Entri kali ni, takda mood nak tulis dalam English.... BM je lah ye... Reason selama ni miss tulip tulis entri dalam English, bukan untuk menunjuk ke'terror'an menggunakan bahasa tersebut, jauh sekali nak berlagak ke, bongkak ke, angkuh mahupun yang seangkatan dengannya... Miss tulip ada reason yang kukuh lagi mantap, yakni mahu menguasai peperangan yang bakal tercetus bulan April atau Mei tahun depan... Peperangan IELTS... Bagi sesiapa yang belum mengetahui apakah IELTS itu... miss tulip rasa, masing-masing kalau sekali pandang 5 huruf ni, mesti tahu perkataan ni singkatan bagi sesuatu... kan?
IELTS, stand for International English Language Testing System...So guys, daripada lima perkataan yang miss tulip taip ni, tentu semua orang dah terbayang apa kes dengan IELTS ni... Untuk pengetahuan stalkers semua, IELTS ni lebih kurang macam MUET... yakni, nak menge'test' level English seseorang. Cara mungkin berlainan sedikit... Tetapi, matlamat yang sama seperti miss tulip cakap tadi... Apa pun, doakan miss tulip lulus dalam ujian ni, tak banyak kena dapat, Band 7.5 ja... ( cakap senang la, mau bikin tu setengah mati... T.T)
Ok, sebelum mulut ni melalut lagi jauh tentang IELTS ni, kita kembali kepada topik diskusi yang asal, perihal stay up... Pertama sekali, kenapa miss tulip nak tulis pasal benda ni? Sebabnya, miss tulip baru ja stay up semalam.. dan.. makluman semua, miss tulip bukak ja mata pagi tadi, dunia macam nak terbalik... pening beb! Lepas blog stalking, miss tulip tidur balik.... Kepala memang berat sangat... Mungkin kerana dah lama pencen daripada terlibat dengan stay up ni, sebab tu lah... Akhir sekali yang miss tulip ingat, miss tulip stay up dengan Cik Nad time esok tu paper Chemistry SPM.. 4.30 pagi baru tidur... Study last minute.. Tu la natijahnya... =)
Kenapa orang stay up? Depends... Kalau students, selalu reason yang diberi nak study la.. apa lagi... Tapi, untuk orang orang yang ada ataupun memiliki ataupun mempunyai buah hati, kadang-kadang stay up sebab nak melepaskan rindu.. calling calling... (macam dah biasa ja miss tulip... ehem2... off the record,k?), takpun yang saja saja stay up, nak membuang masa, enjoy surfing takpun kacau orang lain studi... HAHA! Ni pun miss tulip penah berkecimpung gak... tetambah lepas habih exam, memang hobi sampingan... kalau time bulan mengambang, lagi syok stay up... tidur lambat, bangun pun boleh lambat... hehe...
Bila selalunya kita stay up? Malam sampai ke pagi la.. apa lagi! Heh, bukan itu maksud miss tulip... What I mean is pada time time bila selalunya kita stay up? Lebih kurang sama kan dengan soalan miss tulip yang asal? Aha.. yalah tu... Iyakan ja... Ok guys, pada pendapat dan survey miss tulip, musim stay up ni akan banyak berlaku bersamaan/serentak/seiring sejalan dengan musim peperiksaan... Last minute punya hal ok? Last minute... Berbincang pula mengenai study last minute ni, kebanyakan students mengakui keberkesanan study last minute, katanya bila belajar dalam tekanan, semua fakta dapat diserap ke otak dengan lebih cepat... (siapa yang bijak berkata-kata tu?miss tulip... diam diam suda....) Lecturer miss tulip penah berhujah, anda mahu belajar untuk ilmu atau belajar untuk exam? Nilai diri anda... dan jawapan miss tulip... off the record!... hehe...
Sampai waktu kemuncak time kalian nak stay up, kalian akan tetap mengantuk... betul tak? Lumrahlah tu.. Jangan risau, anda memang normal... Tambah-tambah stay up untuk study bio ke, sejarah ke, atau apa-apa yang seberkas, seikat atau sejambak dengannya... Di sini, ingin miss tulip kongsikan dengan anda semua kaedah-kaedah yang pernah miss tulip amalkan untuk stay up dengan lebih lama... :
- Kalian kena tidur petang, sekejap pun ok... Miss tulip bukan jenis orang yang sporty.. tapi, selalu menang pingat acara balapan tu biasalah, tapi tapi takla minat sangat pun sport sport ni...=P Maka dengan itu, miss tulip jadi sleeping beauty (sengal laa...) sepanjang petang... At least, bila nak stay up, miss tulip boleh recharge ketahanan mata untuk terbuka luas sepanjang malam....
- Benda ni common dah orang buat termasuk orang yang common macam miss tulip ni... Minum minuman yang berkafein.. terutamanya nescafe... tak pun, kopi radix... tak pun, tongkat ali... hehe... =) Tapi, pesanan miss tulip, jangan amalkan selalu pengambilan minuman berkafein, tak baik untuk kesihatan... Rasanya kebanyakan orang tahu tentang perihal ni.. Tambah membawa maut, sekiranya kalian menggunakan pek sachet 3 in 1... Serius miss tulip khabarkan, kalau anda sayang nyawa dan orang sekeliling... beware!
- Buat apa susah-susah nak bahayakan diri, miss tulip tahu cara yang lebih selamat sekaligus boleh memanjangkan hayat hidup kalian. Selalunya, kalau mata miss tulip dah penat sangat untuk studi... miss tulip akan cari inisiatif lain untuk terus jadi burung hantu... Rasanya Cik Nad ngan Cik Riiko pun tahu... Macam ni, kalian bukak video video yang trigger kalian untuk bergerak... HAHA! Dengan maksud yang lain, menari... Kalian boleh jadi rockstar sebentar untuk hilangkan kemengantukkan kalian... Tapi, jangan terlebih lebih pulak... Bila dah stabil, sambung balik pekerjaan anda ye... Contohnya muzik video hindustan seperti di bawah...
credit to danishkhan52 - Last tip miss tulip, bila study tu, cubalah cakap balik fakta yang dibaca kuat-kuat... Aktifkan diri dengan bercakap... Bila kita bercakap, akan timbul sikap ingin berusaha ingin betul-betul faham dengan apa yang dipelajari.. Ini pendapat tulus miss tulip.. Kalau kalian rasa miss tulip ni auta ja banyak, tak palah.. miss tulip tak rugi apa-apa pun.. Bagi miss tulip, biarlah orang sekeliling nak cakap apa pun... Asalkan kalian tahu matlamat yang mahu kalian capai... Jangan mudah mengalah, where there's a will there's a way... ok?
Ok guys, dah lama miss tulip berceloteh tentang menda alah ni... Harap kalian terhibur.. Yang mana stalkers rasa stalkers berkenan nak cuba, cubalah... Tapi, ini satu lagi, last punya pesanan daripada miss tulip, stay up, stay up jugak, tapi... beringatlah! Keesokan pagi, anda sebagai muslimin muslimat ada tanggungjawab, faham kan? Jangan sampai stay up, tapi bangun Subuh pukul 7.30... Tak pun, tak solat langsung! Tegasnya ingin miss tulip katakan di sini, cari redha Allah dahulu... Tanpa redhaNya, jangan mimpi hidup kalian senang lenang, kita berusaha macam mana pun, percayalah, usaha anda sia-sia... Pesanan ini buat semua juga buat penulis blog ini... InsyaAllah...
Terima kasih untuk lembaran kali ni... Senyum sokmo... =)
5 comments:
i saw my name up there...
hahaha..ingat beb...ayumi hamasaki-trauma...hahaha....wonder girl-nobody pun ok gak...hahahaha
great tips! :D
HAHA! cik riikoo... hehe...
bez kan mnari dlm kiub dlu.. =)) mmg sweet memory rr...
skunk aku truskn pjuangan kat sni lak.. hehe...
Lee... bleh laa try naty... hehe... =))
hahahha...ko mmg...ske bwak ajaran ntah kebenaran ke sesat ntah
Post a Comment