Wednesday, March 6, 2013

Perjumpaan student MARA AUCMS

Assalamualaikum... good morning.. hehe.. kat ireland baru pukul 10.30 pagi.. tadi lepak kejap kat cafe.. makan makan.. sekarang kat surau.... nak study sikit sebelum ke kelas pukul 12 kejap lagi..

pukul 8 pagi tadi dah bertolak dari rumah sebab ada perjumpaan dengan Anne Haris.. irish yang mengawasi student Malaysia Aucms kat sini.. hehehe.. dalam perjumpaan tadi, dia ada tunjuk beberapa gambar tentang campus kami kat taiping nanti..

Klinikal akan dibuat di Hospital Taiping dan jarak 200 m cam tu dari kampus tempat belajar.. aku dah excited dah bila dia tunjuk pelan bangunan yang bakal siap sebagai tempat belajar nanti.. ada yang tanya bila tarikh balik Malaysia? Annr Haris cakap maybe dalam 30/31 Januari... cepat gila.. tak rasa lama pun stay kat Ireland ni.. huhu..

Katanya kat Ireland dua tahun setengah..ni rasanya dua tahun tiga bulan je ni.. hehe.. tak sabar rasanya nak masuk hospital nanti.. mesti best.. tadi Anne Haris ada cakap jugak maybe balik hari jumaat ke Malaysia, and then ada bas direct ke Taiping.. kami semua dah macam... what????

hahaha.. konfirm la semua orang jetlag tak habis lagi kalau tetiba kelas buat hari isnin... takkanlah.. impossible.. tak tahu lah.. mungkin tak tetap lagi perihal tu.. nasib gak rumah aku dekat.. haha.. aku rasa ibu aku confirm direct follow aku ke taiping..

Oke lah nak sambung study.. tapi mengantuk la.. mengantuk gila... fikir nak balik nak balik 30 May ni.. go go!!! Assalamualaikum...

No comments: