Saturday, January 1, 2011

CHECK GIGI YOK!

Assalamualaikum geng sekalian....


Alhamdulillah... miss tulip baru habis makan ini... kawan-kawan masak ayam masak kurma.. YUMMY! Lama haa miss tulip tak makan... Anyway, sejurus lepas membuka blog ini, miss tulip ternampak satu berita dari seorang blogger, Cheqpjoy... Al fatihah miss tulip buat pelakon yang sangat miss tulip kagumi, Faizal Yusof. Agak terkejut miss tulip mendapat tahu berita tersebut, dalam seusia 33 tahun, beliau sudah pergi menghadap Illahi.. Benarlah, kematian tidak mengenal usia dan siapa kita... Bertaubatlah segera para stalkers sekalian... Bersama-samalah kita...


Perihal entri kali ini, turut membawa kepada salah satu azam miss tulip... Mahu lebih menjaga penampilan diri... Sebelum ini, miss tulip cuma mengendahkan yang basic, tetapi belum menjaga dengan lebih terjaga lagi.. Adeii... susah nak explain... Maksudnya, miss tulip mahu lebih komited dalam menjaga penampilan... HEHE... Menurut teacher Bio miss tulip, tak ramai rakyat Malaysia yang berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan. Jarang-jarang orang mengikuti perkembangan kesihatan gigi mereka...


Mujurlah sewaktu alam persekolahan, ada khidmat rawatan gigi... kalau tak, agaknya seumur hidup ya, sah! tak pernah check gigi... HAHA! Crap this nonsense.. Ok, Miss tulip berniat lama dah nak check gigi, tapi tak tahu nak pergi dengan siapa... Nasib baiklah, ada seorang kawan ini nak jumpa doktor, nak tampal gigi.. So, miss tulip ambil kesempatan yang berharga ini untuk membuntuti beliau ke USM Dental Care. HEHE...


Kalian tahu tak macam mana rusa masuk kampung? Macam tu la miss tulip masa nak mendaftar. HAHA... Kelakar... Lepas tu, slow slow tarik nafas, cool down... tak nak obvious sangat ke'gelabah'an miss tulip. Time tunggu turn, miss tulip dengan kawan terdengar bunyi budak jerit-jerit kat dalam. Aduhh.... Psycho betul, kenapa pulaklah budak tu jerit.. Serius ketar kepala lutut miss tulip. HAHA! Doktor macam manalah miss tulip ini... Abang nurse kat kaunter perasan agaknya tengok miss tulip cemas semacam, terus dia beritahu, " Budak tu nak cabut gigi ja..." Miss tulip senyum... Dush! Control sikit IYLNI!



HAHA! Al-kisah bila nama miss tulip dipanggil nurse, miss tulip macam biasalah... gelabah lagi... Masuk-masuk bilik, tak tahu nak buat apa, macam patung tercegat sebelah pintu, sampailah nurse suruh miss tulip duduk atas kerusi khas... Overall, semuanya berjalan dengan lancar. Nurse nurse agak garang... Tanya banyak kali,macam nak marah ja bila menjawab... Rileks lah... CHILL ok? Maybe tekanan sebab banyak kerja... Dah itu tugas kalian, apa kata kalian take it easy... Mesra rakyat lah sikit...


Hasil pemeriksaan gigi miss tulip, Alhamdulillah... doctor Arab bagitau, no problem... kalau nak buat rawatan pun, cuci gigi macam biasa sahaja... Gigi miss tulip dalam kondisi sihat alwalafiat... HEHE... I'm glad to hear that... Bayaran yang miss tulip kena cuma RM3, duit pendaftaran, pemeriksaan awal free... Kalau kena ubat, barulah di'charge'. Katanya, disebabkan kami student swasta...


Ok then, miss tulip harap kalian semua rajin-rajinlah menggosok gigi. Belajar teknik yang betul, supaya kuman-kuman dan bakteria terhapus dengan jayanya... Bukannya susah pun, kan? Rajin-rajinkan diri... Kebersihan separuh dari iman... Amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang lebih inovatif! =)

No comments: