Friday, December 31, 2010

MELANGKAH KE TAHUN BARU


Assalamualaikum kawan....

Bermulanya detik 12.00 tengah malam, kita sudahpun melangkah ke alam baru, ke tahun baru... Apabila kita menyebut tentang tahun baru, dalam kepala masing-masing sudahpun terbayang azam untuk lebih memajukan diri mahupun meningkatkan prestasi masing-masing... HAHA! Tak tahulah pula kalau ada yang mahu merosakkan diri apabila berada di tahun baru. Jaranglah kan kita ketemui manusia-manusia sebegini.

AWAS! Perkara yang sinonim dengan malam tahun baru ini, pergaulan bebas sering berlaku bila ada konsert di mana-mana. Bukanlah nak kata, tetapi boleh dikatakan benda macam ini merupakan benda yang wajib terjadi! OH NO! Apalah nak jadi dengan remaja kita... Terutamanya, maaf saya katakan, remaja melayu terutamanya terjebak dalam kes-kes seumpama ini. Sungguh miss tulip katakan, remaja melayu amat berbeda jika dibandingkan dengan remaja terdahulu. Ke mana hilangnya kemelayuan kita? Tiada lagi sifat sopan santun dan malu, semuanya 'open'... HAH! Apalagi, macam manalah tak terjadi kes-kes yang teruk lagi memalukan ini? Fikir-fikirkanlah...

Melangkah ke tahun baru.... miss tulip belum terasa mahu memasang apa-apa azam.. takut tak menjadi, cuma miss tulip mahu berubah ke arah yang lebih baik... Bezanya kali ini, miss tulip tak mahu mengkhususkan perkara tersebut, biar berubah slow slow... Asalkan nampak sedikit demi sedikit perubahan... Miss tulip mahu berusaha lebih keras sedikit untuk mendapat 4.00 flat.. yahh... Exam semester 2 bakal tiba, tiada masa lagi untuk bersenang lenang. Miss tulip kena paksa diri untuk terus belajar... Kalau tidak, masa akan terus meninggalkan kita... Rugi, tahu?
Kepada ibu dan abah miss tulip, miss tulip ingin berbakti kepada mereka sepenuhnya. Caranya? Miss tulip tentukan... Hal personal beb! miss tulip tak bisa kongsikan di sini... =) Buat sahabat-sahabat miss tulip yang terchenta, semoga kalian senantiasa tabahkan hati menempuh ranjau hidup ini, teruslah melangkah, jangan menoleh ke belakang... NAMUN! Kadangkala, menoleh ke belakang jua ada gunanya, sejarah kita jangan dilupa... Asal-usul kita jangan luput dari ingatan.. Ingat! Berpijak di bumi yang nyata.. Teruslah berusaha menegakkan agama dan bangsa.. Kalian mampu kalau itu yang kalian hajatkan because "where there's a will, there's a way"...
Akhir kata, miss tulip ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2011...!!!!
** Happy always and double up your effort for a better life...XOXO~**

Thursday, December 30, 2010

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum semua...

Harap kalian masih lagi steady dan sihat walafiat, bak kata pepatah Inggeris, harap-harap kalian in the brown of health... HEHE... sengaja miss tulip menukar pink kepada brown... I love brown rather than pink...

Sebelum miss tulip menulis entri ini, miss tulip telah meninjau seketika ke laman sosial yang popular seantero dunia, apalagi kalau bukan facebook. Miss tulip teringat kisah semalam setibanya miss tulip di hostel.. Adalah kawan baik miss tulip ini yang sedang rancak + tekun menghadap laptop. Sejurus miss tulip menjenguk ke dalam bilik, beliau terus menceritakan 'something' yang dibuatnya sepeninggalan miss tulip dan seorang lagi housemate ke rumah nenek miss tulip, HAHA! Gara-gara nak tengok bola punya pasal... adeii

Kata kawan miss tulip, dia tengah berdebat gila gila punya dengan seorang warga Indonesia ini... HAHA! Miss tulip tumpang tengok sekali post post yang ada di wall FAM ( bukan wall official)... Memang hangat hati... Malaysia dikutuk + dimaki + dicerca dan etc. Sabar sajalah layan kerenah warga negara jiran. Namun, miss tulip ingin memberi pujian yang hebat buat warga Malaysia... Rata-ratanya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh mereka. Tetapi, tidak dinafikan, mungkin ini disebabkan Malaysia sudah berpuas hati dengan kemenangan semalam. Jika tidak, mungkinkah kita seperti mereka?

Sekarang, biar miss tulip beri pendapat tersendiri... First of all, malam perlawanan akhir, kalau kalian perasan, referee macam berat sebelah, kenapa ya? Banyak kali pemain lawan main kasar, tetapi referee buat don't know... Bila Malaysa buat salah, senang ja dia detect... Kesimpulannya, miss tulip memang sangat tidak berpuas hati... Harap harap, lepas ini referee dapat membuat pertimbangan yang adil.... Keduanya, kisah laser melaser.... bagi pendapat miss tulip, teguran ini baik buat Malaysia, juga buat pihak lawan. Cuba kita renung kembali apa yang kita lakukan, berbaloikah? Setakat main sesama negara jiran, sudah kecoh nak berlaga-laga, nak bermusuhan, sedangkan, piala dunia yang berlangsung, tiada sama sekali masalah remeh temeh seperti ini... maaf andai miss tulip terlanjur kata, tetapi ini untuk kebaikan kita.. main secara sihat tanpa ada perbalahan, kan lebih aman? Kenapa perlu caci mencaci dan memaki hamun sesama sendiri... Hanya kerana adat menang kalah perlawanan?

**SERIOUSLY THEY ARE GREAT!!**

Ketiganya, miss tulip ingin memuji sifat kebangsaan yang dimiliki kedua-dua negara. Sememangnya, telah terbukti, kalian memang mempunyai sikap cintakan negara yang tinggi, kalian memang SUPPORTIVE!! Kata orang, sampai bergaduh mulut laa.. kan? =) Keempat, miss tulip ingin memuji pasukan Malaysia semalam yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Terutama buat KHAIRUL FAHMI, penjaga gol yang terbaik pada malam perlawanan. Tabik spring kat beliau yang sangat cekap menilik arah bola. Sangat teliti! =) Pemain yang lain tidak kurang hebatnya... SAFEE, NORSHAHRUL dan MUSLIM antara pemain yang mendapat perhatian miss tulip sekeluarga malam itu.. ASHARI yang turut begitu banyak membantu, nampak sedikit 'pancit' di akhir akhir perlawanan. Apapun, kalian memang HEBAT!



** BAKAL DATO' NI... DATO' K GAK... HEHE**


Adat perlawanan, ada kalah dan ada yang menang.... Rezeki masing-masing... Buat pasukan Indonesia, kalian juga hebat! =) Kalau tidak, takkanlah masuk final, kan? Buat pasukan tanah tumpah darahku, MALAYSIA, terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah pada kalian kerana berjaya mengharumkan nama negara kita.... I LOVE YOU!!

Tuesday, December 28, 2010

KAK UNA! Thanks!



Kak una.. thanks for this awards.. heeee.....

1. Thanks the person who gave you the award and link the person.
Thanks kak una for this award... teehee =)

2. Spread the words to 15 bloggers who you like and you think their blogs are awesome!
award ni turut ingin diberikan pada....

- Bella
- Teen
- Ezzati
- Linda
- Timah
- jieya

3. Tell 7 things about yourself

1. taklative
2. daydreaming person
3. kuat tidoq
4. suka brown
5. suka makan
6. suka microphone
7. penyayang... HEHE

Monday, December 27, 2010

Kahwin.... Hehe

Assalamualaikum pengunjung blogku...

Sebenarnya geng... Dari pagi tadi miss tulip nak menaip kat blog ni... Semangat bukan main lagi... HEHE... Bukannya apa.. tak sabar nak kongsi kisah hidup ni... Rasa kosong tanpa sedikit coretan bermakna di ruang blog ini... Yahhhhh, ayat tak boleh blah....

Berbekalkan semangat yang kental lagi jitu di sudut hati miss tulip ini, biarlah miss tulip terangkan pada kalian maksud khusus di sebalik tajuk ini... Kahwin? Haii miss tulip... Umur baru setahun jagung... fulus pun masih bergantung pada ibu dan abah, dah berangan nak menikah? LOL! Bukan itu maksud miss tulip... bukan miss tulip yang berangan mat jenin la geng... bukan..
Miss tulip cuma nak kongsikan dengan kalian tentang majlis kenduri kahwin sepupu terdekat miss tulip baru-baru ini..

Alhamdulillah sepupu miss tulip, Nor Hidayu selamat dinikahkan dengan... aaa... aaa... ahh... sori geng... lupa nama suami sepupu... HEHE... Apapun, tahniah miss tulip ucapkan pada kedua mempelai diiringi dengan doa yang kudus... semoga bahagia ke anak cucu... Geng nak tahu perkara apa yang miss tulip paling suka + gemar + seronok nak mati bila ada majlis-majlis macam ini? Bagi miss tulip, bila dapat gather satu family dengan sepupu yang jrang-jarang sekali memang sangat best... Tambah-tambah pulak, bila kita lama tak jumpa dengan sepupu-sepapat kita... Bila jumpa ja, apa lagi, tiga hari tiga malam pun tak habis lagi rancak buka cerita... Seronok habis la….

Nak dijadikan cerita, miss tulip jadi bidan terjun dua malam sebelum kenduri kahwin, menghias bilik pengantin. Berpeluh-peluh miss tulip panjat sana panjat sini untuk gantung decorations. Lutut ni ketar bukan main lagi... Dah lama tak berkecimpung dalam bidang extreme ini... HAHA... Extreme la sangat... Alhamdulillah selesai la jugak miss tulip hias bilik tersebut... Bajet macam miss tulip buat seorang diri, kan? Effort miss tulip sangat berharga yaa...

Overall majlis berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Petang sikit, pengantin baru menghilangkan diri.. HAHA! Bukan lari la geng. Tapi, buat photoshot kat mengkuang dem, kedah.. Tahu? Google search sekarang... Malam tu, tepat pukul 8.30 semua terpacak depan tv, tengok bola sepak final untuk first round. Memang havoc satu rumah tengok bola. Final + MALAYSIA punya pasal... HEHE... apapun, tahniah buat team Malaysia! Hangpa memang ada skill.... 3-0... menang bergaya.... Teruskan untuk second round nanti.... =)

Berikut miss tulip lampirkan bersama gambar-gambar sewaktu dan sebelum majlis kahwin...

kakak dengan kak Azira... mastermind untuk telur rebus dan sweets...

*tekun*

Pose pengantin... dengan adik lelaki... Izzad... Yang beliau dukung tu, anak sedara kawe...
* sweet *


pose sebelum pihak lelaki datang...
*cun*


sepupu terchenta... anak mak su and pak ngah...

* best moment *



macam biasa... cuma tambah seorang lagi... anak pak long... HEHE...
* nakal nakal*


kak ida dan mak lang duduk duduk...

* candid candid!*


mastermind yang banyak membantu...
* izzad dan pili*


my sis rasmi katil pengantin... hasil decoration miss tulip... cece...
* kalah pengantin... *


sekali lagi sepupu berenam yang gila ambil gambar...
* rock la hangpa ni... *


Balqis dan Aisha flower girls...
* cute*

pose sebelum ke rumah kenduri...
* sempat lagi bhaiii... *


WISH YOU A HAPPY LIFE TOGETHER WITH LOVE....
AMEEN....

Sunday, December 26, 2010

Cik Riikoo.. Thanks!


Adakah anda rasa anda HOT?

******************
HAHA! Lawak laa soklan nih... ada ka org nak angkat bakul? Eh, tak mustahil kan... Tapi, bagi aku, taklah doww... aku manusia biasa yang kadang kadang suka syok sendiri... tuh jaa... hehe..



Update wallpaper yang anda guna sekarang?


******************************
wallpaper yang pink ni ka? Miss tulip rasa selesa sikit dengan wallpaper ni kot... jiwa tenang sikit...

Cerita about this wallpaper.


*****************************
Wallpaper ni miss Tulip amek dari blog sepupu... rasa macam kiut ja dia pnya blog... usyar jap link kat bawah sekali... malas nak fikir banyak, terus amek wallpaper ni... tak larat dah nak edit + usyar wallpapers lain... adeii... letih woo...

Kali terakhir makan pizza?


***********************
tak ingat.... lama dah... sebulan lebih dah kot...


Lagu terakhir yang anda dengar?


*************************
lagu kekanda adinda.... kenduri sepupu tadi....

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?


*******************************
tengok handphone yang bercaj.... baru habih tengok bola...

Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?


**********************************
Kalau dalam kalangan family, miss Tulip lebih mesra dipanggil 'adik'... hehe.. walau pada hakikatnya miss Tulip bukanlah anak bongsu... kalau ngan kekawan... mesra dengan 'Iylni'... tapi adalah yang panggil Nurul kalau rasa tergeliat lidah nak panggil Iylni....

Siapa orang nombor 1 dengan anda?


***********************
terkecuali dengan ahli keluarga ke, kalau cam tuh... dialah siapa lagi... 'kmk'ian...



Katakan sesuatu pada orang nombor 5.


******************************


tak paham sgt la soklan nii... tapi,, miss tulip jawab je laa... "kawan-kawan, jom belajar!"


Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?


****************************

Tak taulah miss tulip.... tanya dia sendiri......




Bagaimana pula dengan nombor 2?

**************************

miss tulip rindu dia.....


Katakan cinta kepada orang nombor 4.


******************************


masih tak faham... tapi.... ahh... tak faham gak laa... sayang hang.... xoxoxo~


Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.


******************************

tak tag... jadi tak dapat bagi fakta... HEHE....