Friday, December 31, 2010

MELANGKAH KE TAHUN BARU


Assalamualaikum kawan....

Bermulanya detik 12.00 tengah malam, kita sudahpun melangkah ke alam baru, ke tahun baru... Apabila kita menyebut tentang tahun baru, dalam kepala masing-masing sudahpun terbayang azam untuk lebih memajukan diri mahupun meningkatkan prestasi masing-masing... HAHA! Tak tahulah pula kalau ada yang mahu merosakkan diri apabila berada di tahun baru. Jaranglah kan kita ketemui manusia-manusia sebegini.

AWAS! Perkara yang sinonim dengan malam tahun baru ini, pergaulan bebas sering berlaku bila ada konsert di mana-mana. Bukanlah nak kata, tetapi boleh dikatakan benda macam ini merupakan benda yang wajib terjadi! OH NO! Apalah nak jadi dengan remaja kita... Terutamanya, maaf saya katakan, remaja melayu terutamanya terjebak dalam kes-kes seumpama ini. Sungguh miss tulip katakan, remaja melayu amat berbeda jika dibandingkan dengan remaja terdahulu. Ke mana hilangnya kemelayuan kita? Tiada lagi sifat sopan santun dan malu, semuanya 'open'... HAH! Apalagi, macam manalah tak terjadi kes-kes yang teruk lagi memalukan ini? Fikir-fikirkanlah...

Melangkah ke tahun baru.... miss tulip belum terasa mahu memasang apa-apa azam.. takut tak menjadi, cuma miss tulip mahu berubah ke arah yang lebih baik... Bezanya kali ini, miss tulip tak mahu mengkhususkan perkara tersebut, biar berubah slow slow... Asalkan nampak sedikit demi sedikit perubahan... Miss tulip mahu berusaha lebih keras sedikit untuk mendapat 4.00 flat.. yahh... Exam semester 2 bakal tiba, tiada masa lagi untuk bersenang lenang. Miss tulip kena paksa diri untuk terus belajar... Kalau tidak, masa akan terus meninggalkan kita... Rugi, tahu?
Kepada ibu dan abah miss tulip, miss tulip ingin berbakti kepada mereka sepenuhnya. Caranya? Miss tulip tentukan... Hal personal beb! miss tulip tak bisa kongsikan di sini... =) Buat sahabat-sahabat miss tulip yang terchenta, semoga kalian senantiasa tabahkan hati menempuh ranjau hidup ini, teruslah melangkah, jangan menoleh ke belakang... NAMUN! Kadangkala, menoleh ke belakang jua ada gunanya, sejarah kita jangan dilupa... Asal-usul kita jangan luput dari ingatan.. Ingat! Berpijak di bumi yang nyata.. Teruslah berusaha menegakkan agama dan bangsa.. Kalian mampu kalau itu yang kalian hajatkan because "where there's a will, there's a way"...
Akhir kata, miss tulip ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2011...!!!!
** Happy always and double up your effort for a better life...XOXO~**

No comments: