Monday, January 3, 2011

HARUS AKU BAIKI....

Assalamualaikum kepada sesiapa yang sudi menjenguk ke entri miss tulip buat kali ini...

Anyway, miss tulip berasa sangat senang hati hari ini... Semalam, miss tulip menjenguk sebentar kawan-kawan tulip di matrikulasi... Spend time with all of you for the whole day! Kinda fun and enjoyable... Thanks a lot guys! Sebenarnya geng, miss tulip berniat nak tidur sebentar buat setengah jam lamanya. Ini kerana otak miss tulip yang hampir meletup diasak dengan subjek subjek yang memerlukan pemahaman yang ekstrem seperti kimia, fizik, psychology dan math.. Sebelum miss tulip ke kamar beradu, terlanjur mengusyar blog sendiri... let me share with you something about myself, that is my WEAKNESSES!

Miss tulip yakin tanpa syak wasangka lagi dan berani mandi esok pagi dengan mengatakan bahawa setiap orang ada kelemahan masing-masing. Mustahil bagi seseorang itu mempunyai sifat kesempurnaan tanpa pernah berbuat kesalahan. Yang digelar ramai sebagai MR. and MRS. PERFECT pun mesti pernah jugak buat salah... Rasanya, semua orang pun sedia maklum, kan? Ini kerana di dalam Al Quran, telah tercatat...
"“… dan manusia dijadikan bersifat lemah.” [Q.S. An-Nisa’ (4): 28]. Jadi, mana mungkin manusia itu bersifat sempurna kecuali Allah s.w.t yang menciptakan setiap makhluk di dalam dunia ini. Dia Yang MAHA ESA....

Berbalik pada miss tulip sebagai subjek utama dalam entri ini, ingin miss tulip katakan di sini, miss tulip jua manusia biasa yang punya kelemahan, entri ini sekadar perkongsian dan bukanlah niat miss tulip untuk perkara lain. HAHA! Skema la ayat... ok.. steady steady...

PERTAMA!
Miss tulip seorang yang suka menangguh...
Ini kelemahan miss tulip yang sangat miss tulip sendiri tak berkenan. HAHA! Tapi, buat jugak... misalnya, miss tulip selalu siapkan assignment atau tutorial untuk satu satu subjek pada hari tutorial itu akan dibincang. Padahal, dah plan seminggu sebelum itu lagi nak buat tutorial. Bukan setakat letak notis atas kepala, siap tulis dalam buku nota. "IMPORTANT!" Tapi, last last, miss tulip bukak ja mata, dah sampai hari yang dinantikan. Tutorial jangan kata siap walaupun sikit, habuk pun takda! =) Menci ahhhh....

KEDUA!
Miss tulip seorang yang ego, ego miss tulip tinggi....
HAAA... Bagi kawan-kawan miss tulip atau sesiapalah yang mengenal diri ini, maybe ada sesetengah yang perasan, dan maybe ada juga di antara kamu, kamu dan kamu yang sampai sekarang tak perasan. Akhirnya, diri sendiri jugak yang terperasan sorang sorang. "Eh, egokah aku?"...
Ada masanya, miss tulip minta maaf dengan someone yang miss tulip memang respect dan maybe someone special dalam diri. Contohnya ibu dan abah, cikgu-cikgu, dan someone.. alah someone lah... kan... tapi, kalau dengan kawan-kawan,cukup susah... tambah-tambah yang memang dah ngam + sekatil sebantal ni... Buat julung-julung kali, miss tulip nak katakan di sini wahai kawan-kawanku, miss tulip minta maaf dengan kalian... SORRY GENG! adeh, setakat tulis bolehlah... nak cakap? huh... miss tulip diam ja... buat-buat tak bersalah... teruk, kan?

KETIGA!
cepat menangis... tangkap leleh....
Miss tulip perempuan... dan semua mesti tahu perempuan sinonim dengan perkataan menangis ini... Begitulah juga diri ini... Miss tulip paling pantang kalau nampak orang menangis... perihal apa pun berkaitan ibu dan bapa, mahupun ada orang marah...... dengan sepantas kilat... I'll cry... Sensitif dengan orang sekeliling yang miss tulip sayang, kalau miss tulip rindu pun, miss tulip akan nangis... Tension apatah lagi...

KEEMPAT!
miss tulip sangat clumsy....
Ini pun sinonim dengan perempuan, dan miss tulip salah seorangnya.... Buat kerja apapun, kalau tak sesuatu yang haru berlaku, bukan miss tuliplah namanya... Tapi, sekarang macam tercontrollah sikit... Alhamdulillah... Cuma, kadang-kadang, perangai gopoh tu terbit entah dari mana. Habis kucar kacir hidup... HAHA!

Guys....

Miss tulip sebenarnya ada banyak lagi kelemahan yang belum miss tulip perasan. Bagi miss tulip, apapun kelemahan kita, itu bukanlah satu alasan untuk kita berada di tapuk yang lama. Open your mind fellas! Even kadang-kadang kita tak sedar, kelemahan menjadikan manusia itu unik. Kelemahan menjadikan kita berbeza dengan yang lain. Yakinlah, Allah itu MAHA ADIL... Dia tahu yang mana baik, dan yang mana buruk buat hambaNya... Tugas kita, untuk berubah ke arah yang lebih baik... Walaupun dengan berdikit dikit... Terimalah diri kita seadanya... =)

Miss tulip terpaksa berundur dulu untuk entri kali ini... Mata miss tulip dah berat semacam...
I have to go... By the way, miss tulip perdengarkan kalian dengan lagu ini... by hannah montana... Nobody's Perfect!

Enjoy! =)


credit to xpabloxx1

No comments: