously, I tell you... Kalau masa sudah semakin suntuk, I prefer to study with my friends.. Tak suka study sorang sorang. Faktor utama, miss tulip akan cepat mengantuk dan akhirnya tersungkur dia atas tilam yang empuk lagi selesa... Ataupun, jari jemari miss tulip akan menjadi aktif menekan papan kekunci laptop... other word is 'surfing'... Thus, untuk sesiapa yang ada tabiat macam miss tulip, cepat-cepatlah bina study group untuk pembelajaran yang lebih efisien...


For the whole study week, I pushed myself to study hard and going through all the notes. My dear friends, thank you so much to all of you... Mereka sangat supportive dan pemurah dengan ilmu... Semoga Allah membalas jasa baik kalian... There's a day where we spent time together at my nanny's house..Menjejakkan kaki ke sawah padi memang satu pengalaman yang manis.. Sempat lagi berlari-lari anak di tengah sawah... Orang lain belajar, kita main pulak ye... hehe.. But, it is worth to us for having such a great time! Ibu dengan tok tak habis-habis pecah peluh kat dapur siapkan makanan untuk kawan-kawan miss tulip.. Thanks a lot Ibu and Abah and Tok! Miss tulip akan balas jasa kalian.. InsyaAllah...


Then, the day came... *examination*


Alhamdulillah, all my efforts are worth it.. But, I'm slackly frustrated with my maths.. I didn't know why, but, it seems that I could not control myself well this morning.. Hardly to concentrate on what the question ask me too... yet, it is something that I had done earlier... Huuh~ Allah sedang menguji miss tulip.. I guess so~ And I hope, everything gonna be fine...




Last day is a sweetest moment ever! My friend and I planned to watch a movie in Sunway Carnival Mall... Memang best cerita yang kami tengok, guess what? It is "THE GREEN HORNET"!! huuuuhh~ Miss tulip syorkan kepada sesiapa yang masih belum pernah menonton this movie, tunggu apa lagi? Sediakan duit secukupnya, at least dalam tangan RM50. Hehe.. Kos masuk pun dah RM16... Sebab apa? 3D maa... Actually, ceritanya bukan banyak sangatpun effect 3D.. Kalau tak pakai spek mata tu pun tak apa sebenarnya... Lagi clear dan tak pening kepala..


The synopsis...


Movie ini tentang seorang lelaki yang ayahnya pemilik sebuah syarikat suratkhabar... macam tu lah lebih kurang, dan ayahnya mati dipercayai disebabkan disengat sejenis tebuan. Dia yang berkawan baik dengan Kedo (Jay Chou), plan nak jadi superhero yang jahat. Disebabkan dia sebenarnya, sangat membenci ayahnya sendiri, benda pertama yang dia buat sebagai penjahat, adalah merosakkan patung penghormatan untuk ayahnya.. Itupun dengan pertolongan sahabat baiknya, Kedo... Plan nak jadi the green hornet, adalah atas cadangan dirinya sendiri... Ikuti sambungan cerita bagaimana dia membongkar sebuah misteri di sebalik kematian ayahnya... Jeng jeng jeng... HAHA!


Miss tulip terpegun dengan jalan cerita yang penuh dengan style dan ke'macho'an... Mantap!


*lawak* *gila-gila* *debaran* *wow!* ~5 stars~


Guys, this is what I've done for the whole time miss tulip tak update blog... Miss tulip memang bz.... hehe.. Sekarang, I'm back! =)


Thanks for dropping by.. Assalamualaikum...

Monday, January 3, 2011

HARUS AKU BAIKI....

Assalamualaikum kepada sesiapa yang sudi menjenguk ke entri miss tulip buat kali ini...

Anyway, miss tulip berasa sangat senang hati hari ini... Semalam, miss tulip menjenguk sebentar kawan-kawan tulip di matrikulasi... Spend time with all of you for the whole day! Kinda fun and enjoyable... Thanks a lot guys! Sebenarnya geng, miss tulip berniat nak tidur sebentar buat setengah jam lamanya. Ini kerana otak miss tulip yang hampir meletup diasak dengan subjek subjek yang memerlukan pemahaman yang ekstrem seperti kimia, fizik, psychology dan math.. Sebelum miss tulip ke kamar beradu, terlanjur mengusyar blog sendiri... let me share with you something about myself, that is my WEAKNESSES!

Miss tulip yakin tanpa syak wasangka lagi dan berani mandi esok pagi dengan mengatakan bahawa setiap orang ada kelemahan masing-masing. Mustahil bagi seseorang itu mempunyai sifat kesempurnaan tanpa pernah berbuat kesalahan. Yang digelar ramai sebagai MR. and MRS. PERFECT pun mesti pernah jugak buat salah... Rasanya, semua orang pun sedia maklum, kan? Ini kerana di dalam Al Quran, telah tercatat...
"“… dan manusia dijadikan bersifat lemah.” [Q.S. An-Nisa’ (4): 28]. Jadi, mana mungkin manusia itu bersifat sempurna kecuali Allah s.w.t yang menciptakan setiap makhluk di dalam dunia ini. Dia Yang MAHA ESA....

Berbalik pada miss tulip sebagai subjek utama dalam entri ini, ingin miss tulip katakan di sini, miss tulip jua manusia biasa yang punya kelemahan, entri ini sekadar perkongsian dan bukanlah niat miss tulip untuk perkara lain. HAHA! Skema la ayat... ok.. steady steady...

PERTAMA!
Miss tulip seorang yang suka menangguh...
Ini kelemahan miss tulip yang sangat miss tulip sendiri tak berkenan. HAHA! Tapi, buat jugak... misalnya, miss tulip selalu siapkan assignment atau tutorial untuk satu satu subjek pada hari tutorial itu akan dibincang. Padahal, dah plan seminggu sebelum itu lagi nak buat tutorial. Bukan setakat letak notis atas kepala, siap tulis dalam buku nota. "IMPORTANT!" Tapi, last last, miss tulip bukak ja mata, dah sampai hari yang dinantikan. Tutorial jangan kata siap walaupun sikit, habuk pun takda! =) Menci ahhhh....

KEDUA!
Miss tulip seorang yang ego, ego miss tulip tinggi....
HAAA... Bagi kawan-kawan miss tulip atau sesiapalah yang mengenal diri ini, maybe ada sesetengah yang perasan, dan maybe ada juga di antara kamu, kamu dan kamu yang sampai sekarang tak perasan. Akhirnya, diri sendiri jugak yang terperasan sorang sorang. "Eh, egokah aku?"...
Ada masanya, miss tulip minta maaf dengan someone yang miss tulip memang respect dan maybe someone special dalam diri. Contohnya ibu dan abah, cikgu-cikgu, dan someone.. alah someone lah... kan... tapi, kalau dengan kawan-kawan,cukup susah... tambah-tambah yang memang dah ngam + sekatil sebantal ni... Buat julung-julung kali, miss tulip nak katakan di sini wahai kawan-kawanku, miss tulip minta maaf dengan kalian... SORRY GENG! adeh, setakat tulis bolehlah... nak cakap? huh... miss tulip diam ja... buat-buat tak bersalah... teruk, kan?

KETIGA!
cepat menangis... tangkap leleh....
Miss tulip perempuan... dan semua mesti tahu perempuan sinonim dengan perkataan menangis ini... Begitulah juga diri ini... Miss tulip paling pantang kalau nampak orang menangis... perihal apa pun berkaitan ibu dan bapa, mahupun ada orang marah...... dengan sepantas kilat... I'll cry... Sensitif dengan orang sekeliling yang miss tulip sayang, kalau miss tulip rindu pun, miss tulip akan nangis... Tension apatah lagi...

KEEMPAT!
miss tulip sangat clumsy....
Ini pun sinonim dengan perempuan, dan miss tulip salah seorangnya.... Buat kerja apapun, kalau tak sesuatu yang haru berlaku, bukan miss tuliplah namanya... Tapi, sekarang macam tercontrollah sikit... Alhamdulillah... Cuma, kadang-kadang, perangai gopoh tu terbit entah dari mana. Habis kucar kacir hidup... HAHA!

Guys....

Miss tulip sebenarnya ada banyak lagi kelemahan yang belum miss tulip perasan. Bagi miss tulip, apapun kelemahan kita, itu bukanlah satu alasan untuk kita berada di tapuk yang lama. Open your mind fellas! Even kadang-kadang kita tak sedar, kelemahan menjadikan manusia itu unik. Kelemahan menjadikan kita berbeza dengan yang lain. Yakinlah, Allah itu MAHA ADIL... Dia tahu yang mana baik, dan yang mana buruk buat hambaNya... Tugas kita, untuk berubah ke arah yang lebih baik... Walaupun dengan berdikit dikit... Terimalah diri kita seadanya... =)

Miss tulip terpaksa berundur dulu untuk entri kali ini... Mata miss tulip dah berat semacam...
I have to go... By the way, miss tulip perdengarkan kalian dengan lagu ini... by hannah montana... Nobody's Perfect!

Enjoy! =)


credit to xpabloxx1

Saturday, January 1, 2011

CHECK GIGI YOK!

Assalamualaikum geng sekalian....


Alhamdulillah... miss tulip baru habis makan ini... kawan-kawan masak ayam masak kurma.. YUMMY! Lama haa miss tulip tak makan... Anyway, sejurus lepas membuka blog ini, miss tulip ternampak satu berita dari seorang blogger, Cheqpjoy... Al fatihah miss tulip buat pelakon yang sangat miss tulip kagumi, Faizal Yusof. Agak terkejut miss tulip mendapat tahu berita tersebut, dalam seusia 33 tahun, beliau sudah pergi menghadap Illahi.. Benarlah, kematian tidak mengenal usia dan siapa kita... Bertaubatlah segera para stalkers sekalian... Bersama-samalah kita...


Perihal entri kali ini, turut membawa kepada salah satu azam miss tulip... Mahu lebih menjaga penampilan diri... Sebelum ini, miss tulip cuma mengendahkan yang basic, tetapi belum menjaga dengan lebih terjaga lagi.. Adeii... susah nak explain... Maksudnya, miss tulip mahu lebih komited dalam menjaga penampilan... HEHE... Menurut teacher Bio miss tulip, tak ramai rakyat Malaysia yang berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan. Jarang-jarang orang mengikuti perkembangan kesihatan gigi mereka...


Mujurlah sewaktu alam persekolahan, ada khidmat rawatan gigi... kalau tak, agaknya seumur hidup ya, sah! tak pernah check gigi... HAHA! Crap this nonsense.. Ok, Miss tulip berniat lama dah nak check gigi, tapi tak tahu nak pergi dengan siapa... Nasib baiklah, ada seorang kawan ini nak jumpa doktor, nak tampal gigi.. So, miss tulip ambil kesempatan yang berharga ini untuk membuntuti beliau ke USM Dental Care. HEHE...


Kalian tahu tak macam mana rusa masuk kampung? Macam tu la miss tulip masa nak mendaftar. HAHA... Kelakar... Lepas tu, slow slow tarik nafas, cool down... tak nak obvious sangat ke'gelabah'an miss tulip. Time tunggu turn, miss tulip dengan kawan terdengar bunyi budak jerit-jerit kat dalam. Aduhh.... Psycho betul, kenapa pulaklah budak tu jerit.. Serius ketar kepala lutut miss tulip. HAHA! Doktor macam manalah miss tulip ini... Abang nurse kat kaunter perasan agaknya tengok miss tulip cemas semacam, terus dia beritahu, " Budak tu nak cabut gigi ja..." Miss tulip senyum... Dush! Control sikit IYLNI!



HAHA! Al-kisah bila nama miss tulip dipanggil nurse, miss tulip macam biasalah... gelabah lagi... Masuk-masuk bilik, tak tahu nak buat apa, macam patung tercegat sebelah pintu, sampailah nurse suruh miss tulip duduk atas kerusi khas... Overall, semuanya berjalan dengan lancar. Nurse nurse agak garang... Tanya banyak kali,macam nak marah ja bila menjawab... Rileks lah... CHILL ok? Maybe tekanan sebab banyak kerja... Dah itu tugas kalian, apa kata kalian take it easy... Mesra rakyat lah sikit...


Hasil pemeriksaan gigi miss tulip, Alhamdulillah... doctor Arab bagitau, no problem... kalau nak buat rawatan pun, cuci gigi macam biasa sahaja... Gigi miss tulip dalam kondisi sihat alwalafiat... HEHE... I'm glad to hear that... Bayaran yang miss tulip kena cuma RM3, duit pendaftaran, pemeriksaan awal free... Kalau kena ubat, barulah di'charge'. Katanya, disebabkan kami student swasta...


Ok then, miss tulip harap kalian semua rajin-rajinlah menggosok gigi. Belajar teknik yang betul, supaya kuman-kuman dan bakteria terhapus dengan jayanya... Bukannya susah pun, kan? Rajin-rajinkan diri... Kebersihan separuh dari iman... Amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang lebih inovatif! =)

Thursday, December 30, 2010

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum semua...

Harap kalian masih lagi steady dan sihat walafiat, bak kata pepatah Inggeris, harap-harap kalian in the brown of health... HEHE... sengaja miss tulip menukar pink kepada brown... I love brown rather than pink...

Sebelum miss tulip menulis entri ini, miss tulip telah meninjau seketika ke laman sosial yang popular seantero dunia, apalagi kalau bukan facebook. Miss tulip teringat kisah semalam setibanya miss tulip di hostel.. Adalah kawan baik miss tulip ini yang sedang rancak + tekun menghadap laptop. Sejurus miss tulip menjenguk ke dalam bilik, beliau terus menceritakan 'something' yang dibuatnya sepeninggalan miss tulip dan seorang lagi housemate ke rumah nenek miss tulip, HAHA! Gara-gara nak tengok bola punya pasal... adeii

Kata kawan miss tulip, dia tengah berdebat gila gila punya dengan seorang warga Indonesia ini... HAHA! Miss tulip tumpang tengok sekali post post yang ada di wall FAM ( bukan wall official)... Memang hangat hati... Malaysia dikutuk + dimaki + dicerca dan etc. Sabar sajalah layan kerenah warga negara jiran. Namun, miss tulip ingin memberi pujian yang hebat buat warga Malaysia... Rata-ratanya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh mereka. Tetapi, tidak dinafikan, mungkin ini disebabkan Malaysia sudah berpuas hati dengan kemenangan semalam. Jika tidak, mungkinkah kita seperti mereka?

Sekarang, biar miss tulip beri pendapat tersendiri... First of all, malam perlawanan akhir, kalau kalian perasan, referee macam berat sebelah, kenapa ya? Banyak kali pemain lawan main kasar, tetapi referee buat don't know... Bila Malaysa buat salah, senang ja dia detect... Kesimpulannya, miss tulip memang sangat tidak berpuas hati... Harap harap, lepas ini referee dapat membuat pertimbangan yang adil.... Keduanya, kisah laser melaser.... bagi pendapat miss tulip, teguran ini baik buat Malaysia, juga buat pihak lawan. Cuba kita renung kembali apa yang kita lakukan, berbaloikah? Setakat main sesama negara jiran, sudah kecoh nak berlaga-laga, nak bermusuhan, sedangkan, piala dunia yang berlangsung, tiada sama sekali masalah remeh temeh seperti ini... maaf andai miss tulip terlanjur kata, tetapi ini untuk kebaikan kita.. main secara sihat tanpa ada perbalahan, kan lebih aman? Kenapa perlu caci mencaci dan memaki hamun sesama sendiri... Hanya kerana adat menang kalah perlawanan?

**SERIOUSLY THEY ARE GREAT!!**

Ketiganya, miss tulip ingin memuji sifat kebangsaan yang dimiliki kedua-dua negara. Sememangnya, telah terbukti, kalian memang mempunyai sikap cintakan negara yang tinggi, kalian memang SUPPORTIVE!! Kata orang, sampai bergaduh mulut laa.. kan? =) Keempat, miss tulip ingin memuji pasukan Malaysia semalam yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Terutama buat KHAIRUL FAHMI, penjaga gol yang terbaik pada malam perlawanan. Tabik spring kat beliau yang sangat cekap menilik arah bola. Sangat teliti! =) Pemain yang lain tidak kurang hebatnya... SAFEE, NORSHAHRUL dan MUSLIM antara pemain yang mendapat perhatian miss tulip sekeluarga malam itu.. ASHARI yang turut begitu banyak membantu, nampak sedikit 'pancit' di akhir akhir perlawanan. Apapun, kalian memang HEBAT!



** BAKAL DATO' NI... DATO' K GAK... HEHE**


Adat perlawanan, ada kalah dan ada yang menang.... Rezeki masing-masing... Buat pasukan Indonesia, kalian juga hebat! =) Kalau tidak, takkanlah masuk final, kan? Buat pasukan tanah tumpah darahku, MALAYSIA, terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah pada kalian kerana berjaya mengharumkan nama negara kita.... I LOVE YOU!!

Tuesday, December 28, 2010

KAK UNA! Thanks!



Kak una.. thanks for this awards.. heeee.....

1. Thanks the person who gave you the award and link the person.
Thanks kak una for this award... teehee =)

2. Spread the words to 15 bloggers who you like and you think their blogs are awesome!
award ni turut ingin diberikan pada....

- Bella
- Teen
- Ezzati
- Linda
- Timah
- jieya

3. Tell 7 things about yourself

1. taklative
2. daydreaming person
3. kuat tidoq
4. suka brown
5. suka makan
6. suka microphone
7. penyayang... HEHE

Monday, December 27, 2010

Kahwin.... Hehe

Assalamualaikum pengunjung blogku...

Sebenarnya geng... Dari pagi tadi miss tulip nak menaip kat blog ni... Semangat bukan main lagi... HEHE... Bukannya apa.. tak sabar nak kongsi kisah hidup ni... Rasa kosong tanpa sedikit coretan bermakna di ruang blog ini... Yahhhhh, ayat tak boleh blah....

Berbekalkan semangat yang kental lagi jitu di sudut hati miss tulip ini, biarlah miss tulip terangkan pada kalian maksud khusus di sebalik tajuk ini... Kahwin? Haii miss tulip... Umur baru setahun jagung... fulus pun masih bergantung pada ibu dan abah, dah berangan nak menikah? LOL! Bukan itu maksud miss tulip... bukan miss tulip yang berangan mat jenin la geng... bukan..
Miss tulip cuma nak kongsikan dengan kalian tentang majlis kenduri kahwin sepupu terdekat miss tulip baru-baru ini..

Alhamdulillah sepupu miss tulip, Nor Hidayu selamat dinikahkan dengan... aaa... aaa... ahh... sori geng... lupa nama suami sepupu... HEHE... Apapun, tahniah miss tulip ucapkan pada kedua mempelai diiringi dengan doa yang kudus... semoga bahagia ke anak cucu... Geng nak tahu perkara apa yang miss tulip paling suka + gemar + seronok nak mati bila ada majlis-majlis macam ini? Bagi miss tulip, bila dapat gather satu family dengan sepupu yang jrang-jarang sekali memang sangat best... Tambah-tambah pulak, bila kita lama tak jumpa dengan sepupu-sepapat kita... Bila jumpa ja, apa lagi, tiga hari tiga malam pun tak habis lagi rancak buka cerita... Seronok habis la….

Nak dijadikan cerita, miss tulip jadi bidan terjun dua malam sebelum kenduri kahwin, menghias bilik pengantin. Berpeluh-peluh miss tulip panjat sana panjat sini untuk gantung decorations. Lutut ni ketar bukan main lagi... Dah lama tak berkecimpung dalam bidang extreme ini... HAHA... Extreme la sangat... Alhamdulillah selesai la jugak miss tulip hias bilik tersebut... Bajet macam miss tulip buat seorang diri, kan? Effort miss tulip sangat berharga yaa...

Overall majlis berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Petang sikit, pengantin baru menghilangkan diri.. HAHA! Bukan lari la geng. Tapi, buat photoshot kat mengkuang dem, kedah.. Tahu? Google search sekarang... Malam tu, tepat pukul 8.30 semua terpacak depan tv, tengok bola sepak final untuk first round. Memang havoc satu rumah tengok bola. Final + MALAYSIA punya pasal... HEHE... apapun, tahniah buat team Malaysia! Hangpa memang ada skill.... 3-0... menang bergaya.... Teruskan untuk second round nanti.... =)

Berikut miss tulip lampirkan bersama gambar-gambar sewaktu dan sebelum majlis kahwin...

kakak dengan kak Azira... mastermind untuk telur rebus dan sweets...

*tekun*

Pose pengantin... dengan adik lelaki... Izzad... Yang beliau dukung tu, anak sedara kawe...
* sweet *


pose sebelum pihak lelaki datang...
*cun*


sepupu terchenta... anak mak su and pak ngah...

* best moment *



macam biasa... cuma tambah seorang lagi... anak pak long... HEHE...
* nakal nakal*


kak ida dan mak lang duduk duduk...

* candid candid!*


mastermind yang banyak membantu...
* izzad dan pili*


my sis rasmi katil pengantin... hasil decoration miss tulip... cece...
* kalah pengantin... *


sekali lagi sepupu berenam yang gila ambil gambar...
* rock la hangpa ni... *


Balqis dan Aisha flower girls...
* cute*

pose sebelum ke rumah kenduri...
* sempat lagi bhaiii... *


WISH YOU A HAPPY LIFE TOGETHER WITH LOVE....
AMEEN....

Sunday, December 26, 2010

Cik Riikoo.. Thanks!


Adakah anda rasa anda HOT?

******************
HAHA! Lawak laa soklan nih... ada ka org nak angkat bakul? Eh, tak mustahil kan... Tapi, bagi aku, taklah doww... aku manusia biasa yang kadang kadang suka syok sendiri... tuh jaa... hehe..



Update wallpaper yang anda guna sekarang?


******************************
wallpaper yang pink ni ka? Miss tulip rasa selesa sikit dengan wallpaper ni kot... jiwa tenang sikit...

Cerita about this wallpaper.


*****************************
Wallpaper ni miss Tulip amek dari blog sepupu... rasa macam kiut ja dia pnya blog... usyar jap link kat bawah sekali... malas nak fikir banyak, terus amek wallpaper ni... tak larat dah nak edit + usyar wallpapers lain... adeii... letih woo...

Kali terakhir makan pizza?


***********************
tak ingat.... lama dah... sebulan lebih dah kot...


Lagu terakhir yang anda dengar?


*************************
lagu kekanda adinda.... kenduri sepupu tadi....

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?


*******************************
tengok handphone yang bercaj.... baru habih tengok bola...

Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?


**********************************
Kalau dalam kalangan family, miss Tulip lebih mesra dipanggil 'adik'... hehe.. walau pada hakikatnya miss Tulip bukanlah anak bongsu... kalau ngan kekawan... mesra dengan 'Iylni'... tapi adalah yang panggil Nurul kalau rasa tergeliat lidah nak panggil Iylni....

Siapa orang nombor 1 dengan anda?


***********************
terkecuali dengan ahli keluarga ke, kalau cam tuh... dialah siapa lagi... 'kmk'ian...



Katakan sesuatu pada orang nombor 5.


******************************


tak paham sgt la soklan nii... tapi,, miss tulip jawab je laa... "kawan-kawan, jom belajar!"


Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?


****************************

Tak taulah miss tulip.... tanya dia sendiri......




Bagaimana pula dengan nombor 2?

**************************

miss tulip rindu dia.....


Katakan cinta kepada orang nombor 4.


******************************


masih tak faham... tapi.... ahh... tak faham gak laa... sayang hang.... xoxoxo~


Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.


******************************

tak tag... jadi tak dapat bagi fakta... HEHE....

Friday, December 24, 2010

This is My Answers!! =)


apa benda penting dalam hidup anda?
********************
FAMILY of course! Sebab mereka yang terbaik! Mereka adalah segala-galanya bagi Miss Tulip... Sayang mereka lebih!


benda terakhir anda beli guna duit?
********************
HAHA! Kalau dah baru lepas pergi Pesta Penang, apa lagi...
Beli satu beg MAMEE dan satu beg TWISTER! uhuks~


di manakah tempat anda akan melangsungkan perkahwinan anda dan apakah temanya nanti?
*****************************************
kahwin? so far, memang teringin nak buat tema Garden Wedding..
Kalau ada rumah, macam kat Country Height, Bangi tu, oke gak! =)
-daydreaming lagi... phieww...-

Tema purple and putih...
Air teh ais wajib ada! kalau boleh, mamak punya! kaww... teehee~
buat sampai malam... Lagu? Medley lagu-lagu ballads, contohnya From this Moment...
Cool... isn't? HAHA!

adakah anda sedang bercinta sekarang?
***********************
Bercinta dengan PenciptaKu, of course guys!
Kalau dengan lelaki dari kalangan kaum Adam... insyaAllah... cintaku terpelihara...
Hanya padanya... cece...

berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
******************************
Dah tentu untuk selamanya...
Dengan siapa pun, di mana pun dan miss Tulip buat apa pun, hanya dia di dalam hati...


di mana anda selalu jumpa kekasih anda?
***********************
HAHA! Tak pernah date pun... haisy...
Kat tempat ilmiah laa rasanya...
Perpustakaan...

novel/majalah/buku terakhir yang dibeli anda?
*****************************
Novel terakhir beli kat Kinokuniya... Novel English, tak ingat rr...
Novel Melayu tu tajuknya, Kala Cinta dan Wahyu Bersatu....
Majalah Solusi... =) Suka ruangan yang belakang sekali...
Buku terakhir? Buku IELTS... RM50 lenyap... Tapi, untuk ilmu, memang worth it!

siapakah nama penuh anda?
****************
LA... nih kes dah tak tau nak tanya apa dah ka?
HAHA.. ok la... I jawab gak laa...
NURUL IYLNI BINTI MOHAMAD NOOR...
*Ingat sampai mati!*

antara mak dgn ayah yg mana anda lebih mesra?
*********************************
Kalau dengan ibu, ibu senang sikit nak hulur duit... HEHE...
Ibu kalau nak cerita masalah semua, memang ok...
Dengan abah, miss Tulip segan sikit.. Tapi, kalau bab bagi motivasi,
kata-kata abah memang power! =)
nak puji diri sendiri pun depan abah.. hehe...


namakan orang yg betul2 anda ingin jumpa dalam hidup anda?
**************************************
Semua orang teringin kan nak jumpa Rasul... Begitu juga miss Tulip..
Dato' Sitilah.. siapa lagi...
Dato' Dr. SMS... nak jumpa lagi sekali... =)
Nak jumpa si dia... Nak2!! Tiada kompromi.... HEHE

adakah anda basuh baju anda sendiri?
**********************
Yalah... Habis tu...
Cece... Ha ah.. Ok la.. Miss Tulip ngaku laa..
Miss Tulip ni pemalas sikit.. sikit je tau...
Kalau kat rumah, miss Tulip rajin tekan punat-punat untuk hidupkan mesin basuh..
Tapi, bukanlah orang yang rajin nak pergi sidai dan kutip baju..
Eh, tapi miss Tulip buat gak tau, kalau disuruh... =)
di manakah tempat anda betul2 nak pergi?
***********************
Ireland laa... dok tanya lagi...
Makkah, nak bawak satu family besar, dengan family si dia.. semua pergi sama-sama..
Takpa, miss Tulip tanggung semuanya...
Masa tu, bergelar Doktor dah... =)


pilih satu 'peluk' atau 'cium'?
****************
PELUK!
Sebab peluk boleh tertidur sekali... Nyenyaknya... tidur dalam pelukan...
Eh, mcam berpengalaman je...
Ye rrr... peluk Ahmad.. my bebear...
Apa-apapun, XOXO...

beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag
**************************
HAHA! orang ni sangat suka gelak...
sangat suka karaoke...
sangat suka menempek di rumah orang...
tapi, dia memang budak baik! =)

5 benda yang anda sayangi dalam hidup anda
***************************
Benda yang pertama... Jam Casio maroon.. Tok yang hadiahkan... Harga dirahsiakan...
Ceh! Bajet la tuu...
Yang kedua... laptop miss Tulip... sayang gila...
Yang ketiga... bebear miss Tulip... AHMAD...
Keempat...
Buttons yang dia bagi.. Ramai orang suka! =)
Last sekali... cincin yang menjadi kenangan... ENDLESS LOVE...

lagu yang anda suka dan selalu dengar.
**********************
Nak tanya lagi... Siti Nurhaliza lah...
Lagu yang memang tak jemu dengar, Azimat Cinta dan Kau Ku Sayang...
Layan lagu-lagu rancak laa...
Lagu Korean layan gak laa... Macam CNBLUE, memang suka habih laa..
f(x)... Nu Abo...
Miss A... Bad Girl Good Girl...

bila tarikh lahir & kt mne korang celebrate tahun lepas ?
**********************************
29 Jun 1992... Cancer...
tahun lepas? kat rumah laa... tapi sehari sebelum tu..
dah celebrate pun.. kat KMK... hehe..

banyak hadiah dapat.. woo!! Thanks guys... =)

Sunday, December 19, 2010

STAY UP... RASANYA...

Dear my fellow guests...

Entri kali ni, takda mood nak tulis dalam English.... BM je lah ye... Reason selama ni miss tulip tulis entri dalam English, bukan untuk menunjuk ke'terror'an menggunakan bahasa tersebut, jauh sekali nak berlagak ke, bongkak ke, angkuh mahupun yang seangkatan dengannya... Miss tulip ada reason yang kukuh lagi mantap, yakni mahu menguasai peperangan yang bakal tercetus bulan April atau Mei tahun depan... Peperangan IELTS... Bagi sesiapa yang belum mengetahui apakah IELTS itu... miss tulip rasa, masing-masing kalau sekali pandang 5 huruf ni, mesti tahu perkataan ni singkatan bagi sesuatu... kan?

IELTS, stand for International English Language Testing System...So guys, daripada lima perkataan yang miss tulip taip ni, tentu semua orang dah terbayang apa kes dengan IELTS ni... Untuk pengetahuan stalkers semua, IELTS ni lebih kurang macam MUET... yakni, nak menge'test' level English seseorang. Cara mungkin berlainan sedikit... Tetapi, matlamat yang sama seperti miss tulip cakap tadi... Apa pun, doakan miss tulip lulus dalam ujian ni, tak banyak kena dapat, Band 7.5 ja... ( cakap senang la, mau bikin tu setengah mati... T.T)

Ok, sebelum mulut ni melalut lagi jauh tentang IELTS ni, kita kembali kepada topik diskusi yang asal, perihal stay up... Pertama sekali, kenapa miss tulip nak tulis pasal benda ni? Sebabnya, miss tulip baru ja stay up semalam.. dan.. makluman semua, miss tulip bukak ja mata pagi tadi, dunia macam nak terbalik... pening beb! Lepas blog stalking, miss tulip tidur balik.... Kepala memang berat sangat... Mungkin kerana dah lama pencen daripada terlibat dengan stay up ni, sebab tu lah... Akhir sekali yang miss tulip ingat, miss tulip stay up dengan Cik Nad time esok tu paper Chemistry SPM.. 4.30 pagi baru tidur... Study last minute.. Tu la natijahnya... =)



Kenapa orang stay up? Depends... Kalau students, selalu reason yang diberi nak study la.. apa lagi... Tapi, untuk orang orang yang ada ataupun memiliki ataupun mempunyai buah hati, kadang-kadang stay up sebab nak melepaskan rindu.. calling calling... (macam dah biasa ja miss tulip... ehem2... off the record,k?), takpun yang saja saja stay up, nak membuang masa, enjoy surfing takpun kacau orang lain studi... HAHA! Ni pun miss tulip penah berkecimpung gak... tetambah lepas habih exam, memang hobi sampingan... kalau time bulan mengambang, lagi syok stay up... tidur lambat, bangun pun boleh lambat... hehe...

Bila selalunya kita stay up? Malam sampai ke pagi la.. apa lagi! Heh, bukan itu maksud miss tulip... What I mean is pada time time bila selalunya kita stay up? Lebih kurang sama kan dengan soalan miss tulip yang asal? Aha.. yalah tu... Iyakan ja... Ok guys, pada pendapat dan survey miss tulip, musim stay up ni akan banyak berlaku bersamaan/serentak/seiring sejalan dengan musim peperiksaan... Last minute punya hal ok? Last minute... Berbincang pula mengenai study last minute ni, kebanyakan students mengakui keberkesanan study last minute, katanya bila belajar dalam tekanan, semua fakta dapat diserap ke otak dengan lebih cepat... (siapa yang bijak berkata-kata tu?miss tulip... diam diam suda....) Lecturer miss tulip penah berhujah, anda mahu belajar untuk ilmu atau belajar untuk exam? Nilai diri anda... dan jawapan miss tulip... off the record!... hehe...

Sampai waktu kemuncak time kalian nak stay up, kalian akan tetap mengantuk... betul tak? Lumrahlah tu.. Jangan risau, anda memang normal... Tambah-tambah stay up untuk study bio ke, sejarah ke, atau apa-apa yang seberkas, seikat atau sejambak dengannya... Di sini, ingin miss tulip kongsikan dengan anda semua kaedah-kaedah yang pernah miss tulip amalkan untuk stay up dengan lebih lama... :

  1. Kalian kena tidur petang, sekejap pun ok... Miss tulip bukan jenis orang yang sporty.. tapi, selalu menang pingat acara balapan tu biasalah, tapi tapi takla minat sangat pun sport sport ni...=P Maka dengan itu, miss tulip jadi sleeping beauty (sengal laa...) sepanjang petang... At least, bila nak stay up, miss tulip boleh recharge ketahanan mata untuk terbuka luas sepanjang malam....

  2. Benda ni common dah orang buat termasuk orang yang common macam miss tulip ni... Minum minuman yang berkafein.. terutamanya nescafe... tak pun, kopi radix... tak pun, tongkat ali... hehe... =) Tapi, pesanan miss tulip, jangan amalkan selalu pengambilan minuman berkafein, tak baik untuk kesihatan... Rasanya kebanyakan orang tahu tentang perihal ni.. Tambah membawa maut, sekiranya kalian menggunakan pek sachet 3 in 1... Serius miss tulip khabarkan, kalau anda sayang nyawa dan orang sekeliling... beware!

  3. Buat apa susah-susah nak bahayakan diri, miss tulip tahu cara yang lebih selamat sekaligus boleh memanjangkan hayat hidup kalian. Selalunya, kalau mata miss tulip dah penat sangat untuk studi... miss tulip akan cari inisiatif lain untuk terus jadi burung hantu... Rasanya Cik Nad ngan Cik Riiko pun tahu... Macam ni, kalian bukak video video yang trigger kalian untuk bergerak... HAHA! Dengan maksud yang lain, menari... Kalian boleh jadi rockstar sebentar untuk hilangkan kemengantukkan kalian... Tapi, jangan terlebih lebih pulak... Bila dah stabil, sambung balik pekerjaan anda ye... Contohnya muzik video hindustan seperti di bawah...


    credit to danishkhan52

  4. Last tip miss tulip, bila study tu, cubalah cakap balik fakta yang dibaca kuat-kuat... Aktifkan diri dengan bercakap... Bila kita bercakap, akan timbul sikap ingin berusaha ingin betul-betul faham dengan apa yang dipelajari.. Ini pendapat tulus miss tulip.. Kalau kalian rasa miss tulip ni auta ja banyak, tak palah.. miss tulip tak rugi apa-apa pun.. Bagi miss tulip, biarlah orang sekeliling nak cakap apa pun... Asalkan kalian tahu matlamat yang mahu kalian capai... Jangan mudah mengalah, where there's a will there's a way... ok?

Ok guys, dah lama miss tulip berceloteh tentang menda alah ni... Harap kalian terhibur.. Yang mana stalkers rasa stalkers berkenan nak cuba, cubalah... Tapi, ini satu lagi, last punya pesanan daripada miss tulip, stay up, stay up jugak, tapi... beringatlah! Keesokan pagi, anda sebagai muslimin muslimat ada tanggungjawab, faham kan? Jangan sampai stay up, tapi bangun Subuh pukul 7.30... Tak pun, tak solat langsung! Tegasnya ingin miss tulip katakan di sini, cari redha Allah dahulu... Tanpa redhaNya, jangan mimpi hidup kalian senang lenang, kita berusaha macam mana pun, percayalah, usaha anda sia-sia... Pesanan ini buat semua juga buat penulis blog ini... InsyaAllah...


Terima kasih untuk lembaran kali ni... Senyum sokmo... =)

Friday, December 17, 2010

Hobby again!

EAT!

Hehe.... tonight my housemates and I have a dinner at Nur Farhan Restaurant, just located near to our hostel, Putra Villa... Wondering how the cook taste, we try the dishes there, of course chicken chop! hehe.. =)

Actually, it is a new restaurant... =) the cooking is quiet good! Here, I took some photos of the chicken chop and nan tandoori... yummy!

drink that we order! mine is different~ I ordered orange juice...
they ordered lemon juices...
** awww.... so sour....**


HAHA! She just don't like me to take her photo...
BUT, I just snap it! =) hehe...
** I'm naughty... **

Awin and Dayang... Best partner in our house!=)
Badminton champion doww....
** K-pop lovers!**

waaAAaa.... This is NAN TANDOORI....~
look good, isn't?
** two thumbs up!**

Ngeh3... again... dayang in action!!
BUT, I have to admit it, really tempting! =)
** Naughty.... wink~**

There goes my loves... Linda and Awin...
Linda... our chef here! =)
** They are cute! **


Here comes... me and Linda...
before we get ready to eat! =)
** credit to Dayang...**


Hehe.. guess whom hands are they?...
Seems so starving.. HAHA!
** They just love to EAT!**

This is our chicken chop!!!
with mushroom sauce and unique coleslaw with nata de coco inside...
** Unique! =)**

HAHA! This is Liyana's favourite..
it is TABASCO!! =)
Usually we add this to our maggie... but we just can add to the other foods that we want!
** sour and sweet... mcm basi pun ada!**

HAAA!! This is my plate... finish already!
Fellas, this is one of my attitude...
Whenever I eat with cutleries, I left them in this manner! =)
** It is an etiquate...**

There goes our dinner..... =) Thanx for you reading!! 

Wednesday, December 15, 2010

Insatiable Hunger! Am I?

Alhamdulillah..... I'm full enough right now... Hehe =)

Actually, not yet! But, I'm just taking some break after eating laksa that I bought just now, right after the class. HAHA! Talk about eating, I definitely 110% sure that it is one of my hobby.

I love to eat whenever I see such a tempting dish... Sometimes, I spend over the limit for a day on food and beverages... As long as we want to eat, just go for it! As for me, I don't care whether it is a stall or in a restaurant, as long as the food is so yummy, it will be good enough and I just love the delicious serving...
No one can stop me....

If I not order two dish at once, it is not me.. hehe =). Usually, when it comes to lunch or dinner, I eat two dish together, one will be of course 'nasi', and the other one is some kind of soup, tomyam or laksa... My favourite drink, haha.. bet me! Of course, the mild chocolate colour with ices, and sweet milky taste, TEH AIS! Simple, isn't? In TERENGGANU or KELANTAN, it will be TEH BENG instead of teh ais.. cool! =) I start to love drink this in FORM 1 if I'm not mistaken. Since childhood, I just order MILO in the restaurant. But, my mom always order teh ais, and it makes me wonder the taste. HAHA! I had tried it, and now I'm addict to it.... hehe =)

Thanks to Allah, I can eat anything without having complications such as allergies or other symptoms. Whether seafood, meat or chicken, I can swallow anything that I want... pergh! Sounds like a huge monster! =P Usually, I'm the fastest one to order among my family members or my friends. I just order straight away whenever I see something tempting in the menu. HUH, that's me!

How about my weight? Thanks to ALLAH again, because I'm the one who eat a lot, without having problems about my weight. Some says that I have a high metabolism, that's why! I'm not so sure about that, maybe.... my weight only ranging from 44 kg to 46 kg. I remember once, my weight almost 50 kg. But then, it drop again to 46 kg... HAHA! Sorry guys, I make you jealous, isn't it? hehe...=) just kidding!

BUT! Guys, let me tell you a fact of mine... I hate cakes! It really hard for me to finish even a slice.... Whether the cake is for my birthday, I really don't like it.. Just one cake that really makes me a reliable hunger... hehe... it is chocolate indulgence!! sweet and smooth.... nice.....Okay!!

Now, let me share some tips with you about the etiqate (sorry if wrong spelling) for eating :

  1. Sunnah Rasulullah, take the food that is near to us first, only then, we take the far one.
  2. If possible, just eat 'nasi' using our hands. My teacher says that our hands have enzyme to digest our food.
  3. When we use a bowl and a spoon, to eat bubur or anything, make sure we do not dip the spoon at the middle, but start with the part near to the wall of the bowl. ( faham x? ngee~)
  4. When we eat chicken chop, steak or fish and chip, HAHA! senang cakap when we use the knife, (betul ke?) hold the knife at your right hand, and fork at your left hand. Seriously, I tell you, mine is vice versa. For me, it is much easy... *wink*
  5. It will be more adorable if you can use chopsticks when you eat sizzling or hot plate. I am practising... uuuyeah!! =)) HAHA! Gone crazy...
  6. Sunnah Rasulullah again, to crunch the food 40 times before you swallow it.
  7. It is better if we just drink one hour before and one hour after we finish eating. I've read it in a motivational book.
  8. Do not drink at once... It is a bad lifestyle...
  9. Whenever you eat, control your communication with others, or else you will choke! HAHA
  10. Eat fruits before you eat heavy meal... such as dinner and lunch...
There are lot more tips! But, I've to go now... The rice is calling my name... HAHA! okay then... till meet again... =))

Wednesday, December 8, 2010

My ReVieW of WeIL ChINa~

Dear fellows....

Weil China... HUhu... First time I glanced through this book of 235 pages, I've been wondering why I must read it, and for me it seems there's no such thing as attractive or what... Just an ordinary book with a bored title written on it, WEIL CHINA...

As I passed through a few pages, I started to realise how the storyline made me touch and fulls with patriotic... HeHE... I really mean it.. =)) Though, I thought that I might be not understand the content as the title seems to have a deep meaning, HAHAHA! actually, me myself do not understand the meaning of Weil.. That's why!

This book is written by a Muslim woman, named Emine. She wanted to dedicate it for Muslims in Turki... I just love the way of how she write the story, really really awesome!! Two thumbs up! There's part in the novel which my tears nearly fall down... Especially, at the moment when Qan ( the hero!) came to realise about his parent's love... =)) The plot is so amazing... Wawawawawa....

Hahaha... Have to stop here! I am starving!! keyh... Enjoy the book... Five stars!

Sunday, September 19, 2010

I'm Accelerating!

Dear awak, blink2!

Aku sekarang ni, menghitung detik-detik melangkah menuju ke final exam...
Bermula dengan lafaz Bismillah... Aku perlu lebih bersedia mulai sekarang, untuk memastikan 4.00 flat berada di genggaman!

Tarikh keramat sudah semakin mampir... 11 Oktober,, final exam!! Here I come!!
Biology perlu aku faham dan hafal yang mana patut... Minat kena ada Iylni... Minat!! Itu penting!!

For Chemistry,, I must memorize the steps to answer the questions!! Don't wanna loose marks!! Iylni,, fokus itu penting!!

Mathematics.... More exercise Iylni!! Perfect practices make perfect!! Ringankan mulut bertanya... Tanya dan Tanya lagi.... Kerajinan itu penting!!

Kesimpulannya, formula untuk 4.00 flat!!
- Minat!!!
- Fokus!!!
- Rajin!!!

Jangan lupa Iylni, berdoa selalu,doa itu senjata orang mukmin... Mathurat!! Jangan tinggalkan... Formula penyokong untuk kejayaan yang lebih mantap!! Lastly, I'M ACCELERATING!!!

Tuesday, September 14, 2010

Beraya Sakan~

Dear awak, blink2!! ^_6

Alhamdulillah... bermula 1 Syawal sampai la hari ni dah masuk 5 Syawal, akhirnya puas jugak aku beraya kat kampung halaman.. ngeh3...

Crita raya taun nii, first raya aku dah da masalah... gara-gara perut terkejut... hehe... Abah kata perut aku terkejut sebab dah sebulan posa, tetiba ari raya, sumbat semua mkanan... tu psllah! adoiii...

Seyes aku tak bangun sehari tu, sebab sakit sgt perut aku... Tido je dalam bilik... Selalunya aku g braya rumah jiran, tahun ni aku tak boleh nak bergerak ari first... haha... petang tu baru oke sikit, dapatla beraya kat rumah pak ngah ngan rumah Dr.Shariff, kwn abah..

Seronok gak raya tahun nii... Ari ketiga,, ibu buat open house sekaligus birthday party kak Iylia... hehe.. sori laa too olz my frens tak jemput hgpa... knapa aku tak jemput haa?? aku lupa la weyh... mula tu mmg aku nak jemput, tapi dok tangguh punya pasai... sampai aku lupa truih... hari kejadian baru rasa rugi plak tak jemput.. adeii...

oke la.. nanty aku cta lagi... got to go!! Salam~




My wish to semua muslimin dan muslimat, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...

Friday, August 27, 2010

BuKak Posa!!

Lokasi jalan-jalan bukak posa kali ni di Hotel Emerald Puteri
Sungai Petani, Kedah... Yeah...



Hehehe...

Makan buffet,, phieww... bleyh la tahan...
Antara juadah malam tuh...

  • Laksa penang ( Feveret neyh )
  • Daging kambing bakar... ( nyum2!! )
  • Spagetti pa ntah... lupa plak...
  • Pasta bakar... sedap nii...
  • Nasik lauk pa ntah... yg igt da ayam goreng... hehe
  • Air yg aku minum... teh bunga, air selasih, bandung and teh tarik!! perghhh... hehe



Memang enjoy laa... sedap2!! hehe... huu~

~ThE EnD ~

Thursday, August 26, 2010

CN Blue?? WhoaAA....

Dear awak, blink2!

Edisi kali ni ingin aku sorotkan and share dgn you all minat aku sekarang.... cecece... edisi la plak...
hehe... semuanya bermula bila aku ditakdirkan hidup dengan peminat-peminat fanatik korean kat putra villa...

Introducing to you olz!!! Peminat yg fanatik tuh :



*** Dayang Ezaimah!
*** Dazuin Maryam!

Hah,, minah berdua ni kalau tak bukak satu website korean ni tak sah! KPOP kot... ha'ah,, cam tu la gamaknya tajuk website tu...

Okeh guys,, berbalik pada minat aku sekarang...
Dulu, biasa2 je, first group Korean yang aku kenal, Super Junior... hehe...
Tapi, aku taklah suka sgt... bila lama-lama dgr.. dah tak minat plak... sebab dah bosan...

Then, kat maktab dulu, kredit to Atiqah Adni!! Dia kenalkan aku dengan Wondergirls,Nobody! hehe... suka gak tuh... sampai sekarang suka lg.... ^_^

Boleh la.. overall okeyh2 saja... quiet interesting to hear their songs~

But now, I am more addicted to CNBlue...

When talking about them, the one I admired the most is Yung Jong Hwa, the vocalis... Sebabnya, dia sangat kiut plus vocal dia yg sedap, before this, he once acting in one of the Korean drama that is You Are Beautiful, playing as Kang Shin Woo. Hmm... Become more addicted when I know about one of Korean reality show, We Got Married, featuring him and Seo Hyun from SNSD as a couple in the show.. How cute!!! hehe...


Here they are....


PheeWitt!!!

Jong Hwa and SeoHyun... CecE...

PoSe Time We Got MaRriED!

Kiut x? Jong Hwa... hehe

CNBlue...

Let me introduce to you..... Yong Hwa..... hehe...

Profile





Name: Jung Yong Hwa (정용화)
Birthdate: June 22, 1989 ( dekat ngan bufday aku!! hehe... CAnCEr)
Birthplace: Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea
Blood Type: A
Height: 180cm
Weight: 63kg
Skills: Clarinet, Beatbox

Enjoy this song, LOVE.... Tell me why!! why!! why!! hehe....


~ The End ~

Wednesday, August 25, 2010

UnTuk TaTaPan SeMUa... Jeng3!! Hehehe... CerKon~

Andai Itu Takdirnya… Ku Terima…

Oleh : Nurul Iylni Mohamad Noor


Bayu desa berhembus lembut di petak sawah. Sepasang mata terhibur tatkala melihat unggas terbang bebas membelah ruang atmosfera. Senyuman terukir di bibir, menyingkap seribu makna. Melihat suasana yang begitu indah, hati wanitanya terusik. Dirinya turut bahagia menikmati keindahan alam. Jauh di sudut hati, hanya dirinya yang mengerti perit kehidupan yang dialaminya. Tidak seindah yang disangka. Mujurlah dia tidak mudah rebah menghadapi onak duri yang menjalar di setiap liku-liku perjalanan.


“ Kak Nurul, sibuk?”, suatu suara menyapanya dari belakang.


Nurul Iman tersentak dari lamunan. Nostalgia lama yang bermain di mata, semakin kabur, sejurus hilang dari pandangan. Matanya beralih arah kepada seseorang di hadapannya. Nursyura, manis berkurung hijau memegang sekeping kertas dan sebatang pen di tangan kanan, tersenyum manja. “ Eh, tak adalah. Kak tak sibuk pun. Kenapa dik?”, lembut Iman menyahut adiknya.


“ Adik nak tanya kak Nurul satu soalan, boleh?”


“ Ye adik, apa soalannya. InsyaAllah kak Nurul jawab”, jawab Iman, sejurus melabuhkan punggungnya di hujung katil. Nursyura ikut duduk di tepi kakaknya. Iman tidak pernah jemu mengajar adik-adiknya pada waktu lapang. Masanya sentiasa terbuka untuk mendengar masalah mereka sama ada berkaitan mata pelajaran sekolah, mahupun sekadar luahan perasaan tentang kehidupan mereka yang semakin menghimpit. Nursyura, seorang adik yang paling kompetitif. Dalam ketiga-tiga adiknya yang lain, Nursyura paling menonjol di sekolah. Bukan itu sahaja, wajahnya yang manis dan budi pekertinya yang sopan, sering menjadi bahan bualan pelajar dan guru di sekolahnya. Nurul Iman jua begitu. Kata kawan-kawannya, Nursyura banyak mewarisi sifat Nurul Iman.


Nurul Iman hanya tersenyum apabila mendengar komen sebegitu. Namun, tidak siapa tahu susah dan payah melalui ranjau kehidupan yang nyata mematangkan diri mereka. Nurul Iman bersyukur dikurniakan adik-adik yang memahami keinginannya untuk terus belajar hingga ke menara gading. Sepeninggalannya ke universiti, dia sering berpesan kepada adik-adiknya agar terus belajar memajukan diri agar dapat membela nasib keluarga.


Kehimpitan yang dialami Nurul Iman dan adik-adiknya semakin bertambah sejurus pemergian ayahanda tercinta. Iman tidak dapat menidakkan Qada’ dan Qadar Ilahi, malah, dirinya sentiasa berdoa agar ibu dan ayahnya bahagia bersemayam di sana. Tiap kali dia berdoa, tiap kali jua air matanya tumpah membasahi pipi.


Betapa dia menghargai saat-saat bersama ibu dan ayah. Sungguh dia tidak menyangkal tanpa mereka, mana mungkin dia mampu bertatih dan akhirnya berjalan di atas kaki sendiri. Apabila memikirkan nasib dirinya, Nurul Iman tetap bersyukur, kerana dia masih mempunyai adik-adik yang begitu sayang kepadanya. Jua seseorang yang hadir dalam hidupnya, menambahkan lagi kekuatan untuknya menongkah arus kehidupan.


Ikmal Syafiq… ketulusan hatinya telah sedikit sebanyak menambat hati Nurul Iman. Perkenalan mereka sejak di Tingkatan Tiga, berdiri utuh sehingga sekarang. Persahabatan yang terjalin kerana jawatan yang dimiliki di sekolah, sentiasa mendapat perhatian rakan-rakan sekeliling. Mereka sering diusik apabila berselisih di jalan. Sekali lagi, setiap kali Nurul Iman diusik, dia hanya tersenyum. Bisu seribu kata. Dia tidak mahu terlalu menaruh harapan, kerana Ikmal memiliki segala-galanya yang tidak mampu diraihnya. Apabila fikirannya asyik memikirkan Ikmal, sejurus dia beristighfar, mengembalikan ingatannya pada yang Esa. Ikmal bukan calang-calang orang.


Dia bukan sahaja bijak di sekolah, tetapi juga mempunyai kepimpinan dan keperibadian yang menyenangkan. Namun begitu, hatinya tidak mudah dipancing mana-mana perempuan. Ikmal boleh dikatakan popular di sekolah. Dia mendapat banyak surat cinta daripada peminat misteri. Tetapi, ternyata hanya seseorang yang telah singgah di hatinya, dulu, kini dan selamanya Nurul Iman. Sewaktu di universiti, Ikmal kerap menanyakan khabar Nurul Iman melalui sahabat baiknya yang turut menuntut di universiti yang sama.


Tiap kali Nurul Iman mendapat salam daripada Ikmal, hatinya menguntum mekar. Tidak putus-putus bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang begitu mengambil berat dan menerimanya seadanya. Bertahun sudah berlalu, sehingga kini dia sudahpun menjadi tunang Ikmal Syafiq, lelaki yang telah merantai hatinya.


Awalnya, dia agak khuatir kerana dirinya yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan kehidupan Ikmal Syafiq yang jauh lebih mewah dan berharta. Benarlah kata pepatah, cinta tidak mengenal sesiapa, Ikmal ternyata begitu ikhlas menyayanginya dan menerima dirinya yang sederhana. Tiap kali Nurul Iman bertanyakan soalan, “ Fiq, kenapa Fiq pilih Iman, sedangkan banyak lagi wanita di luar sana, yang lebih cantik, lebih pandai, lebih berharta dari Iman? Iman nak Fiq tahu, Iman tidaklah secantik mana, tidaklah sepandai mana, tidaklah juga berharta, Iman tiada apa yang Fiq miliki…”






“ Dah ke, Iman? Okay, dengarkan Fiq pula. InsyaAllah, Iman cantik kerana budi dan iman, Iman pandai mngurus rumah, pandai menjaga diri untuk Fiq, itu sudah memadai, Iman tidak berharta, tetapi Fiq tidak memerlukan semua itu. Harta dan pangkat sementara, Iman. Yang penting kita ada ini”, jawab Ikmal, tersenyum manis sambil menghalakan telapak tangannya ke dada. Setiap kali mendengar jawapan Ikmal, Iman pasti tersenyum, anak matanya sengaja dilarikan, malu bertentangan mata. Hatinya berbunga ceria…. Dia yakin Ikmal mampu memimpinnya kelak. InsyaAllah…


************************************************

“ Kak Nurul, abang Fiq di luar. Kak Nurul dah siap ke?”, tanya Nursyura, sejurus menjenguk ke ruang kamar Nurul Iman.


Dilihat kakak kesayangannya membetulkan tudung di hadapan cermin. Nursyura hanya tersenyum. “ Cepatlah kak, abang Fiq cakap dia bagi lima minit saja. Kalau tak keluar lagi, dia balik”, muncul pula adiknya yang seorang lagi, Nurhisyam. Nurul Iman memandang adik-adiknya. Dia sudah bersedia untuk keluar bersama Ikmal hari ini. Perancangannya, mereka mahu membeli cincin untuk majlis perkahwinan. Kemudian, Ikmal mahu membawanya ke rumah bakal ibu mertuanya untuk makan tengah hari. Kesibukan Ikmal semenjak mengambil alih perniagaan ayahnya, menyebabkan mereka jarang berjumpa. Lagipun, itu permintaan Nurul Iman sendiri. Dia tidak mahu kerap berjumpa kerana khuatir fitnah melanda dirinya.


Entah mengapa, semalam Ikmal menelefonnya. Teragak-agak dia mahu mengangkat, kerana nombor itu tidak dikenalinya. Setelah diyakinkan Nursyura, dia menjawab panggilan tersebut.


“ Assalamualaikum…”


“ Waalaikummussalam, Iman….”, jawab satu suara yang amat dikenalinya. Tatkala itu, Nurul Iman tersenyum lagi. Rupa-rupanya, Ikmal menelefonnya dari pejabat. Ikmal menyatakan hasratnya untuk membawa Nurul Iman membeli kedai cincin. Perbualan mereka ringkas, tetapi di hujung perbualan, sempat Ikmal mengusik Nurul Iman,


“ Berdebar hati ni, Iman… Menunggu detik bahagia kita, tunggu ye sayang…”


“ Eh, fiq… Err… Err…, Iman banyak kerja ni, esok jumpa ye, InsyaAllah.. Assalamualaikum…”, lantas Nurul Iman mematikan perbualan. Dia beristighfar beberapa kali. “ Fiq… Fiq…”, hatinya terusik lagi. Aduhai Ikmal…


******************************************

“ Manis ye Iman hari ni… Fiq suka”, ikhlas sekali Ikmal menuturkan kata-kata. Redup matanya memandang Nurul Iman. Sehinggakan wanita disebelahnya tersipu-sipu. “ Sudah sudahlah puji Nurul, Fiq… Terima kasih, biasa-biasa saja ni…”, balas Nurul Iman, tunak memandang ke hadapan. Kereta Kia Spectra meluncur laju di jalan.


“ Ikmal ikhlaslah… Nurul Iman, seindah nama, semanis orangnya”, sekali lagi Ikmal memancing. Kali ini, Nurul Iman hanya mendiamkan diri. Malas melayan Ikmal yang semakin menjadi-jadi. Tidak lama kemudian, Nurul Iman tertidur. Ikmal Syafiq asyik melihat tunangnya yang cukup manis, sehinggakan dia tidak fokus sewaktu memandu.


Gadis itu benar-benar merantai hati lelakinya. Ikmal terpesona dengan keindahan yang terdapat pada diri Nurul Iman, sukar dicari pada pandangannya. Nurul Iman pernah melalui detik kesusahan, dia cekal menghadapi tanpa keluhan. Nurul Iman selayaknya meraih kebahagiaan yang sempurna. Dia mahu menjadi penghapus duka Nurul Iman. InsyaAllah….


Sejurus melalui satu selekoh, Ikmal terkesima! Sedang asyik dia tenggelam dalam lamunan, melihat keindahan wajah tunangnya, tiba-tiba sebuah motosikal muncul di hujung jalan. Ikmal tidak sempat mengelak, lantas melanggar motosikal tersebut. Hentaman yang kuat menyebabkan pemboncengnya tercampak jauh beberapa meter ke hadapan. Berpusing jua kereta Ikmal, akibat menekan brek dengan kuat. Astaghfirullah!! Hampir luruh jantung Ikmal. Mujurlah mereka berdua selamat. Serentak dengan itu, Nurul Iman terjaga, turut terkejut dengan situasi tersebut. “ Ya Allah, selamatkanlah lelaki tersebut… Ya Allah…”, hanya itu yang mampu diucapkan Nurul Iman tatkala Ikmal membawa lelaki yang cedera parah itu berlalu ke hospital… Pertama kali, dia melihat jelas, Ikmal tidak keruan… Semoga tunangnya sabar menghadapi semua ini, ya Allah, tabahkan hatinya…


********************************

Masuk hari ini, sudah dua minggu Ikmal tidak menghubunginya. Nurul Iman cuba memahami keadaan tunangnya, masih dirundung kekeliruan. Rasa bersalah terus-menerus menyelubungi Ikmal.


“ Maaf Encik Ikmal, pendarahan di otak mangsa sangat serius. Kami sudah sedaya upaya mencuba, tapi, Allah lebih menyayanginya, harap Encik Ikmal bersabar…”


Ikmal terus rebah ke lantai, lemah seluruh anggotanya. Tidak tergambar dengan kata-kata, kalau boleh, dia mahu mengembalikan masa itu. Dia mahu mengembalikan waktu semalam. Sekali pun dia tidak langsung menyangka, dia tersepit dalam keadaan yang amat menyesakkan. Tidak putus-putus dia berdoa memohon keampunan Rabbul Izzati, mengharapkan dia hanya bermimpi, perkara itu hanyalah mainan tidurnya.


Sejak itu juga, Ikmal banyak mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tidak mahu berjumpa mahupun berhubungan dengan sesiapa. Terus-menerus menyalahkan dirinya yang cuai. Dia betul-betul menyesal. Khilaf dengan perkara yang berlaku. Sehinggakan adakalanya, dia terasa seperti tidak mahu meneruskan hidup. Biar nyawanya diambil agar dia berasa adil terhadap lelaki tersebut.


Nurul Iman hanya mampu menanti. Puas dia memujuk Ikmal, cuba meredakan keadaan. Namun, Iman mengerti, situasi itu terlalu sukar untuk Ikmal menghadapinya, jikalau dia berada di situasi Ikmal, pasti jua dia tewas dengan emosi. Malahan, mungkin lebih tertekan daripada Ikmal. Nurul Iman kerap berteleku di sejadah, mendoakan kesejahteraan Ikmal sekeluarga. Beberapa kali air matanya menitis, mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala. Dia tidak mahu melihat Ikmal terus melawan takdir. Ikmal perlu menyedari hakikat yang sebenar. Namun, tidak tegar dia terus mendesak Ikmal kembali seperti sediakala. Ikmal perlu ruang secukupnya. Jauh di sudut hati, Nurul Iman begitu yakin, Ikmal bukanlah pemuda yang mudah goyah dengan ujian Ilahi.


*********************************************

Air sungai yang tenang menggamit hati Nurul Iman. Dingin terasa apabila bayu petang berhembus menggigit tubuhnya. Dia hanya mampu memeluk tubuh. Terasa damai seketika dengan fatamorgana ciptaan Yang Maha Kuasa. Petang itu, Nurul Iman sudah berjanji untuk bertemu dengan Ikmal Syafiq setelah enam bulan lamanya hubungan mereka terpadam seketika kerana kehendakNya.


Nurul Iman, ringkas berjubah hitam dengan motif bunga kuning keemasan, duduk di batu-batu besar yang terdampar sekitar sungai. Sesekali, jari jemarinya asyik bermain dengan air sungai yang deras mengalir ke kuala. Tatkala itu juga, dia mendongak ke langit, memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi, Yang Maha Mengasihi, kerana membuka ruang kepada Ikmal untuk berfikir dengan lebih rasional, walaupun pada hakikatnya, dia percaya Ikmal masih terbayangkan peristiwa hitam tersebut.


“ InsyaAllah, mudah-mudahan dia beransur pulih…”, doa Nurul Iman, terdetik di hati kecilnya.


“Assalamualaikum, Iman….”. Nurul Iman tersedar dari lamunan. Lantas, dia berdiri, namun masih tidak menoleh. Senyuman mula terukir. Perasaannya bercampur baur, antara gembira dan sedih. Gembira kerana dia dapat bersua kembali dengan seseorang yang sudah lama dinantinya. Tetapi juga sedih mengenangkan nasib yang menimpa mereka berdua sehingga terpaksa berjauhan sementara. Air matanya mula bergenang, namun dibiarkan perasaan gembira menguasai diri.


“ Waalaikumussalam…”, jawab Nurul Iman, tersenyum manis melihat pemuda di hadapannya, benar-benar Ikmal Syafiq. Ikmal jua tersenyum, tetapi tidak seceria Nurul Iman. Ada gelodak di jiwanya yang belum terungkap dengan kata-kata. Gusar hatinya terus memaksanya membatukan diri di hadapan tunang kesayangannya. Ikmal mengetap bibir, menahan pedih di hatinya. Nurul Iman menyedari tingkah laku Ikmal, lantas menghampirinya. “ Fiq, ada masalah untuk kita kongsi?”, tanya Iman, lembut.


Ikmal menarik nafas sedalamnya. “ Maafkan Fiq, Iman… Kadang-kadang kita tidak mampu memiliki sesuatu walaupun ianya hampir berada dalam genggaman”, lancar sekali Ikmal memulakan bait bicara. Nurul Iman hanya terdiam, memikirkan kata-kata yang keluar dari mulut Ikmal. Matanya dilemparkan ke sekeliling, sejurus memandang Ikmal kembali. Mata mereka bertautan, Ikmal dicengkam perasaan serba salah. Mulusnya wajahnya, kesetiaan padanya, kehalusan budi pekerti dan kasih sayangnya, mana mungkin dia melupakan gadis bernama Nurul Iman. Namun, keadaan memaksanya bertindak sedemikian, walaupun hakikatnya, dia terpaksa melukakan Nurul Iman. “ Arghhh…. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku, Kau berikanlah ketabahan buat Nurul Iman, betapa aku menyayanginya Ya Allah… Kau peliharalah dirinya…”, Ikmal terus berdoa jauh di sudut sanubari.


“ Maksud Fiq? Maaf, Iman tidak dapat memahaminya…”, Iman bersuara, memecah kebisuan di antara mereka. “ Mampukah Iman menanti Fiq di sana nanti? Bersama kita meraih bahagia di sana. Bolehkah Nurul Iman? Fiq… Fiq… tidak mampu memiliki Iman di dunia ini, Fiq bukan milik Iman lagi…”, tutur Ikmal, perlahan-lahan, bagaikan berbisik. Nurul Iman mendengar dengan jelas butir kata Ikmal.


Lantas, air mata mulai bergenang di ruang mata. Namun, dia masih berupaya menahan kepedihan yang dirasakan mula menyesakkan dada. “ Fiq mahu memutuskan pertunangan kita? Kenapa? Iman buat salah pada Fiq?”, bertubi-tubi soalan Nurul Iman pada Ikmal. Ikmal hanya tertunduk. Dia memahami kekecewaan yang mula menyelubungi Iman. Dia jua tidak mampu melawan kesedihan. Andai ini takdirnya, Ikmal berserah segalanya pada Yang Esa. Jikalau dia sudah mengetahui itu suratannya, tidak akan dia membenarkan Nurul Iman hadir dalam hidupnya. Tidak sama sekali.


Ikmal terdiam seketika, masih mencari sisa-sisa semangat meneruskan kata-kata. Namun, masih dia membiarkan sepi angin berlalu menyelubungi rahsia antara mereka. Nurul Iman mengesat air matanya. Dia memeluk tubuh, melihat sungai yang terus deras mengalir melalui batu-batu yang terdampar di kanan dan kiri. Hampir dia rebah, tidak mempercayai Ikmal. “Ikmal, kenapa diam?”, soal Nurul Iman, mula hilang sabar. Namun, dia cuba bertenang, beristighfar beberapa kali. “ Iman, jujur Fiq katakan Iman satu-satunya wanita yang masih ada di hati Fiq. Tetapi, Fiq terpaksa melepaskan Iman atas rasa tanggungjawab dan belas kasihan Fiq yang masih tergalas sehingga kini”, jelas Ikmal, satu persatu, mengharapkan Nurul Iman betul-betul memahami dirinya.


“ Maksud Fiq?”


“ Ini… Fiq harap Iman faham… Fiq sentiasa mendoakan kebahagian Iman, maafkan Fiq, Iman… Percayalah, Fiq terpaksa, mungkin bukan jodoh kita Iman, tetapi, Fiq berjanji, hanya Iman yang pertama dan terakhir… Fiq pergi dulu, InsyaAllah… jikalau diberi waktu dan peluang, kita bersua lagi… Assalamualaikum…”, balas Ikmal, sambil menghulurkan sekeping sampul surat kepada Nurul Iman, sejurus dia berlalu meninggalkan Iman yang masih bingung dalam percaturan kata-kata Ikmal. Masih lagi dia kabur dengan penjelasan Ikmal. Yang pasti, dia mulai lemah. Dirasakan tubuhnya tidak sekuat dan secekal dahulu, kehilangan Ikmal jelas terasa.


“ Waalaikumussalam, Ikmal…”, balas Nurul Iman, hanya telinganya yang mendengar. Dia menghantar Ikmal pulang dengan pandangan yang sayu. Berat rasa dia melepaskan Ikmal pergi. Bagaikan semalam dia mengenali Ikmal, kini lelaki tersebut berlalu meninggalkannya. Hatinya benar-benar pedih. Sampul di tangannya tidak terus dibuka. Dia hanya menatap sampul itu dengan linangan air mata. Tanpa di sedari, sampul tersebut hampir basah dengan air mata, betapa berat lara yang ditanggung. “ Ya Allah, kuatkanlah hatiku…”, doa Iman, mendongak ke langit yang terbentang luas. Jelas, kesakitan jelas terpapar di ruang mata.


*****************************************
Assalamualaikum Nurul Iman….

Iman, Fiq ingin meminta maaf atas segalanya… Sukar bagi Fiq menyatakan perkara yang sebenar kepada Iman, nyata perkara ini amat memedihkan. Fiq terpaksa Iman, percayalah.. Andainya Fiq tahu Qada’ dan Qadarnya begini, Fiq tidak mungkin melamar Iman. Tak mungkin jua membenarkan perasaan kasih dan sayang ini terhadap Iman. Fiq pernah berjanji, bukan? Ingin membahagiakan Iman, ingin membina keluarga yang sakinah bersamamu, Iman.. Namun, mengertilah Iman, kenapa Fiq bertindak sebegini… Fiq selalu menyayangimu.. Tetapi, Fiq tidak dapat lari dari hakikat bahawa diri ini masih lagi tersepit dalam tanggungjawab yang Fiq harus galas. Fiq ingin berkahwin bukanlah kerana Fiq ingin mengambil kesempatan, tetapi Fiq betul-betul berasa bersalah Iman… Sudah Fiq katakan, Fiq terpaksa… Iman, kalau bukan kerana perasaan belas kasihan yang ada pada Fiq, kalau bukan kerana Fiq telah merampas kebahagiaan mereka, tidak akan Fiq melepaskan Iman… Hanya ini caranya untuk Fiq menebus kembali dosa semalam…


Iman,


Fiq jua menderita terpaksa membiarkan Iman pergi… Fiq jua menanggung laranya… Fiq jua merasa kepedihannya… Fiq jua kesal dengan apa yang berlaku… Fiq bersalah Iman, Fiq bersalah. Fiq bersalah bukan sahaja padamu Iman, tetapi jua pada anak-anak kecil ini yang kehilangan bapa mereka. Jua khilaf terhadap isterinya yang sarat mengandung. Iman… minta maaf… Andai Fiq mampu memutarkan masa lampau, mungkin keadaan tidak sebegini… Iman, Fiq khilaf terhadapmu…


Iman,


Fiq yakin, Iman wanita yang pasak dengan keimanan, hanya satu pesanan Fiq, peliharalah keimananmu… peliharalah akhlakmu, Iman… Janganlah kerana Fiq, Iman kecundang dengan emosi, Fiq yakin Iman akan mendapat seseorang yang lebih baik, jauh lebih baik dari Fiq, asalkan Iman sentiasa berdoa, insyaAllah… Usah ditangisi pemergianku, Nurul Iman… Fiq mendoakan kebahagiaan Iman… selalu mendoakan kesejahteraan Iman sekeluarga…


Akhir kata, Iman… kau sentiasa bersemadi di hati, dulu, kini dan selamanya… Salam sejuta kemaafan…


Usai membaca warkah terakhir Ikmal, tika itu jua, air mata Nurul Iman tumpah lagi, betapa terhimpitnya perasaan yang melanda jiwa. Telekungnya basah dengan air mata, sudah berapa lama dia menangis, berteleku di sejadah, dirinya sendiri jua tidak pasti. Emosinya benar-benar terganggu, hancur luluh hatinya mengenangkan dirinya yang hiba. Benar, masa telah meragut kebahagiaannya. Baru sahaja, dia mengimpikan hari-hari yang indah berlalu bersama kenangan yang pahit dalam hidupnya, namun, semuanya bagaikan igauan semalam, tidak dapat digapai meskipun Iman terus menangisi segala yang terjadi.


Iman mendapatkan gambar ibu dan ayahnya. Lantas diciumnya beberapa kali. Sebak di dada tidak tertahan lagi, terus dia memeluk gambar bonda dan ayahanda tercinta, merindui saat-saat lalu… “ Ibu, ayah… Nurul rindu… Temankan Nurul ibu… Nurul tak kuat…”, rintih Iman di dalam hati, tersedu sedan dengan tangisan yang terus menyelubungi diri. Nursyura yang memerhati sejak tadi, terus mendapatkan kakaknya, merangkul erat tubuh kakaknya yang mulai longlai, bila-bila sahaja rebah menyembah bumi….


“ Kak Nurul, sabar, insyaAllah… Syura faham, kak… Allah sedang menduga kita.. Kak, jangan begini… Kak dan Hisyam sajalah harta paling berharga buat Syura, Syura sayangkan kak… Kak Nurul, kak masih ada Syura… masih ada Hisyam…. Kak bukan keseorangan… Syura di sini…”, pujuk Nursyura, turut sebak melihat keadaan Nurul Iman. Iman terus rebah dalam pangkuan adiknya. Dirinya terus diasak kesedihan, meskipun dia sedar, perkara itu terjadi kerana ketentuanNya. Dia harus pasrah… Tatkala itu, dia tersedar, dirinya masih disayangi….


******************************

Ikmal terhibur melihat keletah anak-anaknya, sejurus membiarkan anak-anak kecil itu berlari mengelilinginya. Seketika, anak-anak kecil itu merapatinya. “ Abah, mengantuk, temankan Hakim dengan Husna tidur, boleh?”, rengek anak kecil itu, manja. “ Mari, abah temankan… Tapi, janji dengan abah, tidur pejam mata rapat-rapat, tak nak main-main tahu?”, balas Ikmal, lembut. Hakim dan Husna berlari-lari anak menuju ke bilik tidur. Ikmal hanya menggelengkan kepala. Turut tersenyum.


Namun, jauh di sudut hati, dia masih terkenangkan Nurul Iman. Apakah khabarnya dia? Masih lagi seperti dahulu? Nurul Iman yang cekal dan kental dengan setiap cubaan? Iman, andai kau tahu… Tidak pernah ku lupakan dirimu, setiap hembusan nafasku, kau sentiasa berada dalam ingatan… Biarpun kita terpisah, aku tidak akan melemparmu jauh dari jiwa ini, akan ku terus biarkan namamu terukir di ruang hati ini, tanpa ada sesiapa yang menjadi galang gantinya… Iman, mengertilah… Hanya kau di hati… Untuk selamanya…….


Terlarut aku
Dalam kesendirian
Saat aku menyadari
Tiada lagi dirimu kini


Sampai kapankah
Aku mampu bertahan
Tertatih aku jalani
Semua kisah hidupku ini


Tak akan terganti
Setiap kenangan yang telah terukir
Yang terendap indah
Dan melekat di hati


Akankah berakhir
Semua rasa yang telah tercipta
Didalam benakku
Dan didalam asa-ku


made specially by Tulip Biru... Enjoy it!