Sunday, April 15, 2012

JANGANLAH MALAS...

Assalamualaikum...

Lagi dua minggu kami akan exam.. Exam apa? Exam summer, FINAL... Ya Allah, takutnya... takutnya... Dikatakan ada 206 topik untuk dihabiskan.. Mana nak cari kekuatan ni, Ya Allah... Sekarang ni, duduk serba tak kena... Nak mulakan yang mana satu pun tak tahu... Nak pegang yang mana satu pun jadi serba salah. Overall, ada tiga modul untuk revision, each modul ada tiga subjek utama, PHYSIOLOGY, ANATOMY dengan BIOCHEMISTRY... Boleh dikatakan setiap modul ada cabaran. Ada kesusahan... Kepada rakan-rakan sekalian, cuba cadangkan atau ada tips tips macam mana nak handle study buat masa sekarang?

Allah pun tak suka kalau kita asyik meminta tapi tak ada usaha... SAYA TAHU TAPI SAYA MALAS. Penyakit yang amat sinonim dengan diri... Betullah kata orang, malas itu racun, rajin sebaliknya... Rajin itu penawar. Kalau dah rajin nak study, diserang penyakit mengantuk tiba-tiba... Bila buka internet, buat benda lain pulak. Macam mana nak tetapkan minda, macam mana nak fokus? Kawan-kawan, help me please.... :(

Ditambah dengan beberapa masalah lain, barulah terasa hidup ini betul-betul penuh dengan tanggungjawab. Apabila bercakap tentang tanggungjawab, teringat post kawan kat wall group di Facebook...

Assalamualaikum and selamat pagi!!
Pesanan ringkas untuk adik-adik sekalian & juga untuk diri sendiri:
Di kala kita diserang virus kemalasan, virus bertangguh-tangguh masa, virus stress atau apa sahaja virus yang melembabkan gerak kerja mengulangkaji pelajaran, tanamkan semula dalam jiwa bahawa kita sedang memikul sebuah tanggungjawabbb! Tanggungjawab sbg pelajar, sebagai anak, sebagai pengguna duit cukai rakyat, dan yang paling penting tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Jadi, studylah dengan penuh rasa tanggungjawab, moga dipermudahkan oleh Allah. Bittaufiq wannajah fil imtihan ^^


Betul apa yang dikatakan... Tersentak saya sebentar...! 

Bersama-samalah kita melawan nafsu bermalas-malasan.. Mulakan dengan tekad yang baru.. Semoga meraih keberkatan waktu... InsyaAllah..

Keluarga kecil di Cork... Yang bertudung biru, kak Atiqah, Student Third Year...

Waktu tutorial, kelas terakhir sebelum Exam dua minggu lagi... :(

InsyaAllah... :D

Monday, April 2, 2012

IBRAH SINGA DAN KERUSI YANG BERKAKI EMPAT

Assalamualaikum pengunjung blog, sihat? ^^...

Sudah beberapa hari dilanda demam yang tidaklah seteruk mana, tetapi boleh tahan penangannya. Sekalipun itu, saya bersyukur kerana sudah lama tidak sakit sebegini. Sakit jua adalah ujian, bahkan penghapus dosa, InsyaAllah... ^^ Cuaca yang agak baik pada hari ini saya manfaatkan untuk ke bandar bersama sahabat. Niat di hati untuk membeli beberapa souvenirs untuk keluarga dan saudara mara terdekat. Walaupun dirasakan agak 'sesak' dengan duit, untuk keluarga, it worth more than everything...

Namun, bukanlah itu yang mejadi tajuk utama entri pada kali ini, bukanlah tentang wang, kerana saya percaya, rezeki itu ada dimana-mana, rezeki itu milik Allah dan tugas kita sebagai hamba, berusahalah mencari dan menguruskan rezeki yang diberikan dengan baik. Seperti mana di dalam lafaz doa sewaktu solat Dhuha...

" Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah, jika ada dibumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah.... "

Sewaktu solat berjemaah tadi, saya telah diberikan amanah untuk menyampaikan sedikit pengisian sejurus selepas solat. Kira-kira sejam sebelum itu, sempat saya menjengah ke laman ILUVISLAM dan beberapa artikel dibaca namun dirasakan pengisiannya berat. Tidak pula saya letakkan target tentang tajuk yang bakal disampaikan, cuma kalau boleh saya mahukan pengisian yang ringan, tetapi ada isinya. Alhamdulillah, saya tertarik dengan artikel bertajuk Singa dan Kerusi yang Berkaki Empat.

Kata penulisnya, hidup ini perlulah mempunyai matlamat yang jelas, kerana apa? Selagi kita mempunyai matlamat yang jelas, dengan mudahnya kita dapat menepis segala cabaran dan halangan sepanjang kita berjuang ke arah matlamat yang dituju. Secara amnya, kita sebagai umat Islam, matlamat hidup kita yang jelas, mestilah mencari redhaNya, dan destinasi terakhir yang diimpikan mestilah Jannah... ^^ Secara spesifikasinya, kita sebagai manusia yang berjalan di atas muka bumi ini, sudah tentu masing-masing mahu mencapai cita-cita dan seterusnya membuat future planning untuk diri dan keluarga yang bakal terbina. Orang yang jelas matlamatnya akan lebih fokus dalam merancang perjalanan kehidupan. Berbicara tentang fokus, penulis artikel ini mengaitkan dengan kisah singa yang liar.

Sumber : Google image

Jika diperhatikan singa yang liar, bagaimana dengan mudahnya penjinak singa, menjinakkan dan mengawal singa tersebut? Terdapat dua kaedah, yang pertama, menggunakan pistol, namun, dikhuatiri agak merbahaya untuk digunakan, dan kaedah kedua yang lebih mudah adalah dengan menggunakan kerusi berkaki empat. Bagaimana? Caranya, penjinak singa menghalakan kaki kerusi ke arah singa berkenaan, menyebabkan singa hilang fokus, tidak tahu untuk meletakkan sasaran di antara keempat empat kaki kerusi tersebut. Singa yang liar dengan mudahnya tewas dan 'hilang taring'. Subhanallah.... Singa yang liar dan menjadi raja hutan hanya tewas dengan kerusi, kita bagaimana? Persiapkanlah diri dengan sebaik mungkin untuk berdepan dengan segala musibah dalam menuju matlamat yang diimpikan... (:

InsyaAllah... Semoga mendapat ibrah daripada kisah ini...
Pentingnya hidup ini berlandaskan keimanan, iman dapat mengawal nafsu dan hati... Dan hati...
adalah raja bagi tubuh... (:

Sunday, April 1, 2012

UJIAN BUAT HAMBANYA...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Masih lagi diberi peluang bernafas dan merasai nikmat kehidupan. Masa yang lapang ini banyak menguji kesabaran diri. Sebulan bercuti, kalau tak dimanfaatkan amatlah rugi. Dalam percakapan, dalam menulis atau menaip, begitu mudah mengakui, mengakui apa? Mengakui masa itu amatlah berharga. Namun, realitinya, selalu kecundang dengan nafsu dan bisikan syaitan. Akhirnya, tubuh lebih tergerak melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa. Nauzubillah, minta dijauhkan.... ^^

Teringat kata-kata sahabat,

Yang pertama, kata-kata senior saya...

" Iylni, awak kena ingat. Waktu yang lapang ini, adalah waktu yang membunuh"
Saya amat mengakui kebenarannya, dua hari lepas, saya memang banyak membuang masa. Pelajaran entah ke mana.. Nota langsung tidak terusik. Al-Quran apatah lagi.



Yang kedua, kata-kata sahabat saya...

" Allah nak tarbiyah kita apabila kita keseorangan. Allah mahu kita bersamaNya ketika kita sendirian..."
Kalaulah kita fikir, kita boleh melakukan apa sahaja sewaktu kita sendirian, kita salah, salah sama sekali. Allah melihat setiap perbuatan kita, malah malaikat juga ada di sisi kita.

Subhanallah, lebih menakutkan apabila dikatakan malaikat maut datang menjenguk kita lebih kurang 80 KALI setiap hari. Tidakkah kita gementar andai ajal menjemput sebelum kita belum bersedia?
** Banyakkan beristighfar, banyakkan bertaubat **

InsyaAllah... perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah, namun Allah selalu ada untuk hambaNya..
PERCAYA. YAKIN. NEKAD

Friday, March 30, 2012

SEBUAH TINTA

Assalamualaikum...

Buat pengunjung blog yang senantiasa dirahmati Allah sekalian... :) Tiada apa untuk dicoretkan melainkan apa yang telah berlaku semenjak ketiadaan diri di dalam blog ini.. Kehidupan yang semakin menghimpit dengan kesibukan dunia menyebabkan kadang-kadang diri ini lelah. Meskipun begitu, saya perlu akur dengan ketetapan yang telah diaturkan dan barangkali Allah mahu menguji seseorang itu, sejauh mana dia mengingati Allah dalam setiap langkah yang diambil. Dan sudilah kiranya saya ingin berkongsi dua ayat daripada surah Al-Isra' ayat 18 dan 19, yang bermaksud :

" Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka kami segerakan baginya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang Kami kehendaki. Kemudian, kami sediakan baginya di akhirat neraka Jahannam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir."


" Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."

Begitu terkesan dengan dua ayat ini apabila menyedari hakikat bahawa Allah selalu bersama-sama kita dan betapa Allah terlalu menyayangi hambaNya, kerana apa yang dipinta insyaAllah akan diberi tanpa batas dan tanpa mengharapkan balasan. Sungguh, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Percayalah, sekiranya terdetik di dalam hati mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan, Allah akan membimbing setiap langkah yang diambil. Berdoa dan teruslah berusaha.

Hampir tujuh bulan berada di bumi asing banyak mendidik diri ini untuk menjadi lebih matang. Kepekatan jahiliyah yang dahulunya diagungkan terasa makin jijik apabila diingatkan kembali. Walau bagaimanapun, untuk mematahkan nafsu daripada terus bergelumang dalam lumpur jahiliyah tidaklah semudah yang disangka. Kadang-kadang hiba dengan nasib diri, hanyut dalam kehidupan dunia yang hanyalah sebuah pentas permainan. Alhamdulillah, Allah bukakan jalan untuk saya bertemu dengan sahabat yang mahu menerima dan mengajak saya ke arah jalanNya.

Apa yang saya boleh katakan, saya bahagia sekarang, berada dalam titian perjuangan. Kemanisan usaha itu diraih dengan rasa syukur meskipun kadang-kala terpalit rasa sesal, sedih, penat dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, sudah tamat menjalani kelas sepanjang berada di University College Cork untuk tahun pertama, kami perlu membuat persiapan bagi summer exam nanti... Semalam, saya mendapat pengisian yang berguna oleh hamba Allah yang baru sahaja pulang dari Palestin. Terkesan dengan pengalaman yang diraih, betapa bersyukur diri ini apabila mengenangkan nasib mereka yang berada di sana. Sedih turut menyelimut hati apabila saudara seumat Islam diperlakukan sebegitu. Apa yang mengharukan, rakyat Palestin selalu bersedia untuk menghadapi syahid. Diri ini bagaikan terpukul, kita bagaimana? Fikirkanlah...

Kill them with love -Boona-

Doakan yang terbaik buat saya di perantauan... Tak sabar menjengah ke Malaysia bulan enam nanti... :)

Thursday, January 26, 2012

HEART PHARYNX LARYNX AND SO ON...

Assalamualaikum... Miss Tulip menaip entri ini di library Brookfield... Jam menunjukkan pukul 8.45 malam... Tak lama lagi dah nak blah... Aduh.. Otak makin penat ni... Tu yang berhenti kejap, update blog.. Okeh! 

Ya Allah, permudahkan urusan kami ya Allah... 
Miss tulip amat nervous sekarang ni... 
Mudah-mudahan esok boleh jawab.. :)

Sebelum ni, subjek anatomy la yang membunuh harapan miss tulip untuk dapat first class honour overall... sikit je lagi kot! dapat second class je... T.T

Buku dan nota dan fail...

penat ni... PENAT...

nota anatomy... sayang gila dengan subjek ni... paksa diri..HEK!

TULIP BIRU... TULIP!

First class honour!!! Doakan kawan-kawan... Esok exam pukul 2.30... :)