Miss Tulip sedang menaip entri ini dengan amannya di rumah. Betapa amannya atmosfera di sini dengan kesejukan angin malam yang membuai... ahhh... miss Tulip berangan lagi... Ok guys, kita tinggalkan angan-angan miss Tulip yang overacting ni... Apa kata kita tinjau makna di sebalik title entri kita yakni... "congrats sis!"
Dua puluh minit sebelum miss Tulip sign in di sini, miss Tulip mendapat berita bahawa satu-satunya sepupu perempuan miss Tulip yang terdekat, telahpun mendapat keputusan PMR beliau semalam. Rasa-rasanya, semua pun semalam merupakan hari keramat bagi pelajar PMR tahun lepas. Setelah sekian lama merasakan debaran untuk mengetahui result yang bakal diperolehi, akhirnya pada tarikh 23 Disember 2010, semuanya telah dibongkar. HAHA... Ceh! Macam rahsia kerajaan ja bunyinya...
Miss Tulip ada dua orang sepupu terdekat yang dapat result PMR untuk tahun ini sebenarnya. Yang seorang ni, ada pak lang miss Tulip, he is a boy... Quiet pendiam... tak cakap banyak, tapi mamat bongsu ni, minat bola ya amat... Team feberet beliau, team Malaysia... Bagi miss Tulip, dia lain dari yang lain. Ya lah... Mengikut tinjauan miss Tulip, tak ramai peminat bola sepak di luar sana yang meminati bola sepak Malaysia.. Rata-ratanya, mereka lebih meminati team team luar negara dan kelab-kelab Barat. So, miss Tulip agak 'respect' di situ dengan dia..
Result beliau, 4A 4B... Congratz boy! Walaupun hang busy memanjang dengan aktiviti bola sepak hang, kak Iylni memang respect dengan result yang hang dapat... Keep it up boy! Bukan senang tau kaki bola macam hang nak bahagi masa dengan pelajaran dan minat. Anyway, you really did it! Syukur, Alhamdulillah... Teruskan usaha hang naa... Bola, bola gak... Belajar tuh, biaq sampai sukses tau...
Begitulah luahan rasa miss Tulip untuk sepupu lelaki miss Tulip yang kini menetap di Manjung, Perak nuh... Miss Tulip tujukan jua buat sesiapa yang mendapat result sedemikian rupa, tahniah sekali lagi... !! Tak perlu kecewa, sebab kalian dah buat yang terbaik... Cuma, kata orang, tiada rezeki... Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.. Siapa tahu, kan?
Buat sepupu yang disayangi, Nurlina Hanis... Kak Iylni ucapkan sejuta tahniah pada kamu. Bukan senang 'candidate' yang selalu keluar masuk hospital dapat result 6B2C... Tiada apa yang perlu dihairankan, dibimbangkan dan diperlekehkan. Result kamu amat amat amat menakjubkan! Sesetengah orang mungkin tidak mengetahui masalah kamu, biarlah... Yang pasti, di mata kak Iylni, kamu hebat...
Kalian tentu jarang ataupun tidak tahu mengenai suatu penyakit yang dinamakan S.L.E... Di sini, ingin miss Tulip bawakan suatu kisah benar, yang berlaku pada sepupu miss Tulip sendiri, bukan sepupu jauh-jauh, bahkan sepupu rapat miss Tulip... Syukur, Alhamdulillah... Kalian dan miss Tulip diberi peluang bernafas dan hidup dengan bebas di muka bumi ini tanpa sebarang masalah, sihat walafiat dan mampu bergerak mengikut keinginan sendiri.
Buat pengetahuan kalian, penyakit ini boleh dikatakan wujud hanya satu dalam sejuta. S.L.E stands for systemic lupus erythematosus. Penyakit ini terjadi apabila sistem immuniti dalam badan menyerang sendiri sel-sel badan dan tisu dalaman. Peluang untuk penyakit ini terjadi dalam kalangan perempuan lebih tinggi daripada lelaki. Dan, salah seorang yang kurang bernasib baik ialah sepupu miss Tulip...
Miss Tulip menyaksikan sendiri masalah yang dihadapinya, dan kalian bayangkan bagaimana dia 'survive' bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hayatnya. Semuanya bermula, sejak dia menghidap demam yang berlarutan. Sehinggakan dia terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan. Doktor mengesahkan dia menghidap demam kepialu pada mulanya, namun selepas tempoh rawatan, dia masih menghidap beberapa masalah.. Pernah suatu ketika, badannya mulai susut dan ada tanda-tanda seperti kesan parut di muka, dikenali sebagai 'butterfly rash'. Miss Tulip dan adik beradik yang lain tidak mahu bersuara tentang perkara itu, malah cuba sedaya upaya untuk menggembirakannya... Tak mahu dia bersedih...
Kemudian, tidak lama selepas itu, 'butterfly rash' mulai hilang, dan dia sihat seperti biasa. Dijangkakan dia sudah beransur pulih, namun gejala yang lain pula muncul. Begitulah seterusnya sehingga kini. Miss Tulip ingat lagi, kami bercuti sekeluarga, sehinggakan ada ketikanya, dia terlupa menelan ubat. Petang itu, dia mula sakit-sakit. Badannya begitu lemah. Namun, tidak begitu ditunjukkan kesakitan yang dialami. Sedihnya miss Tulip rasa, tak mampu menolongnya dengan cara yang lebih mudah daripada bergantung dengan ubat-ubatan itu.
Remaja lain yang seusia dengannya, melalui hidup yang ceria dan boleh enjoy dengan sepuasnya. Apakan daya, dia tidak seperti remaja biasa. Keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan adalah perkara normal bagi dirinya. Berapa kali darahnya diambil untuk pemeriksaan demi pemeriksaan. Sehinggakan sebahagian besar lengannya lebam kesan daripada itu. Bagaimana mahu belajar jika setiap bulan terpaksa tidur di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kadangkala, sehingga sebulan terpaksa meninggalkan sekolah. Jadi, anda fikir bagaimana?
Ingat lagi sewaktu dia melawatku di MRSM. Miss Tulip tahu keinginannya yang berkobar-kobar mahu menjadi pelajar MRSM seperti miss Tulip. Ahh... Sedihnya miss Tulip tak mampu menolong... Cuma, kata-kata semangat yang mampu miss Tulip beri, " Hanis boleh lah... Senang ja PMR... Macam math tu, buat lah latihan banyak-banyak..."... Tetapi, suatu alasan yang diberinya pada miss Tulip, " Tapi, kak Iylni, Hanis tinggal sekolah sebulan, orang lain semua dah belajar chapter baru, Hanis yang awal-awal pun tak mahir lagi... Makin susah la... Macam mana ni, kak Iylni?".... Miss Tulip terdiam, tapi masih cuba menahan kesedihan. " Takpa takpa, Hanis belajar slow slow.. Try tanya kawan-kawan yang 'terror', takpun tanya cikgu..."... Miss Tulip hilang kata-kata, terus menukar topik...
Memang miss Tulip yakin 100%, kalaulah dia tidak menghidap penyakit ini, dia mampu pergi lebih jauh. Buktinya, sewaktu UPSR, dia mendapat 5A... Nangis miss Tulip dengan kakak mendapat berita berkenaan, meskipun dia sakit, dia mampu berjaya seperti orang lain. Mendapat tawaran sekolah yang hebat, tetapi terpaksa menolak kerana masalah kesihatan. Tahun ini juga, dia terpaksa masuk ke hospital sekali lagi kerana menghidap penyakit glaukoma, sejenis penyakit mata, turut berpunca daripada S.L.E. Glaukoma merupakan penyakit berkaitan tekanan yan tinggi di dalam cecair mata yang membawa kepada penglihatan yang kabur dan memberi kesan kepada saraf. Sehinggakan, jika dibiarkan, lama kelamaan penglihatannya cumalah terhad seperti menjenguk melalui lubang kunci yang kecil.
Rawatannya pula bukanlah dikendali oleh doktor-doktor biasa. Mereka semuanya pakar. Disebabkan itu jualah, miss Tulip mahu juga menjadi pakar. Semoga miss Tulip mampu membantunya kelak. Rawatan yang disediakan bukan di sini, tetapi di Hospital Selayang. Terpaksalah uncle dan auntie berulang-alik dari kedah ke sana setiap bulan untuk merawatnya. Tetapi, sungguh mereka kuat menghadapinya. Namun, tahukah juga kalian? Setiap ubat yang ditelannya juga, memberi impak pada dirinya. Kakinya mulai bengkak dan dkerapkali dia terpaksa ke hospital untuk mengurangkan bengkak tersebut.
Namun, percayalah Nurlina Hanis, kamu memang seorang yang hebat. Ada hikmah Allah menentukan setiap suatu perkara pada hambaNya. Cuma, kita, manusia biasa harus sentiasa berusaha walau adakalanya, memang dugaan yang di hadapi hampir-hampir mencabar kekuatan diri. Kak Iylni percaya, Hanis perlu diberi peluang. Sampai bila-bila pun, peluang itu masih ada. Teruslah berusaha....
Nurlina Hanis... dan family.... Cheer up girl... And live your happy life!
No comments:
Post a Comment